28 tahun & 24 tahun
Alhamdulillah syukur kerana kami BARU sahaja menjejakkan kaki ke tahun ke-6 di alam perkahwinan pada 02.06.2012 yang lepas..
Kami masih lagi 'budak' BARU & LAMA di alam yang mencabar ini...
Resepi perkahwinan kami ialah bergaduh setiap hari.Iye!.itulah rahsia rencah hidup kami.Berckp pun boleh bergaduh,tak berckp pun boleh bergaduh pendek kata ape saje pun boleh kami gaduhkan.
Hihihi...tak gaduh tak mesra lah..tak gitu? *angguk..angguk..hihihihii....
Kami dari dua dunia yang berbeza, dari latar belakang dunia yang berlainan malah kami tidak sama & tidak serupa perangai nyer tapi itulah yang membuatkan kami mampu terus bersama! (semoga kami akan terus kekal bersama,amin insya Allah..)
Pendek kata berkahwin bukanlah cerita dongeng ala-ala berkahwin dengan putera raja sebut apa saja terhidang depan muka..tidak sama sekali!
Berkahwin bermaksud SERIBU kali sabar, SERIBU kali bertolak ansur, SERIBU kali berfikir panjang dalam apa sahaja perkara!
Panjang kata ukur diri sendiri kita berkahwin dengan siapa & terimalah dengan selapang dada bahawa dia adalah jodoh kita yang ditentukan olehNya.
Kepada kekasih hati saya : Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke-6 abg, semoga perhubungan kita akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat kita,amin insya Allah & terima kasih kerana menjadi suami yang baik & abah yang terbaik utk anak-anak kita.Luv u so much,abang..
nota kaki : semua yang SERIBU tu saya buat SEKALI sahaja setiap kali..yup!saya memang pandai ckp tapi tak pandai buat!Atleast saya tak hipokrit utk mengaku,okey!Hahaha... :)
nota kaki lagi : takziah pada blogger WINA yang baru sahaja kehilangan ibu mertua pada hari sabtu yang lepas..Al-fatihah ~
nota kaki lagikk : hari ni tak sempat nak BW sb busy setelkan kerja sebab esok till jumaat terlibat dgn kursus di Hotel Ancasa KL.
nota kaki lagi : takziah pada blogger WINA yang baru sahaja kehilangan ibu mertua pada hari sabtu yang lepas..Al-fatihah ~
nota kaki lagikk : hari ni tak sempat nak BW sb busy setelkan kerja sebab esok till jumaat terlibat dgn kursus di Hotel Ancasa KL.







