thumbnail

Wednesday, October 06, 2010

- HFMD -

HFMD

HFMD

HFMD adalah penyakit jangkitan virus yang akut (keadaan penyakit yang menyerang dengan cepat, gejala teruk tetapi berlaku dalam masa singkat). Ia biasanya bermula dengan gejala lecur dalam mulut yang pecah. Lecur ini juga boleh berlaku pada tangan, kaki, punggung dan kemaluan.

Dalam kebanyakan kes, HFMD disebabkan virus Coxsackie jenis 16 (CV16). Bagaimanapun, penyakit ini juga kerap dikaitkan dengan virus Coxsackie lain seperti A5, A7, A9, A10, B2 dan B5. Di rantau Pasifik Barat, Enterovirus 71 (EV-71) juga pernah menyebabkan letusan penyakit ini.

HFMD yang menyerang kanak-kanak berbeza penyakit tangan, kaki dan mulut pada haiwan. HFMD biasanya berlaku pada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.

Yang membimbangkan ialah, penyakit ini mudah berjangkit dan merebak. Kebanyakan orang dewasa ada pengalaman mendapat penyakit ini. Selain menyebabkan ketidakselesaan, HFMD jarang menyebabkan komplikasi penyakit yang teruk atau kematian.

Jangkitan berlaku dalam rantaian najis ke mulut atau melalui sentuhan kulit yang mengalami lesi (nampak seperti kudis) atau air liur individu yang dijangkiti.

Apabila dijangkiti, kumin virus (partikel halus dari virus) akan memasuki aliran darah (dan keadaan ini dipanggil viremia).

Ini diikuti serangan pada kulit dan membran mukus (lapisan lembap yang mengalas beberapa struktur dan rongga seperti saluran pernafasan dan sinus hidung). Dari sini lesi akan muncul di dalam mulut dan pada kulit sebelum merebak ke kawasan lain.

HFMD yang disebabkan virus Coxsackie adalah penyakit yang tidak berbahaya dan mengehadkan pergerakan seseorang.

Biasanya ia hilang dalam masa tujuh hingga 10 hari. Jarang berlaku HFMD yang berulang atau berpanjangan. Malah, kes HFMD yang menyebabkan komplikasi serius juga sangat jarang terjadi.

Individu yang diserang HFMD boleh mengalami beberapa ulser pada mulutnya. Keradangan pada Ulser ini menyebabkan mulut sakit dan kanak-kanak biasanya enggan makan atau minum.

Masalah kekeringan atau tidak cukup air adalah komplikasi biasa pada pesakit yang mengalami HFMD.

Kadangkala seseorang itu boleh mengalami HFMD dan meningitis aseptik (meningitis steril pada selaput otak) serentak; bagaimanapun kes seperti ini jarang berlaku.

HFMD yang disebabkan EV-71 mempunyai kadar insiden lebih tinggi membabitkan saraf, namun komplikasi kardiologi seperti keradangan otot jantung (miokarditis), keradangan paru-paru dan pulmonari edema (paru-paru bengkak atau mengandungi cecair yang menyebabkan susah bernafas) jarang berlaku.


Tanda dan gejala

Gejala HFMD biasanya bermula tiga hingga tujuh hari selepas mendapat jangkitan. Gejala ini boleh berakhir dalam tempoh tujuh hingga 10 hari dan pesakit biasanya tidak perlu dimasukkan ke hospital. Antara tanda dan gejala lazim ialah:

# Demam panas

# Sakit tekak

# Melepuh (kecil) di dalam mulut, tepi lidah, tapak tangan, jari, tapak kaki, punggung dan kemaluan. Ia tidak gatal, tidak seperti cacar air

# Hilang selera makan

# Berasa letih dan lesu

Pada permulaan, tanda lepuh ini di dalam mulut (di bahagian pipi), lidah dan lelangit. Tanda ini akan membesar dengan cepat menjadi gelembung berisi cecair.

Lebih kurang 75 peratus pesakit HFMD akan mengalami gejala ini diikuti demam panas selama 24 hingga 48 jam.


Bagaimana ia merebak?

Cara utama virus Coxsackie merebak ialah melalui sentuhan cecair dari tempat yang melepuh dan cecair hidung, mulut atau dada (tersebar apabila pesakit batuk atau bersin). Virus ini boleh ada di dalam usus selama beberapa minggu selepas seseorang dijangkiti dan keluar bersama najis.


Cara terbaik untuk mengelak penyakit ini ialah:

# Mencuci tangan dengan bersih selepas menyentuh cecair badan daripada pesakit

# Tidak berkongsi pinggan mangkuk, sudu garfu, cawan, tuala, berus gigi dan baju

# Pesakit perlu berehat di rumah. Jangan benarkan anak anda ke sekolah, tadika, taman permainan atau pusat jagaan kanak-kanak hinggalah semua lepuh kering kerana kanak-kanak adalah agen penyebar penyakit paling cepat.


Diagnos dan rawatan

HFMD mudah didiagnos melalui ciri klinikal seseorang pesakit tanpa memerlukan ujian makmal.

Oleh kerana HFMD disebabkan jangkitan virus, tiada rawatan khusus untuknya dan anda tidak perlu meminta doktor memberi antibiotik kerana ia tidak berkesan (antibiotik hanya untuk membunuh bakteria, bukan virus).

Bagaimanapun, pesakit akan diberi ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan di dalam mulutnya. Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan anak ialah:


# Beri anak minum, sedikit demi sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan masalah kekurangan air

# Biarkan lepuh kering sendiri, jangan dipecahkan

# Jika anak anda sakit kepala, tegang leher atau sakit belakang, bawa anak ke hospital. Ini kerana dalam sesetengah kes (walaupun sangat jarang berlaku), pesakit HFMD boleh mengalami keradangan otak (ensefalitis), meningitis atau polio


Ingatan

# HFMD sangat mudah merebak dan pesakit perlu berehat di rumah

# HFMD bukan penyakit berbahaya sehingga meragut nyawa

# Tiada rawatan khusus, vaksin atau penawar untuk HFMD

# Jika anak anda alami gejala teruk (termasuk sakit kepala, tegang leher dan sakit belakang), segera bawa ke hospital

# HFMD tidak memberi risiko kepada wanita mengandung atau anak dalam kandungan



Gambar & info dari google..

Sekadar kongsi utk pengetahuan semua kerana skrg ni taska m*r* sdgn mengalami sakit ini
tapi masih lagi dlm kategori ditutup taska buat sementara waktu.
Skrg tunggu sahaja call dari taska utk diberitahu akan ditutup atau tidak.
Kalau tutup ibu/bapa terpaksa cuti jaga anak dirumah.
Ta ta..

6 comments:

syazharchoixee said...

aku baru baca semalam artikel HFMD nie...dari pak google jugak..
aku pon nak postkan dalam blog aku jugakla.. dah lama ia tak berupdate..
kebetulan syazha duk layan movie upin ipin jer..ada chance la kot..

Mrs.Eady said...

haahaha..aike arini ade lagi 2 org kene lagi tapi tak tau ape tindakan taska tgk mcm senyap jekkk..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

risau gejala ni merebak...
alhamdulillah, akak jaga anak sendiri.

Mrs.Eady said...

ye kak..kelas sufiya last week 10 org kene,hari ni kelas syahmi 4 org kene...
tgh doa-doa syahmi & sufiya tak kene..

nieda said...

tq sharing info, plg takut kalau kena kt budak2..penyakit yg mudah sgt merebak

Mrs.Eady said...

nieda : most welcome..tu yg risau lgpn info ni bagus utk semua yg ade anak atau pun tak yg penting kebersihan...
mmhh...tgh risau ni sbb dh ramai kene kat taska syahmi & sufiya nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang