thumbnail

Wednesday, January 12, 2011

Air Asia Terbabas!





Gambar Ehsan - google


Pesawat AirAsia terbabas-kosmo

KUCHING – Sebaik-baik sahaja pesawat AirAsia mendarat, percikan api terhasil lantaran geseran yang berlaku antara sayap kanannya dengan landasan. Ruang kabin pula dipenuhi asap.
Bagasi yang diletakkan di ruang simpanan bertaburan. Lebih cemas lagi apabila penumpang dan anak kapal langsung tidak diberikan bantuan ketika mereka lari di padang berlumpur sebaik pintu pesawat dibuka.
Pengalaman ngeri pukul 10.02 malam kelmarin itu begitu mencemaskan buat 124 penumpang dan enam anak kapal pesawat jenis Airbus syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang tergelincir dan terbabas dari landasan sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini.
Kejadian berlaku sewaktu pesawat AK5218 dari Kuala Lumpur itu melakukan pendaratan dalam hujan lebat.
Bagaimanapun, penumpang dan anak kapal terselamat tetapi empat daripada mereka cedera.

1 lagi berita dari Berita Harian

AirAsia siasat insiden pesawat terbabas
2011/01/11

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, akan melakukan siasatan dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) berhubung kejadian pesawatnya yang terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) semasa hujan lebat malam tadi. 

Menurut satu kenyataan AirAsia hari ini, laporan awal mendapati darjah penglihatan ketika itu adalah cukup baik untuk melakukan pendaratan.
Juruterbang berjaya mengawal pesawat untuk berhenti dengan selamat dan melaksanakan pemindahan penumpang selaras dengan prosedur operasi standard syarikat.
Semua 123 penumpang pesawat penerbangan AK5218 dari Kuala Lumpur dipindahkan dengan selamat. 

Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital untuk pemerhatian sebelum dibenarkan keluar. 

Penerbangan AirAsia dari Kuching yang terjejas akibat insiden itu adalah AK6036 (ke Kota Kinabalu - 6.10 pagi), AK5203 (ke Kuala Lumpur - 6.15 pagi), AK6562 (ke Bintulu - 6.20 pagi), AK6526 (ke Bintulu - 8.35 pagi) dan AK5201 (ke Kuala Lumpur - 9.35 pagi). 

Penerbangan lain yang terjejas adalah AK6673 (ke Singapura - 9.50 pagi), AK5843 (ke Johor Baharu - 10.30 pagi), AK6546 (ke Miri - 11.10 pagi), AK5205 (ke Kuala Lumpur - 11.55 pagi), AK6505 (ke Pulau Pinang - 12.20 tengah hari) dan AK5207 (ke Kuala Lumpur - 1.55 petang). 
Penumpang AirAsia yang terjejas akibat penutupan lapangan terbang berikutan insiden itu dinasihatkan menghubungi talian +603-2614 2999 dengan kata laluan 1231 10111. - BERNAMA 


Adakah?Apakah?
Air Asia akan buat promosi giler-giler selepas ini utk menaikkan kembali imej nyer?
Kita tunggu!


Huhuhuhuu...takut la pulak nk naik kapal terbang!
Dah la umh mak mertua kat labuan..ditambah lagi saya ni mmg fobia nak kapal terbang walaupun tiap tahun naik kapal terbang tapi ketakutan tu masih lagi tak dpt diatasi.

3 comments:

~ yus ~ said...

Lepas ni mesti ramai yang takut naik Air Asia kan...

Seram juga kalau berlaku mcm tu ketika kita naik pesawat. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa..

wahida said...

pas ni kalau ada promotion gila2, sure aku terjah punya...hehehe...

Mrs.Eady said...

kak yus: itu la takut nyer sbb tiap thn izwa balik umh mak mertua kat labuan.huhuhuu..takuttt...

wahda : oiii...jah aku pun akan terjah gak lah!kekekekekeke....bak kater laki aku ala kejadia ni 1 dlm 10 ribu la....:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang