thumbnail

Tuesday, June 07, 2011

Pap Smear....?


Apa Itu Pap Smear

Pap smear adalah sejenis ujian untuk mengesan ada atau tidak ketumbuhan kanser pangkal rahim.Tetapi ujian ini tidak mengesahkan sama ada seseorang itu menghidap penyakit kanser tersebut.Ia hanyalah sebagai ujian screening atau penapis.Ujian ini berdasarkan di atas pemeriksaan sel-sel yang diambil contohya dari pangkal rahim.Jika Pap Smear itu negatif,ini adalah berita baik.Tetapi jika keputusan abnormal atau luar biasa,beberapa ujian lain seperti biopsy of cervix perlu dilakukan untuk mengesahkan ada atau tidaknya kanser pangkal rahim.Biopsy adalah pengambilan secebis tisu yang disyaki kanser dari pangkal rahim dan kemudian dikaji sel-selnya dengan inikroskop oleh pakar kaji tisu (histo-pathologist).

Apakah Yang Berlaku Sewaktu Ujian Pap Smear?
Doktor akan memasukkan sejenis alat besi(atau plastik)kecil yang dipanggil spekulum kedalam faraj dan membukanya dengan cermat bagi melihat serviks.Sejenis alat sudip (alat kayu yang tumpul)yang dipanggil spatula digunakan untuk mengikis dengan perlahan permukaan rahim untuk mengambil campuran sel dan cairan di bahagian pangkal rahim.
Spekulum dan saptula kemudian dikeluarkan dan ujian tersebut selesai.Campuran tersebut dilumuri atas sekeping slaid kaca dan dirawat khas supaya boleh diperiksa dengan mikroskop.
Dilema Untuk Melakukannya

Melihat Spatula (alat seperti sudu itik), tidak salah kalau ada terselit rasa takut untuk menjalani ujian itu. Alatnya yang besar dan diperbuat daripada besi itu memang tidak terbayang di fikiran bagaimana cara ia dimasukkan.

Tidakkah bahagian dalam faraj boleh berdarah kerana tusukan besi pap smear berkenaan? Oh... tentu sakit rasanya. Bilangan doktor lelaki dalam bidang perbidanan dan sakit puan berbanding wanita memang tidak dinafikan. Rasa malu untuk menjalani ujian pap smear memang timbul jika pesakit terpaksa berhadapan dengan doktor lelaki. Bayangkan bagaimana hendak menutup muka berhadapan dengan doktor yang hendak memeriksa kemaluan kita! Inilah antara luahan yang sering diperkatakan oleh kaum wanita.

Mungkin ini antara persoalan besar yang sering wujud dalam fikiran wanita sebelum melakukan ujian pap smear.
Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.

Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.

Bagaimana Kanser Dapat Dikesan Daripada Smear Ini?

Selepas diwarnakan dengan warna-warna yang khas (stainning)pada smear ini,pemeriksaan di bawah mikroskop perlu di buat dan sel-sel kanser akan dapat dilihat.Pemeriksaan ini dilakukan oleh juruteknik kajisel yang terlatih dan pap smear yang luar biasa akan disemak dan dikaji dengan teliti oleh doktor pakar kajisel.

Kepentingan Pap Smear

Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.

Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.

Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.

Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.

Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dab baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.

Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.

Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

* Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
* Mereka yang kerap bertukar pasangan.
* Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.

Berapa kali Ujian Diperlukan

Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.

Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.

Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.

Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.

Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.

Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:

* Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.
* Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.

*buat la rawatan secepat mungkin sebelum tejadi pada diri kita.


Artikel ni dipetik melalui Google Search

Pelik ke kenape tiba-tiba cerita pasal ni?
Huhuhu....sebenar nyer saya dinasihatkan oleh doktor utk membuat benda ni.
Saya memang orang yg penakut  jarum, darah & what ever yg berkenaan dgn hospital la pendek kate!
Atas galakkan birasku zaleta ku pun buat la smlm.

Saje buat entry ini utk share dgn kwn-kwn yg lain, jgn takut nak buat sebab memang tak sakit langsung walaupun gambaran nyer amat mengerikan. Pada kaum wanita, kita harus menjaga & mencegah sakit ini dari peringkat awal, pada kaum adam yg mempunyai isteri sila la sokong & beri semangat pada isteri anda utk kebaikkan bersama. Pada yg bujang sila baca sebagai tambahan ilmu & jgn buat sebarangan yg haram okey!
Hahahaha...tunggu dah kawin nnti!
Sila la baca entry yg panjang giler ini ye...
Entry org demam + sakit kepala + batuk + bersin berjuta kali.....

12 comments:

Fara said...

ku penah buat..x rasa apa pon..tp tgk equipment dia mmg ngeri giler..

cheqna said...

tunggu cheqna kahwin r baru buat hehehehe

NM02 said...

sejuk weh masuk mulut itik tu...

ieda said...

huhuhuhu x buat layieeeee tulun2 ..
thanx dikk entry nie remaindkan akak tau :))

Yan said...

eemm dah nak kena buat lah ni..

♥Mrs.Eady♥ said...

fara : ku 1st time menggigil beb!

***************************************************************************************************************

Cheqna : hihihi...sabar nnti akan tiba waktu mu itu :)

***************************************************************************************************************

nmo : nebeb beb nk buat nih!

♥Mrs.Eady♥ said...

kak ieda : same-same la kiter ye :)

***************************************************************************************************************

kak yan : hukhukhuk...sila sila la buat ye :)

ashra said...

hehe..thanks sharing2 info..

mmg tak sakit pun kan

tapi baru sekali buat.eloknya tiap dua thn..udah dua thn lebih da ni..emmm

fiza said...

Saya tak buat lagi izwa. ANak dah 2 pon. Haihhhh...bilalah nak gi buat nih, takut seh *_^

mrs puex said...

thx..gud info..x pnh uat lgik..bole??sbb??sggttt takott ok!!!

♥Mrs.Eady♥ said...

ashra : uhuhu....mula mula mmg seram kan nk buat...:)

***************************************************************************************************************

fiza : harusssss buat lerrr..ku pun takut gak mula-mula lepas tu okey jek :)

****************************************************************************************************************

ayang : kamu patut buat laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....huhu...aku mula-mula takut gaaakkkk rupe nyer tak sakit looorr! :D

ajumohit said...

Aju kebetulan tingat nk wat ps ni, kebetulan sama tajuk entry kita....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang