thumbnail

Wednesday, August 10, 2011

Apa Itu Disleksia dan Info Disleksia


Topik berat hari ni...bkn ape smlm saya terperasan Syahmi tulis abc & nombor secara terbalik.Bkn z to a tapi b terbalik,c terbalik,d terbalik,e terbalik & seterus nyer la mcm tu jugak dgn nombor 2 terbalik.5 terbalik, 6 terbalik jadi saya terus la tanya pada kwn-kwn kat Ratuhati di FB.

Syukur dgn feedback yg saya dpt sgt membantu saya, juga ada yg sudi bagi link utk lebih lanjut.
Ni saya copy paste dari link itu ye..http://www.infosihat.gov.my



Masalah Pembelajaran - Disleksia

Apa itu Disleksia?
  • Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
  • Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
    • Mempunyai keupayaan intelek yang normal
    • Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi
  • Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi     
  • Mereka mungkin mengalami kesukaran
    • Membaca : so far okey jek..
    • Menulis : menulis pun same cuma ade ada mase je dia tulis terbalik..
    • Memahami : so far ok jugak..
    • Mengeja : yg ni okey sebab buku cahayaku dia dah abis dah..
    • Mengira : yg ni pun okey sebab dia mmg pandai mengira..
  • Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
  • Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.
Apakah ciri-ciri Disleksia?
  1. Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :
    • Lambat bertutur : dia ckp awal dari kecik..
    • Mengalami kesukaran sebutan atau rima : so far takde masalah..
    • Sukar menulis nama sendiri : tgk boleh je tulis nama sendiri..
    • Payah mengenal bentuk atau warna : yg ni dia pakar..bentuk ke kaler ke semua dia kenal..
    • Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya : yg ni paling okey sebab dia boleh cerita semua cd yg dia tgk :)
  1. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
    • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
    • Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
    • Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
      • 15 dengan 51
      • “was” menjadi “saw”
      • ‘b’ dengan ‘d’‘
    • Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut : yg ni tak pernah cuba lagi..
    • Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’ : yg ni kdg-kdg..
    • Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan : yg ni mendengar arahan & sgt ingat ape yg terjadi..
    • Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah : yg ni selalu sebab brg mainan dia bnyk giler kat umh..
Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?
  • Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
  • Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
  • Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.
Masalah yang mungkin dialaminya
  • Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab : haaaa..yg ni sape ckp kat anak aku mcm ni aku lempang muka nanti okey!
  • Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
  • Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan
    • Gangguan emosi (seperti kemurungan)
    • Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)
    • Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)
Membantu anak-anak bermasalah Disleksia 

Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
  1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
  1. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan
  1. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
    • Terapi pertuturan
    • Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
    • Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
      1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
      2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
      3. Merasa pergerakan bibir
      4. Menulis huruf atau perkataan
  1. Langkah-langkah pemulihan :
    • Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
    • Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
    • Gunakan video atau kaset untuk belajar
  1. Program pemulihan khusus :
    • Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia
So pagi tadi saya pergi jumpa cikgu kelas dia bertanyakan pasal hal ni..cikgu dia ckp ini normal bagi kelas budak yg baru belajar menulis (kelas 3-4thn), cikgu dia ckp mmg diaorg akan biarkan & akan betulkan sikit demi sedikit..Cikgu biarkan bkn sebab ape nak diaorg belajar menulis sendiri tanpa ada paksaan so terbalik pun terbalik lah nanti baru diaorg akan ajar betul-betul & seterusnye betulkan apa yg anak-anak itu belajar..lega skit hati nih :)

Dan selepas memberitahu mr.hubby ku...ape yg dia ckp mcm ni jek "biase la bdk-bdk boring malas xnk buat ade mase ok ade mase tak okey,itu pun nak risau sgt lain la Syahmi tu umur 7 tahun ye kiter kene risau"..ekekekeke..pagi-pagi dah kene bebel...i love u lah abg... :) cool jek laki aku nih!

Tapi dalam hati ckp gak..ala biase la seorg mak mmg mcm ni ade sikit je tak kene ngn anak dah susah hati..ekekekek....dlm hati je ek...tak jwb pun en.hubby ckp,tak nak melawan okey..ngeee...... :)

Okey..okey...nak puaskan hati sendiri punyer pasal pagi tadi kat office saya suruh syahmi menulis sekejap...hahahahaha...mcm ni punyer mak pun ade!!!!!



cantik kan...pandai anak mama :)


Psstt..ibuku ckp “dulu adik (daku la ni) ngn kakak mcm ni la smpai umur berape..:) ” hikhikhik..malu!

19 comments:

Anum said...

thanks sudi berkongsi ilmu

NM02 said...

banyaknyer line E dia..




hehehe

Maya Mayana said...

emm memang as mom kita selalu risau lebih,anak saya tk pndai ckap lagi saya pun dh risau sgt nih sebab anak kakak saya yg sebaya dia dah byk jugak bunyinya...

cheqna said...

kalaulah mama kalut laki dia kena cool r..kalau dua2 kalut..hurmmmm hehehehehe

Vna Sandhu said...

hurmmmm wina x tau byk sgt pasal dislexia nie sampailah tgk satu cite hindustan nie

sebagai ibu, memanglah kite risau kan? tapi wina rasa it's normal la izwa sbb daripada banyak² simptom kat atas tue, syahmi xde pun masalah tu semua kan?

give him time...budak baru nak belajar kan? and kite kena sentiasa bimbing & sokong dia

syahmi boleh! :-)

Sidratul Muntaha said...

kecik lagi rasanya..
pernh gi gender course intelectual..
mmg rata2 trainer ckp budak2 laki ni sehingga umur mukalafnya mmg ade jer lain2 mcm sifat dia...
mcam akak,setot takleh fokus or phm arahan.
ade doc kate autism
tpi once budak2 ni dah mukalaf..
lagi bijak2 belaka.
no need to worry kot?!
klu gen mak pak dia ok,insyaa Allah dia pun ok.

ieda said...

Tthanx 4 the great info kalau tidak akak pun x tahu dik ..
anak2 akak so far ok .. cuma yg anggah tuu lambat sikit tapi dlm certain2 things :)

ps : dik doakan yg terbaik buat akak .. payah utk di jelaskan .. hanya air mata peneman skrg nie ..

Isteri Encek Bard said...

ilmu yang sangat berguna sis

Eye_nee said...

gud info ni sis...

Mommy Fara said...

Anak-anak, baik atau buruk...hargai dan bimbinglah ia...jgn membanding-bandingkan dan mengagumi anak sendiri hingga boleh menimbulkan rs sedih atau iri hati ibubapa lain.

=D

zaidah said...

ada masanyer nabil pun sama....klu tulis nombor tu contohnyer 18 jadik 81..

~ yus ~ said...

lama2 nanti ok. Abid pun macam ni juga...

wahida said...

biasalah tulis terbalik tu nok...awal2 kan..lama2 nnt meti dia expert...

fazilzura said...

kite kene kuat kan semangat diorg , insyallah lepas ni ok..

kire terre jgk tulis terbalik je, kalau kite ..mau terkulat2

Ati Masrif said...

emm...prob anak2 ni
buatkan kita risau sajekan

syahmi kak ati pun ada prob
dgn telinganya..

oct ni kena jumpa pakar
utk kali ke-3 :(

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

tapi penyakit tu lom cukup serius kan.. kita lh bimmbing budak2 tu kn kak

nieda said...

selalunya emak yg risau terlebih...dunt work syahmi ok je tu

mocha pearl said...

follow u akak dari group yg sama AA segmen... comelnya anak2 akak... :)

Syazwani Mohd Noh said...

Anak sya pun sama...risau jugak ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang