thumbnail

Friday, August 19, 2011

Tanggungjawab Anak Kepada Ibu Bapa

Entry Hari Jumaat...


  • Wang bukanlah satu-satunya medium untuk membalas atau mengenang jasa ibu bapa. Jangan tersilap konsep. Ramai menganggap dengan memberi wang kepada ibu bapa, maka dia beranggapan 'sedang' membalas jasa ibu bapa. Sedangkan membalas jasa ibu bapa lebih luas daripada itu.
  • Secara basic, kesemua adik-beradik bertanggungjawab menjaga ibu dan ayah tidak kira sama ada anak yang sudah berkahwin mahupun yang masih bujang. Walau bagaimanapun, dalam bab menyara (saya kira dari segi wang ringgit), adalah menurut kemampuan masing-masing. Menyara ibu bapa memang tanggungjawab anak (apatah lagi jika bapa sudah uzur dan tidak mampu menyara ibu), tetapi saraan itu adalah sekadar memenuhi KEPERLUAN ibu bapa dan bukan untuk memenuhi KEHENDAK ibu bapa. Kita kena bezakan keperluan dan kehendak. Lainlah jika anak mampu, bolehlah penuhi kehendak ibu bapa, tapi kena lihat juga, jika kehendak mereka bertentangan dengan syarak, tak boleh juga kita turuti. Saraan ini pula hendaklah tidak mengurangkan hak-hak orang-orang di bawah tanggungjawab kita sendiri pula.
  • Perkahwinan seorang anak perempuan dengan seorang lelaki pula tidak memutuskan hubungannya dengan ibu bapa dan tidak pula menghilangkan tanggungjawab anak kepada ibu bapa. Perkahwinan adalah penambahan kepada tanggungjawab yang sedia ada bagi lelaki dan perempuan, dan bukan pengurangan. Yang kekal ialah prinsip menunaikan tanggungjawab ikut kemampuan kita. Islam tidak menuntut kita lakukan sesuatu lebih dari kemampuan. Bagi lelaki yang telah berkahwin, kebajikan ibu bapa mertua juga menjadi tanggungjawabnya sebab status ibu bapa mertua adalah sama dengan ibu bapa sendiri. Rujuk Tangungjawab terhadap ibu bapa untuk lebih info lebih detail.
  • Hukum faraid sebenarnya ada berkaitan dengan tanggungjawab anak lelaki dan anak perempuan terhadap ibu bapa masing-masing. Maknanya berat menjaga dan menyara ibu bapa adalah lebih kepada anak lelaki. [NB: Amboi... bab mahukan harta lebih, laju saja ya.. tapi bab tanggungjawab yang turun BERSERTA dengan harta itu, purak-purak tak tahu pula ya...] Jangan nafikan kenyataan ini, jika benar tidak tahu, sila ambil tahu dan isi dada dengan ilmu!
  • Saya tidak nafikan, ada ibu bapa yang lebih selesa tinggal bersama anak perempuan, tapi itu bukan tiket untuk adik-beradik lain (terutamanya adik-beradik lelaki) boleh lepas tangan daripada bertanggungjawab kepada ibu bapa. Perbelanjaan makan minum serta ubat-ubatan yang diperlukan oleh ibu bapa harus dikongsi bersama adik-beradik yang lain.
  • Jika ada permasalahan dengan adik-beradik, bawa-bawalah berbincang. Carilah kata sepakat. Umur ibu bapa bukannya panjang pun. Selagi mereka masih ada inilah kita patut berebut berbakti kerana besar ganjarannya di sana nanti, insya Allah.


copy dari : http://sufiszu.blogspot.com/2010/03/tanggungjawab-anak-terhadap-ibu-bapa.html


Saya bkn ustazah..saya bkn yang terbaik tapi mari kita sama-sama jadi baik... :)

15 comments:

Anum said...

alhamdullilah

Krsty Pinky said...

suka entri ni..beneficial!=)

NM02 said...

saya mmg baik walaupun kekadang je saya noti2.. hehehe

ieda said...

aminnnnnnnnnnnn thanx dikk perkongsian yg sgt2 bagus !

eB ezrin said...

kami adeq bradeq len alks.. sumer berebut nk amek mam dok ngan kami.. hik3... maklom sumer pn pompuan .. sbb tuh kami adeq bradeq dok dekat2 ;p.. sumer sanggup berhijarah ke satu negeri. sng :)

wahida said...

kengkadang ada gaduh jugak ngan mak...gaduh2 manja gitu...

masih byk terhutang budi ngan mak...tak terbalas rasanya...

ashra said...

thanks sharing2..btul2.samalah kita menjadi terbaik walaupun kita bukan datang dari yang terbaik kan kan..

fazilzura said...

zr selalu je gaduh dgn mama, wakakakakak tp kiteorg akan jd bf bile soping... normal ler kan gaduh anak beranak.. x lama pun..

cheqna said...

kalu ingat salah2 yang cheqna buat pada ma...sokmo nok nangis...huhuhuhu
banyaknya dosa ngan ma....
tak terbalas r jasa2 ma tu

mummysyafie said...

thanks for sharing..

dulu waktu duk dekat selalu gak merajuk ngan mak. tapi bila dah jauh camni..perasaan rindu tu hari2 datang.

ajumohit said...

Skrg dh jd ibu baru tau berat tggjwb ibu2 kita

risa said...

kalau tanya ngan parents pon mereka lebih suke kehadiran anak2 daripada kehadiran wang pos or cek kan dear kan...tak kire ape level kite mak bapak ada lah 1st priority tak kire lelaki or perempuan:)

Norazrani Maamin said...

good info..suka baca..hehe

aizamia3 said...

duit itu optional tapi kehadiran anak2 tu lagi bermakna bagi ibubapa..

Cho Zila said...

pagi tadi akak dah nangis masa tengok Malaysia Hari Ini kisah pasal tension hari raya adaler sentuh bab ibu bapa...
Kadang2 akak rasa tidak dapat memenuhi impian ibu bapa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang