thumbnail

Friday, January 06, 2012

Bercerita Tapi Rahsia....


Ramai yang tahu sejak 2 menjak ni entry saya bnyk tentang luahan hati (entry yg terpaksa di delete itu,mgkn ada yang sempat baca), ini memang diari saya tapi ini diari yang tidak boleh berahsia malah mgkn 1 hari nanti kerana diari ini akan memakan diri saya semula balik.

Tapi hati saya sudah mula okey dan lega kerana saya ada Secret Group di FB yang mana saya boleh berbicara tanpa selindung 1 fakta malah saya mendapat semula semangat,nasihat dan kata-kata yang membuatkan saya masih lagi boleh berdiri disini sambil tersenyum. 

Saya bersyukur kerana kawan-kawan saya disitu bnyk membantu malah ada yang sudi menelefon utk memberi nasihat secara peribadi (TQ kak Sara Serina) dan secara tak langsung saya merasa saya tidak keseorangan menangani masalah ini.Antara kwn rahsia saya itu ialah Ayu KhairyWinaAshra dan Idazs. Di situ kami tak pernah bersua (Ayu saya dah jumpa, ada sorg dua yang lain saya pernah berjumpa), kebanyakkan nyer saya tidak pernah bersua tetapi mereka membantu dan melayan saya seperti adik yang mereka pernah jaga!Betapa besar kuasa Allah S.A.W dalam memberi saya antara sahabat yang saya percaya & perlukan. 

Apa yang menyeronokkan disini (blog ini ) ialah walaupun kawan disini tidak memahami apa masalah saya apa yang saya alami sebenar nyer tetapi kamu semua masih sudi juga mendoakan saya...lihatlah kawanku sememang nyer Allah itu Maha Kuasa kerana masih lagi sudi menambahkan sahabat-sahabat saya lagi.(Terima kasih padaMu Ya Allah kerana sudi hadirkan mereka menjadi sahabat yang saya sayangi!)

"Walaupun dalam keadaan gelap gelita kita masih boleh melihat apa yang ada dalam kegelapan itu" 
- itulah kamu sahabatku semua walaupun tidak pernah berjumpa tidak pernah bersua tetapi kamu semua sentiasa sudi berada disekeliling saya,terima kasih kawanku..


nota kaki : kami dah mula mengambil langkah pertama..alhamdulillah...

24 comments:

Anum said...

kawan sejati

MrS. F!zA said...

alhamdulillah..doakan yg terbaik bt kamu sekeluarga..

ashra said...

papepun masalah dan dugaan izwa,mudahan izwa sentiasa tabah dan ceria selalu k bersama anak-anak dan suami =)
suka terngok gambo2 izwa senyum =) manisss...

ayu said...

dear, alhamdulillah..moga selepas ni korang sekeluarga akan bahagia selama2nya ye... muahhhh..

Kakzakie said...

Kekuatan bersama teman itulah dia izwa...

Pok Amai-Amai said...

Awak, kami tidak memahami sbb kami tak tahu pun ape cite mslh awak yg sbrnye...

Walau apapun, semoga awak dpt mengharungi dugaan yg menimpa tu k? Semoga Allah melindungi kita semua dari kejahatan dan keburukan!

Norazrani Maamin said...

alhamdulillah..semoga izwa sabar & tabah menghadapi dugaan ini..insyaAllah, ade sinar bahagia yg menunggu di hadapan..

IDAZS said...

Tiba-tiba tersedak, namaku diseru rupanya :)
Kami sentiasa ada untuk u babe :)jangan risau k.
sayang kawan2 kita kat secret group tu juga..

♥ Wina ♥ said...

owh yes, wina tau ape yang izwa sedang alami sbb masalah nie lebih kurang sama dgn masalah my hubby's family huhuhuuuu

walaupun wina jarang nak komen kat secret group kat FB tu ~sebab ape, izwa tau kan~ hehehee tapi ape pun, wina selalu doakan yang baik² untuk all my frens especially yang special mcm izwa nie sebab nak sangat jumpa, tp x jumpa² pun lagi :-(

ur welcome dear!

Nini D.. said...

semoga Mrs Eady lebih tabah...

CikPuanHaLia said...

Semoga Allah beri kekuatan utk hadapi ujian itu. Sabar la dik..

ieda said...

ye dikk
adakalanya kawan di dunia realiti nie hanya tahu nak cari salah org dan bersikap hipokrit
lebih elok kawan di alam maya sekurang2nya kita boleh berkongsi rasa dan minta pandangan dan nasihat huhuh

fiza said...

Dear, ujian Allah...ia ibarat tailor-made untuk semua hamba-Nya. Tidak ada seorang mendapat ujian yang sama. Daku skang pon sdg dlm ujiannya. Hanya berDOA siang & malam ku pohon padanya supaya keadaan kembali seperti sedia kala.

Allah akan berterusan memberikan ujian sehinggalah pada satu masa, hamba-Nya itu takkan dapat minta pertolongan pun daripada manusia. Dan semua manusia takkan dapat menolong dia pun. Sehinggalah hamba-Nya itu akan hanya berpaling dan meminta pertolongan dari Dia sahaja.

Smoga kita semua bertabah dlm menghadapi ujian darinya. Kamu tak keseorang sbb ramai yg sudi mendengar ☺☺

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

alhamdulillah sis.. teman alam maya yang sudah dianggap seperti adik beradik. itu yang kita mahukan. kepercayaan itu harus dihargai, kan?:)

eB ezrin said...

kiter kan community mommy blogger. sayang kamoo. hugs :)

mrs puex said...

whoaaa...ayatmu sgt puitiss...wlaupun x tau sgt mslh anda, ai ttp mendoakan setiap kwn2 blog ai sentiasa dirahmati Allah..aminn..

nieda said...

semoga tabah yer walaupun x tau apa prob

Nazayiena said...

Kak Nurul doakan yg terbaik buat Izwa....

MamaEma said...

semuga tabah

Mimi Baharudin said...

Sabar iwa, aku pun tak tau apa problem ko...tp ingat ek...duni ni ibarat roda...kadang2 kita kat atas..kadang2 kita kat bawah...just pegang pada tu....so ko bleh kuat....sbb aku pun berpegang pada tu....kalautak aku totally lost....ingat Allah tak pernah bagi balasan secara credit...mesti cash punya so sabar lah ek??

Original CikTeddy said...

cik doakn yg terbaik ye :)

Hanis Azla said...

pastinya izwa seorang teman yg cukup baik.. sebab itulah dikurniakan dgn kawan2 yang baik2 juga.. Alhamdulillah.. nilai seorang sahabat itu bukannya dari lamanya dan keakraban persahabatan itu.. tapi dari ketulusan hatinya.. semoga segalanya menjadi perkara2 yg terbaik buat izwa dan keluarga.. take care yer..

cheqna said...

itulah gunanya kawan..
yang sanggup susah senang bersama kita
jadi hargailah mereka =)

Nur-nba said...

Semoga setiap apa yang Izwa lakukan akan dipermudahkan dan kami doakan yang terbaik untuk Izwa sekeluarga.

Kadangkala memang kita perlu berkongsi dan luahkan masalah pada orang2 yang kita percaya. Setidak2nya dapat mengurangkan sedikit bebanan yang ada.

Take care dear..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang