thumbnail

Wednesday, February 29, 2012

Satu Kerugian..?


Satu kerugian apabila kita bersalin c-zer suami tak nampak kesakitan kite,tak nampak seksaan yang kiter terima semasa mengeluarkan 1 nyawa?
Satu kerugian apabila kita bersalin c-zer suami tak tahu tahap mana kesakitan yang kita tanggung itu sehingga tidak akan lebih menghargai kita memberinya buah cinta?

Hurmm...apa pilihan yang ada ketika itu hanya semata utk menyelamatkan 2 nyawa?
Pengalaman yang tidak mampu dibeli dimana-mana walaupun sehingga ke hujung dunia...
Pengalaman pertama ku sangat memberi trauma tapi itu bukan penghalangku utk terus memberikan cahayamata lagi untuk suamiku..

Pengalaman pertama yang hampir meragut nyawa ku & anak kerana ku mengalami tumpah darah yang agak kritikal..Emergency c-zer telah dilakukan semata utk menyelamatkan nyawa ku & anak..Berlari-lari doktor & jururawat semata menolakku ke bilik pembedahan.Ditolak katil itu dengan laju seperti cerita yang dilihat di kaca tv.Berhenti sehingga sebuah lampu yang terang menyilaukan mataku.Ku ditukarkan baju dipakaikan skaf kepala juga ku diminta mengira 1 2 terus ku tidak sedarkan diri.


Ku diberitahu Syahmi dikeluarkan dari dalam perut bermandi darah merah akibat uri putus di dalam perut yang menyebabkan ku tumpah darah yang agak kritikal.Ku tidak sedarkan diri dari pukul 6 petang (masuk OT pkl 5.30 ptg) sehingga ke 10 malam akibat kehilangan darah yang bnyk..


Juga pengalaman berada di dalam sut bulan kerana badan ku mengalami kejutan sehingga menyebabkan ku demam mengigil sejurus tersedar dari pembedahan.Tiada tenaga sehingga tiada suara untuk memanggil sesiapa utk bertanya apa yang telah terjadi..Tidak terkeluar suara utk ku luahkan jeritan ku dari dalam otak di mana anak ku?di mana suami ku?apa yang telah terjadi?selamat kah anakku?


Itu satu kerugiankah bagi kamu utk diri ku & suami?
Bagi ku tidak...kerana ini adalah pengalamanku,ini adalah pengalaman kami & tidak semesti nyer hanya dengan melahirkan anak sahaja suami akan lebih menghargai...
Jangan berani mengatakan sesuatu jika anda tidak mengalami nyer sendiri... :)


p/s : buat Syahmi (jika dia besar boleh membaca entry nie - jadilah anak yg baik yg soleh kerana sgt mencabar utk melahirkan kamu walaupun saat mengandungkan kamu sgt mudah sehingga tiada langsung sebarang alahan atau kesusahan..kalau tak mama rendam kamu dgn air kaki mama nanti!)
Hahahaha....mama love u abang..so much!




nota kaki : ooohh..tiba-tiba saya rindu saat bersalin & berpantang!Ohh tidakk...
nota kaki lagikk : tgh menggila menulis kat blog sebelum dtg penyakit M..kekekekek... :D

40 comments:

nur anis said...

akak saya pun haritu c-zer sebab songsang..doktor bius separuh je..and akak boleh tengok baby dibawak keluar dari perut..tapi nampak kaki je la..hihi..

Sidratul Muntaha said...

both anak den Cesarean.
no matter what
skit brnk normal atau tak
dua2 ttp sakit
itu sebabnya Allah beri darjat ibu itu lebih tinggi
bukan hanya ketika mehana kesakitan melahirkan
tpi sepnjng tempoh hamil.
jazakallah...

Tina Othman said...

ya allah, perjuangan mengandung & bersalin tak kira lah cara apa sekali pun, sapa yg pernah rasa, mesti tau betapa besar pengorbanan kita sebagai perempuan ni kan, sapa kata bersalin c-section tak sakit, kan lepas tu sakit, adoi tak tau nak ckp lah, jgn sesedap rasa kita je nak bercakap kalau kita tak melaluinya

Imaan09 said...

tak rugi izwa!xde apa2 pun y rugi..alhamdulillah dapat selamatkan izwa n anak, itupun dah kira rahmat besar.. setiap orang rezeki lain2..

Imaan09 said...

isy..boleh pulak uri putus ek..takutnya..

wahida said...

takut lak aku baca n3 ko ni..rupanya seksa ko masa nak melahirkan syahmi ye...tak pe, itu semua pengalaman dan ada pahalanya...

semoga syahmi menjadi anak yg soleh...amin...

Hanis Azla said...

naik bulu roma akak baca pengalaman izwa tu.. Alhamdulillah, semuanya selamat..

♥ Wina ♥ said...

seramnye baca dear..ai x tau pun sampai mcm tue jadi

alhamdulilah, semuanya selamat..

normal atau c-zer, ibu tetap seorang ibu :-)

Rahmah Ram Ram said...

kalau takat c-zer aje sakit kemudian takpe jugak..ini dah sah-sah bersalin cara normal mengalami sakit berguling-guling contraction akhirnya baby tak boleh keluar sebab besar..dah kena c-zer la pulak..ADUIYAI..sakit berganda-ganda dibuatnya..tak boleh tahan dan gambarkan...tapi itu semua dugaan bagi seorang ibu...dan alhamdulillah bukan senang nak menjadi seorang perempuan dan ibu..betul tak?

ayu said...

izwa ..mmm..siapa la kata mcm tu kan..czer ke normal ke, itu dah ketentuan dari Allah S.W.T..kita mana boleh tolak akan ketentuan dari Nya..

sabar je la ye

:: Mrs.Eady :: said...

@nur anis akak tak dan nak sedar dah time tu..hehehe...

:: Mrs.Eady :: said...

@Sidratul Muntaha agreed with u kak :)

:: Mrs.Eady :: said...

@Tina Othman hanya yang mengalami je yg paham kan?hehehehe...

:: Mrs.Eady :: said...

@Imaan09 sesekali mcm ni syok jugak kan.. :)

:: Mrs.Eady :: said...

@Hanis Azla pengalaman indah & ngeri kak..hehehe..

:: Mrs.Eady :: said...

@♥ Wina ♥ yup..normal or c-zer still seorg ibu kan :)

:: Mrs.Eady :: said...

@Rahmah Ram Ram ye la kak..yang double tu yg tak tahan kan!isskk..

:: Mrs.Eady :: said...

@ayu nothing just sharing pengalaman je :)

fiza said...

Seram lah nok bila membacanya. Pengalaman bersalin yg berbeza2 kan. Mcm adikku sendiri, lepas c-zer tetiba kena darah tinggi, mata tetiba jadi buta sekejap, alhamdulillah tak apa2.

munna said...

ngeri munna baca pengalaman tu .... setakat ni dua2 bersalin normal...

:: Mrs.Eady :: said...

@fiza oh akak..yg tu lagi scary!tak boleh nmpk??isskkk...

:: Mrs.Eady :: said...

@munna alhamdulillah rezeki akak :)

Pok Amai-Amai said...

Aduh mak. Mcm tu sekali seksa czer kan? Err...seriau sy membacanya....Alhamdulillah! Syahmi pun membesar dgn sihat dan yg penting - Bijak dan kacak. Hehehehe!

:: Mrs.Eady :: said...

@Pok Amai-Amai pengalaman berharga kan?hikhikhik...terima kasih atas pujian mu itu kwn ku :)

Prettywrite said...

waaaa..nangis baca ni kak..huhuh..pengorbanan seorang ibu tu tak mungkin terbalas..

yana tag k.izwa ni..sori ya..hehe

http://prettywrite.blogspot.com/2012/02/bayar-hutang-jawab-11-soal-11.html

ct rahani said...

ngeri baca pengalaman izwa.. sy pun dua2 anak c-zer gak.. belum berpeluang lg utk lahirkan anak secara normal..

:: Mrs.Eady :: said...

@Prettywrite okey dik nnti akak amik tag tu :)

:: Mrs.Eady :: said...

@ct rahani alhamdulillah kan sb kiter masih lagi menikmati saat menjadi seorg ibu kan..? :)

Qhaifa Nur said...

kalau boleh nak normal banyak kebaikan...memang setuju suami boleh lihat kesakitan yang kita alami semua itu ALLAH yang tentukan..kita terima saja

:: Mrs.Eady :: said...

@Qhaifa Nur yup..dah tertulis begitu kan :)

AdaM Hawa said...

normal atau c-zer semua ada pahit dan getir.. kan mrs. eady..

:: Mrs.Eady :: said...

@AdaM Hawa normal ke c-zer tetap same sebagai seorg ibu..

azam said...

hehehe...isteri saya 2 2 ceaser......xblh keluar la

mrs puex said...

fuhhh...pnjgnye komenn..

ayang pon c-zer ms bslinkan aireen..days y gab agak lama sbb 2-2 trauma..paling trauma adalah incik hubby..hihi..so bile die dh ilang trauma, muncullah yg 2nd nih..

rezeki Allah kan..

Daddylicious said...

insaf terus ...lagi2 twins...

Edy Zaidi said...

xdpt bayangkan kesakitan czer tu...sbb tu syurga di bawah telapak kaki ibu, bukan ayah.

Nazayiena said...

Syukur alhamdulillah Kak Nurul semua bersalin anak yg 4 org tu xde komplikasi yg teruk....

anisalya said...

pengalaman masing2 kan. ada yang senang dan ada yang susah.

~ yus ~ said...

baru berpeluang baca entri izwa yang ini.

siapalah yg bagi statement kata beranak c-zer tu satu kerugian? Adohai. Akak paling takut kena c-zer dan alhamdulillah setakat ini beranak normal. Rasa kalau c-zer tu lagi sakit apa, orang yg buat statement tu mmg tak sayang mulut betul.

Takut kalau kena c-zer sbb teringat pengalaman emak akak sendiri bersalinkan adik akak secara c-zer lepas seminggu siap terbukak jahitan, kena pegi hospital semula, di jahit balik, menanggung kesakitan buat kesekian kali....aduh! Jadi ibu ni tak kiralah bersalin normal atau c-zer ttp satu pengalaman yg berharga.

- dieyana - said...

Ya Allah, pengalaman bersalin c-zer dieyana pun dah rasa kecut, bila baca pengalaman awk, lagi dieyana rasa kecut perut. dieyana uri ke bwh-bleeding-hilang drh bnyk, sehinggakan 1st twin dimasukkan ke icu... uri putus? ouch! tk dpt nk bayangkan.... Hanya Allah Taala maha Mengetahui...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang