thumbnail

Tuesday, March 27, 2012

Sebak Tak Terkata!


Terbit 1 perasaan yang sukar digambarkan bila mana secara tiba-tiba terdengar ceramah Ustaz Kazim di kedai makan tadi..1 perasaan halus yang menusuk dikalbu & membuatkan ku terkelu terkedu bila mana ustaz berkata "Apabila melihat wajah ibu atau ayah itu adalah 1 pahala,itu belum dikira pahala apabila kita mencium tangan meraka,apabila kita menyuap mereka makan...."
Subhanallah..Allahuakbar...sebak nyer di dada tak terkata...

Terbayang betapa saya ini bukanlah anak yang baik,terbayang masih banyak lagi sisa dosa saya pada ibu & abah kerana saya adalah orang yang suka memberontak juga sangat melawan di usia remaja.Allahuakbar..kalau lah dapat diputarkan masa kembali akan ku jadi anak yang sgt baik utk mereka tapi apakan daya cuma tinggal kini masa-masa yang ada utk kembali menjadi anak yang mereka kehendaki...

Semoga Allah SWT panjangkan usia ibu & abah untuk memberikan ku sedikit lagi masa utk berkhidmat untuk mereka,utk membetulkan apa yang tidak kena..

Teringat perbualan bulan lepas dengan abah bila mana saya cakapkan pada beliau.."abah,tahun ni adik nak raya kat Labuan tau sebab eady ajak adik balik raya sana" (kami tak pernah raya di Labuan lgsg)...abah jawab "balik la,kalau dah eady ajak adik ikut la kalau tak abah tak nak raya dgn adik.." huhuhuhuu...sedih nyer!


nota kaki : sedang mencuba menjadi anak yang baik..sobsobsob...sedih nyer pagi ni!

14 comments:

Tina Othman said...

untung izwa masih ada org tua, sementara ada ni berbaktilah

AdaM Hawa said...

beruntung masih punya ibu dan ayah..
sedang mendidik hati juga untuk menjadi anak yang sebaik mungkin..

mummY daniSha said...

untung ada mak & ayah..sy ada mak..ayah dah x de...kesal x sempat berbakti ngan ayah....

Siti Asiah said...

Bab2 mak & ayah ni kite cepat touching kan...moga dipanjang usia berbakti kpd org tua kite selagi diaorg masih ada....:)

Rahmah Ram Ram said...

seronoknya punyai ayah dan ibu..berbaktilah selagi mereka masih ada..akak ayah dah tiada..tetapi sebaik mungkin memberikan yg terbaik pada ibu.

mrs puex said...

sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dan kesihatan mereka okey??

kekadang ayg pon memberontak x tentu pasal..maklumla darah remaja kan??

hmmm...tetibe tingat mak n abah kt ceras..huhu..

fiza said...

Hargailah mereka selagi ada. Daku rindu nak cium tgn ayah...huhuhuhu...

cheqna said...

sementara org tua kita masih ada buatla yang terbaik...

MrS. F!zA said...

sebak plk..betapa besarnya pahala berbuat baik pd ibu bapa kn..

azam said...

:) terima kasih ayah dan ibu...

adoi....teringat kg la pulak

azam said...

:) terima kasih ayah dan ibu...

adoi....teringat kg la pulak

charmyiex said...

bila kita sendiri dah jd ibu bapa, baru kita akan hargai ibu bapa kita..

charmyiex said...

bila kita sendiri dah jd ibu bapa, baru kita akan hargai ibu bapa kita..

♥ Wina ♥ said...

sebak jugak * sob sob sob *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang