thumbnail

Wednesday, February 29, 2012

Satu Kerugian..?


Satu kerugian apabila kita bersalin c-zer suami tak nampak kesakitan kite,tak nampak seksaan yang kiter terima semasa mengeluarkan 1 nyawa?
Satu kerugian apabila kita bersalin c-zer suami tak tahu tahap mana kesakitan yang kita tanggung itu sehingga tidak akan lebih menghargai kita memberinya buah cinta?

Hurmm...apa pilihan yang ada ketika itu hanya semata utk menyelamatkan 2 nyawa?
Pengalaman yang tidak mampu dibeli dimana-mana walaupun sehingga ke hujung dunia...
Pengalaman pertama ku sangat memberi trauma tapi itu bukan penghalangku utk terus memberikan cahayamata lagi untuk suamiku..

Pengalaman pertama yang hampir meragut nyawa ku & anak kerana ku mengalami tumpah darah yang agak kritikal..Emergency c-zer telah dilakukan semata utk menyelamatkan nyawa ku & anak..Berlari-lari doktor & jururawat semata menolakku ke bilik pembedahan.Ditolak katil itu dengan laju seperti cerita yang dilihat di kaca tv.Berhenti sehingga sebuah lampu yang terang menyilaukan mataku.Ku ditukarkan baju dipakaikan skaf kepala juga ku diminta mengira 1 2 terus ku tidak sedarkan diri.


Ku diberitahu Syahmi dikeluarkan dari dalam perut bermandi darah merah akibat uri putus di dalam perut yang menyebabkan ku tumpah darah yang agak kritikal.Ku tidak sedarkan diri dari pukul 6 petang (masuk OT pkl 5.30 ptg) sehingga ke 10 malam akibat kehilangan darah yang bnyk..


Juga pengalaman berada di dalam sut bulan kerana badan ku mengalami kejutan sehingga menyebabkan ku demam mengigil sejurus tersedar dari pembedahan.Tiada tenaga sehingga tiada suara untuk memanggil sesiapa utk bertanya apa yang telah terjadi..Tidak terkeluar suara utk ku luahkan jeritan ku dari dalam otak di mana anak ku?di mana suami ku?apa yang telah terjadi?selamat kah anakku?


Itu satu kerugiankah bagi kamu utk diri ku & suami?
Bagi ku tidak...kerana ini adalah pengalamanku,ini adalah pengalaman kami & tidak semesti nyer hanya dengan melahirkan anak sahaja suami akan lebih menghargai...
Jangan berani mengatakan sesuatu jika anda tidak mengalami nyer sendiri... :)


p/s : buat Syahmi (jika dia besar boleh membaca entry nie - jadilah anak yg baik yg soleh kerana sgt mencabar utk melahirkan kamu walaupun saat mengandungkan kamu sgt mudah sehingga tiada langsung sebarang alahan atau kesusahan..kalau tak mama rendam kamu dgn air kaki mama nanti!)
Hahahaha....mama love u abang..so much!




nota kaki : ooohh..tiba-tiba saya rindu saat bersalin & berpantang!Ohh tidakk...
nota kaki lagikk : tgh menggila menulis kat blog sebelum dtg penyakit M..kekekekek... :D

Plat Kereta?


Terdengar borak pagi tadi di dalam radio ade orang sanggup membayar beratus ribu hanye kerana sebuah nombor plat kenderaan?Fuuhh...
Takde ke rasa bersalah semasa membayar nyer utk sebuah plat dengan nilai sebijik rumah kos rendah?Waahh...yang kaya makin kaya yang miskin makan pasir la nampak nyer..

Nilai ratusan ribu mampu utk memberi makan pada anak-anak yatim selama setahun mgkn?
Nilai ratusan ribu itu mgkn masih kecil bagi yang menghulur & sgt besar pada yg mendengar nilai nyer kan?

Membazir?Mungkin tidak pada si penghulur tapi sangat membazir pada si pendengar..setuju?



nota kaki : repekan pagi bagi orang yg tiada nilai disini... :)

Tuesday, February 28, 2012

~ Pasrah & Redha (Maafkan Diri Ini) ~


Pernah tak korang rasa gembira bila dpt sesuatu sehingga terlupa diri utk seketika?
Dan...bila secara tiba-tiba ditarik balik barulah teringat Dia yang satu..MasyaAllah..Allahuakbar!! 
Ya Allah Ya Tuhanku ampunkan hambaMu ini...

Itulah cerita sebenar nyer utk minggu-minggu sudah yang buat ku tak keruan...
Semasa gembira kita berkongsi cerita sehingga terlupa bahawa bukan semua orang suka bukan semua orang gembira utk kita jadi bila benda mcm ni terjadi mesti dia bertepuk tangan tersenyum girang & gembira...
Oh maafkan diriku ini....

Tapi tak ape kerana ku yakin setiap yang berlaku ada sebabnya setiap yang terjadi ada hikmah nyer..itu keyakinan ku!Setiap yang ditarik balik akan diganti dalam bentuk yang lain..itu keyakinan ku lagi...

Juga ku yakin & percaya Allah itu Maha Adil..maka dengan ini ku pasrah & redha ia bukan rezekiku lagi...

nota kaki : tak guna bertegang muka bertekak suara hanya kerana ia bukan milikku lagi.. :)

Urut meh Urut!


Oooppss....gambar agak nakal disitu!(copy dari page tu ye....)



Finally got it!Fuuhh...punyer la lame nak tunggu promosi mcm ni..kalo yang ade pun jauh kat Damansara la Subang la....yang ni dekat jek area KLCC jek....fuuuh!Ala Sabella Spa ni dekat Crown Regency Serviced Suites jek..dekat sangat tau.

Giler lame badan ni tak diurut..dari lepas bersalin dak Sufiya tu sampai skrg!Haaa...jgn terperanjat...iyeee mase dlm pantang takde urut takde ape..hehehehe..almaklum la berpantang sendiri mcm tu la..pandai-pandai la jaga diri pandai-pandai la pakai param stokin bagai.. :)

Ehh..lari topik!!So...smlm dah beli baucer ni so just tunggu tarikh nak pegi sebab rase nyer nak kene amik cuti ni..nak pegi hari minggu sape pulak nak tunggu bdk-bdk tu dalam mase 2 jam ni...Almaklum la ai kan takde maid..hehehehehe....


nota kaki : tak sabar nak cuti sebab dating sekali la jwb nyer..bleh tgk wyg..eh eh... :)

Monday, February 27, 2012

Beza or Berbeza?



Ini bukan cobaan utk menjual diri menjadi glamour okey!Hahaahahaaa....
Ini kesedaran utk membandingkan diri dulu & kini..
Umur 23 thn baru bertunang dgn berat 42kg jek!
Umur 29 thn anak dah 2 dgn berat 50kg..jeeekkk?!

Aduhaiii...seksa tgk diri sendiri!Dulu muka aduhaiii.....nasib ade yang sanggup nak!Hahahaha...


nota kaki : mula dah mereng tu dtg biler mane menunggu benda yg tak tibe nih! :D

Terpanggil....


Terpanggil lepas terbaca entry kak Hanis Azla..saya pun bersetuju bahawa disini tak boleh nak bercerita semua nyer walaupun hati membuak-buka menggeletis utk memberitahu utk meluahkan segala nyer..

Kerana apa tidak boleh?kerana bukan semua org suka dgn kita bukan semua org akan gembira utk kita..kdg-kdg ada yang akan rasa terjuih bibir mencebik menghina hanya kerana kita berkongsi kegembiraan?Ye..begitulah lumrah hidup...

Jadi selepas selepas ini mgkn akan ada bnyk entry saya yang berdouble meaning..
Oh rasa nyer sejak mingu minggu yang lalu bnyk entry saya berahsia kan?

Berahsia utk kebaikkan sendiri..berahsia utk ketengangan sendiri..juga berahsia utk menjaga hati & ketenteraman jiwa sendiri.. :)


*Bukan saja disini tapi diFb juga perlu dilakukan benda yang sama...(maka saya sedang berubah ke arah itu...kdg-kdg berahsia pun boleh buat org terganggu kan..hikhikhikk..)


nota kaki: masih bnyk lagi blog yg certa psl perkahwinan itu??Oh tidakk..tak gemar! :)

Friday, February 24, 2012

Cerita Sama?


BW sane sini bercerita tentang artis itu bernikah...ah tidak.....bukan la tak minat tapi kurang gemar dgn cerita artis.Ketinggalan zaman ka?Ahh..tidak jugak...cuma sudah tinggalkan zaman menggila dgn artisBelagak baik?Ohhh...lagi sekali tidak jugak...cuma mahu mencuci oh tidak salah menggunakan perkataan...cuma mahu mengurangkan pembacaan tentang artis-artis...

Sekarang zaman mencari benda yang berfaedah utk bekalan masa depan...

BTW...perjuangan & peperangan saya semakin menampakkan jalan nyer,harap ada rezeki saya disitu kerana saya cuma mempertahankan hak saya sahaja...
Semoga Allah SWT permudahkan urusan saya juga semoga rezeki itu berpihak pada saya,amin..



nota kaki : muhasabah diri mencari ape kesalahan yang telah dibuat tanpa sedar sehingga dugaan ini tiba ketika gembira atau mgkn saya terlupa DIA hanya kerana gembira?
Oh tidak sekali-kali...tidak jugak banyak kali.!

Thursday, February 23, 2012

Yeaaahh..Yg Ditunggu Telah Tiba!







Yes..ini lah barang yang ditunggu tunggu minggu nie..hehehehehe..excited terlebih!
Ye..inilah hadiah yang dinantikan dari susulan entry me-menang hari tu :)

Ye..photobook yang dinanti-nanti kan..terus tersenyum hari ni...hehehehe...hilang kejap masalah itu!

Terima kasih The Ladies Photographer yang sudi menyediakan hadiah yang akan diingati sepanjang zaman..hihihi...cewah!
Terima kasih juga pada Bam Yuyu yang menganjurkan GA ini.
Terima kasih jugak kawan ku yang sudi tag utk menyertai GA ini Ayu Khairy.. :)


nota kaki : sometime bila kiter sedih secara tiba-tiba akan ada cahaya kegembiraan walaupun sekecil kuman perkara itu masih mampu menerbitkan senyuman dimuka & dihati..

Bukan Mudah Juga Bukan Susah


Bukan mudah utk menjadi orang baik jika orang lain melayan kita dgn mudah dgn sebelah mata..juga..bukan susah utk menjadi org baik jika org melayan kita dgn mudah tanpa buruk prasangka.

Oh tidak..saya adalah org yang mudah,org yang senang sekali berkawan dan juga saya adalah orang yang boleh masuk sahaja diapa-apa keadaan sekali pun..
Tetapi kenapa orang menyusahkan diri ini sehingga bakal-bakal menerbitkan sisi hitam diriku yang telah lama ku tinggalkan..

Oh tidak..bukanlah diri ku ini tidak berjuang utk menegakkan hak ku cuma ku rasa terlalu letih dalam perjuangan ini kerana orang-orang disekeliling dan juga kerenah birokrasi orang-orang disitu..Bukanlah juga diriku ini utk memburukkan mereka or menjatuhkan mereka tetapi dimana hak ku?

Patutkah sisi hitam ini muncul hanya semata utk memenangi perjuangan ini?Oh tidak...sekali ku buang tidak akan ku kutip semula yang hitam & buruk itu!Tetapi patutkah ku biarkan peperangan ini menjadi sejuk hingga mendiamkan diri & ku bakal kalah dlm peperangan perjuangan ini?

Oh buntu....kenapa tiada yang membantu diri ini?


nota kaki : baru kita kenal siapa kawan semasa kita senang atau susah....

~ Spontan Khamis ~



HIBERNATE

 & 

NO KOMEN


nota kaki : mencari semangat diri serta pemikiran yg lurus utk seketika....

Wednesday, February 22, 2012

Like & Share


Jomlahcuti.com

Nama : Idzwa


Slogan anda:

I Love Jomlahcuti.com kerana bercutilah adalah waktu yg berkualiti bagi kami utk menghabiskan masa bersama!

Cara memenangi :

1) Klik Like Fan Page Jomlahcuti : Jomlahcuti.com
2) Dapatkan "share" dengan klik button share serta minta bantuan rakan2 share gambar anda melalui page jomlahcuti.comSee more

 
nota kaki : ini bukan paksaan tapi kesukaan...hahahaaha....

~ WW - Doa Permudahkan Urusan ~



nota kaki : sedang berlawan berhabis-habisan...

Tuesday, February 21, 2012

Alhamdulillah....ade rezeki lagi!


Alhamdulillah dapat sms lagi dari majalah Cosmo mengatakan saya menang peraduan Sunsilk Promo/Cosmo bernilai RM250.
Yang hadiah Maybelline tu pun tak pergi amik lagi..mgkn nak pergi amik sekali jalan la kot sebab hari ni nak pergi amik baucer Grand Lexis 3H2M tu.
Lagi pun nak amik hadiah ni semua kene tunggu cinta hati tu jugak..kalau dia kate okey terus la pegi kalo dia kater tak okey makne nyer dia bnyk keje la tuuuu...huhuhuhuuu....

Syukur alhamdulillah..sebab takde la letak harapan ape-ape kat setiap peraduan yang saya masuk sebab saya membayangkan berape juta yang masuk pulakk..hahaha..jadi nyer jgn teringin jgn terpikir la nak menang!Ade rezeki ade la kate nak mengharap tu tidak la.. :)

Kdg-kdg tu sampai terlupa peraduan ape yang saya masuk..hahaha...siap terpikir eh ni contest blog ke?like & share fb ke?eh eh yg majalah ke?ke yang pasaraya punyer?Haaa...sampai gitu laaa....

Dulu si cinta hati bising la jugak..dia kater "tak rasa rugi ke beli beli masuk nie?" Saya senyum je la tapi kalau nak fikir balik takde la rugi sangat kot..
Contoh menang Grand Lexis tu..dgn bermodalkan RM4.90 (pad) & RM0.60 (setem) dan doa maka dapatlah hadiah grand yang bernilai 2K tu...rugi tak?tak kan...

Jadi skrg ni mane yang saya masuk dia dah tak bising malah bagi sokongan uuu..hehehe..ai lap u abang!


nota kaki : gembira jgn sampai lupa kesusahan org lain (peringatan utk diri sendiri)

Monday, February 20, 2012

~ Hilton With Love ~


Meh meh layan aksi gedix kami (kalau tak nak sila kik X ye..) hehehehe.. :)


Anak-anak yang happy!

Salahkan baju sebab saya nampak gemuk!Ciiss...

Future Model..hihihi...

Kamera disebalik cermin bilik air!

Anak-anak pun tak kalah!Hahahahaha..

Sedih sebab terblur pulak gambar nie.. :(

Birthday Man tgh cari lokasi nak beli umah..hikhikhik...

Ultraman Forever.Fire..fire!

Syahmi dah pandai berenang skit-skit :)

Ni tak lain dari minum air masin tu la!Hahaahaha....

Hanya kami disitu :)

Again..before balik!


Alhamdulillah kami sgt enjoy,happy dan seronok bercuti kali nie.
Jadi tak sabar nak tunggu bln depan mgkn kami nak bercuti ke Melaka dgn abah,adik & kakak (doa doa menjadi sebab kami sekeluarga dah bertahun-tahun tak bercuti dgn abah ni..)

Bulan 4 tak tahu lagi mane arah nak tuju...Oh hooo..lambat nyer bln 5 utk kami tebus baucer Grand Lexis tu..lambat nyerrr....grrr....nak tunggu anniversary la konon nyer tapi hati dah mengedix-gedix nak pegi ni!Isshhh isshh...ade yang tertebus awal nie.. :)

Menjawab pertanyaan Wina psl Grand Lexis tu ai pegi 4-6hb Mei nanti..hehehehe..sudah tercall itu org utk book bilik..ehikkss....ai tak sabar jugak okey..sgt sgt tak sabar ni!hahahahaa....


nota kaki : sape tak nak baucer hotel sila bagitau saya!Hahahaha...ai suka nak pegi cuti-cuti ni :)

2H1M Yang Indah!

Dalam pada mencari-cari tercari-cari mana mahu pergi utk menyambut harijadi si cinta hati..alih-alih terbaca di blog Edy Zaidi yg dia tak sempat nak guna baucer hotel yg dia dapat.
Jadi apa lagi...terus merembat la baucer itu!

Jom kiter layan gambar hotel dulu baru gambar kami...hihihihi...





Bilik kami di tingkat 25

Chocolate Chip sebagai pembuka kedatangan

Katil

LCD Tv

Almari

Bilik air boleh nampak luar dalam..canggih kan? :)

Nice!


Free Gift

Pembasah tekak

Mineral Water

Pemandangan dari tingkap kami

Swimming Pool Air Laut Masin


Terima kasih bnyk ye dik sebab tak gunakan baucer ini lalu ia menjadi rezeki kami disaat akhir.. hikhikhik.....kalo ade lagi jgn lupa offer lagi tau.. :)


nota kaki : ia menjadi 1 percutian yg sgt mendamaikan & menggembirakan kami...maka terus lah kami tak sabar utk bercuti lagi dan lagi dan lagi...hahaahaahaa..

Friday, February 17, 2012

Alhamdulillah....ade rezeki lagi!



Dapat sms dari Cosmo bagitau menang peraduan nie..
Seronok sgt sebab memang saya pakai produk Maybelline dari zaman anak dara sampai ke mak dara nie..hehehe...dapat lagi yang free lagi la mak suka nyahh...!(mesti cheqna ckp aku mereng lagi nie..haahahhaah..sayang ko cheqna!)


nota kaki : tak sabar ai nak kelip-kelip mata lepas nie..hehehe... :)

Selamat Harijadi Cinta Hati!



Amaran : Entry Jiwang...(klik X dgn segera kalau tak nak baca!) heheehe...


Selamat harijadi yang ke-34 buat cinta hati saya..
Semoga abang dipanjang umur lagi,dimurahkan rezeki banyak-banyak lagi & semoga sentiasa di bawah lindungi Allah SWT,amin..
Terima kasih aban kerana menjadi suami yang baik & menjadi abah yang terbaik untuk anak-anak kita.
B sayang abang...ehiks..

Pada Mu Tuhanku Ya Allah terima kasih kerana hadirkan dia dalam hidup ku,terima kasih kerana menjadikan dia suamiku serta cinta hatiku.

Red Velvet Cake utk cinta hati..


nota kaki : tak sabar nak cuti nie... :)

Thursday, February 16, 2012

Siapa Kurang Belajar Siapa Tak Belajar?


Lokasi dekat sini sini jek...kisah sebenar di waktu tengahari tadi..

Gurl : selamat tengahari,makan sini ke bungkus pakcik?
Pakcik : bungkus! (muka kelat...)
Gurl : ye..pakcik nak order ape?
Pakcik : nak ayam 15 ketul tu.set ape ntah!
Gurl : nak original ke spicy atau campur pakcik?
Pakcik : mane-mane la ayam jugak! (aku dah mula skit hati nih!)
Gurl : okey set campur je pakcik..
Pakcik : bape lame nak tunggu nih?!
Gurl : pakcik byr bwk resit kat depan tu terus dpt (muka masih lagi senyum..tapi hati..ntah!)
Pakcik : berape semua?
Gurl : RM51.10
Pakcik : aik..dalam ni tulis RM48 jek..
Gurl : itu belum campur gov tax pakcik...(muka dah tak senyum tapi tak masam...)
Pakcik : susah la mcm ni mkn pun nak kene tax yang kaya kerajaan jugak!menipu je semua nih!Ayam mane ayam?? (tinggi suara..!)
Gurl : ni resit pakcik ambil kat depan ye..(muka dah kelat)


Jadi...sape yang tak belajar siapa yang terkurang belajar sekarang ni?
Jangan di tuduh melulu,jangan diprovok keadaan sedangkan yang bekerja pun masih lagi seorang manusia yang mencari kerja halal...
Customer always right? (sgt salah penyataan ini  & langsung tidak boleh digunakan mengikut fikiran ku)


nota kaki : mulut terasa ringan utk menjawab pakcik tu tapi tak mahu digelar kurang ajar!

Cozy Lagi!



Tengok menu pun dah terliur!Cisss....

Tom Yam Tersedap!

Udang Masak Sambal sedap jugak!

Ikan Siakap Sweet Sour sedap nak mampus!

Sayur Tugeh masak ape ntah...ni tak tahu ye sebab ai tak mkn sayur..hahahaha..

Chocolate Blanded,Milo Suam & Teh O Ais Limau..sedap jugak nie..

Pencuci Mulut..sedap!


Pendek ke panjang ke kata nyer...semua sedap giler!
Yang penting tak boleh mkn selalu nanti rabak poket ye tuan tuan puan puan..
Giler kooo..sekali makan byr dekat 200?Kalo kayo takpe kalo tak berape nak kayo mcm saya ni sekali sekala ke berkala kala boleh la..hahahahaha....

Pepagi entry makan..gasakk..dah teringat hari ni padahal makan hari ahad lepas.. :)

nota kaki : eh eh..Chili's sedap tak?Ingat nak belanje en.hubby sabtu nie....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang