thumbnail

Friday, September 28, 2012

Garrett PopCorn!


Okey ini lagi salah satu benda yang wajib kami beli setiap kali ke KLCC..wajib ek..

Garrett Popcorn

Sluurrpp....sedappp....

Wahhh...terliur balik nih!


nota kaki : kat Lumut mana mkn sedap?

Antara Yang Tersedappp!


Yehuuu...bersiaran dari office pulak hari nih!Hah...dari patut nyer cuti terus dtg kerja sebab Syahmi dibenarkan amik exam hari ni dan exam yg tertunggak tuh..alhamdulillah sihat dah dak tuh...

Oh bukan nak bercerita pasal tu tapi nak cerita pasal kami mkn semalam.1st time makan dan sgt sedap makanan ni so harus lah dikongsikan bersama.BTW ini makanan yg en.hubby order...seperti KEBIASAAN nyer apa yg dia order mesti sgt sgt sgt sedappp..cisss....

Sausage Cheese Bake Rice

Serius ini sgt sedap bagi org yg suka cheese dan makan yg creamy!Ala ala yg mcm kat pizza hut tu la tapi yg ni lagi sgt sedapppp la bagi tekak saya....sedap sedap sedappp....

Lokasi nyer di Signature KLCC tingkat 2.

Kungfu Bake Rice

Step to Order

antara menu yg ade

So sedapppp & creamy!

Walaupun harga dia gak mahal (mmg mahal pun!RM18.90...) tapi ia sgt berbaloi dimakan sekali sekala.
Apa lagi nak cakap bagi org yg kaki makan dan kaki cheese ni..mmg sedap arrhhh...
Insya Allah nak repeat lagik..kekekeke...belum habis mkn lagi dah ckp nak mkn lagi..boleh?

nota kaki : setiap kali berjalan kami mesti try something new..so sedap okey!
nota kaki lagik : KENAPA DASHBOARD SAYA TAKDE LIST BLOG?MCM MANA SAYA NAK BW NI?

Thursday, September 27, 2012

Anak Bujang...pulak!


Bersiaran lewat dan bersiaran dari rumahhhh...

Abang Ben10 yg hensem...ahakss :)

Oh semalam abg Syahmi disuruh balik dari taska dan tidak dpt mengambil exam nyer akibat disyaki sakit mata tapi sebenar nyer bukan sakit mata tapi disahkan Sinus problem but tak la seteruk nama diberi tu..ala-ala resdung je.

Bangun pagi setiap hari akan bersin sampaikan hidung & mata gatal..jarang jadi tapi sekali jadi mata dia akan bengkak mcm org sakit mata.Takpe la abg, exam tu amik next week ye.
Hari ni dia dah okey so boleh amik paper Math pagi ni dan tengahari ni abah dia habis kursus  terus amik dia balik & amik saya utk mencari ubat dari produk Himalaya yang doktor suggestkan utk Syahmi makan setiap pagi utk hilangkan sinus problem tu.Septilin Syrup yg disuggestkan oleh doktor.

So hari ni mama la yg untung..dapat cuti dan dpt berjalan ke KLCC..hehehe..kedai Himalaya tu kat KLCC ye..nanti saya update psl produk ni ye berkesan ke tak tapi kalo ikut kata doktor ubat ni yg paling elok setakat ni utk kanak-kanak yg ade sibnu problem mcm Syahmi ni..

nota kaki : hari ni,esok saya cuti seterus nyer terus ke lumut pulak so terpaksa cuti BW gak la kot..pagi ni huru hara dgn Sufiya kat rumah dan nak bersiap utk berdating pulak nie..hehehe..dating dgn anak-anak sekali ye..
nota kaki lagik : saya HUTANG BW dan KOMEN kat semua org..nnti saya 'bayar balik' ye..

Wednesday, September 26, 2012

Rabu Bercerita


Weeeee.....aksi ptg smlm! :)

Rentetan entry smlm..

Ohhhh ada tersalah sangka rupa nyer dgn kenyataan saya yang Sufiya nak dgn abah sahaja membuatkan saya marah/terasa..bukan..bukan itu yg terjadi sebenar nyer..

Sebenar nyer semalam adalah hari saya gundah gelana kerana rutin kami tidak seperti biasa.Kebiasaan nyer apabila kami tiba di taska ialah kami akan bersalam,berpeluk,bercium dan melambai-lambai dlm keadaan yang gembira & senang hati.Saya tinggalkan mereka dengan keadaan hati yang senang & mereka pergi dlm keadaan ceria tetapi smlm rutin itu agak terganggu kerana Sufiya dlm mood meragam dan itu sangat-sangat jarang berlaku.

Semalam kami sekadar bersalam,bercium sahaja..dan ketika saya berpaling utk melambai, saya tidak dpt kesan dimana Sufiya dan tidak nampak dimana Syahmi berada sedangkan saya tahu ketika itu Sufiya berada dalam tangisan dan Syahmi akan menjalani peperiksaan..
Gangguan rutin yang sangat mengganggu hari & jiwa saya...(boleh nampak situasi nyer?)

Mungkin ada yg berkata 'alahai hal kecik pun nak kecoh' tapi bagi saya ia sangat besar kerana setiap hari saya akan berpaling & tinggalkan mereka dlm keadaan yg saya pastikan mereka tersenyum ceria maka hati saya akan tenang bekerja..itu rutin saya dan kami setiap hari..

Menanti waktu petang semalam adalah waktu yang saya rasakan paling lama dalam banyak hari bekerja..hehehehe..seksa jiwa raga dibuat nyer!Sehinggakan tepat pukul 4.30 ptg terus terpa ke punch kad utk ke taska dgn segera!Tiba ditaska terlihat wajah ceria mereka adalah satu kelegaan yang tak dpt digambarkan...alhamdulillah...sgt tenang hati ketika itu...

Menjadi seorg mama/ibu/emak/mummy/ummi boleh menjadikan kita seperti 'org gila' tak kira waktu..walaupun 'gila' tu tak tunjuk zahir nyer :) *ke aku sorg je menggila mcm ni?hehehehehehe....*
Saya tak marah atau terasa pun kalo mereka anak abah malah gembira & bangga lagi adalaaa...sebab lagi banyak senang la mama diaorg nie...hihihihii...


nota kaki : hari ni nak balas dendam menjelajah rumah kamu sekalian..ampunkan daku sb tak ziarah rumah kamu semlm!Org takde mood la katakannnn :) *petang ye sebab pagi ni nak bwk abg Syahmi ke klinik utk kali ke-2..sakit mata la gatal mata la last-last cikgu tak bagi amik exam..huhuhu..*

Tuesday, September 25, 2012

Oh anak....


Alahai anak...kerana kamu mama hilang mood hari ni...
Hilang segala rasa nak berfikir..nak makan..apatah lagi nak bercakap...
Pagi-pagi kamu dah buat perangai...nak dengan abah sahaja...aduhai anak....

manja abah...sobsobsob..

Kerana kamu juga hari mama tidak seceria selalu kerana mama tinggalkan kamu di taska dlm keadaan yg menangis dan sedih...kerana kamu juga hati mama gundah kerana fikiran mama ke sana sahaja...
oh sayang kerana kamu juga hati mama tak tenang hari ni...

Ya Allah..cepat la ptg..mama tak sabar nak jumpa kamu dan abang Syahmi...

nota kaki : sufiya buat perangai nak dgn abah dia je..sedangkan org lelaki mana boleh masuk kat taska tu...alahai anakkk...mama dah rindukan kamu! :(

Monday, September 24, 2012

Mari Makan!


Ayam Penyet MJ

Milo Dinasour

Moh makan...Ayam Penyet dari Maju Junction tanpa sayur..hehehe...sory tak mkn sayur!


nota kaki : hari ni xde mood nak pikir..ehh..tak sabar nak sabtu,boleh!?

Ia Milikku!


taken by my own tau bukan dari pakcik google!hehehee...

'Ia' menjadi milikku kini sekaligus menjadi antara hadiah harijadi yang paling bermakna dari en.suami yang dikasihi.

Selama ini duk mengidam bukan kerana tidak mampu tapi cuma rasa tidak perlu..lucky me ada suami yang sgt memahami..hehehee...I LOVE U so much & TQ abg :) u are the best husband in the world! [hari ni puji melambung skit sebab hati ada banyak happy!*muntah la korg nih..iskk...]

Takde kata nak ckp dah sebab sgt happy... :)

nota kaki : hari ni abg syahmi exam akhir tahun tapi dia tak sihat lagi..[semoga ALLAH SWT permudahkan & meringankan kesakitan anakku ini,amin ~]

Friday, September 21, 2012

~ Gelora Jiwa ~


Abg adik..adik abg..

Ni lah pengarang hati jantung dan jiwa...yg ini jugalah yang membuat jiwa kacau gelora hati  dan sakit jantung..hehehehe...jerit memekik..gaduh baik gaduh baik..


nota kaki : cari mood nak balik..hehehe..jiwa dah kat umh sb anak teruna tak sihat!

Selamat Harijadi buat Kakakku!


My Sista

Hari ni harijadi kakak saya pula..hehehe...ye ye kami adik beradik semua lahir dalam bulan 9 cuma beza tarikh je..senang & jimat sambutan nyer...haahahaa..sekali harung!

To My Sista..selamat harijadi yang ke-31, semoga terus dipanjangkan usia,dimurahkan rezeki bnyk-bnyk lagi & semoga terus berbahagia disamping keluarga yg tercinta, amin ~

Btw..kakak saya ni dah ada 2 org puteri.Kami beza 1 thn je usia, semasa membesar kami lebih banyak 'tidak berkawan' kerana faktor persaingan usia yg dekat,faktor hormon remaja la konon nyer..hahahaa..salahkan hormon okey!Lebih bnyk 'panas' dari sejuk semasa kami membesar tetapi setelah semuanya berlalu kami kini menjadi lebih rapat (mungkin kerana faktor usia yg semakin dewasa..hehehe..tak ngaku tua okey!).

Kini kakak saya adalah salah satu tempat luahan mengarut saya setiap hari..tak cukup berpm di FB kami juga bersms setiap hari dan jika diberi pilihan menukar adik beradik..mereka tetap pilihan saya..

nota kaki : aku hutang ko ngn naim hadiah dulu ek!hehehee..sb aku takde idea nak beli ape...(seminggu ni apa saja idea aku tak muncul tiba...adesss..)

Yang Terbaik Utk Kita Bersama




Selain berdoa untuk kebahagiaan diri sendiri dengan pasangan, banyakkan juga berdoa untuk kesejahteraan & kebahagiaan pasangan yg lain. Kalau kita rajin doakan orang lain, malaikat juga tidak jemu mendoakan kebahagiaan kita dan seluruh ahli keluarga kita.


nota kaki : masih takde mood nak layan dashboard baru sebab bloglist saya sampai skrg tak dijumpa..so sad!



Thursday, September 20, 2012

Mana Mood..?Mana...?


Mencari mood nak BW..mencari mood nak KOMEN..mencari mood dengan RUPA BARU dashboard blog ni...tak suka..seperti sedia maklum kita memang susah sikit nak terima benda baru, lagi-lagi dengan kepala agak ting tong sekarang nie...

Menjengah ke rumah org tapi takde idea nak mengomen..apatah lagi bila keluar hujan hujan love atau apa saja yang turun sehingga terklik-klik bagai..bertambah hilang mood bila terpaksa iktiraf diri SAYA BUKAN ROBOT..aduuhh..sekali boleh,dua kali okey,tiga kali memang ku pangkah je terus (sory!) juga berterusan hilang mood utk menaip bila jari tercari-cari ruang komen yg ntah di mana...(masalah diri ke aku hari ni?)

Tapi...yang pasti sekarang ni ku berada di ruang keLAPARan yang teramat sangat setelah semuanya 'terkeluar' semula selepas kejadian bau-bauan yang agak kurang menyenangkan datang dari seseorg...aduuuuhhh..oh tidakk..ku masih lagi belum mengandung...ehh ye ke?hihihi..yang pasti masalah bau ini mengganggu beberapa org yang lain disini..aduuhh..pening!

Ehh..kene berenti menaip sementara menunggu loading HRMIS berjalan tanpa henti sehingga menyebabkan hang di sana sini...(mmg tak berantar la SKT aku ni..)

dapat ni pun best jugak kan?

Moh la kiter mencari sesuatu utk dikunyah sementara membetulkan mood dan kepala yang ting tong ini..ada idea nak makan apa utk tengahari ni?
Ayam penyet best jugak (terliur sambal dia..pergghh!), burger McD layan gak (sebab sebelah je..hehehe..), nasi ikan bakar pun cun jugak nih!makan pulak sambil layan lagu rock kapak...sungguh best!


nota kaki : TOLONG la buang verify word dan hujan yg tak berkenaan tuh..sangat menyusahkan org lain...

Pemikiran Carca Merba!


Banyak benda nak buat,banyak benda nak cerita tapi ntah yang bagaimana mahu mula..
Dengan sistem HRMIS yang masih gagal utk menghantar SKT saya..letih!Berhari-hari buat benda yang sama tetapi masih tak berjaya....Dengan banyak entry makan-makan yang tertangguh..hehehe...cuti 3 hari kan..pagi tengahari mlm kerja nya makan saja di merata-rata!

Sedang juga berusaha untuk menerjah balik follower baru dengan kebanyakkan nya tiada link dan tiada cara lagi utk saya usaha utk ke rumah kamu ye..

Juga sedang berusaha untuk meninggalkan jejak ke rumah-rumah yang lain selepas sudi singgah disini smlm,kelmarin dan hari-hari yang sebelum nya..Juga sedang gagahkan hati utk berjalan kaki ke bank utk menyimpan duit anak..hah!yang ni sangat berat utk dilakukan walaupun bank itu sekadar berada dilobby..hehehehe...dasar pemalas la daku nih!

Tapi hati berbunga kembali bila baru dapat e-mail confirmation dari hotel Best Western Marina Resort di Lumut utk penginapan hjg minggu depan.Err..dah boleh packing baju tak?hehehehehe.....


nota kaki : mana satu nak buat dulu ni?adoiiyaiii.....

Bloglist Kesuma Angsana



Follow dah lama,join sebab support kwn-kwn..hehehe..sama-sama untung tak gitu?
Korang yang lain jom la join..terjah sini tau.Cepat sebab tarikh tutup 26hb September ni.


nota kaki : hari ni nak BW je la rasa nyer..malas nak buat entry..

Wednesday, September 19, 2012

WW : Is Black Is White..

With lots of love & joy!

Black vs White


nota kaki : WW ialah entry bergambar tanpa apa-apa keterangan mengenai nya..

New Hair Do & For Muslimah


Entry 2 in 1...hehehehe..ni kes malas nak buat bnyk kali la nih!
Oeky last week pegi JJ AU2 tu shopping shopping mkn mkn (mkn lagik!) then nmpk kedai gunting rambut so terus terjah utk potong rambut syahmi yg dah panjang sgttttt...

budak rambut karat..hehehe..karat ori okey!

tempat menunggu utk kanak-kanak


amoi..kasi potong rambut nampak mcm anak cina!

anak cina ka?

kasi pendek je sebenar nyer..hehehee...

Oh lupaaa.....sebenar nyer yang best nyer kat sini ialah ada tempat utk muslimah nak potong rambut!Sekarang ni SANGAT susah nak jumpe salon/kedai gunting rambut yang mcm ni tau..so kesudahan nyer biar rambut panjang mcm cik Ponti or gunting sendiri je..hehehe..

best..best..saya suka!

Quick & save

see...tak nampak apa!

Kwik Cut JJ AU2 Wangsa Maju

Murah dan tidak terdedah...1 pilihan wajib selepas nie.
Lagi pulak gunting & sikat tu semua disteril sebelum dan selepas digunakan.
Diyakini bersih kecuali amoi tu je la..hahahahaha......


nota kaki : rambut saya dah cantik tak mcm cik Ponti dah! :)

I'm Not Alone


But you are not alone, I'm here with you, though we're far apart, you're always in my heart but you are not alone....


nice kan bila dapat lirik ni bila kita tiba-tiba rasa down..
datang pulak bersama dgn 'hugs' dari kawan-kawan yang kita kasihi..
walaupun hugs tu dari jauh tapi 'rasa' itu sehingga menusuk ke kalbu..

syahdu & sayu..

saya bukan berada dalam mood yang sedih tapi berada dalam mood bersyukur yang teramat sangat kerana mempunyai ramai sahabat sejati yang sentiasa ada bila ketika saya rasa gembira,suka,duka..
Terima kasih Allah SWT kerana hadirkan mereka-mereka ini dlm hidup saya..


nota kaki : hidup saya penuh bahagia kini,alhamdulillah ~

Tuesday, September 18, 2012

Cheese Nan..mantopppp!


Hari cuti maknanya hari makan-makan,jalan-jalan, masak-masak..3 hari enjoy with the food!
Jangan ditanya pasal berat & lemak..hahahaha....sensitif tau.... :)
Ohh...pasal jamuan raya office tu akan di update kemudian sebab gambar tak dapat full lagi coz kameraman cuti hari ni.

Hari sabtu kami singgah makan di Restora Rasyid Ampang Point (belakang hospital ampang puteri) selepas pergi servis kereta..perrgghh...sedap wa cakap lu!!

ala..silau pulak!


ada lauk pauk juga

milo ais & neslo ais.

nyummm nyummm...
  
ayam tandoori yang super duper maveles!!

yummehhh!!

abang yang takut panas!hahahaa...

si adik yang tolak batu ngn kayu je!

Dia habiskan 1 cheese nan yg besar tuh...seriustak tipu!

see the chesse inside..perrgghh...

Alamat

So far ini antara cheese nan & ayam tandoori yang kami rasakan sangat-sangat sedap & lembut!Ayam dia terasa sampai ke dalam lah rasa dia...perrgghh...sedap sedap sedap!Cheese nan tu tak payah cakap la kelembutan dia...sangat-sangat lembut dan besar!Puas hati makan dengan harga dia RM3.50 utk 1 cheese nan & RM6.50 utk 1 pinggan ayam tandoori.

Rasa macam nak repeat pulak dah ni...hahahahaha...masih lagi terbayang-bayang kesedapan rempah ayam tandoori tu..!Perrgghh....tertelan air liur dah....


nota kaki : ntah bila nak start puasa isnin khamis ni kalau asyik makan je ni!

I'm Lovin' It!


yummeehh!

Lovin' it la sebab kekanda belanja..TQ mr.hubby!
Sesekali breakfast org putih menarik gak tapi kenyang nyer setengah jam aje..hehehehe...tetap jugak nak kene cari nasi lemak,sambal paru & telur mata..perut melayu la katakannnn.....

*nak siapkan kerja dulu baru nak BW
*done followback follower baru (btw..TQ sebab sudi follow sini)


nota kaki : lepas ni ber-update balik la entry mkn!yummehh..i'm lovin' it! :)

Friday, September 14, 2012

Makan Free!


Jemputan terbuka untuk semua org hari ini (14hb September) di bangunan baru sebelah MARA biru, dari pukul 12 tengahari hingga ke pukul 4 ptg.

bangunan baru

Foodcourt baru buka



Mee Kari super sedapppp!

Asam Pedas yang not bad..hehehee...

Pulut Hitam yang so so..

Yang ni manis.

Kebanyakkan makanan sedap cuma air sirap je tawar sikit.
Apa pun alhamdulillah kenyanggggg...sgt!Jimat duit lunch hari ni...hehehe...

Skrg time berlari ke rumah kamu semua sebab pagi tadi agak busy..kene lari nak bakar kalori!Jangan gelak aaaa...... :)

nota kaki : mlm ni ade jamuan raya kat Kg. Pengantin kat Setapak tu..kenyang teruk lagi la nmpk nyer!Ehh...tak baik ckp mcm tu...syukur alhamdulillah izwa!

Misteri Nusantara....


Sangat misteri dengan apa yang berlaku mlm semalam..

Skrg ni sapa yang hantar??

skrin capture dari skrin bb kawan saya..sebagai bukti...

Lepas subuh tadi tiba-tiba kawan saya bbm tanya..kenapa..
Ehh...terperanjat la hati..terus terdetik..kenapa ape nyer nih??Balas la balik tanye.."nape?"


Lepas dia terangkan yang dia terima bbm saya pukul 3.33 pagi tapi waktu tu dia tido so subuh baru dia balas...yang pelik nyer time ni saya pun tido!Confirm tak ngigau sebab dlm bukti recent message memang saya langsung tak bbm dia..dah bnyk hari tak berbbm dgn dia...

Nak kata geram pun nak geram dengan sape ni...?Tido dalam senyuman lagi ade la..hehehehe..
Tapi yang pasti memang saya tak hantar pun kat dia bbm ni...pukul 3 pagi?baik saya ngulit dak ed tuh..hahahahaha...nak kata ngigau pun jauh sekali sebab hp duk atas meja jauh dari katil..

Seramm okey serammm.. dihantar pada pukul 3.33 pagi di tarikh 13hb...?


nota kaki : boleh ke org crossline bbm kiter?ke hantu pun nak berbbm nih?hahahaha...

Segmen : " Hanif Idrus Segmen Menerjah"


Blog ni hari-hari saya masuk tapi biase jadi silent reader jek...
Hari ni baru perasan (ye ke?) saya ketinggalan satu entry beliau..hehehe..sory!


Tapi nak kene tag..hurm..nak tag siape ye?
Kalau tak tag tak boleh ke?Hehehehe....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang