thumbnail

Friday, February 22, 2013

Love That Statement!


Bersalin secara normal atau tidak bukan persoalannya..Allah Maha Adil, Maha Pengasih & Penyayang...Pahala melahirkan tentu sekali bukan bergantung pada cara melahirkan...Bersalin secara normal ada risikonya apa tah lagi bersalin secara pembedahan...Nyawa menjadi taruhan...Siapa kita untuk menidakkan ketentuan Allah?

"Some people might say whatever they want because they have no idea what have been thourgh...There is a whole lot in life that we simply cannot control. Sometimes, the lesson lies in our ability to let go and accept things for how they are.

I never feel less feminie when underwebt C-Sect. Childbirth is paintful. It's not the same for every mother, or even with every child. As hard as childbirth is, though, the long haul is still ahead. Raisin kids is where it counts."

this statement copy from : ~ From Peru With Love ~

Love..love..love this statement so so so much!~
Thank's akak for this statement. Kembang hati biler baca..
Nak tahu kenape aku pernah kecik dgn bab bersalin C-Sect nie?
Sedikit sedutan luahan hati nie..

satu kerugian apabila kita bersalin c-zer suami tak nampak kesakitan kiter, tak nampak seksaan yang kiter terima semasa mengeluarkan 1 nyawa?
Satu kerugian apabila kita bersalin c-zer suami tak tahu tahap mana kesakitan yang kita tanggung itu sehingga tidak akan lebih menghargai kita memberinya buah cinta?

Jangan berani mengatakan sesuatu jika anda tidak mengalami nyer sendiri... :)


nota kaki : perempuan ni superpower tau..

47 comments:

Ratu Hatiku said...

Setuju :)

+kasih+ said...

Walau bagaimana kita melahirkan anak nyawa kita tetap menjadi pertaruhan... Tidak semua lelaki tidak menghargai.. Ada juga yang sangat memahami dan sentiasa disisi.. Sempurnanya seorang perempuan bila dia melahirkan zuriat untuk seorang suami tidak kira bagaimana caranya.. Dan tidak bermakna tidak sempurna seorang perempuan itu sekiranya dia tidak boleh melahirkan kerana setiap dari kita ada ujian yang telah ditetapkan oleh Allah.. Bersyukurlah kerana boleh melahirkan walau bagaimanapun caranya...

Eye_nee said...

wanita kan istimewa...tak gitu sis...

Cho Zila said...

jangan bersedih hati.. kalau suami tak menghargainya entahler... bagi dia rasa baru tau.. ha.. ha..
akakpun anak kedua kena C-Sect, bg pilihan of course nak normal tapi takkan nak bunuh diri kot doktor dah bg tau risikonyer...

Bitt (double IS) said...

setuju...nak tahu sakit ke tak cuba tinggalkan mereka bersama bapanya sahaja selama seminggu..hahahahhaha

Nurzakiah Hanum said...

agree :)

Marya Yusof said...

Thank you Izwa for liking the statement... Actually, there's many women out there who share the same feeling with us! Kita mmg tak boleh nak puaskan hati semua orang... Nothing to loss dear, regardless of how our child was brought into this world, they are here now! Just enjoy every moment! What others think of us is none of our business :))

fieda said...

terbaik..

Aziela said...

Setujuuu sangat2.

iietamalek said...

Bagi saya, manamana cara pun yang kita lalui, yang both mother and baby save.

Rozita said...

lama tak singgah rumah izwa..
sedihnya baca statement ni...

"Satu kerugian apabila kita bersalin c-zer suami tak tahu tahap mana kesakitan yang kita tanggung itu sehingga tidak akan lebih menghargai kita memberinya buah cinta?"

tapi dik... yg dah tengok kesakitan bini melahirkan pun curang apa cerita tu?

Kakzakie said...

Hanya yg pernah merasai tahu ini semua..

SYANI said...

Dah merasa dua2.. both ada pro & cons. Apa pun kita kena redha dengan qada & qadar Allah sebab Allah dah pilih kita melalui semua tu.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

bersyukur jadi seorang wanita...harap suatu hari nanti nak jugak melahirkan satu . dua atau tiga nyawa lain di dunia ini ...Insyallah..amin :)

~AmyLiana86~ said...

setuju.. =) xsabar nk lahir baby bulan 6 nati.. =)

HeNRieTTa JoSe said...

suka frasa yang terakhir...
"Jangan berani mengatakan sesuatu jika anda tidak mengalami nyer sendiri."

Mimi Azirah said...

apa pun cara kita lahirkan anak tetap mempertaruhkan nyawa ibu...para suami sekalian hargailah isteri anda

Lynda Che Lah said...

ye..hanya mengalami memahaminya :)

Remy hazza said...

perempuan memang super power kak.... bab 2 melahirkan nie memang remy salute habis.... pengorbanan demi sebuah keluarga....

- dieyana - said...

yup betul tu! setuju sgt! (dua kali normal, sekali c-zer)

Qhaifa Nur said...

bersyukur kerna telah merasa kedua-dua sekali...3 normal... 2 c-zer
betapa hebatnya menjadi seorang wanita...

♥ Wina ♥ said...

I likeeee tooo!

eLLy said...

Lebih menyedihkan bila suara2 mengatakan peremuan yg tidak dikurniakan anak itu tidak sempurna hidup nya ... Sedih :(

Tapi saya percaya dengan ketentuan Allah yg maha adil dan maha pengasih

eB said...

ader maksud yer n3 nih? :)
eB dh raser 2-2 :)

With Julia said...

Its true dear...hanya mereka yg berada di tempat kita baru faham dan merasai apa yg kita rasa...so hati2 apabila kita berbicara...bahaya lidah badan binasa :)

wantie said...

wanita memang istimewa. dan menjadi lebihistimewa jika dapat menjaga maruah diri dan keluarga.

Daddy Ziyyad said...

siapa yg bengong memandai kata kalau Caesar tu boleh lepak2 goyang kaki lepas pembedahan? meh sini saya luku kepala dia...kih kih kih

Kesuma Angsana said...

betul tu... KA 3 kali normal... huhuhu

Miss Volvo said...

ibu-ibu memang kuat. sakit gila kan kak?

Noli@Ibu Wafa said...

nak beranak lagi..

Amanda Suria said...

ye..dalam maksudnya..x semua ibu pengalaman sama...

ashra said...

Betul..tepat sekali.
we are all mothers,allah yang menilai pahala kita.

sama gaks la Izwa kes SI n FM. saya tak kisah pada ibu2 nyusu sepenuhnya anak.tapi jgn lah duk kata anak orang tu minum FM tu anak lembu.who the hell are you? (sorry,bhs emo..hehe)

Kita sesama mengandungkan anak.kita sesama melahirkan dan membesarkan anak2 KITA MASING MASING.
2 tahun penyusuan penuh tak leh jadi ukuran dengan 20 tahun lagi besarkan anak tuk kata anak die lembu.Kang allah terbalikkan musibah...haaa....baru tau anak siapa yang lembu.we neva noe! the future kan.

Yang penting,kita buat yang terbaik tuk keluarga kita,suami dan anak2...

(sorry komen emo...haha.terbaca dari satu blog ni,ada orang duk ngata anak kawan satu opis die, anak lembu.)

maszmadi said...

betul tu.....

Nurul Aini said...

Besar sangat tanggungjawab, kesakitan, dan pahala seorang ibu.

zila norazila said...

Stuju..jgk..

Aisy Nasiha said...

pengalaman saya kena infection yg menyebabkan luka operate yg sempat cantum ms melahirkan naim dulu, raasanya pengalaman yg paling menakutkan dan sakit pada saya...

kalau diuji dengan suami mungkin tak hargai kesakitan saya tu, entahla, minta saya kuat pada masa tu...

Fadilah Aziz said...

Izwa, saya pun pantang sungguh bila ada orang suka banding bandingkan itu dan ini, semua tu kan kerja Allah...Allah..siapa kita nak nilai sesama manusia..for me, every women is special, ada hikmahnya sama ada seseorang wanita tu mandul, beranak biasa atau beranak operation..

ros_reeza said...

tak kisah macam mana cara pun seseorang tu lahirkan anak, keduanya mempertaruhkan nyawa jugak.. yang penting keduanya selamat.. para suami harus hargai :)

^^eKaTiKaH^^ said...

sungguh besar pengorbanan seorang wanita ketika mahu melahirkan seorang anak. yes, perempuan superpower :D

kiera'sakura said...

bersalin macam mana pun tetap bertarung nyawa nak melahirkan amanah Allah tue. sape yang tak pernah alaminya memang mudah nak melontarkan bermacam tohmahan, sabar jela

Novelgurl said...

Subhanallah.

Mas Zull said...

assalamualaikum mrs.eady...memang mama pun sokong tu...:)

MAZLIZA ABD RAZAK said...

saya dah 2 kali bersalin, dua2 czer..klu blh nk nersalin normal tapi, dh ketentuan darinya sy bersalin czer. sb ank dua2 songsang, dua2 problem. yg sulong 7 bulan, no.2 plak air ketuban kurng.. tapi, alhamdulillah husband tetap hargai walaupn brsalin secara normal @ czer :)

Dee said...

cara mcm mana pun..ianya tetap sakit sis..ianya tetap pengorbanan..dee 2 kali c-sect :)

ieda immi said...

ceaser atau tidak , sakit melahirkan dan mengandung tidak akan sama pada setiap wanita ..
malah mengandung atau tidak juga bukan kita utk mengadili kenapa ..

apa2 pun ceaser atau tidak , syurga tetap di bawah kaki ibu .. x menjadi persoalan disini jika suami hargai atau tidak ..

suami perlu hargai kerana isteri mengandungkan anak bersama .. semua itu memerlukan pengorbanan ;)

ps : meremang bulu roma akak baca entry terdahulu (link) itu .. sbb akak 3 org c-ser dik , hanya allah sahaja yg tahu kerana setiap sesuatu itu dah di tentukan oleh allah hendaknya ..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

betul tu setuju sangat2

sal ya said...

atas suami jugak adanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang