thumbnail

Thursday, March 28, 2013

Silver


Silver

Tahun ni kami akan ber-SILVER raya nanti (in shaa ALLAH kalau aku sempat kurus..!hehehe...).
Kelas ko..puasa pun belum, ganti puasa pun tak habis lagi dah beli kain utk buat baju raya tahun ni punyer!

Almaklum la tahun ni kan puasa awal, bulan 7 jadi bln 5 atau bln 6 tailor dah tak amik tempahan jadi better buat awal & sempat la nak di manikkan baju nie.

Kalau ikut kire lagi mase raya pertama tu aku dlm pantang 16 atau 17 hari.Hah!tengok semangat tak semangat nak raya punyer pasal!Err..agak-agak time tu sempat ke tak aku kuruskan badan nie??Sempat kan nak KURUS dalam tempoh 2 minggu?

Untuk pengetahuan semua, setelah hampir 7 tahun berkahwin (bulan 6 tahun ni baru 7 tahun ye kawan-kawan,masih kategori pengantin baru lagi ni!) baru tahun ni incik suami aku dapat buat pilihan warna untuk raya, 6 tahun pilihan aku je..adil la kan..he..he..he..

Korang pakai tema kaler ape tahun nie?


nota kaki : jenuh nanti nak ganti puasa!

Wednesday, March 27, 2013

1st Rasa Ni!



Sotong Sumbat Pulut

Utk ibu mengandungi kata kakak office yg sudi buatkan utk aku.TQ kak Ilah :)
So sedappp....sedap, sedap sedap :) sotong sumbat ni sebenar nyer pre-sarap ye,sarapan betul nyer yg kat bawah nie.Sotong dah licin ketika entry ini siap..hehehe..

Mee Kari yg dah seminggu tunggu kat bistro bwh office.

Hari ni tak bawak bekal la pulok sebab lauk tak cukup utk kami berdua, so bagi kat incik hubby je la bekal tu.


nota kaki : umur dekat 21 thn (21thn??kekeeke...) 1st time dpt rasa sotong sumbat pulut ni!Sungguh...

Tuesday, March 26, 2013

Ayam Penyet Lagi!


Ayam penyet lagi!dan lagi dan lagi dan pada bila-bila aku boleh bedal ayam penyet!
Ohhhh..tadi mengantuk bagai nak gila, tetiba incik suami ajak pegi makan ayam penyet kat Maju Junction tu apa lagi laju je la mau!
Almaklum la org sane jarang sekali, amat jarang sekali (siap ulang nak menunjukkan betapa jarang nyer makan sama waktu kerja..hehehehe...) ajak pegi mkn lunch time nie.

Milo Dinasour & Longan Laici

Menarik tertarik?

Close-up kasi lebih menarik..hehehe.. 

Biase aku tapau & makan kat office je lunch time dan walaupun pagi tadi dah bedal bekal nasi + udang masak lemak + telur mata masak sweet sour boleh je aku bedal ayam penyet ni lagi sampai licin.

Tinggal tulang aje!

Walaupun agak mahal sikit (bagi aku la) tapi amat berbaloi bila sekali-sekala dapat dating mkn lunch time dan walaupun makan berpeluh bagai marathon satu padang!
Pedasssssssss nak giler sambal dia tapi sedap!Lagi pedas lagi sedap...kan?

**update : 2 set ayam bakar + milo dinasour + longan laici : RM30.55**

nota kaki : tiap lunch beratur panjang org makan kat sini tau.

"GIVEAWAY : EDY 3 DESTINASI"

hari ini hari malas buat entry..hehehe..takde idea!




FM dari 3 destinasi utk dimenangi dari GA Daniel Zaidi/The Beauty In Ugly.
Korang kalo nak join klik sini pun boleh :)


nota kaki : lama sgt ko menyepi ni dik, ronda dunia ke?

Monday, March 25, 2013

Utk Aku!Utk Aku!


Ayam masak sambal kicap by Chef Eady

Terliur?Tertelan air liur?
Harus tertelan air liur la sebab ini incik hubby yang masakkan hari minggu lepas.
Tekak mak mengandung ni, asal hari minggu je mula la selak buku resepi 1 Hari 1 Resepi tu untuk order lauk. Hari ahad sebelum incik hubby pegi office, dia masakkan dulu lauk ni berserta sup ayam utk anak dara manja dia tu.Sebagai tambahan utk abg Syahmi, aku kirim kat adik belikan ikan keli goreng kesukaan dia. 

Bertambah-tambah nasi aku makan tau,kalau masak sendiri sepinggan je la aku mkn. Nampak tak mengada nyer?Harus la kan, kalau tak aku sape lagi nak mengada dgn dia..hihihi..

Korang jangan minta resepi dgn aku, sebab ini pun ikut sebijik-sebijik dari buku resepi 1 Hari 1 Resepi. Aku cuma sediakan bahan utk masak, basuhkan brg-brg yang dah guna & MAKAN je aku tau.

Err...terliur balik ni!!

nota kaki : nasib baik dia mmg pandai masak kalo tak sape la nak layan tekak aku nie!

Biler Nak Jun ni?


Samada rezeki incik suami atau rezeki baby aku tak tau tapi yang pasti aku dapat complimentary stay disalah satu tempat impian yang aku nak pergi selepas TAK DAPAT pergi ke USS.

Dan yang pasti tarikh yang kami dapat adalah tarikh anniversary perkahwinan kami yang ke-7!
Walaupun dapat hanya untuk 1 mlm, insya Allah ade rezeki (tunggu duit kutu thn ni..) aku nak tambah untuk 1 mlm lagi.Uhhh..1 malam mane puas je dak..

Tersenyum-senyum dari hari sabtu selepas dapat call & e-mail confirmation berkenaan complimentary ni tapi apakan daya terpaksa rahsiakan dulu dari incik suami sampai dia pun pelik "apesal asyik senyum je dari tadi ni?" mane bleh bagitau awal-awal kan.Tak suprise la kan..

Tak tau dah nak ckp ape kecuali hati gembira & hati dah tentu la TAK SABAR nak tunggu bulan Jun!Almaklum la aku ni kalo tak memang tak menyempat punyer.Hahahaa....
Sabar izwa sabar, bulan Jun lagi 2 bulan suku je lagi nie..Uhhh...pangkah kalender hari-hari!!


nota kaki : biler nak JUN niiii?!harharhar... :)


Friday, March 22, 2013

Dari 3 ke 4 bakal ke 5 & 6!

Ariff Yamin, Syahmi Irsyad & Ammar Ikram

Mase mereka berusia sekitar 2 thn lebih

Kini mereka dah besar dari kiri : Ammar Ikram, Syahmi Irsyad, Alif Rayyan (adik ammar) & Sufiya Irdina. *Ariff Yamin tengah menunggu kelahiran adik beliau yang dijangka pada bila-bila masa dari skrg*

Mereka sebaya, seusia di tahun yang sama. Syahmi satu kelas dgn Ammar dari usia baby, ptg-ptg Ariff Yamin transit ke kelas diaorg. Sufiya satu kelas dgn Alif dari usia baby & kami mak-mak bapak bapak berkawan dari usia bujang belaka.Err..mane ntah gambar kami mase muda (sekarang pun muda lagi okey..!) balik nak kene korek gambar lama kat dalam portable hardisk..

BTW..Ammar Ikram & Alif Rayyan ni ade sorg lagi adik lelaki Awwal Hakimi (yg ni aku tak sempat nak follow mama dia..hehehe...) tapi in shaa Allah adik Syahmi & Sufiya akan sama usia dgn adik Ariff Yamin :)


nota kaki : anak makin besar, mama makin dewasa u..hehehe...

Thursday, March 21, 2013

See The Jawapan!


Fuuuhh..lap peluh kejap!Busy skit pagi tadi sampai mkn pun tak sempat lagi..
Last-last terus brunch sambil menaip entry ni..he..he..he..multitasking kan :)

Okey people sila take note ni ye, dari blogger Daddy Ziyyad yang juga seorang doktor bertauliah.
Penjelasan dari beliau yang terang & jelas.

sila klik utk penjelasan tulisan di situ ye..

Pada yang tak baca soalan pada entry yang lepas, mari sini aku taipkan sekali lagi persoalan nyer : 

Dr. Daddy Ziyyad betulkan saya dgn kenyataan ini : perut kecil tak semestinya anak di dm kecil, perut besar tak semestinya anak didalam juga besar begitu sebalik nyer. Ada orang kulit perut nyer nipis & ada orang kulit perut nyer besar sebab itu kiter berbeza keBESARan perut semasa mengandung.

Menjawab soalan Dr. Daddy Ziyyad berkenaan due date saya : sepatut nya 05.08.2013 kalau ikut 40 minggu tetapi oleh kerana ini adalah kandungan yang ke-3 selepas kedua-dua anak yang lepas dilahirkan melalui kaedah c-zer maka yang ke-3 ini tiada lagi option lain akan dilahirkan secara ceaserean juga.

Tarikh akan kami pilih kemudian (mungkin 22/07/2013 atau 23/07/2013, masih lagi dlm perbincangan bersama incik suami & doktor). In shaa Allah akan di c-zer dlm minggu ke-38 (itu pun kalau takde masalah sebelum minggu ke-38), almaklum la Sufiya Irdina di keluarkan secara c-zer tepat pada minggu ke-37.

Kedua-dua anak lahir tak cukup 40 minggu, Syahmi Irsyad lahir pada tepat 8 minggu (berat 3.2kg) & Sufiya Irdina dilahirkan tepat pada 37 minggu (berat 3.0kg) , dari skrg kene lebih bnyk berhati-hati tak boleh dah nak aktif sgt mcm dulu-dulu utk elakkan terbersalin sebelum minggu ke-37.He..he..he..almaklum la mama nyer sihat-sihat je sampaikan kdg-kdg ke sana ke mari mcm terlupa ade baby dalam perut nie.

Cuma perut/kulit perut je agak sakit & perit bila batuk atau bersin mungkin kerana kesan c-zer yang terdahulu, tak tahu la kan aku cuma mengagak sendiri je tapi memang betul rasa mcm ada kulit perut & perut ni yang luka terkoyak je, sakit yang datang  & pergi.

Apa istilah dia?Uterine rupture in pregnancy?ye ke?memandai je aku..(masih lagi meng-google benda ni tapi tak jumpe yang dalam bahasa Melayu..kekeke..bukan tak boleh baca BI tapi istilah BI nyer terlalu tinggi utk aku paham lagi-lagi dgn istilah medic, memang pengsan la aku nak baca & kaji!)


nota kaki : sibuk-sibuk pun sempat lagi cari tempat nak bercuti nanti..kihkihkih..*incikhubbyjgnbacapartniye!*

Segmen : Bloglist 2013 Cik Kumbang


Ini adalah segmen pertama dari Belog Cik Kumbang.Tujuan Cik Kumbang buat segmen ini adalah untuk memudahkan Cik Kumbang blogwalking & terjah update terkini blog korang yang join segmen nie.Segmen nie inspired by Mia Liana & Cik Farah,sebab Cik Kumbang menggunakan konsep copy&paste coding HTML sahaja untuk join.Mudah kan?

KENAPA KORANG PERLU JOIN?

SEMUA blogger yang join segmen nie akan dimasukkan ke dalam Blog Khas,Bloglist Cik Kumbang di [SINI] untuk sepanjang tahun 2013 ini.Best kan :) Dan yang paling best, Cik Kumbang akan pilih sekurang-kurangnya 10 blog untuk direview di facebook page Belog Cik Kumbang dan 5 blog untuk direview di Belog Cik Kumbang dengan menggunakan random.org !!! Menarik tak? JOM JOIN !!!

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.Follow Belog Cik Kumbang untuk mengetahui update terkini segmen ini.Klik
2.LIKE Fanpage Belog Cik Kumbang.Klik
3.Buat satu entry dengan tajuk Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang.
4.Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila klik di bahagian coding, kemudian tekan Ctrl+C serentak untuk copy dan akhir sekali paste kan ke ruangan HTML korang.
5. Make sure korang tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen NIE & nyatakan kategori blog korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist Cik Kumbang nanti.


TARIKH TAMAT: 20 April 2013.



nota kaki : korang jom join!

Spontan Khamis


Coklat orang bagi LAGI dari Langkawi & Cocopie orang office bagi.Alhamdulillah..

Nasi putih adalah bekal wajib setiap hari.

Makan setiap hari, makan mengikut waktu tapi berat tetap mcm ni..

Dr. Daddy Ziyyad betulkan saya dgn kenyataan ini : perut kecil tak semestinya anak di dlm kecil, perut besar tak semestinya anak didalam juga besar begitu sebalik nyer. Ada orang kulit perut nyer nipis & ada orang kulit perut nyer besar sebab itu kiter berbeza keBESARan perut semasa mengandung.

BTW kedua-dua anak yang dilahirkan sebelum ini seberat 3.2kg & 3.0kg..


nota kaki : rimas dgn org yg TERlalu ambil tahu...

Wednesday, March 20, 2013

Paksu Coner


Lokasi : Roundabout Kampung Cheras Baru



Mee Goreng Lembab (bukan org tu buat lembab ye tapi tak nak yg basah sgt tak nak yg kering sgt so muncul la nama Mee Goreng Lembab..hehehee...)

Abang Syahmi yang kuat makan sekarang nie
  
Adik Sufiya makan separuh je..marah ko kalo panggil dia kakak!Ciiss...

Separuh pun licin gak!he..he..he..

Bukti makan sampai berpeluh & serabai..sebab panas..hehehee...

Cik abg yang sakit tekak..sian cik abg aku nie..huhuuu..

Oh kat sini yang special nyer selain dari mee goreng ni ialah Nasi Goreng dia, dalam nasi goreng tu ade telur mata & sambal sotong diletak tepi.Gambar tak dak sebab dah TERdelete..huhuhuu.....ape pun yang ni pun dah sedap gilak termasuk rojak dia!

Paksu Corner ni dah berniaga di kedai kecil ini selama hampir 20 tahun.
Dari arwah opah ade la..teringat dulu mase dia memula nak bersiap pegi ke kedai utk buka kedai pukul 5 arwah opah akan suruh sesiapa cucu pegi ke rumah paksu ni bwk pinggan utk order rojak atau nasi goreng,kire special habis ar opah ni!Orang lain nak mkn kene pegi kedai arwah opah cuma hantar pinggan je kat umah paksu ni..hehehee...rindu opah!

Sekarang anak paksu yang take over kedai nie, paksu cuma relax-relax hisap rokok kat tepi ade-ade mase je paksu turun masak.Otai la kata kan..


nota kaki : Paksu ni bukan paksu aku ye..hahaaha..ni paksu org lain laaaaa :)

Monday, March 18, 2013

20 minggu



Atas permintaan kak Ieda :)
Baru 20 minggu kak hari nie, lagi 18 minggu je lagi nie.
Ohhh kenapa lagi 18 minggu?kenapa tak 20 minggu?Yang ke-3 no more option terus ke operation setelah yang dua sebelum ni c-zer jugak.

Insya Allah akan di c-zer minggu ke-38, tarikh akan kami pilih kemudian yang penting tetap la kene dalam bulan puasa jugak..uhuhh.Now baby tengah sihat berseronok berjoget lambak kat dlm ni siang mlm.Biler tido nyer ntah..he..he..he..

So far takde masalah sangat, kalau setakat sakit-sakit pinggang & kaki tu biase la kan.Nak mengembang la katakan.Yang lain semua okey je..alhamdulillah.


nota kaki : biase sakit-sengal ni kat umh je..kekeke..nampak sgt nak mengada sgt dgn incik eady tuh!~

Seleraku Yang Besar!


Jumaat : Wangsa Walk
Lokasi : Little Wok

1st ber- Little Wok


Iced Leman Tea & White Coffee Iced

Nasi Goreng ape ntah lupa dah, aku punyer tapi anak-anak yang sebat bagi habis.Kata Syahmi sedap!

Free for kiddos set ni, sudah nyer aku yang habiskan sebab diaorg habiskan nasi aku.he..he..he..



Beef Fried Rice incik hubby punyer..biase-biase je

Overall makan kat sini biase-biase je & harga agak MAHAL la bagi kami.

Sabtu : di rumah
By : Chef Eady (tekak sekarang ni asyik nak yang dia masak jek..sian dia!)


Ayam Sambal Lemon, Kacang Buncis & Tempe Goreng.
Okey yang ni memang sedap la..he..he..he..tak kire apa saja yang Chef Eady masak walaupun telur dadar letak cili padi & ikan bilis pun aku boleh makan bertambah-tambah.

Huhuhu..tak tau kenapa tekak ni tak bleh nak terima lauk kat luar, if takde pilihan aku sekadar makan roti or fastfood jek..So, setiap hari minggu sure gedix-gedix dgn dia suruh dia masak kan..hahaha...siap bagi menu & preparekan bahan kalo nak mintak dia masakkan tau.
Then lepas dia setel masak, aku la punyer tugas basuh semua periuk, pisau segala mak nenek tu.

Ahad : Toast (Foodcourt Midvalley)
Lepas tournament boling office u!

Toast

Menarik kan?Simple je menu dia

Set aku : French Toast + 2 boil eggs + Coffee - RM 6.90

Tambahan nasi lemak RM2.30 (kalo tak silap aku la), kene tambah nasi lemak sebab telur separuh masak tu Sufiya habiskan!

Ni makan lunch aku smlm, simple sebab takde rasa nak mkn kat luar!Balik makan nasi berlauk sambal ikan yang sumpah lagi sedappp...hahahaa...kan dah kata tekak mesti nak yang kat rumah punyer je tau!

BTW..menaip entry ni dipagi hari sambil makan nasi + sambal ikan bilis yang dibawa dari rumah.Almaklum la kan sekarang ni hari-hari bawak bekal!Jemput makan koranggg...(sila bayangkan nasi putih yang berasap & sambal ikan bilis yang rangup dan pedasss...fuhhh terangkat!)


nota kaki : hari ni dah genap 20 minggu (5bln) lagi 18 minggu je lagi..fuuhh! 

Friday, March 15, 2013

Kami Budak Comel Molek



Gambar ni diambil oleh Syahmi Irsyad pakai Iphone incik hubby.

Kami budak comel (yang perasan giler terutama aku la kan..hehehehe..) *silapengsanberjemaahye!* 
& kami juga kaki bergambar :)


nota kaki : hari ni nak jadi kaki jalan..hehehe..ke Matta Fair la kiter ye!

Thursday, March 14, 2013

Dimurahkan Rezeki

Entry taip laju-laju, smlm busy giler hari ni ade kursus pulak sampai tengahari!
Nanti aku lari-lari ke rumah korang okey :)

Ayam Penyet Kegemaran

Yang ni kawan a.k.a bos dari Kemaman datang meeting kelmarin then terus ajak mkn.
Dia juga belanje..malu ade segan ade sebab tiap kali dia turun KL mesti dia belanje makan.
Jenuh bagi duit, jenuh nak bayar tak nak dia amik..TQ Naja :) semoga ALLAH SWT murahkan rezeki Naja sentiasa & semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan Naja sekeluarga, amin~!

Coklat dari Langkawi

Yang ni dari orang yang aku panggil auntie sekadar aku kawan kat FB je, tak pernah jumpe so smlm 1st time jumpe kat office sebab beliau nak pas barang yg aku kirim dari Langkawi.
Terima kasih bnyk auntie Farida Salleh :) semoga ALLAH SWT merahmati auntie sekeluarga sentiasa, amin~


nota kaki : agak kebetulan sejak mengandung ni sentiasa dimurahkan rezeki dari segi makanan, ada sahaja yang baik hati nak bagi or belanja..syukur!

Wednesday, March 13, 2013

WW : So Yummeehh~!



Ais krim ialah salah satu kegemaranku sekarang ni!!
Hari minggu adalah hari menanti bunyi motor ais krim lalu, laju je aku kejar motor ais krim tu.
Kalah anak tau..he..he..he..


nota kaki : rezeki baby, tiap minggu ada je sahabat yg belanje mkn :)

Tuesday, March 12, 2013

Kluang Station


Lokasi : Kluang Station, Tesco Ampang
Hari : Sabtu

Kluang Station

Bandung & Soda Gembira

Coffee Ice Blanded

Kopok Lekor pembuka selera

Nasi Goreng Incik Hubby punyer

Nasi Lemak Rendang Daging aku punyer....sedap!!

Asam laksa Kluang Station ibu punyer..nice!


Overall : 4/5 bintang.

Hari ni tak bleh nak taip bnyk, kerja soooo bnyk sebab semlm EL Syahmi demam & sakit perut.
Jadi hari ni nak kejar kerja, nak setelkan dulu baru nak BW.
Tunggu aku ya~!


nota kaki : selera mcm raja dari awal hingga skrg tapi berat tetap statik :) ade harapan nak kurus mcm zaman anak dara dulu nie..ahaksss!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang