thumbnail

Friday, August 30, 2013

Menantu Pilihan


Sufiya Irdina & Syahmi Irsyad

Anak bujang..oh!

Anak-anak bersiap utk ke majlis raya di taska.
Ohhh..touching pagi-pagi bilamana melihat anak dah semakin membesar!Diam tak diam tahun depan si abg dah darjah satu..

Kdg-kdg terasa bagaikan masa berlalu terlalu laju & terlalu perlahan diwaktu yg sama..

nota kaki : yg penting aku sentiasa muda!ahaksss :)


Wednesday, August 28, 2013

Murtabak Maggi Yang Simple


Amaran : entry agak poyo dari org jarang masak!hehehee..

Okey, semlm buatkan incik ed murtabak maggi yg mana saya hutang 39 hari lepas gara-gara tetibe air ketuban pecah dihari nak masak tu.

So..ni bahan-bahan : 

Bwg putih, isi ayam, hotdog cheese, maggi

Cheese slice, perencah, telur

1. Tumis bwg putih, masukkan isi ayam/daging dgn hotdog tu (isi dlm ikut kesukaan sendiri ye) 
2. Masukkan sedikit garam
3. Masukkan maggi yg telah dicelur tu, masukkan rencah & gaul sampai sebati.


4. Masukkan dlm pemanggang ajaib atau pun dry pan
5. Taburkan serbuk cheese atau guna cheese slice je pun boleh (ikut kegilaan sendiri terhadap cheese!)
6. Tuangkan telur yg dah dipukul supaya ia melekatkan semua bahan-bahan termasuk maggi berkenaan.
7. Tutup periuk/pemanggang ajaib berkenaan dlm 7-10 minit sahaja.
8. Tadaaaaa...siap di mkn!

Cheese yang telah cair meliurkan tekak!

Walaupun takde rupa tapi cukup rasa kata incik eady :)

Sebenar nyer masih belum berjaya sebab rupa dia agak tak cantik dan bagi saya pakai dry pan lagi senang dari pemanggang ajaib ni, susah nak bungkus maggi kalau guna pemanggang ajaib! (ala-ala nasi pattaya je sebenar nyer murtabak maggi ni!)

Ohh..hari ni nak try macaroni cheese baked pulak!

nota kaki : mood masak baru nak dtg.hehehe..kecoh sekampung!




Tuesday, August 27, 2013

I'm Hots!


I'm sexy & hot girl! #38hari

Ha..ni baru betul-betul dpt tangkap gambar dia dgn mata bulat mcm ni!
Kalau tak..mmg takde harapan la..keje dia susu tidooo, tidooo susu je siang mlm!

Smlm agak nyer rumah panas sgt sebab dah bnyk hari tak hujan so Syakirah tak boleh tido..alhamdulillah walaupun panas, tak boleh tido dia tetap tak meragam, tak merengek!Dia main je sorg-sorg,tgk-tgk dah terlelap sendiri :)

Ehh..bkn dia sorg je mcm ni, dulu Syahmi Sufiya pun mcm ni!Tak bnyk ragam, tak bnyk kerenah & tak bnyk nangis..Tiga-tiga anak cuma BANYAK tido & susu je!


nota kaki : muka Syakirah versi Syahmi gegurl! :)

Monday, August 26, 2013

M!M!M!


Malas!
Malas!
Malas!

Malas nak buat ape..
Malas nak cari idea..
Malas nak karang cerita..
Malas nak perah kepala..

Tapi..

Apakan daya..
Hutang budi harus diganti..
TQ Nuffnang sebab masih sudi..
Hadiahkan BE yang hampir mencecah 5 jari..


nota kaki : sape boleh cepatkan tarikh ke 8hb Sept?Cepat kan plissss..!

Friday, August 23, 2013

Salam Jumaat!


Pagi yang sejuk!Sedap nyer dpt berbaring dlm selimut..kehkehkeh.. :)

Buah hati kami

Tapi lagi sedap mata bila belek-belek gambar anak-anak dalam hp ni.
Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi, diberkati & berada dibawah rahmatNYA, amin..


nota kaki : kejap je masa berlalu, anak-anak pun tiba-tiba dah besar dlm sekelip mata..

Monday, August 19, 2013

10kg vs 1kg!


Dah hari ke-31!!Oh yeahhh...ade lagi 13 hari sebelum merdeka..hehehee..(punyer la teruk!)

Yesss..31 hari dah hilang 10kg!Ohsemm.. :) tapi masih perlukan lagi 30 hari utk hilangkan lebihan 10kg lagi nie..huhuhuu..naik 20kg kannnn!

Oh lupa..anak dara kecik ni naik 1kg je dlm 31 hari nie,tadi bwk pegi injek 1 bln :)

Mama over dari anak..hahahaa..

Psstt..sebenar nyer dalam pantang ni takde selera sangat nak mkn..tak lalu nak mkn nasi kering-kering takde kuah..uhukss..(tu yg tak sabar nak abis pantang ni!)..tapi diet tetap jugak diteruskan demi berat badan ideal & demi BF kan anak :)


nota kaki : abis pantang incik hubby nak bwk pegi jln..tak sabar! :)

Thursday, August 15, 2013

???


Takde idea!
Takde cerita!
Tak tau dah hari apa!
Tak ingat dah tarikh berapa!

Semua gara-gara duduk dirumah saja...
Setiap hari bagai sama sahaja..
Waktu bagai tak bergerak ke mana..

Yang ada...matahari,tv,katil,bulan & baby saja...

nota kaki : nampak sgt tak sesuai jadi surirumah!he..he..he...

Monday, August 12, 2013

AidilFitri 2013 Kami!


Keluarga kecil kami :) #dlmpantang20harini..

Alhamdulillah..

Walaupun raya kami sederhana (almaklum..org beraya dlm pantang kannn..uhukss..) tetapi agak meriah juga bila dah berkumpul bersama saudara mara juga sepupu sepapat!Ehhh..saya tak lupa diri tu tgh berpantang 20 hari tau (masa 1st raya tu) jadi saya bkn pantang nampak makanan ye..saya pantang semua nyer..kuatkan semangat sebab nak kurus la katakan! :)

Cuma kesian kat anak-anak duduk terperuk dalam rumah tak jalan ke mana-mana masa cuti nie..Tunggu ye anak-anak tak lama lagi je mama berpantang, mama pun sebenar nyer tak sabar nak pegi jln jugak!he..he..he...


nota kaki : raya korang mesti meriah kannn...jeles tau!

Tuesday, August 06, 2013

Selamat Hari Raya!


Selamat Hari Raya Aidilfitri...semua!
Dari kami sekeluarga : izwa, eady, syahmi, sufiya & syakirah..

Berhati-hati di jalanraya ye, semoga selamat pulang ke kampung halaman & semoga selamat kembali :)

Saya?Takde kampung..orang KL la kate kan!


nota kaki : tengah diet demi 20kg haritu! :)

Thursday, August 01, 2013

Penjagaan Luaran & Dalaman Semasa Berpantang


Wahh..kerlas mak tau nak ajar orang menjaga dalaman & luaran!Mcm jual jamu plaks rase nyer..hahahaha..

Takde la..ini bkn ajaran okey, ini sekadar perkongsian ape yg aku mkn & buat sepanjang berpantang (padahal baru 13 hari!)

Aku kan bersalin c-zer ketiga-tiga anak (sebelum orang tanya lagi meh sini aku bagitau kenapa aku c-zer : yg no.1 sebab tumpah darah, yang no.2 sebab tak engage lagi & yang no.3 takde pilihan sebab dah 2 kali c-zer ye..yg no.4..ehh takde dah no seterus nyer ye..)

Ehh kat mane tadi?Hah!disebabkan aku bersalin c-zer maka aku lebih pentingkan penjagaan dalaman sebab yg berjahit didalam kita tak nampak kan..

Maka ini yang aku ambil utk menjaga yg di dalam..

Pil Haruan,Pil Perawan dari Leesa Produk & Minuman Bijian dari Set Anugerah

Untuk penjagaan dalaman ye..

Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah (like air akar kayu ye tapi rase dia tak sepahit air akar kayu) diambil sebelum sarapan & sebelum mkn mlm setiap hari. Tablet Perawan & Tablet Haruan pula diambil selepas makan setiap pagi.

Kebaikkan nyer mcm biase la..mempercepatkan luka sembuh, memperbanyakkan susu bdn, mengembalikan bentuk badan semula..etc yg korang bleh google :)

Okey next..utk luaran pulaks..

Pencuci Miss V, Krim Panas & Pilis dari Set Anugerah dan Ginger Cream dari Leesa Produk.

Ohhh masalah perut buncit hampir tiada lagi dengan Krim Panas Anugerah colour pink ni! (krim ni ade 3 kaler Hijau, Biru & Pink..aku beli semua sekali!hehehe..nak kurus la katekan!). Serius ckp bila sapu kat perut, paha, lengan rasa panas-panas sedap!Pakai lepas mandi lagi segar rase nyer..ehhh jgn sapu dekat tempat jahit plak!

Pilis tu mcm biase la kat dahi kan kita sapu & Ginger krim tu aku sapu dekat lutut ke bawah (sampai jari kaki) pastu pakai stokin!Nyamannn... :)

Pasal pemakanan, aku jaga jugak la..takde la main bedal je.Kate nak kurus kannnn...

Sarapan pagi & minum ptg ye..

Salah satu makanan tengahari.

Ohhhh..aku bknlah org yang makan sayur!!Serius ckp tak mkn sayur..tapi..demi anak aku gagahkan diri jugak untuk telan sayur..huhuhuu..err tak sangka sedap gak sayur..ha..ha..ha...

Hurm..rase nyer ini aje yang aku buat setiap hari mase pantang. Skrg ni baru hari-13 tapi aku dah boleh buat kerja umah..angkat kain, sapu umh, mandikan anak-anak sebelum ke taska, bgn sahur sekali..pendek kata ade jugak la tenaga & kudrat nak buat keje..

Sebab..aku percaya jika kita menjaga diri kita sekaligus kita boleh menjaga keluarga kita (walaupun bnyk kerja lain Eady yang buat!Mlm-mlm dia yg jaga & kelek anak mase aku nyenyak tido..hehehe..TQ hubby!)

Walaupun aku orang jati KL, moden tapi aku masih percaya pada amalan yang lama :)
Time mcm ni rindu kopi o arwah opah!Rindu nyer kat opah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang