thumbnail

Wednesday, December 31, 2014

Selamat Tinggal 2014 Yang Mencabar


Entry akhir di 2014, banyak kisah suka duka sepanjang 2014 nie.
Kisah gembira dipenutup 2014 terpaksa aku simpan dulu untuk selesaikan isu banjir di Pantai Timur dan mangsa nahas kapal terbang Air Asia Indonesia QZ8501 itu. Takziah & al-fatihah.

Banyak masa lagi untuk aku throwback kisah 2014 tu nanti :) apa yang pasti mingu-minggu ni aku busy sebab terlibat dengan misi pengasingan barangan untuk dihantar ke mangsa banjir di Pantai Timur under pengurusan office aku nie. Alhamdulillah ramai yang menghulurkan barangan, makanan segala nya untuk mangsa disana. Kontena pun dah beberapa kali jalan ke sana.

Takde ape nak update sangat pun kat sini sebab tak duduk depan pc pun, jadi harap korang paham kenapa aku tak BW balik ye. Insya Allah aku akan jejak semula selepas semua nyer selesai.

Ape pun harapan aku, biarlah 2015 ini lebih indah dari tahun 2014 yang sangat mencabar buat semua terutama aku dan keluarga kecil aku pun terasa sangat impak ke"cabar"an tahun 2014. Fuhh..sesak nafas dengan tahun 2014 okey. Banyak kisah sedih duka yang tak pernah aku cerita disini kerana itu kisah kami, bukan kisah aku jadi biarlah ia nya menjadi rahsia. Harapan aku biarlah 2015 kami lebih cantik buat kami.

Alhamdulillah setakat ni anak-anak pun sihat-sihat aje, persiapan sekolah pun dah hampir selesai. Harap dengan permulaan cantik ni akan berpanjangan sehingga penutup 2015.
Aku bukan manusia yang berazam disetiap malam tahun baru, tak. Aku adalah orang yang nekad, yang niat setiap hari. Aku tak paham dengan konsep berazam setiap malam tahun baru tapi keesokkan nyer menjadi manusia yang sama, tak berubah pun. Hmm...

Penguat jiwa aku nie.

Selamat tinggal 2014 yang mencabar, selamat datang 2015 yang diharap lebih indah! ;)

Monday, December 29, 2014

Banjir Di Pantai Timur & Kapal Terbang Yang Hilang


Lama tak berblogging, macam tak rindu pulak..huhuhu..almaklum bukan blogger tegar.

Banyak cerita nak dikongsi tapi kita simpan dulu untuk menghormati mangsa & keluarga yang terlibat dengan banjir dan keluarga penumpang kapal terbang yang hilang dari radar. Walaupun aku tahu diaorang tak baca blog ni tapi aku membayangkan macam mana kalau aku berada ditempat mereka..

Sedih, sebab semua gambaran secara langsung aku dapat di wasap dari orang office yang pegi menghulurkan bantuan. Apa yang boleh aku cakapkan di pantai timur sangat kritikal. Bayangkan mereka yang ada anak kecil macam aku? Lapar, sejuk, basah, penat, sakit..semua bersatu menjadikan aku hilang punca untuk bercerita tentang aku bercuti dengan keluarga mertua.

Dimana seronok nyer kalau dapat gambaran seorang bapa yang merayu untuk membeli pampers & sedikit makanan dengan mendayung rakit pintu dari kejauhan? Allahuakbar..redakanlah banjir ini..

Hentikanlah segala sengketa di medan sosial, hentikanlah sindiran-sindiran kasar yang menyebabkan kita berpecah belah. Kita menyindir pun tak buat kita kurang atau lebih dari orang yang disindir.

Hari sabtu aku balik ke KL dengan flight pagi..alhamdulillah penerbangan pergi dan balik berjalan lancar tanpa ada gangguan. Alhamdulillah juga doa aku Allah SWT perkenankan. Almaklum la kan orang penakut dan trauma ni, sejuk perut kaki tangan sebelum naik flight. Doa tak putus-putus.

Buat keluarga penumpang kapal terbang itu..semoga tabah & kuat hadapi dugaan ini.
Buat mangsa dan keluarga mangsa banjir..bersabar ya hadapi dugaan besar ini. 
Hanya doa dan sedikit bantuan sahaja yang mampu aku hulurkan.

Tuesday, December 23, 2014

Seindah Canvas


Lihat pada awan

Guna kamera cap apple je, kamera biase dgn bantuan timer.
Terdetik kecewa sebab tak bawak kamera godang, kalau tak gambar ni boleh dijadikan wallpaper komputer. Uhukkssss..agak-agak kalau resize pecah-pecah tak gambar ni?

Cantik nyer hanya Allah je yang tahu bagaimana perasaan bila pandang langit begitu.
Kami kat Muzium Marin di Labuan. Kebetulan cuaca cantik je sedangkan kelmarin hujan seharian disana. Hari ni mungkin nak ke pantai pulak :)

Thursday, December 18, 2014

Ala Bucuk-bucuk!


Disebabkan aku takde kat office lagi harini, aku share je la gambar anak-anak yang penuh dalam hp aku ni. Korang jangan boring pulak!



Dengan muka tak mandi pun boleyyyy!!

Pandai dah si abam Syahmi jadi ketua selfie dengan adik-adik! Pakai hp aku, bila belek-belek tengok..ehh ni gambar biler?ehh ni biler pulak..ha..gitu.

Baru bangun tido!

Masham-masham lagi ni..hehehe..

Ok dah. Aku is busy sebab keje 2 hari lagi ni sebelum cuti lagi seminggu.
Harini kursus pagi sampai petang, esok sehari lagi aku kene setelkan keje.

Later aku BW ok.


Tuesday, December 16, 2014

Solatlah Anda!


Allahuakbar..

Masih di Kuantan lagi kami ni.
Semalam seharian hujan turun disini, maka tak kemane-mane lah aku & Syakirah. Tersadai dalam hotel. Eady, Syahmi, Sufiya masih gigih lagi mandi pool dalam hujan.he.he..he..

Tidokan Syakirah, aku pun tertido sekali. Dah pukul 3 lebih abam Syahmi kejut "mama tak solat Zohor lagi kan?" uhuks..tersekat air liur mama bang! Rupa nyer dia naik bilik sebab nak solat.

Kalau berjalan dia la yang paling menjaga waktu. Kejap tanye dah pukul berapa, kang tanye lagi pukul berapa. Dari rimas terus setkan waktu azan kat hp, cukup time tau la dia dah masuk waktu.

Kat highway pun kene cepat-cepat cari R&R kalau tak selagi tak solat setiap minit tanye jam dah pukul berapa. Asyik ulang jam kat dashboard tu. T____T

Abam Syahmi ni mcm tok imam pun ye macam ustaz pun ye.

Homecook, Hotelcook Dgn MultiCooker aka Lunch Box


Sebelum ape-ape kene mengaku awal-awal..YEEE..saya orang kampung! Bangga kot..he..he..he..

Dah jadi mak-mak ni memang kene kreatif, inovatif dan segala tif yang ade ok. Anak-anak bangsa bangun subuh hari maka waktu makan pun tetaplah awal walaupun ko duduk hotel ye izwa! Dah jadi mak takde istilah cuti walaupun ko tengah bercuti. Uhuks..
Ye, bangun pagi minta nasi! Mane nak cari anak macam ni? Y________Y

Nasib baik TERgoda dengan dik ju haritu beli periuk doraemon tu, sangat berguna. Big TQ dik ju sebab sudi goda akak. Kat hotel dapat breakfast untuk 2 orang, Sufiya still free jadi jom la masak sarapan sementara tunggu nak tunggu waktu sarapan kat hotel.

Ko mampu pegi hotel bawak cili padi?ha..ha..ha..very the org kampung uolls!!

Periuk doraemon digengkan dengan termos lunch bottle.

Dah masak, simpan dalam termos tu untuk kepanasan berpanjangan. Boleh jugak buat makan tengahari, kan dah jimat.Ikan tu goreng halfcook dari rumah semalam. Bahan mentah potong kecik-kecik, bwk sikit-sikit dari rumah. Simpan dalam cooler beg. Bawak sardin tin kecik, beras sikit, meggi. Telur dadar tu goreng dari rumah, giler sangat kalau aku nak bawak kuali sekali. Hehehe..

Langsung takde bau masak-masak ye bila guna periuk doreamon ni. So jangan risau bab-bab bau ni.

Terpulang korang, ade yang cakap leceh giler kene bawak semua benda ni! Ye memang sangat leceh sedikit tapi hasilnya sangat memuaskan aku sebagai mama ni. Korang bayangkan dah mandi pool dah letih mula la masing-masing nak buat perangai kalau ajak keluar makan, jadi dari aku stress baik aku masak sikit-sikit. Jimat masa, jimat duit, kurang stress. Win-win situasion gitu. Anak tak meragam mak tak stress. Yang lebih suka makan luar, silakan. Pilihan ditangan sendiri. :)

Oh ye, aku dah ade kat Sempurna Resort Hotel Kuantan. Pagi ni hujan pulak. Kesian budak-budak nak tunggu hujan reda skit sebelum nak turun pool.

Begini punya pool jadi bayangkan TAHAP sabar nak tunggu hujan reda?

Later aku akan review hotel ye! Cuma hari ni nak lauk & tayang periuk doreamon yang dah guna secara rasmi di hotel :) ehiksss.

Monday, December 15, 2014

Flower Girl lagi..


Flower girl lagi :)

MARA ada Karnival Pengantin, Sufiya terpilih lagi jadi flower girl.

Peneman setia :)

Waalupun abam Syahmi asyik komplen "kenapa kakak pakai baju seksi?" "Kakak tak malu ke pakai baju seksi?" Y___Y

Semoga kami lebih istiqomah dengan ade anak macam ni, amin.

Nak letak jugak gambar ni :)

Tema : Raikan Cinta maka kami pun tumpang meraikan.

Hari ni tak dpt BW sebab nak ke Kuantan ke kite.
Harap cuaca cantik sepanjang 3 hari ni.

Friday, December 12, 2014

Jilinieja Homestay Mesilou, Kundasang Sabah


Cuti sekolah menggamit lagi!
Giler ape..cuti sekolah dah nak habis dah pun..ha..ha..ha..

Takde lah weh, aku ni nak share homestay yang terletak di tempat yang paling menarik bagi aku. Kat mane lagi kat Kundasang tu la! Serius weh, aku ni memang TER jatuh cinta la dengan Sabah especially Kundasang nie. Seronok okey! Kalau boleh tetiap tahun nak repeat.

Cuma tahun ni sedih sikit tak dapat pegi sebab nak balik Labuan bertujuan nak bercuti berehat dengan abah mak mertua je. Abah mertua pun tak berapa sihat kan, so nak berjalan tu rase macam tak sesuai pulak time-time nie.

Wahhh..kemain panjang mukhadimah aku.

Okey, serius sikit.

Aku ni nak share dengan korang, homestay dengan harga mampu bayar buat sape-sape yang berkeluarga besar macam aku nie. Nak fefeling hotel silakan tapi kalau berfamily macam aku ni memang homestay lah pilihan hati. Boleh masak, jimat duit lagi.


Jilinieja Homestay Mesilou, Kundasang


Mane nak cari homestay betul-betul hadap puncak gunung Kinabalu?

Jilinieja Homestay Mesilou, Kundasang boleh berikan pemandangan indah dipagi hari uolls! 
Giler seronok! Serius, tahun depan kalau aku jadi pegi Kundasang memang Jilinieja Homestay Mesilou, Kundasang menjadi pilihan aku!

Dah la dekat dengan Dairy Farm ala-ala New Zealand Malaysia tu. Aduh rindu ok dengan Kundasang ni. Rindu dengan sejuk-sejuk dia..perghh...seronok layan kabus pagi hari tau. Malam-malam lawan keluarkan asap dari mulut macam kat oversea tu. Kundasang ni tak sama feling dia macam Cameron korang! Tak caya pegi la sekali kat Kundasang ni confirm korang akan terkagum-kagum.

Eh..terlebih excited pulak aku. Ha..ha..ha..

Okey, okey..nak bagitau lagi yang homestay ni adalah bersih, halal diyakini muslim. Heh..sebab owner dia islam la aku cakap macam tu. Orang kiter jugak. Kat sana korang kene betul-betul cari homestay muslim only ye sebab kat sana bersepah babi panggang ditepi-tepi jalan.
Korang sanggup duduk kat homestay yang periuk kuali dia dikongsi bersama babi? Ha..ha..ha..memang tak la! Tapi di Jilinieja Homestay Mesilou, Kundasang ni tak payah nak risau-risau bab itu.

Jom kiter tengok kat dalam homestay ni.
 
 
 
Sekali lagi nak bagitau, Jilinieja Homestay Mesilou, Kundasang ni adalah homestay yang biase-biase je.
Jangan la korang nak harga murah tapi nak homestay taraf hotel, memang tak dapat la.
Untuk tido semalam dua dah cukup selesa dah bagi aku homestay macam ni.

Lagi pulak, kat sana susah nak cari makan ye malam-malam buta tu. Takde nyer nak cari restoran tomyam kat atas puncak gunung Kinabalu tu. Maka masak sendiri adalah alternatif yang paling bagus. Yang syok nyer boleh BBQ kat situ. Syok nyer...dah la malam-malam kat sana sejuk mencengkam pastu korang layan ayam BBQ plak..memang terbaekkk argghh...

Jadi homestay la pilihan yang paling tepat untuk yang bekeluarga. Kalau yang hanimunan korang pegi je la duduk kat hotel/resort tu.
 


Peta

Nampak antara pekan dan homestay jauh mane?
Takkan malam-malam nak naik turun pegi cari makan ye tak?

So korang, ape lagi!
Book tiket ke Sabah yang best tu lepas tu book Jilinieja Homestay Mesilou, Kundasang ni.


Kg. Mesilou, Kundasang
Ranau, Malaysia
012-230 6160

Wednesday, December 10, 2014

Event Merata


Asal rabu je rase nak sembang, acanne nak WW?
Mood memang kedaung dah dengan office senyap sunyi sepi sejuk. Orang kat mana? Orang kat mana? Ha..ha..ha..semua cuti dan kursus. Aku mcm biase penunggu office yang setia. Y_Y

Sabtu ni, 13hb patut aku ke Melaka sebab pakcik aku (adik abah kawin) tapi tak jadi pulak sebab nyer aku terlibat dengan program Back2School untuk anak-anak fakir miskin.
Alhamdulillah, office kami dapat sumbangan dari Mydin USJ Subang untuk anak-anak ini dan syukur jugak sebab sorang anak staff yang terlibat pun diberi sumbangan cuma jumlah nyer kurang dari yang anak fakir miskin tu dapat. Ye la keutamaan memang pada diaorang kan. Syahmi dapat sebab dia je bersekolah.

Aku menjadi orang yang bawak anak-anak itu bershopping barang sekolah. Seorang staff bawa 2 orang kanak-kanak. Harap semua berjalan lancar la sabtu nie. Tak sabar rase hati nak shoppingkan untuk anak-anak berkenaan, pilihkan baju pilihkan kasut :)

Ahad pulak, Sufiya terlibat menjadi flower girl lagi kot dengan event anjuran MARA Wilayah KL. Dia antara 4 orang anak taska yang terpilih. Aku pun tak dapat detail e-mail lagi, cuma baru diberitahu secara vokal. Ahad malam nak kene pack baju 5 beranak pulak. T__T

Isnin nak gerak ke Kuantan, Eady out station kat KKTM Kuantan sampai rabu.
Erm..orang kuantan, mane tempat makan sedap? Mane tau aku sempat singgah pegi try makan nanti ;) tapi risau pun ade nak ke belah-belah sana. Hujan lebat. Dah rase dah pegi ke Kuantan hujan lebat sepanjang highway (kl-kuantan-kl) punyer lebat sampai tak nampak ape beserta angin lintang, dengan bunyi angin nyer..seram ok. Harap minggu depan cuaca cantik sikit la..risau tang highway tu je.

Habis minggu, jumaat dah kene start pack baju. Sabtu flight pagi nak balik ke Labuan sampai sabtu 1 lagi. Huuhuhuuu...pack giler..penat pun ye.

Tertunggu jugak kalau dapat kunci kuarters dapat dalam minggu ni atau minggu depan ke.
Nak kene start pikir duit pindah plak, ehh..duit yuran taska lagi..eh..yuran sekolah lagi.
Ha...ni la antara punca-punca aku hilang punca nak menaip kat blog nie, sebab banyak benda nak kene setelkan. Blog biar terabai sekejap buat sementara waktu ni.

Nak BW pun takde mase okey. Kat office pun busy walaupun bos takde.

Monday, December 08, 2014

Kesian...budak boring!


Korang dah cuti ke?Office aku makin hari makin sunyi..huwaa..aku je la masih setia kat office ni. Uhuks..boring tapi kerja banyak lagi nak kene setelkan. Aku target seminggu ni aku nak habiskan. 
Boleh tarik nafas lega nanti nak tinggalkan office.

Aku ni kesian kat anak-anak, cuti sekolah pun kene duduk taska duduk rumah jugak. He..he..he..sabtu ahad kene ronda shoppong komplek sebab mak tok asyik nak cari barang aje. Kami ni pulak bukan penggemar tawaf shopping kompleks tanpa tujuan nie..Penat dan tak berbaloi kot kalo pegi takde tujuan.


Ini budak paling boring sebab isnin sampai jumaat kene duduk umah

Dari tengok tv, layan movie kat ipad semua dah buat. Last-last dia buat keje sekolah. Ha..ha..ha..kesian betul budak nie. Rajin pulak buat sifir, hafal kali dua tu. Padahal takde sape suruh. Punyer boring dekat umah takde kawan nak gaduh Sufiya pegi tadika, Syakirah pegi taska, dia duduk rumah kawan dengan maktok. Lagi la boring sebab maktok layan citer korea dari pagi sampai malam. 
Hahahahaa...tension je budak ni.

Sabtu petang

Waktu ni bawak 3 beradik ni pegi makan sebab maktok nak makan asam laksa kat Kluang Station. Baru la nampak muka tu ceria. Adik tu takyah komen sangat, tengok duduk pun dah tau  dia taiko. Ape dia nak dari tangan orang semua kene mengalah kalau tak terkeluar suara garau dia menjerit. Ha..ha..ha..nampak je bulat-bulat teddy bear tu tapi garang nyer memang macam beruang madu. Selambe pegi tepuk je muka abg atau kakak kalo dia geram.

Nasib baik kecik, tunggu besar sikit kalo buat macam tu memang mama tepuk balik tgn tu! Biase dia tu..

Thursday, December 04, 2014

Kisah Adik Beradik


Kisah nyer sangat kebetulan.

Syahmi Irsyad

Hari isnin bawak Syahmi ke klinik, hantar Sufiya ke taska. Bawak dia pegi makan-makan lepak kat office. Saje-saje selfie dengan dia. Syahmi cakap "mama sorok tau, jangan tunjuk kakak kiter tangkap gambar nanti kakak tanye kenape dia takde.." aku sekadar jawab ok.

Sufiya Irdina

Semalam balik taska dengan Sufiya, berdua je sebab Syahmi duduk rumah cuti sekolah nie.
Selfie pulak dengan Sufiya. Lepas tangkap gambar terus dia cakap "jangan tunjuk abang syahmi nanti abang syahmi sedih xde gambar" 

Aku terus macam "aiks..?" tapi cakap dalam hati je la.Dalam hati terus cakap "alhamdulillah.." 
Ape yang aku nampak bila salah sorang takde, sorang lagi akan tetap ingat yang sorang lagi. 

Contoh macam beli makan, mesti yang sorang lagi akan amik untuk sorang lagi. Tak kisah ape pun, beli buku ke beli mainan ke mesti yang sorang akan tetap akan ingat sorang lagi yang takde mase tu. Cuma tak tahan bila main sama- sama dia 2 orang ni kejap baik kejap bercakaran. Jerit la pekik la kadang macam bergaduh tapi rupe nyer tak, suara je kuat dan nyaring. 

Paling penat biler balik keje letih, jalan jem diaorang bantai bergaduh pulak kat belakang. Ha..itu memang double penat. Yang paling pelik Eady tak pernah terjejas dek kebisingan dia 2 orang ni kat belakang, dia relax macam 2 orang budak ni menyanyi je kat belakang.Pftt..

Wednesday, December 03, 2014

Cooking Lunch Box aka Periuk Doreamon


Haaa...lambat giler bersiaran! Baru sudah dengan hal interview tu. Berpeluh nak jawab..ha..ha..ha..tapi alhamdulillah dah selesai semua. Boleh tarik nafas lega. Fuhhh...

Sekarang ni nak cerita pasal cooking lunch box nie, punca dia dari adik Julia Johari la nie.
Ya allahhhh koranggg kalau tengok blog dia, masya Allah menggoda gila okey ape dia masak dengan cooking lunch box ni!! Disebabkan tergoda giler aku pun gigih giler membeli nyer jugak!! Blogger ni kuat meracun dan cepat teracun tau..kekeke..aku la tu :)

Terus aku terjah ke Groupon nak beli benda alah ni..hihihiii...
Tadaa...sampai ke office u abang g-dex hantar! Kotak besar punyerrr walaupun dalam dia kecik aje. Kemek pun kemek la asalkan yang dalam tu comel!

Mak tamak beli sampai 2! eh eh tak..kakak aku satu la.

Pink gitu!

Isi dalam dia, yang putih untuk rebus telur ye.

Okey nak bagitau ye, benda alah ni cooking lunch box ni kalau korang nak beli tolong tengok dia punyer kriteria ye! Tolong baca betul-betul dan beli yang boleh MASAK (COOK), REHEAT (PANASKAN) & STIM ye, sebab kebanyakkan cooking lunch box yang ade tak boleh masak! Macam aku tergoda giler dengan adik Julia Johari ni sebab dia tayang cooking lunch box yang boleh dimasak! Ye..orang macam aku yang ade anak kecik, yang kadang-kadang terlajak pegi ke hotel wajib ade benda alah nie.

Cooking lunch box ni boleh masak nasi, boleh masak lauk serentak gitu walaupun amount dia kecik untuk sorang dewasa / sorang setengah budak makan pun dah kire menjimatkan aku ye! Ko bayangkan si adik mok tu sekarang bangun je dah mintak makan ok!Mane dengan si kakak bangun terus lapar mama lapar mama macam 10 hari tak makan. Jadi aku beli ni untuk persediaan aku nak pegi ke Kuantan nanti la kekonon nyer..the..he..he...

Kalau korang tak caya boleh masak korang boleh terjah ke blog Julia Johari ni kat entry ni! 
Percayalah korang pun akan tergodaaaa..ha..ha..ha...masak tanpa minyak okey!
Jimat menjimatkan seiring dengan seruan kerajaan yang ajak kiter berjimat macam nak giler! Kene ikat perut sekarang kan bangggg menteri?

Disebabkan pagi tadi aku tak sarapan sebab nak kejar interview tu, aku bawak bekal meggi telur dan cili padi untuk makan lepas interview. Cili padi harus ade untuk kesedapan sehingga menjilat jari ye.

Bahan utama yang menggoda jiwa..kehkehkeh..

Pakai gambar semalam je la.

Sekejap je wey masak nie, nasib baik ade penutup bekas ni kalau tak mau semerbak bau kat office. Almaklum la kan office aku ni besar orang pun ramai. Nanti bau menusuk hidung marah pulak orang. Makan la diri ini dengan kesedapan nyer dan disebab kelaparan nyer.

Korang ape lagi? Kalau tergoda jugak boleh la terjah Groupon ke, Streert Deal ke mane-mane la sebab kebanyakkan nyer semua ade jual cooking lunch box ni.
Beza dia besar dan kecik je dan harga pun lain-lain. Macam aku punyer ni RM59 untuk 1.3L ye.

Tuesday, December 02, 2014

Hari Anugerah dan Konvo Taska 2014


Hari Anugerah Syahmi Irsyad Suhaidi.

Mane nak mula? Majlis pun dah berminggu-minggu berlalu..ha..ha..ha..mak peram sebab mak takde idea nak mengarang kat sini.

Kehilangan idea dek kerana ter"sentak" seketika dengan orang negatif yang berkata "alaa..anak baru darjah 1 kot nak kecoh-kecoh padahal mase akan datang tak tau berjaya ke tidak!" er...err..kalau dulu mak hati kental, tapi sejak dah "remaja" ni asyik nak sentap jek..keh..keh..keh..faktor usia kah?

Tapi..ehh tapi lagi, disebabkan kak Hanis Azla la mata aku terbuka besar. Bila mana dia menyatakan setiap kejayaan harus dihargai. Setiap rezeki mesti disyukuri. Bagiku, kejayaan adalah untuk dirai. Bukan dikeji. Tak caya korang boleh baca entry kak Hanis Azla ni.

Gagahkan diri, gigihkan jari jugak la share kat sini sebab mane tau Syahmi tersesat baca blog mama dia. Almaklum la kan, anak dah besar dah pandai membaca dah paham semua benda dah pun. Jadi, lets kiter mengarang sikit-sikit.

Hari Anugerah di sekolah kebangsaan Syahmi

Periksa no.3 & bahasa arab terbaik

Hari Anugerah sekolah agama

Periksa no.3, matapelajaran akhlak & bahasa arab terbaik jugak disekolah agama.

Kebetulan dua-dua sekolah dia periksa dapat no.3, dapat markah terbaik untuk mata pelajaran bahasa arab dan akhlak. Suka sangat dia dengan bahasa arab. Mengaji al-quran pun dah lancar dah. Setakat ni perkembangan Syahmi biase-biase je.

Konvo Taska Sufiya Irdina pulak.

Hari Konvokesyen Taska Mara

Anak kembar versi lain tahun dan lain jantina..hahahaha..

flower girl

lagi

dan lagi

antara anak-anak taska semua 5 tahun

yang konvo anak-anak 6 tahun

Sebenar nyer, Sufiya Irdina sekadar menjadi flower girl mengiringi anak-anak 6 tahun naik ke pentas tapi sambutan mama abah dia kemain meriah dek kerana anak cantik sangat jadi flower girl. Ha..ha..ha..

Dan tercapai sudah impian Sufiya Irdina untuk jadi flower girl sebab kebetulan cikgu taska pilih dia jadi flower girl dalam ramai-ramai anak kat taska. Lama dah dia cakap nak jadi flower girl tapi kat mane pulak aku nak bawak dia jadi flower girl..he..he..he..

Gigih la mama, mak tok dia pegi cari gaun, stokin, kasut & cekak semata nak bagi dijadi flower girl tercantik di majlis konvo taska ;) seharian dia pakai gaun tu.

makan dan makan

Budak ni senang je, dari awal majlis bagi je dia makan kenyang-kenyang. Baru start majlis dia bantai tido, separuh mase majlis berjalan dia bangun bagi je dia makanan, confirm sampai kesudah majlis abis langsung tak meragam, tak menangis. He..he..he.. dah cakap dah Syakirah ni bagi je dia makanan confirm diam jek.

Sufiya Irdina - Bacaan Cahayaku Bahasa Malaysia terbaik 5 tahun

Periksa tak tau no berapa sebab cikgu tak cakap pun. Yang tahu semua anak dapat hadiah saguhati, semua anak naik ke pentas walaupun hadiah tertinggal kat taska kiter pusing je pakai kawan punye.Hehehehe..hari ni la kot baru dapat hadiah dia yang betul ;)

cikgu-cikgu taska.

ibu-ibu taska

Banyak gambar yang ade tapi malas nak letak semua. Kang berat pulak blog nie.

Tapi yang ni nak letak jugak! Hihihi..dah jadi wallpaper aku hari ni gambar nie.

Overall, anak-anak semua biase-biase je perkembangan tapi tetap nak kene bagi reward. So nak tunggu tengah bulan ni la 15hb dan 20hb nak naik kapal terbang (yang mana aku benci sangat naik kapal terbang..pffttt..), nak balik Labuan. 

Bising sangat tanye biler nak naik kapal terbang padahal itu la benda yang paling aku elakkan. Ha..ha..ha..

Bulan 12 is bulan aku busy.
Oh, sebelum tu doakan aku untuk interview kenaikkan pangkat pada 03hb December ni ye. Haritu aku amik exam, lulus exam baru org HR panggil untuk interview pulak. Berdebar weh sebab dah lama kot tak interview nie.

Monday, December 01, 2014

Konvo Taska 2014


Sufiya Irdina, flower girl

Later aku sambung ye..he..he..he..
Pagi ni busy sikit ;)

Wednesday, November 26, 2014

No Idea


Lama-lama makin kering idea. 

Cuti sekolah dah lama bermula tapi masih tak dapat lagi bawak anak-anak kemana-mana. Memikirkan cuti yang tiada, kos yang berganda, sesak sana sini maka penat pun bakal berganda-ganda. Anak-anak duduk di taska lagi sementara kami bekerja. Kesian tapi itulah nasib rakyat miskin papa kedana bandar. Kerja lah kau bersungguh-sungguh bermati-matian, dikerah-kerah demi sebutir nasi. Phieww..

Lagi menunggu hari lagi lambat dan lama rasa nyer waktu tu berlalu. Arghh...nak habiskan sehari pun rasa perit. Punyer teruk penangan menunggu 14hb & 20hb.

Kekeringan idea sebab sejak-sejak dah "dewasa" ni rasa tak perlu share semua benda dalam nie. Dulu zaman bodoh-bodoh beli baju kat Sogo pun nak share kat sini, nak tayang kat sini. Sekarang zaman pandai dah sampai so kiter simpan semua dalam hati dan share secubit je kat sini. Ohh..sejak saya ada kawan yang mengingatkan diri dia tapi secara tak langsung saya pun tersedar sekali. 
Terima kasih kawan, besar pahala awak.

Lagipun rasa macam blog ni dah tak valid kot nak cerita. Ha..ha..ha..

Eh..nanti la cari idea. Makin lama makin merepek pulak. Bulan 11 sampai tengah bulan 12 ni aku busy nak setelkan keje sebelum cuti lama sampai hujung tahun. Kalau rajin aku update kalau tak rajin aku tunggu je la cek Nuffnang yang tak sampai-sampai kat tangan aku ni. Duit poket nak bawak anak jalan bulan depan.




Tuesday, November 25, 2014

Giveaway Ephyra Bar Skin Di Mialiana.com



Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? SAYA!

Umur pengguna? 32 tahun

Jantina pengguna? Perempuan

Jenis kulit? Kering & Kombinasi Jeragat

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.

Saya mengalami masalah jeragat, blackhead & whitehead yang sangat teruk bertahun lamanya. Walaupun muka saya nampak bersih dan licin ini adalah kerana saya menutupi semua jeragat, blackhead & whitehead dengan foundation dan bedak. Maka besar harapan saya dapat diberi Ephyra Skin Bar ini untuk melihat keberkesanannya seperti yang sentiasa diwar-warkan sekaligus menghilangkan masalah jeragat, blackhead & whitehead ini.

Pengguna Ephyra? Tidak

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang