thumbnail

Tuesday, January 07, 2014

Inilah Kisah Sebenarnya


Entry ini adalah sangat panjang..bersedialah utk baca atau bersedialah klik X itu..

Kisah sebenar kejadian ini. Kisah abang Syahmi tertinggal bas & mama yang menggila mcm nak gila seterus nyer kenapa abang Syahmi menangis semalam..

Hari jumaat 03-01.2014 kami bercuti utk memerhatikan Syahmi ke sekolah..pada hari pertama elok dia baik turun bas dan tidak disangka pada hari ke-2 dia tertinggal bas!Hari pertama itu kami ikut bas dari taska transit ke sekolah agama tunggu sehingga rehat dan sehingga waktu balik..elok dia naik bas terus..

Jadi hari ke-2 kami hanya menunggu Syahmi di taska transit sahaja..dengan harapan dia akan naik bas bersama kwn-kwn..akan tetapi..debaran bermula bila budak terakhir turun & bas kosong!Berdebar..darah naik kepala..adrenalin menderu..air mata bertakung..semua menjadi 1!Dalam pada itu..ibu transit pun mula menggelabah kecoh call sana sini..kami apa lagi terus terpa ke dalam kereta dan malang nyer nasib kami jumaat itu hujan lebat dan jalan adalah jem yang teramat!!Jem yang dikatakan TIDAK BERGERAK!Serius..hanya doa je yg mampu kami lakukan ketika itu..

Dalam pada tidak bergerak itu..aku tgk bas hanya berlalu begitu sahaja..
Dalam pada tidak bergerak itu..aku call ustaz ustazah disekolah agama..lebih malang dikatakan tiada budak lelaki disana!Apa lagi mampu buat?MENANGIS & DOA sahaja..

Aku..eady..TERDIAM dan tidak keruan dalam kereta..Pertama kali aku melihat eady bawak kereta bagai orang gila..sedangkan dia adalah manusia yang PALING SABAR pernah aku kenal..

Mungkin ALLAH SWT itu mendengar rintihan kami..maka ALLAH SWT hadirkan seorang ibu taska transit yang SANGAT BAIK..SANGAT-SANGAT BAIK...dalam pada kekalutan itu rupa nyer dia berjalan kaki ke parking kereta dia yang terletak berhampiran dengan sekolah itu dan mendapatkan Syahmi..menunggu sehingga kami tiba..SATU JAM baru kami dapat tiba dari Maju Junction ke sekolah agama yang hanya terletak di Kg.Baru itu..yang hanya sejauh 2 KM sahaja..1 jam kami berdoa..1 jam kami gelisah..1 jam YANG DERITA..1 jam yang kami rasa PALING LAMA DIDUNIA..

Hanya ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kami mampu ucapkan..itu pun tidak mencukupi bagi kami..tidak tahu apa lagi mampu untuk membalas jasa baik budi baik beliau..

Kisah sebenar nyer..Syahmi tak perasan bas sekolah kerana terlalu excited membeli aiskrim Malaysia yang selama ini dia TERINGIN nak rasa..dia menunggu sehingga semua budak habis beli kerana dia tidak mahu bertolak-tolak dan dia beranggapan BAS MASIH BELUM TIBA..jadi dia hanya duduk makan aiskrim tersebut DILUAR SEKOLAH sehingga habis..jadi..kerana itu dia tidak panik & termanggu-manggu melihat kami yang kenapa menggelabah..kenapa menangis!

Jadi..semalam segala pesanan peringatan telah diberikan pada dia oleh maktok..abah dia..aku sendiri..ibu bapa kawan-kawan dia..sehingga ke taska ibu-ibu taska pula memberi peringatan pada dia yang bahawa "lepas sekolah terus naik bas!" "jangan singgah beli ape-ape" dan segala bagai jangan & pesanan sehingga membuatkan Syahmi terasa sekolah ini adalah tidak seronok & terlalu banyak peringatan dan pesanan..maka dia letih!

Bagi dia..apa salah dia yang hanya pegi membeli aiskrim Malaysia yang telah lama dia nak?
Kenapa semua orang bagaikan marah pada dia?
Kenapakah segala pesanan peringatan itu begitu tegas sekali?

Maka..terjadilah di hari ini dia agak meragam untuk ke sekolah..dalam pada aku berjalan hantar dia masuk ke kelas..muka dia berubah menjadi sangat sedih..
Dan bila aku bertanya "abang kenapa?" terus berderaian air mata dia..*sedih biler ingat balik* huhuhu...sebak..

"Abang tak nak sekolah...abang nak ikut mama.." sambil nangis tersedu-sedu..
"semua orang tak sayang abang..semua orang asyik marah abang.." terus teresak-esak sehingga tiada suara..Aku?Bagai nak pecah dada menahan sebak yang tak terkata..
Dalam pada pujuk-pujuk dia masuk ke kelas..dia hanya duduk sahaja sambil lap air mata..

Untuk membeli semula "jiwa" dia..maka waktu rehat sekolah kebangsaan, aku temankan dia makan..tapi..tidaklah dia menyentuh bekal yang aku buatkan pagi tu..
Kawan-kawan bercerita..Syahmi menangis dalam kelas sebab nak mama..abang abang..
Tengahari aku temankan dia dari taska transit naik bas sekolah utk ke sekolah agama..dia naik dengan muka yang sangat sedih..

Sedih dia..maka sedih la kami..bukan kami tak belikan dia aiskrim tetapi dia agak teruja kerana pertama kali dapat duit belanja..pertama kali boleh membeli sendiri..pertama kali untuk semua nyer bagi dia..pertama kali dapat jumpe aiskrim Malaysia yang dia nak sangat..


nota kaki : kini paling berdebar bagi aku adalah MENUNGGU WAKTU & BAS BALIK dari sekolah agama itu..semalam menunggu dengan penuh doa..doa yang tidak putus sehingga hari ini..doa doa doa..

30 comments:

Jueliza Jamani said...

aku yang menangis.. dah la tgh nagis.. syahmi ohh syahmi...

Nurzakiah Hanum said...

sedih2

asyifa mustaffa said...

Sy yg baca pun bergenang air mata...Klau jd kat sy ntah pula rasanya...

Sian syahmi..trauma ditegur smpi x nak kesekolah...harapnya lps ni...semuanya baik2 saje...

Fifi Nadhrah said...

sedihnye.. kesian syahmi.. moge lepas ni syahmi cerie2 selalu..

mama tisya said...

sebak bc..hati seorg ibu mesti riso kalo ank naik bas tiba2 tk muncul2 kn...hrp die ok..mayb sbb rmi yg bg pesanan tu die terkejut...kita pn pesan gk mcm2..sbb mmg riso

SSulieana said...

be a good boy ye abg syahmi...

IDAZS said...

sebak bacanya...

semoga abang syahmi kembali ceria seperti dulu...

amin

IDAZS said...

sebak bacanya...

semoga abang syahmi kembali ceria seperti dulu...

amin

Hanis Azla said...

As-salam izwa..

sedih akak baca.. akak pernah ada dalam situasi seperti tu.. jadi aku tahu bagaimana perasaannya.. Alhamdulillah semuanya selamat tapi tanpa sedar ia jadi tekanan pula untuk anak kan.. kesian syahmi.. dia tak faham lagi kan.. ingat lagi dulu.. emak akak dengan anak akak berpelukan menangis depan rumah sebab kes yg lebih kurang sama.. sejak tu sampai hari ni, selagi anak-anak tak jejak kat rumah lps balik sekolah, selagi itulah hati tak tenang wp dah bersekolah menengah.. semoga anak2 kita sentiasa dilindungi hendaknya..

Fiza Rahman said...

Terasa kesedihannya even dah baca kat FB. Siapa yg tak keruan bila anak tertinggal bas. Si kimi hilang 10 minit kat ikea pon aku dah macam nak kena heart attack, inikan sejam.

Abam syahmi, tak nak nangis2 lagi yer. Semangat kena kental. Nanti soh mama buat eskem msia banyak² ☺☺

Aziela said...

Sedih, tapi ini akan berlalu. Kena tabah dan sabar. Teruskan beri semangat. Tahun depan dia akan ketawa mengenangkan kisah ini.

Lynda Che Lah said...

Kak Izwa..
Anak-anak ingat kita tak syg dia bila hantar g sekolah..tinggalkan dia..ingatkan dia macam2
tpi kita kasih dan syg yang amat sgt..Sedih kan..
kejam sgt ke kita..hihi
tp Insya Allah..inilah pengajaran utk dia..

Zura@Iwan said...

sedih la plak dgr ..
ya la..bkn slh syahmi
bdk baru bljr
xcited sbnrnya...
cuma nasihat tu rasa tegas kan..
kita plak risau akan ank2...
semoga abg syahmi tidak fobia dgn kejadian itu..

Mia Kassim said...

sedihnya T_T.....
ibu mana yg tak risau gila bila jd macam tu. Syahmi jgn nangis2 tau...ikut ckp mama tau. Nanti mama buatkan eskrim malaysia byk2.

Nazayiena Ayiena said...

Sedih baca kisah syahmi,kasihan dgn dia mcn dah x seronok nak gi sklh.Semoga lepas nie semangat dia kembali pulih utk ke sklh.

msredcheesecake said...

sian syahmi...speechles...kecut perut kalau jadi kat saya.... pujuk lah dia pelan2... dia tak paham kenapa adult buat camtu, mesti dia ingat org marah dia..

Dhia Dirham said...

kalau dhia pun mengelabah. Pengalaman untuk adik syahmi. Alhamdullillah segalanya selamat :)

Zamani Abe said...

pengalaman untuk semua.. pergh boleh faham rasa cuak tu kak.. apapun alhamdulillah semua selamat..

nohas said...

jem kat KL ni memang kdg2 tahap gaban, masa2 mcm nilah nak jem tak bergerak..kalau boleh turun, jalan kaki lagi cepat..

Alhamdulillah, semuanya selamat, now to deal with the trauma, time will heal everything, InsyaAllah..

fAtrinA said...

Alahaii bergenang jugak baca ni..nila benda yg malas nk pk kalo cipi skolah..hantar rmh akak ipar pun sedih huhu..sabar ye mama

Ena said...

sebak sedih dan 1001 rasa ada mengenangkan dulu pernah lalui perkara yg sama.. anak perempuan pulak tu.. nasib baik ada hamba Allah ynag prihatin dan si kakak ingt jalan nak balik rumah dan no rumah..

jeBateja said...

kasian dia....baru nak buat keputusan sendiri dah kena.....

den pun selalu mcm tu...jarang nak tgk salah anak dari sudut yg lain....

hainom OKje said...

benda ni pun berlaku pada anak bongsu okje 5 tahun sudah ME....nasib ada van lain yg tolong pungut haha.....syukur...dalam tu dia dah nangis dah hehe...

Amanda Suria said...

first time babe..budak2 memang teruja...semoga insiden ni jadi pengajaran buat abang syahmi...slowly la terangkan kat dia..memang sensitive la jiwa abang syahmi...kalau aku..dah sasau dah ni mencari anak aku..

- dieyana - said...

kesiannya dia dik....
betul tu, dek kerana kerisauan kita yang menggiler, pelbagai 'jgn' kita dah penuhkan dlm kepala dia. sungguh, anak2 dia sgt ecited dgn persekolahannya, teruja ..tetiba dia berasa 'jgn' yang kita penuhkan dlm ruang kotak dia menyebabkan dia 'terasa' dgn kita. moga syahmi kembali bersemangat ya...jgn tekan2 dia sgt2 ya. ;-))

JunAina said...

Kampung baru tu dekat sangat denga pejabat akak tp Khamis dan Jumaat akak bercuti. Tak ada anak yg daftar darjah 1 tapi mencuri masa utk layan anak2 sempena pesekolahan bermula.

Anak2 masuk darjah 1 banyak ragamnya sebab ini adalah pengalaman pertama mereka bersekolah secara formal. Sebagaimana mereka teuja begitulah kita sebagai ibubapa juga. Bila berada dlm situasi begitu memang hati akan gundah gulana sebab soal keselamatan anak2 tiada kompromi.


Akak anak naik darjah 1 ambik cuti 3 hari perhatikan dia kecuali yg sulung sebab ada jiran yg tidak berkerja tolong tengokkan.

fieda said...

ibu mana yg tak menggelupur kalau jadi gini...adoii..kalau saya pun dh bergenang dh ni..syahmi..syahmi..

ayu Ismail said...

Sedih akak membacanya..Memahami bagaimana perasaan ibu tapi kesian juga dgn syahmi...

Mimi Azirah said...

Alahai sedihnye...hanya kerana teringin makan aiskrim malaysia..anak anak..

Kira Sakura said...

laaaa kesian dia. achik kira yang dah meleleh kat sini. mesti dia tension kan kak sbb rasa org tak paham perasaan dia.

takpe lepas nie abang syahmi mesti dh boleh berdikari dan tak risaukan hati mama abah lagi. amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang