Kronologi kehilangan pesawat
MAS MH370
Berikut ialah fakta dan kronologi kehilangan pesawat MH370 berdasarkan
kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa melalui sidang media
yang diadakan dari semasa ke semasa.
Fakta mengenai penerbangan MH370 yang hilang
Laluan Kuala Lumpur KLIA -
Beijing.
Menggunakan pesawat Boeing_777-200ER yang
berusia 11 tahun 11 bulan dengan 53,465.21 jam penerbangan.
Pesawat ini berkongsi kod
dengan China Southern Airlines (CZ748).
Kali terakhir ia diselenggara
ialah pada 23 February 2014 dan dijadualkan untuk pemeriksaan seterusnya pada
19 Jun 2014.
Berlepas pada pukul 12.41 pagi
hari Sabtu 8 Mac 2014 dan dijadualkan mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi
waktu Malaysia pada hari yang sama.
Pesawat ini membawa 239 orang,
yang terdiri daripada 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal.
Para penumpang dalam pesawat
ini terdiri daripada rakyat 14 buah negara. Berikut adalah senarai penuh bilangan penumpang mengikut warganegara: China 152 orang
termasuk seorang bayi, Malaysia 38 orang, Indonesia 12 orang, Australia 7
orang, Perancis 3 orang, Amerika Syarikat 3 orang termasuk seorang bayi, New
Zealand 2 orang, Ukraine 2 orang, Kanada 2 orang, Rusia 1 orang, Itali 1 orang,
Taiwan 1 orang, Belanda 1 orang dan Austria 1 orang.
Semua anak kapal adalah
warganegara Malaysia.
Kronologi peristiwa kehilangan
MH370
[Hari 1 - Sabtu 8/3/2014]
Nota: Teks italik merujuk kepada maklumat dari hasil siasatan pihak berkuasa.
[12:41 am] MH370 berlepas dari
KLIA.
[1:07 am] Transmisi data
terakhir ACARS.
[1:19 am] Mesej verbal
terakhir "All right, good night" dari co-pilot.
[1:21 am] Transponder
dimatikan.
[Diantara 1:07 am dan 1:37 am]
ACARS dimatikan.
[1:30 am] Terputus hubungan
radar, pada lokasi 120 batu nautika dari Kota Bharu, pada kedudukan longitud 06
darjah 55 minit 15 saat Utara (065515N) dan dan latitud 103 darjah 34 minit 43
saat Timur (1033443E).
[7:24 am] MAS keluarkan
kenyataan kehilangan pesawat.
[11.00 am] Sidang media
pertama Penerbangan Malaysia di KLIA.
[2:40 pm] Sidang media
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
[7:05 pm] Operasi diperluaskan
babitkan kerjasama Vietnam, China, Singapura dan Amerika Syarikat.
[Hari 2 - Ahad 9/3/2014]
Kawasan pencarian
diperluas.
Tumpuan utama ialah mengesan
pesawat.
Radar tentera menunjukkan
kemungkinan pesawat berpatah balik.
Pegawai FBI tiba di Kuala
Lumpur.
Misi diperhebat dengan
penambahan 40 kapal dan 22 pesawat.
Tompokan minyak ditemui di
kawasan kira-kira 100 batu nautika dari Kota Bharu.
2 penumpang disahkan guna
passport palsu.
[Hari 3 - Isnin 10/3/2014]
Kawasan pencarian diperluas
kepada lingkungan 100 batu nautika dari titik akhir pesawat dikesan.
DCA tidak tolak kemungkinan
MH370 dirampas atau meletup di udara.
Keluarga dan waris penumpang
warga China akan diterbangkan ke Kuala Lumpur.
Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia (APMM) sahkan tompokan minyak bukan milik pesawat MH370.
[Hari 4 - Selasa 11/3/2014]
MH370: Identiti lelaki kedua
guna pasport curi didedahkan Interpol. Lelaki yang menggunakan paspot curi
Itali ((milik Luigi Maraldi) ialah Delavar Seyed Mohammad Reza, berusia 30
tahun. Manakala lelaki yang menggunakan pasport curi Austria (milik Christian
Kozel) adalah Pouria Nour Mohammad Mehrdad,19 tahun. Kedua-duanya adalah
warganegara Iran.
Siasatan polis fokus 4
kemungkinan: Dirampas, Sabotaj, Masalah psikologi dan Masalah peribadi antara
penumpang.
[Hari 5 - Rabu 12/3/2014]
Fokus operasi ialah di Laut
China Selatan dan Selat Melaka.
12 negara (39 pesawat, 42
kapal) menyertai misi SAR (search and rescue), dengan negara terbaru India,
Jepun dan Brunei.
Operasi SAR kini diperluas ke
Laut Andaman.
Ahli keluarga penumpang pesawat
akan menerima bantuan kewangan sebanyak USD5000 daripada MAS.
Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) memberitahu, pesawat yang berpatah balik yang dikesan radar tentera
Malaysia awal pagi Sabtu tidak dapat disahkan sebagai MH370.
Panglima Tentera Udara (PTU),
Tan Sri Rodzali Daud dedah satu pesawat tidak dikenali dikesan pada kedudukan
barat laut Pulau Pinang, awal pagi Sabtu.
[Hari 6 - Khamis 13/3/2014]
MAS menghentikan penggunaan
nombor kod penerbangan MH370 dan MH371 sebagai penghormatan kepada penumpang
dan kru yang masih hilang. Laluan KL-Beijing ditukar kepada kod MH318 dan
Beijing-KL kepada MH319 bermula 14/3/2014.
20, 000 nelayan bantu cari
MH370
CNN melaporkan satelit negara
China menemui tiga objek terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai
mempunyai kaitan MH370. APMM menghantar pesawat pelbagai guna Bombardier untuk
membuat pengesahan, tetapi tiada objek ditemui.
Hishammuddin menafikan laporan
media yang mengatakan pesawat MH370 berkemungkinan terbang selama empat jam
daripada lokasi dan waktu terakhir ia dikesan.
Latar belakang lelaki etnik
Uyghur yang menaiki penerbangan MH370 menjadi tumpuan siasatan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dan INTERPOL berbanding penumpang lain.
[Hari 7 - Jumaat 14/3/2014]
Sehingga kini, gerakan mencari
dan menyelamat telah melibatkan penggunaan 57 kapal dan 48 kapal terbang dan
helikopter dari tentera dan agensi penguatkuasaan maritim dari 13 buah
negara.
(SAR) kini diperluas ke
bahagian timur Laut China Selatan serta di Lautan Hindi.
Fokus utama MAS pada masa ini
adalah untuk menjaga kebajikan keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370
termasuk menyediakan maklumat yang tepat, keperluan penerbangan, penginapan,
makanan, perubatan dan sokongan moral.
[Hari 8 - Sabtu 15/3/2014]
Pesawat yang di kesan berpatah
balik oleh radar Tentera Udara Diraja Malaysia sebelum ini disahkan
MH370.
Berdasarkan maklumat terbaru,
Sistem Komunikasi dan Laporan Kedudukan (ACARS) telah dimatikan sebelum MH370
sampai di ruang udara Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan sejurus selepas
itu, transponder pula dimatikan berhampiran sempadan kawalan trafik udara
antara Malaysia dan Vietnam.
Pergerakan pesawat menunjukkan
ia adalah hasil tindakan secara sengaja (deliberate) oleh seseorang yang berada
di dalam pesawat berkenaan.
Berdasarkan penelitian raw
data satelit (Inmarsat), pihak FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia
mengesahkan komunikasi terakhir antara pesawat MH370 dengan satelit adalah pada
jam 8.11 pagi (waktu Malaysia) pada Sabtu lalu. Pada ketika itu, MH370
berkemungkinan berada di salah satu dari dua koridor penerbangan:
Koridor utara yang menjangkau
sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand.
Koridor selatan yang
merangkumi Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi
Dengan itu, gerakan mencari
dan menyelamat di Laut China Selatan telah dihentikan.
Pihak berkuasa telah mengalih
fokus penyiasatan kepada anak kapal (termasuk ground crew) dan penumpang
MH370.
Polis mengambil flight
simulator milik kapten Zaharie untuk tujuan siasatan.
Setakat hari ini 14 negara, 43
buah kapal dan 58 pesawat terlibat dalam pencarian itu.
[Hari 9 - Ahad
16/3/2014]
Selain daripada lautan, SAR
sekarang turut tertumpu kepada daratan yang merentasi 11 buah negara.
Bilangan negara yang terlibat
operasi SAR meningkat dari 14 kepada 25 negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri
Khalid Abu Bakar berkata pesawat MH370 disiasat di bawah Seksyen 130 (C) Kanun
Keseksaan kerana rampasan, keganasan, kesalahan sabotaj dan Akta Kesalahan
Penerbangan 2003.
[Hari 10 - Isnin
17/3/2014]
Operasi mencari dan menyelamat
di koridor utara dan selatan sudah bermula, melibatkan inisiatif awal Malaysia,
Australia, China, Indonesia dan Kazakhstan.
Aset-aset TUDM dan TLDM
dikerah ke koridor selatan. Diantara aset-aset tersebut ialah kapal peronda
luar pesisir KD Kelantan, KD Selangor, dan helikopter Super Lynx.
Pakar-pakar dari Jabatan
Penerbangan Awam China menyertai pasukan penyiasat.
3 pegawai dari Pejabat
Siasatan dan Analisis untuk Keselamatan Penerbangan Awam Perancis yang
mempunyai pengalaman menyiasat kehilangan Air France Flight 447 tiba hari ini
untuk membantu siasatan.
Vietnam menamatkan operasi
mencari pesawat MH370 di Laut China Selatan.
Jumlah negara yang terlibat
dalam operasi SAR meningkat kepada 26: Malaysia, Australia, Bangladesh, Brunei,
China, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Laos,
Myanmar, New Zealand, Pakistan, Filipina, Rusia, Singapura, Korea Selatan,
Thailand, Turkmenistan, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat,
Uzbekistan and Vietnam.
[Hari 11 - Selasa
18/3/2014]
Dua lagi kapal laut TLDM
dihantar untuk operasi mencari MH370 di koridor Selatan.
Operasi mencari pesawat MH370
kini menumpukan kepada empat perkara iaitu mengumpul maklumat pemantauan
satelit, analisis data radar, penambahan aset udara dan darat, dan penambahan
pakar teknikal.
Operasi mencari dan menyelamat
pesawat MH370 di koridor Utara dan Selatan meliputi kawasan seluas 2.24 juta
batu nautika persegi (4.15 juta km persegi.
[Hari 12 - Rabu 19/3/2014]
Pasukan utama teknikal SAR
dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu diplomatik (diketuai Kementerian Luar),
aset & logistik (diketuai Angkatan Tentera Malaysia), dan teknikal
(diketuai DCA).
[Hari 13 - Khamis
20/3/2014]
Dua objek dipercayai milik
pesawat dikesan satelit berada di Lautan Hindi kira-kira 2,500 kilometer ke
barat daya Perth. Objek yang besar berukuran 24 meter.
Presiden Indonesia Susilo
Bambang Yudhoyono memberi jaminan 7 warganegara Indonesia yang juga penumpang
pesawat MH370 tidak mempunyai kaitan dengan jaringan pengganas.
Wakil tertinggi Malaysia
diketuai oleh Komander Operasi Udara TUDM, Leftenan-Jeneral Datuk Seri Ackbal
Haji Abdul Samad berlepas ke Beijing.
[Hari 14 - Jumaat
21/3/2014]
Kapal pengangkut kereta Höegh
Autoliners dari Norway dan kapal peninjau pelbagai fungsi HMS Echo milik United
Kingdom (UK) menyertai MH370 di Lautan Hindi.
Polis Ukraine sahkan penumpang
etnik Uyghur berusia 35 tiada kaitan dengan sebarang kegiatan jenayah mahupun
keganasan.
[Hari 15 - Sabtu
22/3/2014]
Akhbar The Telegraph
mendedahkan transkrip 54 minit terakhir komunikasi juruterbang dengan menara
kawalan.
Malaysia mohon bantuan Amerika
usaha mencari di dasar laut.
Ketua Pengarah Jabatan
Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman turut menegaskan laporan
transkrip komunikasi oleh The Telegraph tidak tepat.
China kesan imej 22 meter
panjang, 13 meter lebar di koridor selatan.
[Hari 16 - Ahad 23/3/2014]
Sidang media MH370 berpindah
dari Hotel Sama Sama, Sepang ke PWTC Kuala Lumpur.
Operasi Pihak Berkuasa
Keselamatan Maritim Australia (AMSA) gagal temui 'objek terapung' satelit
China.
Imej satelit baru Perancis
menunjukkan objek yang berkemungkinan ada kaitan dengan MH370.
[Hari 17 - Isnin 24/3/2014]
AMSA memaklumkan P8 Poseidon
gagal temui 'objek mencurigakan' yang dikesan pesawat China.
Perdana Menteri mengesahkan
pesawat MH370 hilang di kawasan selatan Lautan Hindi, di barat Perth. Ini
berdasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh Inmarsat
dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB).
Bayangkan..
Al-fatihah & Takziah pada mangsa dan keluarga yang terlibat..
nota kaki : hanya mampu berdoa sahaja..