thumbnail

Friday, April 18, 2014

Bird Buta - Part 2 : Penerangan Doktor


Ikhlas dari Doktor Khairul Faizie yang juga dikenali sebagai Daddy Ziyyad

_____________________________________________________________

Ape itu PHIMOSIS?

“Phimosis ” – hujung zakar macam belon bila kencing

Ini adalah manifestasi suatu keadaan yang dikenali sebagai ‘phimosis’ yang bermaksud tidak dapat menarik balik (retract) kulit pada bahagian kepala zakar.  Bahagian kulit ini (kulup)  yang menyelaput kepala zakar (glans penis) adalah kulit lebihan dan ia adalah normal untuk bayi lelaki mempunyai kulit yang masih terlekat kepada zakar semasa lahir.

Kulit yang terlekat ini akan secara semulajadi tercerai daripada zakar secara perlahan-lahan. Dengan terbentuknya keratin dan penghasilan enzim yang menjadi pemangkin kepada penceraian ini, kulit akan dapat ditarik balik untuk mendedahkan kepala zakar. Apabila ini tercapai, tidak akan jadi phimosis lagi. Biasanya ini akan dicapai pada lingkungan umur 2 hingga 5 tahun. Ada juga segelintir lelaki yang akan terus mempunyai phimosis sehingga remaja dan dewasa.  Kajian menunjukkan ada 2% daripada populasi yang terus mempunyai phimosis sehingga dewasa dan ini adalah normal.


Elakkan daripada menarik balik kulit secara kasar untuk menceraikan kulit tersebut daripada zakar kerana manipulasi ini akan menyebabkan kecederaan kepada tisu kulit. Ia akan menghasilkan  parut yang akan menyebabkan kulit melekat secara kekal pada kepala zakar. Masalah phimosis ini tidak normal (patological)

Mengapa jadi macam belon  ? 

Kerana kulit melekat pada zakar dan tidak dapat ditarik balik. Ini menyebabkan air kencing terpaksa keluar melalui satu lubang yang sangat kecil pada hujung kulit ini. Dengan aliran kencing yang laju, ini menyebabkan air kencing bertakung dalam ruang antara kepala zakar dan kulit. Takungan ini menyebabkan kepala zakar seolah-olah kembang macam belon untuk seketika. 

Ibubapa mungkin mendapati ini suatu kejadian yang sangat aneh dan juga menakutkan. Mereka sebenarnya tidak perlu risau kerana ia adalah suatu fenomena yang biasa. Apabila kanak-kanak lelaki itu membesar,  kulit ini akan mula tercerai dari zakar dan kejadian belon ini tidak akan berlaku lagi. Walaupun begitu, terdapat juga kes di mana kanak-kanak terpaksa meneran kerana kesukaran untuk membuang air kencing. Ini adalah tanda bahawa terdapat salur kencing yang tersumbat. Rawatan doktor diperlukan sekiranya ini berlaku.

Benarkah ini normal ? 

Sememangnya kebanyakan kes phimosis adalah normal, dan ia dikenali sebagai ‘physiological phimosis’. Namun, phimosis bukan selalunya normal. Apabila ia dikaitkan dengan masalah kencing sakit, kencing berdarah, jangkitan air kencing dan jangkitan pada zakar, ini adalah keadaan phimosis yang bermasalah ( pathological phimosis) dan memerlukan rawatan. Punca kejadian ini adalah kerana kecederaan dan jangkitan kuman yang menyebabkan parut terbentuk antara kulit dengan kepala zakar yang menyebabkan ia kekal melekat.


Rawatan yang diperlukan termasuk prosedur sunat (circumcision), prepuceplasty, ataupun kaedah konservatif seperti urutan dan krim steroid. Kaedah yang dipilih harus dibincangkan dengan pakar bedah/urologi.

sumber dari : http://doktorbudak.com/2014/01/30/phimosis-hujung-zakar-macam-belon-bila-kencing/
_________________________________________________________________________________

Serius cakap aku sebenar nyer segan giler dan malu sangat nak tanye Daddy Ziyyad sebab sebelum ni dah banyak benda aku tanya pada dia..

Kalau kat luar (swasta) consult je dah RM100-180 okey..ini tanye bermodalkan perkataan dan di FB je..lagi la segan giler..kene faham kan, dia kerja cari nafkah untuk keluarga, nak bayar lagi Passat dia...ehh?He..he..he...ye kan doktor? Kalau tak betul kiter amin kan aje! ;)

Ehh....korang baca la komen dia pasal bird buta nie.
Ramai rupe nyer tak tahu pasal nie, so korang-korang yang ade anak lelaki yang bakal beranak lelaki sila take note ya! Penting juga benda nie..

Tapi sekarang ni yang saya mampu buat adalah mendoakan yang terbaik buat doktor sekeluarga, semoga terus dimurahkan rezeki..diberikan kesihatan yang baik sentiasa & semoga doktor sekeluarga sentiasa dibawah lindunganNYA..

nota kaki : but...doktor if u want me to pay, let me know ya!

41 comments:

Nurzakiah Hanum said...

singgah pagi n salam jumaat

Nieyl said...

Salam jumaat :)

Farah Waheda Wahid said...

bebird buta ni pernah ada pengalaman anak buah tu dulu sorang tu... bebird dia buta...lepas tu khatankan ajer... lepas khatan badan terus macam dipam2... hik hik hik... salam jumaat babe...

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Ooo baru tahu pasal nie izwa.. farah doakan yg terbaik utk anak izwa..

ZazaMyMoon said...

sharing is loving dari DZZZ..
anak jantan aku tak ada plak sakit buta bebird ni.. tak tau lah laki aku.. nanti aku check eh.. muahahhahaha

Tina Othman said...

Alhamdulilah, tima kasih izwa & doktor for sharing, risau jgk.baca smlm sb ada anak lelaki kan, lega lps baca ni

Nad MamaZN said...

riso plak sbb kami pun ada anak bujang
harapnya lepas sunat nnt takde masalah apa2 la kot

che mid said...

Salam, wow..tak pernah tahu pasal ni..ke jarang-jarang sangat sakit ni kut..tk for the info sis..

Fiza Rahman said...

1st time dgr pasal bird buta ni. Thanks for sharing noks.

ieda immi said...

adoii x pandai semua nie ..

Hanis Azla said...

As-salam izwa..

perkongsian yang baik ni.. baik hati juga daddy zzz menerangkan dengan penuh details.. bagusnya..

Tihara said...

moga dipermudahkan

el said...

3k tu boleh bayor instalment x?hehe
info berguna ni
el pun ada anak teruna...tahun depan darjah 2 cuti sekolah baru nak pi sunat..anak buah pun ritu check bebird dia..doc cakap buta..xtau ape tu buta..rupanya mende tu x npk..tp kencingnya ok pulak..huhuhu
hope dpt jalan penyelesaian yg tidak membebankan :)

Eye_nee said...

Ni lah untungnya berkwn dialam maya ni..pelbagai kerjaya ada..TQ sgt kan beb pd DZ..Semoga ALlah merahmati kehidupan dia..kamu juga..jgn risau2 sgt ek...ada kaedah perubatannya...

ILA shafila said...

Thanks sharing bab bebird buta ni Izwa.

Mia Kassim said...

Dapat pengetahuan baru....thanks for this info.

Aziela said...

Adam tu pun kategori bebird buta gak, tapi tak ada masalah phimosis. Tapi kami dah sunatkan dia awal, so memang tak ada masalah setakat ni.

IDAZS said...

tanx 4 sharing beb.. tak taupun pasal ni sebelum ni

Eda Ejai said...

tq ya sharing pasal ni.. sekurang2nya kita tau..

Kakzakie said...

Inilah untung berkawan dgn doktor yg ikhlas memberikan penerangan Idzwa. Kakak percaya Daddy ZZZ tu ikhlas. Saham akhirat pun dia dp sebenarnya...

maszmadi said...

ooooo baru tahu nieh, bgus pnerangan DZ tu, snang nak paham..

aizamia3 said...

setuju dengan komen KakZakie..
Kalau DZ pentingkan duit, takkan maunya dia nak jawab detail macam tu..

Moga semakin murah rezeki DZ dan keluarga hendakNYA..

Kesuma Angsana said...

tq berkongsi info sama yer, bermanafaat utk semua ni. tq juga to DZ sbb sudi nak bagi keterangan detials cenggini.. Allah jua lah yg membalas nyer

Nora Karim said...

tq izwa n Doc DZ... tak pernag tahu pasal ni... sbb ada anak laki... so info macam ni kena take note!

Moga kalian sentiasa dimurahkan rezeki... Ilmu kalau kita kongsi2... InsyaAllah ada keberkatannya... Amin...

Ayang Noorainie said...

noted.. masa bile nak mula cek eyh??
ni terlebih concern kt ank bujang ku nih...huhuhu..

QasehnyaRania said...

aamiin
info yg sgt bagus.bru tahu kak.tima kasih berkongsi.

Dhia Dirham said...

first time dengar ada bird buta. harap semuanya ok ya (:

Mar Mansor said...

menarik info ni..saya belum ada anak bujang..tapi info ini sangat berguna walaupun ini kali pertama saya dengar istilah ini tapi saya faham akannye..

FARAH deeb said...

Huishh ngerinyaaa la haii.. Alhamdulillah 2-2 anak den takde kena penyakit ni. Kalau tak rasenya omak dia yang meraung selalu bukan anak! Huhu... Mari Belajar Deko Kek Cawan!

Yumida Huda said...



follower ke 1263..jemput singgah ke blog Yumida & follow back klo sudi
http://umikasum.blogspot.com

Kira Sakura said...

haaaa berbeza kot kes dengan adik and anak sedara kira. be strong syahmi. be strong mama. moga semua dilancarkan amin

nor azman said...

Tq for info

sal ya said...

Dah dpt info jdk mama dh x rs risau sgt kan?

Myra Jay said...

InsyaAllah mudah2an makin elok ye..
1st time dengar pasal 'buta' ni

ros_reeza said...

oh baru tahu tentang ni..

Cik Puan Rara said...

bila baca aku lak yg rasa sakit kak.adehhh!

LydSunshine said...

Ada baru2 ni kwn saya sunatkan anak dia sbb mslh ni la kot. Anak dia baru beberapa bulan 7 bulan kot.

Amanda Suria said...

alahai kesiannya....

❤Kamsiah❤ said...

anak lelaki akak sorg ja..alhamdulillah kecik2 dulu takde masalah...

Bitt (double IS) said...

memang terkejut tak tau langsung pasal ni...sebab anak2 memang sunat dari baby...

abg is tu dari kecik sunat tapi tu la..kalau malam sampai sekarang pon asik terlepas je banjir tempat tidur dia...huhh...

tak pada ismeth...dia boleh tahan...dia akan bangun sendiri p kencing malam2 tu...pernah doktor cakap dulu beza iskandr dengan ismeth sebab ismeth susu ibu so kebanyakkan budak susu ibu boleh control skit tambah2 boy...iskandar memang susu formular dari kecik...

tapi tang sunat tu kan...ermmm masa derang baby cost dia tak mahal sangat sampai macam tu rasanya...tapi tahun lepas anak sedara saya sunat dlm rm200++ je umur 12 tahun tuh..

Dee said...

DZ mmg bagus dan byk membantu..walau dee takde anak lelaki tp dee taulah psl bird buta tu..tp dgn penerangan izwa ni dee lebih tahu lagi..thx for sharing..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang