thumbnail

Thursday, April 10, 2014

Spread Love - Pray For Arman Dani


Arman Dani hensem


Dari Ig mommy Arman Dani : 

Dear all, 

Our son has been diagnosed with Acute Lymphoblastic Leukemia 4 weeks ago. He is now undergoing 5 intensive weeks of chemotherapy treatment(total 2 years of treatment). I really appreciate doas and prayers from all of you for our one and only child to be healthy again. InsyaAllah. Our hearthiest thank you for all support, advice, and everything. #prayforaman #armandani #leukemia

PERHATIAN

Saya ingin memohon jasa baik semua untuk menderma darah kepada insan yg memerlukan iaitu anak kepada sahabat saya yang menghidapi sakit leukimia. Antara kriteria diperlukan adalah : 

1 : lelaki
2 : umur 18-55
3 : sihat 
4 : cukup makan 
5 : cukup tidur
6 : jenis darah O+

Maklumat terbaru : 

Bagi mereka yg ingin menderma bolehlah pergi terus ke SJMC (subang jaya medical centre), Blood bank north tower tingkat 5 dan mention nama adik ARMAN DANI

Terkini (10.04.2014)



Terkini (11.04.2014)
Pagi


11.04.2014
2.00 ptg

Aman yang kuat..

11.04.2014
5.00 ptg

Alhamdulillah..

Semoga Aman terus kuat dan kuat sehingga sihat kembali dan semoga Lady Molie Arie juga kuat kerana kami sentiasa bersama kamu..
Love u Aman Dani & hug u .Molie Arie be strong mami..


Terkini (12.04.2014)
Tabung darah telah mencukupi buat masa ini.

Terima kasih tuan atas makluman

Alhamdulillah..feedback yang membantu adalah sangat menyebakkan hati..ramai yang mbantu, ramai yg mendoakan kesejahteraan Aman Dani..


#prayforaman hensem yang berusia 2 tahun lebih ini, semoga diberi kesembuhan semula & diringankan kesakitan anak ini..

Kenapa lelaki sahaja? :: PM dari mami Arman Dani - Kalau derma platelet doc nak darah o+ dari lelaki sebab pesakit lelaki, kalau derma darah any types pun boleh dear, sebab nak top up balik banyak darah yg aman dah pakai dari blood bank..


nota kaki : terasa kesedihan nyer kerana walaupun berkwn sekadar di alam maya tapi anak-anak kami semua membesar bersama didepan mata (dalam alam maya)

77 comments:

Tihara said...

Ya Allah moga dimudahkan urusan rawatan anak ini..

Fiza Rahman said...

Ni anak blogger ladyofleisure kan wa. Dapat tau pon dari IG dia. Memang terkejut sangat².

Smoga lady & hubby dia tabah dengan dugaan ni. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Smoga Arman Dani diberi kekuatan dan semangat yg tinggi dalam melawan kesakitan. Dan smoga cepat sembuh.

Nurzakiah Hanum said...

amin sedihnya dugaan kan

Puteri Abah said...

Assalam, mula-mula membaca darah O + diperlukan, rasa sangat teruja untuk menderma. Tapi malangnya saya bukanlah seorang lelaki. Apa pun, salam utk keluarga adik Arman. Semoga tabah menghadapi dugaan Allah.

aIEn said...

get well soon dear n semoga segala urusan dipermudahkan

Nad MamaZN said...

Allah... sebaknya...
berat mata memandang berat lagi bahu yg pikul...
moga arman cepat sembuh...

Kakzakie said...

Tersentak, hiba dan sedih terasa sama. Mengharap ramai yg membaca N3 Idzwa ini.

Moga anakanda arman dan seluruh keluarganya kuat dan redha dgn ujian ini. Doa kita semua arman sembuh seperti sediakala.

NM03 said...

sedehnya.... arman, kuatlah wahai anak kecil.

Ayang Noorainie said...

semoga dipermudahkan segala urusan untuk adik arman dan parents die..

auntie B+ same goes to auncle B+ jugak..if i can help them..lama tak derma darah..

jom sama sama kita panjatkan doa untuk mereka..

jazakumullah..

Eye_nee said...

Ya-Allah sedihnyaaa....bergenang airmata...tabah yer ibuayah arman...Arman be strong yer sayang..

HijrahKuKeranaMu said...

Moga Allah permudahkan

Falsya said...

Allahuakbar..ya Allah..sedihnye..semoga Allah permudahkan segalanye..arman stay strong for ayah n ibu okayh..semoga parents Arman stay strong for Arman..

Myra Jay said...

Smoga dipermudahkan urusan untuk Arman Dani

lieyalatif said...

ya Allah siannye.... moga segala dipermudahkanNYA...

Kira Sakura said...

Allah, husband auntie darah A syg. klu tidak mesti auntie dah suruh dia derma. moga dipermudah urusan arman amin amin

Kesuma Angsana said...

ya allah sedih nyer... hubyy KA darah b+ kalau tak boleh juga menderma sama, kita doakan yer untuk adik ni !

Uni Aqilah said...

ya Allah. sedihnya. dugaan untuk parents. moga terus tabah dan kuat semangat.

HeNRieTTa JoSe said...

heran juga rietta kenapa lelaki sahaj....

Mia Kassim said...

Semoga dipermudahkan urusan .....

bayne ishak said...

my son's name is dhani arman. he's also 2 and a half year old. i feel u. nak derma tapi kenapa lelaki je i wonder. how do i help? :(

nohas said...

Ya, Allah..semoga terbuka hati2 mereka utk menderma darah..sedihnya..

budak said...

semoga Aman di beri kekuatan menghadapinya. amin.

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

sebaknya tgk...

semoga bb Aman cepat sembuh...

fazianbatrisyia said...

sayunya hati tgk 2 gambar yg jauh berbeza

diana said...

sedih..rasa nak menitik air mata tengok anak comel ni..dah tentu ramai yang melihatnya akan mengharapkan dia sihat dan membesar dengan sempurna...

zuhdi abdullah said...

Saya jatuh dalam kategori ni. Untuk kepastian. Ni sjmc yg dekat Subang parade tu ke. Insha Allah saya datang esok

ayu said...

Mudah2an aman cepat sembuh

muhamad azuwan mahmod said...

Waktu derma sampai kul berapa yer.... Saya darah O+..... Kalo sempat besok petang saya sampai....

:: idzwa :: said...

@zuhdi abdullah Ye..

:: idzwa :: said...

@muhamad azuwan mahmod Saya sendiri tak pasti pkl berapa tetapi saya dahulukan dgn ucapan terima kasih..

mohd latif khairan said...

InsyaaAllah klu ada kesempatan minggu dpn saya dtg menderma..

mohd latif khairan said...

InsyaaAllah klu ada kesempatan minggu dpn saya dtg menderma..

Cei Shaairies said...

Mcm mana nk kontek family... sy ckp syarat di atas untuk derma.. tp skrg o.station ..mggu dpn br blk kl..kalau masih perlukan lg, InsyAllah sy dtg

ila fandi said...

Saudara azuwan, kalau tak silap waktu menderma dari jam 8.30am - 5.30pm. Sbb sy pernah tny time nak derma darah utk arwah adik Amzar.

:: idzwa :: said...

@Cei Shaairies
Boleh pm ke fb mama aman dani ni : molie arie seperti dia gmbr diatas..saya ucapkan terima kasih dahulu..

Haba said...

Semoga Allah sembuhkan penyakit yg dialami anak ini

Rizal Escobar said...

Assalam...betoi ke ni. Ingin bantu kalau benar...message ke fb ibunya belum berjawap.

Rizal Escobar said...
This comment has been removed by the author.
sal ya said...

Semoga mereka sekeluarga tabah hendaknya. Innalillah...

:: idzwa :: said...

@Rizal Escobar Saya dahulukan dgn ucapan terima kasih ye, ini adalah betul..skrg adik arman dani di subang jaua medical centre..perlukan darah o+ lelaki utk platlet..skrg mami adik arman hnya online sekali sekala (balas pm agak lambat) kerana situasi adik arman..

Putri said...

Semoga cepat sembuh adik aman.aunty hanya mampu berdoa utk.adik aman

mazwita azi said...

Smoga adik sihat spenuhnya, amiinnn, auntie pun drh O+....tp xsesuai xpe inshaallah ramai yg akn membntu adik, jgn putus doa ye. ..

MaG said...

Get well soon boy...will pray for yr speedy recovery

Dila abdul manan said...

Speedy recovery adik arman.

♥ gve him air zamzam....

ItaSamsudin said...

Semoga allah permudahkan segalanya..

Fika Zakaria said...

Saya mempunyai darah O positif.. Tapi saya perempuan, boleyh derma ke ye? Contact sye balik. Sye selalu derma darah n berminat nk.tolong

matsyuk90 said...

allah. sy O+, tpsy baru je derma darah bulan lps. x cukup kouta lg

isabelle frankly said...

eh..seriously?
i tengok nama Arman Dani mmg i ingat nama anak LadyofLeisure, tapi x sure lak mmg dia.
Allah..u have any idea how to be in touch with her?

Muhammad Firdaus Ahmad Kamal said...

saya mengharapkan darah saya jenis O+ ketika nih.... #DoaUtkArmanDani

Blogger Mommy said...

Semoga Allah permudahkan urusan Adik Arman Dani dan keluarga. Acik share info dr blog ni yer. Itu je yg termampu acik lakukan. Semoga kembali sihat dan membesar bagai juara adik Aman.

ros_reeza said...

Ya Allah ... terkejut Ros bila terima berita ni.. Semoga dipermudahkan segalanya...

ros_reeza said...

Ya Allah ... terkejut Ros bila terima berita ni.. Semoga dipermudahkan segalanya...

Sue said...

salam. sy baru tau pasal aman thru insta ke fb tak ingat. tapi baru tau semalam. patut la blog mummy aman lama tak update. sedih sgt... harap aman cepat sembuh... kalau syarat tu boleh utk ppuan, sy nak derma utk aman.... sedih la tgk. sbb sy mmg follow blog mummy dia since sebelum ada arman...

muhammad aidil said...

cane saya nak derma ? saya di ipoh.. tlg bgtau.sy d ipoh. 0194738248

aku_saladeen said...

salam semua..
saya baru pulang dari blood bank SJMC..saya dimaklumkan adik arman perlukan platelet..tapi buat masa skarang,bekalan platelet masih mencukupi..so siapa yang nak derma platelet boleh pergi ke SJMC untuk register sebagai penderma platelet..apabila bekalan platelet tuan2 diperlukan, pihak hospital akan hubungi tuan2...

tq ;)

#Pray4arman

Rizal Escobar said...

Terima kasih...dapat menghubungi ibu arman smlm...insya Allah sy ke sjmc lepas solat jumaat nanti...tq admin for the information...assalam

Hanis Hadi said...

Donor perempuan xboleh ke? saya O+..

Shazana Hassan said...

As salam Mommy Arman
InsyaAllah sebentar lagi abg saya akan ke SJMC bagi menderma darah untuk adik Arman..
Didoakan semoga Arman cepat sembuh
Stay strong ya Mommy Arman

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Farah doakan Arman Dani cepat2 sembuh.. :(

:: idzwa :: said...

@isabelle frankly mmg anak lady..boleh pm di fb tapi mgkn lambat dia balas ye..

:: idzwa :: said...

@aku_saladeen Saya ucapkan jutaan terima kasih atas bantuan tuan..semoga Allah swt membalas jasa tuan..

husnu zon said...

Dh cukup ke? Anyway kalau perlukan donor roger sy - 019-9365916....

:: idzwa :: said...

@Rizal Escobar Terima kasih bnyk tuan..hanya Allah SWT saja yg dpt membalas jasa tuan..

:: idzwa :: said...

@Shazana Hassan Terima kasih saya ucapkan pada kamu & abg kamu..semoga Allah SWT membalas jasa baik kamu sekeluarga..

:: idzwa :: said...

@husnu zon setakat yg diberitahu masih lg mencukupi kerana sejak smlm ramai yg membantu..akan tetapi saya akan informkan pada mami adik arman..terima kasih tuan..

Ahmad Adnan said...

Acik doakan adek comel ini selamat dan dipanjangkan umur murah rezeki..acik darah o tapi tak pasti o atau o+.

blindgraphique said...

:D

Shema Osman said...

Hope arman kuat...kami sekeluarga mendoakan arman..

QasehnyaRania said...

smga dipermudahkan
saya bukan darah o.huhu
smga arman terus diberi kekuatan.aamiin

Gin said...

In syaa Allah dtg derma esok - Semoga tabah selalu.

Zarin Anas said...

saya dah pergi untuk menderma buat adik Arman Dani, tapi sedihnya tabung darah utk adik ni dah penuh, jadi terpaksa letak nama dalam waiting list, setakat ini ( 12/04/2014 - jam 11 pagi ) dah ada 10 orang waiting list termasuk saya, blok north tower akan terletak di bangunan yang tulis 'PESAKIT LUAR' kalau ikutkan dari roundabout sunway piramid, bangunan tu terletak sebelah kiri, dan jangan takut kena bayar parking bila msuk tu sbb akan free, cop di atas. amik lif terus ke tgkat 5. belok kiri. FYI hospital buka jam 830 - 1730 (isnin-jumaat) dan 830 - 1230 (sabtu) , AHAD tutup.

Pha Is said...

smoga dipermudahkanNya.. amiin.

Bitt (double IS) said...

Semoga dipermudahkan...

- dieyana - said...

Ya Allah permudahkanlah urusan mereka..sedihnye..:-((

ZazaMyMoon said...

semoga family adik ni kuat menerima dugaan..

Cho Zila said...

semoga Allah memberikan kekuatan dan semangat kepada keluarga ini...

Rizal Escobar said...

Assalam...berita terkini adik aman dah kembali ke hadrat illahi siang tadi...jenazah selamat dikebumikan di melaka selepas asar tadi...semoga arwah tenang dan bahagia disana...amin. alfatihah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang