thumbnail

Tuesday, June 24, 2014

Bukit Gambang Resort City - Bukit Gambang Water Park


Ohhhh..yang dinanti kan!Entry Bukit Gambang Water Park..syok giler wehh..
Ehh..baca dulu BGRC - 1 & BGRC - Studio Room dulu kalo rajin.

Okey back tu the story..pagi-pagi lepas breakfast check-out terus, beg & barang-barang terus letak dalam bas dan kami naik tram ke Water Park tu.

Gambar wajib kot..?

Tiket merangkum E-Value tiket
 
Macam muka tak mandi la pulak T_____T

Aku mula-mula konon tak nak mandi, nak lepak kat Cabana je la konon nyerrrr sekali tak bleh tahan..hahaha..belasah je pakai seluar tido & t-shirt semalam punyer terus masuk pool dengan adik mok..Eady, syahmi & sufiya dah tak tunggu dah..hilang terus kat pool tuh!

Kat Bukit Gambang Water Park ni terbahagi kepada beberapa part.


Maps boleh didapati di lobby hotel.

Kat Bukit Gambang Water Park ni terdapat Family Raft Ride, 6 Lane Racer, Coco Beach, Wave Pool & Lagoon, Aqua Play, Kiddie Slide, Glacier River.Pendek kata kat semua tempat ni Eady & Syahmi yang pegi berseronok-ronok.Aku, Sufiya & Syakirah takat mandi kat Aqua Play tempat Pirana muntah kan air tu jek.

Tapi tempat tu pun dah cukup awesome bagi aku!Syakirah pun tak nangis pun bila kene air yang dimuntahkan Pirana besar.EHHH...cerita pun tak guna la..

Layan gambar je la..

*amaran gambar maha banyak ye!*

Oh..pose dulu sebelum simpan kamera dan hp

Aku amik gambar dari cabana no.1
 
Ha..ini yang dinantikan setiap orang yang ade kat water park ni!
Air yang dimuntahkan oleh Pirana besar nie.
Kelakar tengok tau..masing-masing mendongak ternganga je menunggu air ni sambil mengira waktu. 
Fun sangat kat belah sini..

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Hoyeahhh...sangat best air ni!Sekali tumpahan macam urut atas kepala.Syakirah pun layan je kat sini tapi aku tutup la kepala dia dengan tangan aku.
Kerkerker..kene bagitau kang ade yang kecam aku mak yang jahat plak..

Selain pirana besar tu ade jugak anak pirana kecik, yang ni tak tunggu lama sangat air dia nak penuh.Aku, Sufiya & Syakirah mandi area ni jek..sebab ini je pool air rendah.

1

2
 
3

Ohhh..gambar tempat lain takdak!Dah macam mana aku pun join sekali.
Ha..ha..ha..Eady dengan Syahmi pun dah hilang lepas tu tak tau main kat celah mana.

Tapi nak bagitau, Syakirah yang paling WIN di hari berkenaan!
Mandi sampai kecut-kecut 3 jam selambe je budak tu, orang semua dah siap naik tukar baju dia orang terakhir naik..keluar dari pool mengamuk nak bersiap..sabar je la aku.

Tak caya tengok nie..

tunjuk ke arah aku tu :)

Tengok?

Nampak tak dia?Ha..dia menghala ke gelongsor yang tinggi dengan Eady

tengok la dia!

sengih je la

siap pakej minum..sabar je aku T___________T

Ohh..nak bagitau, kat Bukit Gambang Water Park ni pakai sistem duit di gelang kiter ye.
Dikenali sebagai taman tema cashless.

nampak yang tertulis?

Tak kire la nak beli makan ke, nak sewa pelampung ke, nak sewa cabana ke semua pakai gelang yang tersedia kat tangan kita.Just pegi kaunter E-Value boleh masukkan duit RM50/rm100/rm200 ikut suka kita la. Gambar makan pun tak sempat amik, walaupun agak mahal (biase la tempat theme park mcm ni kan) nasib baik sedap dan licin budak-budak tu kerja kan.

Oh lupa nak bagitau, masuk kat Bukit Gambang Water Park ni tak boleh bawak makanan dan minuman dari luar ye.Nak masuk diaorang akan buka beg kiter utk check.

Lepas bersiap terus kami naik bas (3.00 ptg), elok je bas jalan semua pitam terus!
Hahahahahaa..penat sangat main air la tu.Dengan Syakirah pun pengsan..
Bayangkan la mandi dari 10.30 pagi sampai 2 petang, mau tak penat!

Untuk mengetahui harga, waktu masuk juga harga tiket atau segala promotion boleh check kat web Bukit Gambang Water Part ni ye!


nota kaki : last kata tempat ni best giler tapi nak repeat kene pikir 10 kali..jauh ko dari kl!

24 comments:

Kakzakie said...

Betullah Idzwa kakak yg heran adik tu sengih memanjang macam tahu-tahu gambar nak masuk blog. Geram kakak tengok adik tau:)

fieda said...

mmg paling best bile ikan pirana tu mntahkan air..syok ramai2 tggu kt bawah tu..

Kira Sakura said...

bestnya kak. byk tempat2 kecik yg boleh naik kt situ. geram tgk dak mok tu sengih2 gitu. makan air tu memang wajib bg deme kot hahahaha

Julia Johari said...

Julia dah byk kali mai sini kak izwa...sebab kg suami kuantan dekat nak pi sini...tp lom review alkisah yer jd arkib je gambor2 tuh hahahha best kan kak...

Ayang Noorainie said...

ikan pirana tu la penyeri kot..yang tua u=yg kecik sume dok mengahadap tunggu muntahkan air..funn giler kann??

kitorg pon tak kemana-mana..lepak situ smpai waterpark tutup..

hihihi..

safurara said...

amboi kemain kakak tu,posing silang kaki ye.hehehe

HeNRieTTa JoSe said...

mmg best kan?

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Dalam2 banyak part tunggu air tue turun yg paling best.. =D

Nieyl said...

wah!mcm best nyer...

Fiza Rahman said...

Sengih² aku tgk org berkumpul bawah piranha tunggu air jatuh tu...hehehe...

Tapi tahan sejuk dak domok yerp. Suka betul dapat main air. Best lah dpt gi family day kat tempat macam nih. Kitorang nyer trip thn ni maybe spore lagi. Tapi tak bley bawak family...ppfftttt...

Daddy Ziyyad said...

musim panas2 ni, mmg syok betul la main air...Yg air tumpah tu mmg ala ala macam urutan kepala..:P

adianiez AIDA said...

aida da pergi 2 kali bgrc ni :-)
best... terbaik...!!!

asyifa mustaffa said...

Tmpt mmg best!

Khir Khalid said...

Wahh bestnya..menarik & menyeronokkan.. mmg best utk beriadah santai sekeluarga. Thanks sharing.. :)

Tihara said...

wow bestnya :)

Sue Bee said...

seronok sgt kalau budak2 bawa main air kat tempat cam ni..kalau lah anak2 SB,mmg liat la nak balik..

::EIDA:: said...

howakk! bestt gileeeee.. amboi si adik kemain sengihh dapat pakej minum air..... hikhikhikhik

Zefa NorAsmara said...

Tak pernah pergi lagi Bukit Gambang ni, boleh try pergi satu hari nanti. Konsepnya lbh kurang Sunway Lagoon juga ni, pakai e-cash..

Irrayyan said...

Bestnya
Salam singgah dari irra
http://www.irrayyan.com

ZazaMyMoon said...

Dalam banyak2 water park yg aku pernah pergi kat malaysia ni sini jg yg best.. banyak slide yg best2 budak2 pnya pool pn banyak.. ai is suka..
anak2 aku pn suka apatah lg anak2 ko.. eh adik mok pn layan jugak? Hebat ko dik hehehe

Falsya said...

Hurmmm, bilelah nak smp sana..

Bitt (double IS) said...

huhuhuh terngiang2 bila teringatkan muntah piranahh tuh...adoiii adik bebtul2 balas dendam ni dr dalam perut nih ehehehe

Nasharuddin said...

Tahun lepas bawak anak2 pegi BGRC ni sebab teruja jgk bila tengok iklan2 dekat internet. Suasana dalam waterpark memang ok lah. Yang tak berapa syoknya bila waterpark dah tutup. Kawasan tu pun ikut tutup. Bila malam dah tak tahu nak kemana. Bawak budak2 pegi safari park tengok haiwan masa tu pun belum bukak sepenuhnya. Amek pakej Carribean Bay untuk sarapan je. Terpaksa keluar cari restoran dekat luar untuk makan malam. Nak ke bandar Kuantan jauhnya 30km ++. Lepas makan malam balik bilik terus tidur. Esok pagi lepas sarapan, pukul 10 pagi terus check out balik KL. Pada yg datang 1 family macam saya dah mati kutu tak tahu nak buat apa waktu malam..pendapat saya je ni..

Mimi Azirah said...

ok masuk list nk ajak incik hubby dtg sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang