thumbnail

Wednesday, June 04, 2014

Resepi Macaroni Goreng Yang Senang


Ha..ini mengaku entry sgt phoyooo, mcm pandai sangat masak sampai nak share resepi..hahaha..baik aku mengaku dulu sebelum org cakap.. :)

Ehh..back to story..manalah tau kan ade diantara korang yang tengah cari resepi buat macaroni goreng yang simple je..ehh bukan korang yang otai masak ye..

So ini adalah macaroni sesuka hati aku :)

Bahan

1. Macaroni (dah tentulah kan) - rebus ye.
2. Cili Boh
3. Sos Prego Mushroom
4. Daging Kisar
5. Cheese Hancur/Slice
6. Bawang utk tumis
7. Telur
8. Sosej (rencah ni ikut suka nak letak ke tak, kdg boleh je letak isi ayam)
9. Susu Cair (takde pun takpe)
10. Ikan Bilis (kalau takde pun xpe)

Atas Dapur

Tumis bwg & ikan bilis yang dah ditumbuk hancur (aku suka pakai rencah ikan bilis tumbuk sebab rasa masin tu semula jadi, aku masak ni memang jarang la letak garam), masukkan cili boh 2 sudu..tumis sampai garing, masukkan gula (bagi merah tu cantik), masukkan garam (kalau tak pakai ikan bilis ye), masukkan sos prego..

Dah garing skit masukkan daging hancur, masak sampai daging tu masak, masukkan macaroni (yang dah direbus) dan masukkan sosej yang dah digoreng garing.
Gaul biar sebati masukkan susu cair sesenduk besar, gaul lagi.

Final

Last sekali masukkan telur & cheese (kat umah ade cheese slice je so aku belasah je la!)
Gaul sampai telur nampak masak cantik dan tutp api....siap!

Tadaaa!

Ohhh nak bagitau!Bella Italia macaroni ni antara macaroni yg sedap penah aku cuba, bila dah rebus dia kenyal-kenyal, lembut-lembut gitu..tak mcm macaroni lain la..even dah sejuk pun macaroni ni masih lembut dan tidak liat.Cuma jgn over rebus nanti dia lembik mcm kuetiow!

Oh korang..ade sayur sila campak ye, aku ni sebab takde stok sayur kat umah..lagipun Syahmi tak makan sayur..ehhh?aku pun tak makan..hahahah...


Syahmi setiap hari mintak buatkan, tapi takde la aku buat tetiap hari..jemu juga tekak..


nota kaki : ohhhh...ini sabtu punyer cerita!trowback teruk ni..hahahaha..

42 comments:

Lynda Che Lah said...

nice! dahlah tengah lapar!

ZazaMyMoon said...

ayooookkk nanges dalam hati aku tengok.. dah lah aku tengah makan biskut kering + nescafe je nih.. hehehe

Nuriesya Nadia said...

Wahhh ! Sedapnyaaa kak izwaaa. T_T.

Nuriesya Nadia said...
This comment has been removed by the author.
♥ Vna ♥ said...

waaaaaa harus cuba nih!

Sura Mohd said...

meleleh air liur..sedapnya..:)

Fiza Rahman said...

Yg simple tu lah sedap. Dah nampak pon sodap. Dah lah tak breakfast lagi ni. Telan ailio jer lah.

Hanis Azla said...

As-salam izwa..

Akak mmg sdg telan liur skrg.. he..he.. nmpk sedap sgt.. boleh cuba masak mcm ni nnt.. tq ya

Jueliza Jamani said...

wes.. dah la aku lapar ni.. pagi2 tayang macaroni plak..

aIEn said...

errrmm nmpk menarik n sedap je...resepi pun simple je...blh cube la =)

Efa Nur said...

senangnyaaa...nk try la nanti..hihi
thanks sis for sharing :)

lieyalatif said...

serius sempoi!! nanti leh lee try...

Knor said...

wow enaknya

Kakzakie said...

Siapa kata senang? Kalau tak ada semua bahan dan tak rajin tak jadi tau Idzwa...

Makan aje yg senang sebenarnya:)

pena rozie said...

mcm sedap jer...

Nad MamaZN said...

saya mengaku saya tak pandai buat ni
tq share

Nieyl said...

simple tapi menyelerakan..:)

msredcheesecake said...

makaroni ke pasta ke senang je kalau nak masak simple2 kan... kalau letak cheese gerentio sedap...hhee

Rinna said...

Jarang masak jenis pasta nie.. nampak sedap.. boleh try.. TQ share resipi

HeNRieTTa JoSe said...

yummy...nampak sangat sedap nie...boleh larr try nti...buat minum petang ke....

PearlVelvet SueQys said...

Salam singgah pagi. mmg selalu buat mcm2 resepi macaroni ni

IDAZS said...

sedapnyaaaaaa

shura shushi said...

TERliur nokss :))

adyna said...

Sedap ni , tak pernah Msk makaroni ni , Mkn je ;)

Mila Ahmad said...

oke balik ni boleh cuba heee

el said...

tgk menu uols nk dekat lunch ni double mable lapaq oiiiiiii hehehe

Kira Sakura said...

wahhh kak senang nya nak buat. tiru resepi akak lah nanti. tq tq :D

Aziela said...

Yeayyy...ada entry menu dah. Suka..suka...

dalila said...

dah lama nk buat..macaroni n sos prego dah ade tp vitamin M byk sgt..hihi..tp resepi ni simple je..bole try..kena tggu vitamin R byk sket..hihi..

cik violet said...

wah. simple resepi. boleh cuba ni :)

FARAH deeb said...

Kite pun suke pakai Bella ni tapi bukan sebab dia sedap, sebab dia murah! Sesuai ngan poket nipis i! Har har... Jemput Singgah: Jom Tambah Saham Akhirat yuk!

SYANI said...

Nampak sedap... boleh cuba nanti..

Mia Kassim said...

Boleh cuba lepas ni. Jenama tu belum pernah try lagi.

Ha Md said...

waaaah.. cheese.. nak pengsanlah sbb suka cheese..

Mas Zull said...

assalamualaikum izwa...wah sedap juga ni...:)

Falsya said...

Vavavvava..nmpk sedap..simple lak tuh..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

sy suke pasta..tp husband kurang suke ...so tak de la nak masak pasta ..huhu :(

QasehnyaRania said...

akak punya sabtu trowback. sedap dan menyelerakan.serius saya tak pernah msk makaroni tau..

klau saya trowback yg dh berbulan2 lamanya.
makan tahun pon ada .hahaha.apa pon tak boleh..
selalunya entry TTcC byk yang trowback..

ayu Ismail said...

Mcm senang..boleh share ya

hainom OKje said...

Nampak mcm sedap jer idzwa....boleh gak cuba ni...

MG schmidt said...

cheese je tkde
jp g nk beli then buat! yes! thanks resipi :)

Cr. Siti Hazreen Shahrom said...

Sedapnyer ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang