thumbnail

Friday, June 13, 2014

Resepi Spagetti Goreng Yang Mudah


Okey, nak memoyokan diri lagi nie..ha..ha..ha..apa la nasib blogger..update itu ini pun org cakap "ini pun nak bagitau?" tapi disebabkan ini blog aku so #sukahatiakulah #akupeduliapedenganko gitu..hahaha..

Ehhh..ini bukan post cari gaduh..tak baik gaduh nanti masuk api neraka!

Ini post pasal makan jek!Semalam disebabkan anak bujang tu pagi-pagi buta pukul 6.30 pagi meng-order macaroni goreng (lagi!) tapi aku usaha buatkan spagetti pulak..

Hah..!Nampak tak permainan dia?Kiter cuba sesuatu yang baru untuk dia rasa benda yang lain walaupun rasa dia sama je sebenar nyer...eh?paham?Takpe, abaikan.

Nah gambaran yang terhasil!

Cincai je tuh, balik buka tudung terus bersilat kat dapur, sambil-sambil tu Eady tolong gorengkan hotdog.Masak spagetti ni sesimple masak macaroni haritu beza dia cuma macaroni & spagetti jek!
Yang lain semua sama sebijik..senangkan?

Alaahhhh..nak jugak resepi?Hah..meh baca dan buat okey!

Tumbuk bwg merah dgn ikan bilis, tumis kejap lepas tu masukkan cili boh sesudu dua, tumis lagi...masukkan gula sikit, masukkan daging hancur tu...kacau sampai daging masak, masukkan sos prego 3 sudu (ikut suka la), tuang sikit susu cair!Nyumssss....ini la pemanis ;) 

Kacau-kacau-kacau lagi, masukkan spagetti (yang dah rebus okeh!) dan masukkan sosej goreng.Lasttt sekali masukkan sekeping dua cheese slice (koyakkan laaaa) dgn telur...goyang goyang goyangggg...hahahaa..kacau laaa pastu dah siappppp...tutup la api tuh..

Takde garam?Yup, memang takde garam sebab mase rebus spagetti/macaroni tu kan dah letak garam. Makan macam ni pun eady dgn anak-anak dah puas hati, senang keje aku ;)


nota kaki : dah jumaat!esok pagi kiter pack baju..nak bercuti dekat je, sekangkang kucing dah sampai kot ;)

24 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

Aziela said...

The magic of mom's cooking....

Nieyl said...

Usaha sebaik mungkin untuk yg tersayang..:) Sempoi la akk...menyelerakan tuh...

Haslinda Hassan Ali said...

nampak pun dah terliuq..hihi

Kakzakie said...

Ini sebab dah baisa di dapur Idzwa. Itulah rahsia mak-mak-ibu-ibu-mama-mama kenapa anak-anak suka airtangannya sebab campak-campak pun menjadi...

mama tisya said...

sedap tu

Nad MamaZN said...

mudah, yg penting...sodap

Ayang Noorainie said...

bole sedut resepi ni..hihihi...

sib baik baca masa tgh kenyang belasah rice to wednesday(nasi kerabu)..hahahahah...

Mas Zull said...

assalamualaikum izwa.....terbaik n simple...;)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

nak sikit ...nampak sedap :)

ZazaMyMoon said...

gabungan mantop laki bini turun dapur berjabat tangan bergandingan bahu memasak dipagi hari..gittue..hahahha
ehh mcm senang je.. aku benda senang mcm ni pun tak terpikir nak buat.. nnt aku try recipe meletop kau ni yer Bedah :D

Mia Kassim said...

Yang simple tu sedap sebenarnya Idzwa... :)

happy holiday!

IDAZS said...

simple mudah sedap! i like!

Hanis Azla said...

As-salam izwa..

akak telan liur lagi ha..ha.. sedapnya!

- dieyana - said...

adudududu, walaupun simple tp Nampak sdp tu..lpr pulok petang2 nih....;-))

hainom OKje said...

Alah tekak budakk...hehe....

asyifa mustaffa said...

Kan...main campak2 belasah aje...yg mcm ni la segala isi rumah mkn x ingt...klau msak nak sukat2...ishh...payah rasanya....

Mia Liana said...

belum cuba lagi... spaghetti yang style goreng ni.. nanti nak cuba jugalah..

# terima kasih sudi join, blog ini ada dalam senarai http://www.mialiana.com/2014/06/senarai-url-blog-5.html

Mia Liana said...

belum cuba lagi... spaghetti yang style goreng ni.. nanti nak cuba jugalah..

# terima kasih sudi join, blog ini ada dalam senarai http://www.mialiana.com/2014/06/senarai-url-blog-5.html

Khir Khalid said...

wahh.. lapar pulak tengok.. menyelerakan.. :)

Myra Jay said...

Kalau da pandai masak ni memang la, kejap je siap..hehee

Sedap..

nieda said...

sedap...kids mesti suka

Fiza Rahman said...

Menggoda tau. Blh try nih. Nampak pon sodap.

Kira Sakura said...

Walau simple tp kalau air tangan isteri/ibu itu yang boleh makan smpi licin pinggan :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang