thumbnail

Friday, June 20, 2014

Review Thistle Port Dickson - 4



Last part!Last part!
Okey la jom sambung, pegi 2 hari je entry sampai 4 part..tak bleh blah betul..hahaha..

Sambung ye, dari pantai kami naik ke pool 1 lagi belah kiri (baca part - 1 ye) yang ade gelongsor kuning tu.Aku tak join dah waktu ni sebab aku sibuk setelkan Syakirah yang nak tido dah..almaklum la orang ade anak kecik gini la...terabai-abai pepandai la bawak diri..tak merasa la ko nak mandi pool...kakakaka...so kakak aku la sibuk amik gambar untuk aku sebab dia tau aku blogger tegar.TQ kak~

Nampak tak gelongsor kuning tu?

pandangan dari atas

gigih kakak aku amik gambar nie

Syahmi

seronok kan dia :)

Sufiya :)

abah diaorg pun tak kalah..hahahahaha...

Kalau ikutkan sebenar nyer pool ini untuk budak-budak sahaja..hahaha..yang Eady belasah je teman anak-anak dia.Abang ipar aku pun sama tapi ade jugak kejap-kejap diaorang pegi mandi kat pool dewasa tu, pool tu besar dan dalam sangat...puas hati mandi - eady kata la.

ade mini bar - mandi sambil minum-minum kate ko.


Nampak tak kerusi dlm air tu?Ha..disitu duduk minum ye.

Pool dewasa..nampak tak kedalaman dia? 2.0m..aku memang tak lepas ni!
Kat sebelah kiri lagi paras kedalaman dia 2.5m.

Ohh selain minum di bar pool tu (mase kami pegi bar tu tutup) jangan risau bab kepanasan dan kehausan sebab mineral water memang disediakan kat tepi-tepi pool tu je..free..minum la sebanyak mane korang nak!Takyah bawak air mineral dari dalam bilik.

Nampak box ni jangan risau untuk buka ye!

Sejuk punyer ;)

Dah nak sampai penghujung, oh yeahhh...

Pukul 12.30 masing-masing kelam kabut naik bilik mandi dan bersiap!
Aku memang dah siap packing semua barang untuk check-out, tinggal tunggu diaorg naik mandi dan bersiap je.Pukul 1 kami check-out (late check-out) tapi tak dikenakan bayaran mungkin sebab orang tak ramai ke aku tak tau la..

Sementara menunggu kaunter (waktu tu ade segerombolan group (2 bas) dari China nak chekc-out jugak) jadi kami amik peluang bergambar-gambar dulu :)

sunburn la korang...gelap masing-masing.

one happy family!

last..bye bye..

Fuhh..habis...

Take note ye :

Pool besar & pool gelongsor biru kene pakai baju mandi sahaja.Pool kanak-kanak yang gelongsor kuning tu boleh pakai baju biase.

Segala permainan (basikal, bilik lego 1, bilik lego 2), peralatan disana adalah free.Bilik wayang sebesar bilik tido biase, pasang cd dan gambar akan dilayarkan ke dinding..bleh la nak lepak-lepak kat sofa bean yang disediakan, bilik game adelah game PS3 dan X-box kalau tak silap aku. Permainan pantai (jet skit, banana bot) pun adalah percuma selama 10 minit untuk setiap penginap.

Harga untuk hari biase (ahad-jumaat) 1 malam MYR 441.91 incl tax (ini adalah harga online booking di web termasuk breakfast utk 2 org) - weekend & public holiday boleh check sendiri kat web Thistle PD.

Harga yang aku book melalui call (gomen rate) aku dapat RM255.20 (termasuk breakfast 2 orang - kanak-kanak bawah 6 tahun free breakfast) -  masa kami check-in tak dikenakan deposit (tapi ade blog lain kene letak deposit RM200 kalau tak silap aku)

Overall aku puas hati dengan layanan dari staff  Thistle Hotel PD ni walaupun kami ni macam orang kampung masuk bandar diaorang tetap layan 5 star.Hahahaha..
Tak macam sesetengah hotel, nampak mat saleh kemain senyum nampak orang kiter muka kelat jek hilang senyum tuh..mcm la kiter ni miskin giler..pfffttt...tapi kat Thistle Hotel PD ni diaorang tak buat mcm tu tau :) terasa diri ini dihargai, gitu!

Okey pendek kata selepas panjang cerita, kami nak pegi lagi nanti.. :)


nota kaki : fuhhh...esok nak ke Gambang pulak 2 hari...phiewww..legam lagi la anak-anak aku!

24 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bestnya trip

PinKy MoMMa said...

best best..pd pun mcm dah payah nak jejak je..kite jalan2 rawang jer pasni mek..tunggu apak balik baru dpt jalan..

bgs diaorang letak air kt situ..hilang rasa bahang2 kan..skrg dh la panas betul huhu

Mas Zull said...

assalamualaikum izwa....seronoknya bercuti bersama2 mcm ni...:)

Nad MamaZN said...

bestnya nak p jalan lagi!

ain.ya.nun. said...

I yang dekat dengan PD pun jarang pi PD. Haha.

Enjoy la anak-anak time school holiday mak bawa jalan.

Amanda Suria said...

SA sekali pi sini...best...sangat2 best...

ZazaMyMoon said...

JELYY JELLY JELLY hahaha..
Wa best ar tempat ni.. lagi2 gambar yg kakak ko snap mmg menarik lagi tertarik perhatian aku.yang best jugak ada mineral free tepi kolam.. so far tak pernah lg aku tgk hotel yg sediakan mcm tu..

Kakzakie said...

Dah boleh buat conclusion ke Idzwa? Happy ending itu yg kakak nampak. Best semuanya ceria:)

asyifa mustaffa said...

Amboi..gambang pulak dah...dasat!

lieyalatif said...

very nice!

Knor said...

bestnya..

Gieyana said...

Bestnyer..ada satu cawangan lg hotel ni kt jb kn..x pernah lg smpai pd ni.. Nmpk enjoy sgt budak2..:)

hainom OKje said...

Cantik tu mmglah cantik....tapi mcm mahal yek Izwa...

Ayang Noorainie said...

ok tamat dah..sekali nak berjalan, trus berjalan berjalan ye..kekeke..

next entry gambang plak yee..

Hanis Azla said...

As-salam izwa..

Review yang menarik.. ada rezeki boleh kami ke sini pulak nnt.. insyaALLAH.. seronok tgk gambar2 tu.. meriah dan happening.. yang penting one happy family.. ALHAMDULILLAH..

Nor Salmi said...

Seronoknya dapat cuti2 ngan famili macm ni..

latifah suleiman said...

Best3...memang tgh tercari2 port best nak bawak anak2 bercoti.

Cuma nak tanya..jauh beza betui hrga online book dgn harga gomen..means kita kena bawak staff kad lah gitew
?

Anyway..nice sharing..hotel ni memang lokasi yang menarik utk percutian seisi famili

Thanks dear

msredcheesecake said...

Kalau gi vacation part main kat pool la paling best..makpak pun sama je...hhee

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Best la pool dia izwa.. besar!..murahnya kalau pakai gov rate..nak booking jugak la..heeee~

Mar Mansor said...

seronok main air

QasehnyaRania said...

itu la kan paling tak suka kalau dpt staff hotel yg sebegitu
syoknya kalau dpt bawa anak anak.ke sana..
akak, doakan ye semoga urusan saya dipermudahkan hingga ke akhirnya..aamiin

Mimi Azirah said...

tempat kerja lama sy nih sblm dpt gov...sy keje blakang tabir je..krni akaun

Fiza Rahman said...

Bestnya. Enjoy aku baca kisah percutian ni. Gambar memang cantik2. Pandai kakak tangkap.

::EIDA:: said...

boleh gunaaa gomen rate? ohoi syok! ok take noted! hehhehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang