thumbnail

Monday, July 07, 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak


Fuh..kenyang perut senang hati kate ku!
Sabtu lepas aku join kawan-kawan blogger berbuka puasa di Casa Ombak Jalan Damai.
Kat mana?Belakang jalan Tun Razak dekat je dengan Double Tree Hotel (ohhhh teringat kenangan lepak kat Double Tree tu..syok gila!)

Ehh..ini bukan cerita hotel tapi nak cerita pasal Casa Ombak ni, walaupun ia berada dikawasan yang agak terpencil tapi bagi aku ia agak unik, bayangkan ia berhampiran Jalan Tun Razak tapi bagai berada "jauh" dari kesibukkan bandaraya.Serius,unik!

Casa Ombak

Casa Ombak ni, adalah sebuah banglo yang dijadikan tempat beriftar berkonsepkan Garden, bagi aku ala-ala Garden Wedding gitu.Santai.Simple.

Nampak dekorasi nyer?Sweet.I like.

Oleh kerana aku antara orang terawal yang sampai maka sesi menjelajah aku mulakan dulu :)
Tema makan berkonsepkan Tradisional jadi agak bertepatan dengan tekak aku ala-ala orang kampung ni..hehehe..


Asam pun ade.

Roti Jala dengan kuah kari yang tersodappp!!

Main

Wajib kot.Ehemm..tekak kampung kan ;)

Ikan Bakar yang tak sempat rasa sebab dah licin

goreng pun sodap

bihun sup, laksam

ditemani lilin..ala-ala candle light dinner gitu.

Muka orang berpuasa menunggu buka..hehehe..

Diaorang dah berbuka dulu sebelum azan. ;)

nice kan?

Nak bagitau, paling WIN malam tu ialah Roti Jala dan Teh Tarik dia.Perghh kuah kari Roti Jala dia sangat pekat dan sedapppp!Roti Bom pun sedap.
Boleh dikatakan hampir separuh aku makan. Kuew tiaw basah, ayamg goreng rempah, bihun sup, roti jala (repeat banyak kali!), kuih, bubur, keropok..air jangan cakap la..bergelas-gelas!

Aku kan suka makan ;) dan suka jalan!
Cuma nasi je aku tak sempat makan tapi Eady dah makan kan bagi pihak.Hehehe..lauk sambal ikan keli, daging kurma, nasi kerabu..ehh macam-macam la ada!

Ehhh..lupa plak..

Antara kawan blogger yang baru aku kenal.1st time jumpe kecuali yang sibuk peace tu..kehkehkeh..sis Akma Omar yang peramah bersebelahan dengan ku itu.

Yang ni antara aku menyampah.Tangkap gambar group masa aku dah balik..grr..diaorang la kata nak gerak nak gerak, aku gerak la dulu rupa nyer ade sesi berposing..huahuahua..ai is takde..so ai is menyampah sayang, gitu!Next time ye kawan ;)

Sedikit latar belakang Ombak Creative

Ombak Creative adalah sebuah syarikat event dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd.

Telah menjalankan pengurusan event lebih dari sepuluh (10) tahun. Team Ombak Creative berpengalaman menguruskan catering, majlis perkahwinan, majlis koperat dan persendirian.
Lokasi event kami terletak di Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang. Merupakan lokasi event yang berkonsepkan ala garden.
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Ombak Creative menyediakan promosi Buffet Ramadan. Ia terbuka untuk sesiapa yang ingin membuat tempahan.


So sapa-sapa nak berbuka secara unik di Casa Ombak boleh la hubungi atau terjah ke FB Casa Ombak ye.

Harga Buffet Ramadhan

Dewasa : RM 55.00nett
Kanak-kanak : RM 27.00nett ( 5-12 tahun )

Kami mengambil tempahan individu, group, family dan syarikat. Terlebih dahulu hubungi kami untuk reservation. 

Casa Ombak @OmbakCreative

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative

Kepada anda yang ingin membuat tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak boleh hubungi kami segera untuk booking.


nota kaki : tempat solat juga disediakan. 

29 comments:

Ann said...

menarik tmpt ni..blh try nnti...

Nurzakiah Hanum said...

cantiknya tempat

ZazaMyMoon said...

mantopppp sekali tempat ni..sgt2 cozzy, deco yang cool, makanan ala2 kampung tu ai like.. takkan bulan2 puasa sibuk nk mkn western & makanan exotic plak kannn.. mst mau selera kampung.. hahahhaha.. Wa.. jom belanja aku iftar kat sana.. hehehhe

Nieyl said...

Menarik..nieyl ari sabtu tu buka di TH Hotel best gak..:)

Montana said...

banyak posting dan entry mengenai tempat ni termasuk aku sendiri...heheh...sempoi gak noo..bila banyak gambaq dok tengok dari pelbagai sudut nampak kedai ni bertambah besaq

mama tisya said...

cantik view garden...pastu dpt join ngan blogger kn

Kakzakie said...

ooh... pergi ramai-ramai kisahnya. Seronoklah..

Fiza Rahman said...

Bestnya dpt buka ngan geng blogger. Meriah gittew. Tempat pon cantik & nampak selesa. Dalam ramai² tu iols pernah jumpa ngan kak roshidayu jer. Dgn owner blog ni ntah bila lah dpt jumpa kan ☺☺

safurara said...

beshnyaaaa! xnk ajak sy pongggg =(

::EIDA:: said...

HAHAHA kesian akak.. mana ada makan makan dgn blogger TAKkan tak amik pic. heee ~

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

amboi..romantiknya buffet ramadhan dia....nice deco... :)

Mas Zull said...

assalamualaikum izwa...wah mmg seronoknya berbuka di luar...:)

Lynda Che Lah said...

tahun ni tak dapt nk g buffet ramadhan..si Qhalif kecik sgt :(

Mia Kassim said...

Best2 tengo makanannya tu... wajib repeat hehe

faraherda.razalan said...

Dah lama tak merasa iftar buffet. Mg tak dpt lg thn ni sbb dak khadeeja tu kang bt pangai lak. Sobs...

faraherda.razalan said...

Dah lama tak merasa iftar buffet. Mg tak dpt lg thn ni sbb dak khadeeja tu kang bt pangai lak. Sobs...

JunAina said...

Rasanya lebih releks dan tenang makan kat tempat ni...

Nad MamaZN said...

baru nak tanya, tp dah ada dibagitau bwh skali tu ;)
tmpt solat yg penting tu kan..setakat deco, suasana nice tp surau nan ado, tak patut gak .. naseb ada ;)

Cik Itah@RRP said...

salam. wahhh seronok la berbuka reramai heheh :))

Tihara said...

patin tempoyak ade tak? ehee :)

Aziela said...

Nampak macam sangat menarik tu....

maszmadi muhamad said...

wah, berbuka ala2 candle light dinner gitu yerrrr

Kira Sakura said...

terliur kak oiiiii

mcm kira klu mkn buffet ni tkt membazir pasalllll bukan suka makan sangat. hukkkkk

kamil salleh said...

Assalamualaikum... Tahniah Nurul-Izwa dah pergi ke Buffet Ramadan Casa Ombak... memang menyelerakan jika dilihat pada suasananya. Semoga berjaya...

fieda said...

wah...bestnyer kalau dpt berbka kt situ..

HASRUL HASSAN said...

Kalau dah masakan kampung, mesti wajib adalah ulam-ulam. Memang nampak sedap sekali hidangan buffet ramadhan casa ombak. Siapa duduk KL dah merasa kira bestlah ...

www.hasrulhassan.com

RDZ Z said...

Ramai yang join contest Buffet Ramadhan Casa Ombak ni.Persaingan sengit ni...Good luck ya..

http://myblogsantai.blogspot.com/2014/07/buffet-ramadhan-casa-ombak.html

QasehnyaRania said...

alahai bestnya gi reramai dgn geng blogger..
roti jala my peberet tu..

Akma Omar said...

Assalam...terima kasih join & semoga tersenarai sebagai pemenang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang