thumbnail

Wednesday, July 09, 2014

Diam..Hari Ni Hari Rabu!


Rabu?Kene diam kan...?

Nak diam la nie, lagipun bulan puasa ni memang kene banyak diam kan?

Banyak benda nak cerita..yang best..yang tak best..tapi macam malas pulak nak cerita.

Ringkas : hamper perfume SilkyGirl dari EH! dah diterima, kereta kene langgar dari belakang yang agak teruk, dapat cincin banyak love dari ehem ehem..hehehe..eady la sape lagi!
Cantik :) harga tak semahal mana..kami kan orang miskin bandar mane mampu ribu-ribu.
Harga tak penting tapi sentimental value tu bakal diingat sampai mati.

Pasal bola?Ikut jugak tapi tak minat nak ulas sejak Beckham dah tak main nie.
Lebih banyak scroll pasal Gaza..ermm..kenapakah ini terjadi?
Dimanakah doa-doa kita seislam dengan mereka?
Tak kuatkah doa kiter untuk mereka? Tak berkatkah doa kita untuk mereka?

Setiap hari duk baca makan itu ini tak sedap, nak makan itu ini yang sedap tapi di sana (GAZA) mewah dengan hujan letupan dan tembakan..kenapakah?
Ermm....sebak sampai tak mampu melihat gambar yang terhidang.

Apa nak cerita?
Raya?Persiapan raya?
Tiada..baju raya pakai baju apa yang ada..kuih raya?Takde dalam list lagi.
Serius cakap..takde ape persiapan pun untuk raya.
Mungkin kerana hanya raya dibandar menyebabkan hati ni tak berkobar.
Ntah.

Puasa?
Alhamdulilah macam biasa walaupun selepas waktu zohor dah rasa macam nak terbalik.
Mana nyer dengan menyusu adik, lari ke taska transit tengok si abang, hantar ke bas sekolah ditengahari buta, datang dugaan abg DBKL paksa mereka naik jejantas setiap hari sebab tak dibenarkan bas berenti kat tempat biasa.Semput sebab bertambah kerja berjalan lebih jauh dari biase ke tempat bas dibenarkan berenti.

Korang, sure semua dah siap kan?
Hati mesti dah ade kat kampung halaman kan? :)
Seronok.


nota kaki : penat ni buat otak pun penat sekaligus membuatkan badan pun penat.

19 comments:

Jueliza Jamani said...

alahai.. takder kampung jom balik kampung aku kat yan kedah nu haa.. boleh hang pi tidoq kat atas gunung jerai.. kat titi hayun.. sabo2 dugaan tu kena langgar.. ada la hikmahnya tu beb..

asyifa mustaffa said...

Hari ni tak boleh nak diam juga...pun tertulis entry yg pnjang....x pe lah...untuk Gaza...sy rela....

Nieyl said...

mcm biasa la klu org tanya bab raya kg nie...nieyl mmg xde kg pun..sbb semua kat sini aje...persiapan raya setakat nie masih lagi 0%...sbb mmg xde pikir lagi..huhu~

Nurzakiah Hanum said...

singgah pagi

Fiza Rahman said...

Tu yang berat turun yerp...hehehe...

Sedih dgn nasib saudara seislam kita ni negara yang ditindas dan negara yang bergolak. Bermandi darah dibulan ramadhan ni. Klo kita sibuk dgn bunyi mercun, mereka lagi hebat dengan bunyi bom. Ya! allah...semoga mereka sentiasa dibawah lindunganNYA. Hanya doa yg mampu dikirim dari jauh.

Persiapan raya pon tak buat lagi babe. Mcm tak excited jer thn ni. Kita pon org KL gak. Kat kg pandan tu jer ☺☺

Mia Kassim said...

Diam2 pun entri bukan main panjang ..hehe

Jangan putus berdoa untuk saudara kita di Gaza ......

Nad MamaZN said...

takpela, sabar byk2 k
sama2 kita doakan pada mereka yg di gaza

Kakzakie said...

Itulah yg dikatakan kehidupan yg pro-aktif semua ambil tahu. Diam yg penuh pengisian...

Teruskan doa buat saudara Islam kita di Gaza.

nooraini zubir said...

eksersais di kala bulan puasa ka ni ye..hihihi..

kite pon x brp nak prepare raya..pkai yg lps lps je..

tgh plan nak cuti raya lgi best kot kan??

faraherda.razalan said...

Sy pun sedih. Kita kat sini, sahur smbl tgk bola. Syok je. Kat sana, org dok bertempiar lari selamatkan diri. Bkn sana je malah myanmar jugak. Huhuhu...

aizamia3 said...

Belum fikir lagi mengenai raya.. masih sibuk dengan rutin harian..

ZazaMyMoon said...

patutlah berat badan dah tinggal 49.7kg.. muahahaha kau emak yang hebat lah kannn..
Wa.. bagi aku bila dah tua2 ni raya mcm tak best kann.. masa zaman kita budak2 besar2 anak kita best giler bila menjelang nak raya..

aku pn tk ada bnyk persiapan.. ai is tak mampu nak tukar sofa, langsir, meja makan & lain2 yang baru.. cukup lah sekadar apa yang ada.. hehehe

Aziela said...

Tahun nie, akak dah siap ala kadar...sebab cuti dah habis, maka mari beraya rumah mak bapak saja dan teruskan kehidupan bekerja seperti biasa...hehehehe...

Kira Sakura said...

tetap tak puas hati pasal abg DBKL tu. tak boleh ke konsider sikit dgn bebudak tu huh!!

kak meh raya rumah kita kat ipoh. dekat aje tu dgn kl ;)

Hazmin Hamudin said...

Macam2 kisah dan ragam ye. Hehe.Pasal DBKL tu kalau untuk tujuan keselamatan ok je kan jalan sikit.

fAtrinA said...

Salam mrs eady,

Jemput singgah blog baru kita www.arinajmee.com tau
Blog lama www.fatinarinabdullah.blogspot.com ๐Ÿ˜Š

fieda said...

sama2 lah kite berdoa utk gaza..

fieda said...

sama2 lah kite berdoa utk gaza..

hainom OKje said...

Oklah idzwa......yg penting dpt hadiah hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang