thumbnail

Friday, July 04, 2014

Puding Roti Menggunakan Pemanggang Ajaib


Sori entry makan!

Nak bagitau puding roti ni dah dekat setahun Eady minta. Dulu dibulan puasa gak dah siapkan bahan semua tinggal tunggu nak buat je sekali air ketuban TERpecah plak..kehkehkeh..

Lain yang nak lain plak dapat!Dapat dak Syakirah plak petang tu.. :)
Last-last lupa dah pasal puding roti tu, duk tibai makan yang kat hotel je bila bercuti. 
Kata nak buat sendiri asyik la lupa..isk..

So semalam semangat gila nak buat..tetiba plak semangat!Ehh..tersemangat sebab baca entry kat Asyifa Mustaffa semalam.Lunch time lepas susukan Syakirah, lepas babai abang Syahmi pegi sekolah agama terus ke Gaint Maju Junction beli barang.

Bahan-bahan 

Sos Kastard

Oh...sos kastard puding roti ni Eady buat dulu sebab nak sejukkan dia kat dalam peti ais.
Ha..nak bagitau lagi nie, dari aku yang nak buatkan puding roti dah bertukar tangan ke tangan Eady yang buat puding roti nie sendiri sebab aku busy buat spagetti untuk berbuka.
Lagi pun tetibe dia pulak yang bersemangat nak buat.he..he..he..sorg dapur kanan sorg dapur kiri ;)

Cara nak buat sos kastard ni senang je..cuma follow sebijik macam Asyifa Mustaffa buat.

Untuk Sos Kastard

1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula

Cara-cara

Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat (kepekatan ikut selera masing2)Tuang ke atas puding roti tadi. 
Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastard.

Lepas dah setel buat sos kastard tadi, Eady start buat puding roti nyer.

Bahan-bahan

7-8 keping roti *
500 ml susu segar @ 2 cawan *
4 sudu besar gula halus *
2 biji telur *
1 sudu teh esen vanilla *
2 sudu besar butter - cairkan
3 sudu besar kismis/choc chips

Cara-cara

Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *.
Koyak-koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.
Biarkan terendam dan meresap seketika.
Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati.
Kemudian tuang ke dalam bekas yang telah digris dengan sedikit butter.
Taburkan baki kismis diatas adunan.

Masuk je dalam mangkuk besar

Cairkan butter

Biar meresap

Tuang je dalam pemanggang ajaib

Nah..hasil!

Tuang skit Coklat Strawberry Hersey!

Kami takde oven jadi kami guna pemanggang ajaib yang ade.Bakar dalam 20-25 minit. 
Susu tu aku terpaksa guna susu coklat sebab susu segar putih dah habis. Lagi pun susu tu sebenar nyer tak kisah nak guna susu ape pun, strawberry pun sedap sebab aku penah rasa ade hotel guna susu strawberry. Roti pun sama nak pakai roti butterstoch pun boleh.

Dalam pada balik keje macam marathon sebab biase la bulan puasa KL confirm jem giler, dapat jugak la aku masak spagetti goreng untuk berbuka, di-gu-kan dengan kuih & air adik aku beli dan penutup makan puding roti. Setakat ni sahur dan buka kami simple je.Tak mewah mane.Ape lauk berbuka itulah makan sahur.Gitu.


nota kaki : hari ni tak tau lagi nak masak ape.

37 comments:

Fiza Rahman said...

Perghhhh...macam sedap jer pakai susu coklat tu. Sebab aku buat pakai fresh milk. Hurmmm...rasa macam nak memuding roti lah weekend nih ☺☺

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya nak try la

Mas Zull said...

assalamualaikum izwa...wah mesti sedap ni...:)

shura shushi said...

Fuyoooooo sedapnya

Ann said...

menggodaaaa!!

ZazaMyMoon said...

selalu kalau org terliur, aku plak terus terbau masa kau bakar puding roti tu. hahaha tipu sangat aku kannn.. eh best ar ko ada pemanggang ajaib.. aku nak beli tapi tak terbeli2 lg.. last year gi langkawi laki aku suruh beli tp aku tak nak sebab takut leceh nak bawak naik flight.. skrg kak jah dah menyesal seumur hidup.. 1 day aku akan dptkan jugak.. kbai :D

Nuriesya Nadia said...

Woah ! Daku tergoda. Hahaha

ain.ya.nun. said...

Sodap eaaaa. Resipi simple tapi tetap malas nak buat puding roti ni.

Aziela said...

Bahagianya memasak sebelah menyebelah dengan cik husband yer...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

gurllpp....telan ailio :P

Nad MamaZN said...

aah, tak terpikir plak nak guna susu coklat tu..ada 'warna' sket kan... bleh try ni

SYANI said...

Baru nak tanya pesal puding ko kaler coklat.. rupanya pakai susu coklat..hahahaha..

Sidratul Muntaha said...

dua tiga hari lepas terpikir jugak nak buat puding roti guna pemanggang tpi bahan - bahan tak cukup
huhuu
btw, roti tu renyah tak lepas kuarkan dari pemanggang?

nooraini zubir said...

faveret desert jugak ni..
kalau gi hotel kompom bende ni yang dikejar dulu..hahaha..
sedapppp...

Mia Kassim said...

Guna pemanggang ajaib , semua pun menjadi ... terasa nak beli satu

Montana said...

huiyooo awat nampak sedap sangat nii adoii

Kakzakie said...

Kakak memang salute lah Idzwa dgn en edy memang rajin.. puas terhidang yg dimasak sendiri..

Nieyl said...

aduhai..tergoda laaaa...kena try nie..

faraherda.razalan said...

Awak! Mane pic meja makan? Tayanglah hidangan buka pose. Mst best! Puding roti tu tmbh dgn sekeping choc bar yg bittersweet. Terangkat! Cer try!

::EIDA:: said...

ida amik resepi akak ni yek.. hari tu ida pernah buat tapi tak jadik. metsii oven tak panas sgtt kot.. ni nk buat guna pemanggang laa heee~

::EIDA:: said...
This comment has been removed by the author.
::EIDA:: said...
This comment has been removed by the author.
Eye_nee said...

Puding roti itu kegemaran forever and ever akk beb...ko bantai buh susu coklat kenapa akk pulak yg terlebih terliurnya...

Cik Puan Eka said...

sedapnyaaaaaaaaaa..
tetibe teringin buat puding roti plak hahaha

Cik Ecah said...

sedapnyaaaa
tgk org buat cam best jer..
bl sendiri buat rase cam x sedap plak haahah

nak rase sikit boleh? kihkihkih

Efa Nur said...

kakak, semalam buka pun efa buat puding roti..sama laa kite..sepp sepp!! hehehee :D

tapi puding roti efa sempoi je cuma guna 4 bahan, n kukus..hehe

selamat berpuasa buat kakak sekeluarga :)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Idea utk berbuka nanti ni Idazs.. sodap jer tengok :)

asyifa mustaffa said...

Hehe...smpi juga tujuan nak berblog tu kan..sharing2 resepi...walau itu pun bkn resepi dri sy...cuma memanjangkannya sahaja utk teman2 yg lain...
Sedap apa guna susu coklat...! Buat sndiri lg puas kan...

HeNRieTTa JoSe said...

yummy....bru hr nie rietta taw boleh guna smeua jenis susu...nak try soberi la pasnie...adik rietta sure suka..

PSS...akk, nak resipi sphagethi goreng tu...cam sedap jerr terbayang dimata...hehhee,,,

Mar Mansor said...

1 ramdhan ada buat juga ni..
yang ni versi perisa coklat ek..pakai pemanggang ajaib pon boleh..nyum2

Mimi Azirah said...

boleh try puding roti nih...memg senang

msredcheesecake said...

feveret ni puding roti sbb senang nak buat...hhee... tapi yg cekelet nye tak penah buat

Julia Johari said...

Akak izwa...sep sikit!
Julia pun xd oven, tp pemanggang ajaib ada heheh mcm2 kan boleh buat..puas hati tau ada pemanggang ajaib...cedap yeee

armila style said...

Sedap x puding roti? X penah makan. Blh try ni.

Kira Sakura said...

yummy yummy sekali tgk dah tuang seyes kecur liur

sama la kita kak. oven xde ada pemanggang ajaib aje

fieda said...

baru smlm buat pding roti guna pemanggang ajaib jugak..hihihi

QasehnyaRania said...

pemanggang ajaib yg boleh dipelbagai kan.
snng dna mudah digunakan.
sedapnya..
thanks kak berkongsi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang