thumbnail

Friday, September 05, 2014

20 Tentang Aku?Ala sikit sangat tu!


Oleh kerana aku di tag oleh adik cantik kiter @mrsjuliajohari (www.juliajohari.com) tu meh la kiter sahut #cabaran20factaboutme ye~

Bagus jugak ko tag dik sebab boleh akak membahankan menjadi 1 entry kat sini.. ;) senang keje akak.
Tapi...20 je? Kat IG & FB bleh la 20 kat blog kita tambah lagi eh sebab mengarut kat sini lagi syok dari kat sana..he..he..he...

So, ini 20 tentang aku yang dicopy dari IG aku.

1. Aku ni garang pada tempat nyer ye tapi baik hati mcm pincess sofea..hahahaha..*gelakgulingguling* 
2. Aku suka berkawan tapi nak mula tu memang malu lepas tu macam orang gila. 
3. Ramai kawan tapi takde bestfriend. Tak suka..
4. Kaki makan! So jemput la aku ke #foodtasting sure aku pegi..bhahahaa.. - tapi pantang orang cakap aku gemuk! Mula la rase nak tumbuk orang je sehari tu..bhahahaha..
5. Peramah dgn org yg aku kenal, tak kenal sure org ckp aku sombong..*takpedulipun*
6. Kaki Jalan so sape nak panggil untuk #hotelreview please e-mail at idzwa@yahoo.com hahaha..ai kaki jalan! 
7. Tak suka orang tak tepati masa! Pantang aku nie.. - rasa mcm aku ni askar pulak tapi ntah bagi aku orang yang tak reti tepati masa ni adalah org yg tak komit.
8. Gila bergambar. Dulu siap pakse-pakse laki & anak-anak tapi skrg diaorg semua sporting! Senang keje aku.
9. Benci naik kapal terbang & kabel car!! Sangat benci.. - tapi selalu berangan nak pegi NZ or Greece dengan mkn ubat tido sepanjang perjalanan flight tu..kakakaka..tak ke giler?
10. Tak makan sayur..*taksedap!*
11. Suka lebihkan make up tang mata - perasan mata tu cantik sangat.
13. Selalu berangan mcm mana muka kalau berhidung mancung..hahaha..hidung ai penyek! - tak adil sebab dalam semua adik beradik aku sorg je berhidung penyek..ohh kejam nyer donia~ hahahaha..hidung cari makan weh!
14. 9 September ni harijadi saya!yeayy yang ke-23~ lalalalalalaa...
15. Orang yang simple dan mudah ke kiri atau ke kanan kalau kene gaya. - tak kena gaya lantak ko la situ aku sikit pun buat tak peduli.
16. Tak suka budak tapi tetibe dah terberanak 3 org..kenapa ntah! - dulu laaa..mase zaman kegemilangan tapi skrg zaman mak-mak asyik la ala comey comey ala bucuk bucuk..
17. Tak tengok drama melayu bukan sebab belagak tapi lebih suka cerita like NCIS, Bones, Criminal Minds bla bla etc..
18. Anak ke-2 dari 3 beradik & anak-3 dari 4 beradik..hahaha..nasib la korang~
19. Sayang laki tapi suka gaduh dengan dia..*hobi*
20. Arghh..pening la nak ingat tentang diri sendiri..jom kwn dulu baru tau aku ni mcm mane..

Haaaa....sekarang masa untuk mengarut tentang diri ini..

21. Aku teringin sangat nak jumpe David Beckham sejak dari dia kene red card mase world cup tahun bila tu ntah..1994 ke 1996?Lupa dah.
22. Gila air kopi tapi tak ngaku kopi ialah air kegemaran.
23. Takde warna kegemaran secara spesifik kejap aku gila pink kejap aku gila kuning kejap aku gila biru..kenapa ntah aku ni..
24. Jarang amik serius sesetengah benda but once aku dah serius itu bermakna aku dah menyampah/bengang/marah. - mlm tadi kat FB aku TERserius..huhuhu..
25. Aku suka ucap terima kasih & maaf - jadi aku pantang gila dengan orang yang tak reti say sori or thanx..simple words boleh merubah keadaan ok!
26. Suka monolog dalam kepala tapi bila menulis jadi lain pulak..hahahaha..
27. Suka gila memerhati orang sampai orang naik pelik - padahal aku tengok orang sebab "wahh kenapa ko ni cantik sgt??wahhh putih nyer!! wahh lawa nyer mata" gitu.
28. Tak suka berangan jadi kaya raya duduk umah agam bawak kereta bagai bertukar baju..sebab aku sentiasa berpijak pada realiti.
29. Suka gelak - biase gelak sorang-sorang bila berborak dgn Eady pastu marah Eady sebab dia tak gelak...kakakakka..
30. Suka gila sembang dengan Eady but end up akan gaduh lagi sebab dia tak amik peduli pun ape aku cakap..bhahahahaha..lelaki kan bukan dilahirkan untuk mendengar tapi yang perempuan pun degil jugak nak bercakappp je..kakakaka..so inilah ulangan drama setiap hari kami..

Ehhh terbanyak pulak!
Gila syok sendiri entry ni, yang korang pun layan je pulak baca eh..
Dah dah kang lagi lama aku kat sini lagi banyak benda mengarut keluar.


nota kaki : dah la aku hutang BW dengan korang.Huh..tunggu ye korang..

18 comments:

Mimie_Zatun said...

Suka no 19 tu haha

Nad MamaZN said...

okeh, tang garang tu sama, haha!

Zaza Abdul Latif said...

semua fact tu ala2 giler & merapu tapi kenyataannya itu lah diri kau kann.

Fiza Rahman said...

No 27 tu, aku pon suka gak perati org. Tapi perati cover2 lah ☺

Knor said...

.best friend lgi le tak ada..

Aziela said...

Betul, betul. Syok membebel pepanjang dalam blog kan.

Kakzakie said...

Tak suka sayur itu yg kakak hairan bin ajaib. Rugi tau!

Bergambar - kakak percaya sebab anak-anak Idzwa semua pandai posing (kakak suka tengok).

Nieyl said...

huhu~blh nampak garang nyer tuh..hihi~kaki makan mmg pun blh nampak bler selalu post gambar makanan..:P

faraherda.razalan said...

Hihihi! Bab suka bergambar tu mmg terserlah. Kdg2 respek pun ada sbb bukan Izwa je tapi satu family kot!

faraherda.razalan said...

Hihihi! Bab suka bergambar tu mmg terserlah. Kdg2 respek pun ada sbb bukan Izwa je tapi satu family kot!

Mia Kassim said...

Yg no 30 tu sama. Suka ckp dgn en somi lepas tu marah klu dia tak gelak .... kihkihkih

Mrs Little Voice said...

Semua sukalah...heheheh

::EIDA:: said...

kak.. say hi to victoria yekk kalau jumpe beckham nnti kekekekkeke

Amy said...

ha...ha,,ha,,akak suka sangat posting ni...gilerr wehh!!!!

Kira Sakura said...

kahkahkah senget la akak ni. perkataan tu keluar bila baca no 29 dgn 30 :p

Bitt (double IS) said...

at least n more facts...about u! ;)

Mar Mansor said...

over sampai 30...tp best pulak baca..hehe

Cik Kumbang said...

2, 5, 27 sama la kita haha
ehem 23 tu btoi muehehe :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang