thumbnail

Thursday, September 11, 2014

Review Akar Homestay Kg Baru

Akar Homestay, Kg. Baru

Lama dah tertangguh nak cerita pasal Akar Homestay Kg Baru ni.
Masa mak abah mertua aku dan adik-adik ipar aku datang hari tu, dia orang menginap kat sini la. Selesa sangat kat sini. Yang penting ade lif walaupun ke tingkat 1. Lif penting ye bagi orang-orang tua yang tak daya nak naik tangga.

Mak abah dan adik ipar perempuan duduk menginap kat bilik Family, ade 2 Queen Beds.

Amik dari web Akar Homestay Kg Baru

Dari web nampak cantik kan? Kat luar, depan mata memang cantik pun. Sebijik macam dalam gambar ni. 

Bersih, bilik air pun bersih dan luas sangat. Mak abah puas hati la. Adik ipar lelaki sekeluarga duduk bilik Single Sharing. Ade 2 katil single.

Juga copy dari web Akar Homestay Kg Baru

Gambar dia tak menipu ye..macam mana dalam gambar macam tu jugak kat luar.
Mungkin sebab baru lagi beroperasi jadi keadaan sangat bersih. Lantai pun berkilat.

Korang, kalau agak-agak nak datang KL takat nak tido semalam dua kat KL ni baik menginap kat Akar Homestay Kg Baru ni sebab bagi aku la harga dia masih lagi mampu poket bagi keluarga sederhana macam aku. Dah la betul-betul dalam bandar. Nak ke KLCC ke, nak ke Chow Kit ke memang dekat sangat. Nak jalan kaki pun boleh, nak naik public transport pun senang. Nak makan lagi la takyah cakap..Kg Baru kan memang syurga makan, bersepah kedai makan disepanjang jalan. Tinggal pilih mane berkenan kat hati je.

Oh, yang aku terpaling suka staff Akar Homestay Kg Baru ni baik giler dan sangat membantu. Kebetulan mase mak abah nak balik, kunci kete abah aku terpatah dan kete abah aku tak boleh start..jadi staff lobby dan staff technician Akar Homestay Kg Baru ni beria dan bersungguh bantu abah aku sampai kete abah aku boleh start..Terima kasih bnyk!

Ini contact Akar Homestay Kg Baru ye..

Phone:
Main: 603-2691 1511/1518
Fax: 603-2691 1137

Email:
Support: info@akarhomestay.com
Marketing: info@akarhomestay.com
General: info@akarhomestay.com

Address:
31 Jalan Raja Uda 
50300 / Kuala Lumpur

URL


nota kaki : landmark dia senang je, pasar malam Kg Baru setiap hari selasa/rabu tu.

24 comments:

Kira Sakura said...

Cantik sgt nmpk kak. Terpikat tgk dekorasi dia

Nurzakiah Hanum said...

best gak

Sal Bee Yah said...

cantik..biasa hotel/homestay saya pergi dalam web je gambar cantik.bila tengok nan hado!

Eye_nee said...

Selesa jer nampaknya...bersih pulak tu...

Ann said...

dr luar pun nmpk kemas bersih dan kereta park slalu penuh...

rsnye ni ada resort kt PD jugak kot sbb name same akar

Falsya said...

Huiyoooo..canteknyeeee..not bad jugak..

Kakzakie said...

Bersih dan mendamaikan. Wrana hijau dan putih dia pun cantik pulaklah..

~Beb~ said...

ctk je clr mint tu noks

Julia Johari said...

Best review...TQ sis :)

Nad MamaZN said...

uiyooo homestay setaraf hotel!

Hanis Azla said...

As-salam izwa..

mmg nampak cantik.. yg penting bersih.. tq for sharing..

Fiza Rahman said...

Terkesima jap. MEmang cantik lah. Bersih dan kemas.

el said...

homestay ni x leh masak2 lah eh..
mmg cantek...boleh dipertimbangkan jika nak pergi stay kt KL 2 3 hari

lieyalatif said...

cantik2!!! moden jek deco die...kemas n sedap mate memandang....

Bin Muhammad said...

Lokasi, harga dan keadaannya amat sesuai, puas hati dan berbaloi-baloi.

Nieyl said...

Suka gabungan warna hijau + putih...:)

munna said...

Cantik .... Harga pun berbaloi

Zaza Abdul Latif said...

tak sangka plak kat kg baru ada homestay secantik ni.. ingatkan banyak kedai makan je..

nona teeteen said...

menarik.. homestay dlm KL.

LYAfrina said...

waa..bilik dia y kaler ijau tu sgt cantikk..

happy belated birth dear..moga trs sukses dlm khidupan..amin

Myra Jay said...

Cantiknya warna hijau..
Nampak tenang je..

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

mmg puas hati la.. cantik & bersih.. harga pn okey.. =D

hainom OKje said...

Rasanya kat PD ada satu branch Akar ni...Kat PD pun nampak cantik mcm konsep modern gitu

uncle gedek said...

Namanya menarik... AKAR...

Tapi logonya macam daun!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang