thumbnail

Tuesday, September 23, 2014

Short Vacay | Regency Hotel Port Dickson


Cuti yang tak di plan! 
Ha..awal-awal bagitau sebab semua last minit tetibe je boleh ke Port Dickson waktu cuti sekolah tu..sebelum tu nak bagitau awal-awal gambar banyak ye sebab malas nak pecah entry.

Regency Hotel Port Dickson





Apartment 3 bilik sebenar nyer tapi takde usaha plak aku nak amik gambar bilik lain, 2 bilik lagi berkatil single-single. Bertambah masalah sebab semua nyer tido dalam bilik utama.
Ha..ha..ha...takde guna nyer ade 3 bilik kalo semua bergumpal dalam 1 bilik jugak.Isk isk..
Nasib baik tepi katil king tu ade satu katil single yang boleh ditarik keluar.

Ade dapur kecik tapi takde dapur masak. Takat rice cooker, peti ais, microwave tu ade la.
Gigih jugak la aku masak dalam rice cooker tu, almaklum la dah jadi mak-mak ni asyik pikir perut anak dan laki lapar je. Dapat jugak la buat nasi goreng sardin, telur dadar cheese, goreng nugget, burger ntah ape-ape lagi la aku masak dalam rice cooker tu..

View dari beranda kami

Aktiviti kami tak banyak pun sebab semua unplan kan, dan mungkin jugak rezeki Syahmi sebenar nyer. Dari start sabtu cuti sekolah tu dia asyik la cakap nak pegi pantai la mama, abang nak mandi pantai la mama...huhuu..sedih jugak sebab takde plan nak kemana-mana waktu tu. Sekali hari ahad malam ade kawan sms tanye nak tak check-in Umah Rehat Mara Port Dickson sebab dia ade sukan kat Melaka. Dia tak dapat pegi PD.

Dengan laju la aku tanye Eady dan esok isnin nyer terus datang keje setelkan urusan cuti Rabu-Jumaat. Giler tak nak..bayar semalam RM30 je untuk apartment 3 bilik ni!2 malam baru RM60 dari RM600 harga sebenar.
Ha..ha..ha..ni salah satu keuntungan orang gomen ye..jangan ar marah ;)

So hari rabu terus ke PD la lepak-lepak mandi-mandi bagi anak-anak happy.
Takde kemana pun, even ke bandar pun tak keluar makan kat luar pun tak.
Semata duduk hotel mandi pantai dan pool aje.

3 budak bahagia

masing-masing muka tak mandi pagi..hahaha..




Gambar-gambar ni pun aku tak tahu dah hari ape.
Sebab sama je pool pantai pantai pool tu je.

Tercapai hasrat Syahmi nak main pasir pantai sebab memang dah janji dengan dia sebenar nyer if dia baca quran sampai takat mana mama bawak ke pantai.
Setakat ni lancar dah bacaan Quran dia, kat sekolah baca dengan ustazah kat rumah mengaji dengan Eady. 
Sufiya pun dah Iqra berapa dah aku pun tak perasan tapi semua tu dipantau oleh Eady.
Cuma Syakirah je walaupun dah 1 tahun 2 bulan berjalan pun tak lagi, baru belajar nak berdiri je. He..he..he..adik ni malas sangat, manja lebih pu nye jugak. Nak orang dukung ke hulu ke hilir je. Melekat bak teady bear.


nota kaki : rase ralat pulak sebab tak sempat nak BW lagi nie..keje banyak sangat sebab dah cuti seminggu. 
Sabar ye korang..

26 comments:

Nurzakiah Hanum said...

seronoknya

Jueliza Jamani said...

aku suka tgk budak kecik pakai swimming suit tu.. geram betul comelnya.. tak yah la besar2.. jadi gitu jer sepanjang masa.. hahahha

nooraini zubir said...

hahahaa..best gilak dok apartment besau just rm60 sajee?? huhuhu.. menjeless la nih..

nk kol mak soh book apartment kwsp kt pd laa..hikhikhikkkk.

seronok sebenarnya bila tgk anak anak terlonjak2 happy..ilang sekejap duka dan lara..kaann??

Nuriesya Nadia said...

Bestnyaaa short vacay ! Nak jugeeekkk. :D

NinaAz said...

seronok tgk budak2 kann. yg penting diaorg hepi

Kakzakie said...

Waahhh seronoknya ye:)
Entahlah kenapa kakak suka sangat tengok adik tu. Apa pun gambar dia mesti menggoda mata:) Geramlah..

Ha Md said...

syakirah yg comel.
best juga rumah mara ni. berbaloikan? pernah gak duduk rumah mara kat cameron highland ritu. kat brinchang. tumpang kakak. hihi..

err.. mesti kakak baca komen ni.. T_T

Ha Md said...

syakirah yg comel.
best juga rumah mara ni. berbaloikan? pernah gak duduk rumah mara kat cameron highland ritu. kat brinchang. tumpang kakak. hihi..

err.. mesti kakak baca komen ni.. T_T

Azyyati Liah said...

Lamanya tak pergi PD! Rata-rata semua dah start cuti-cuti malaysia nih :)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Pool dia yg best tu Idaz..luas jer puas anak2 nak berenang.. tertunai impian utk main pasir pantai ye kakak :)

Fiza Rahman said...

Untunglah keja gomen. Murah tu.

Tido berhimpit anak beranak tu yang best..hahaha...Seronok anak2 dapat mandi manda.

Muzai Samilan said...

wow murahnye.. camne org gomen nak dapat rate murah ye? hehe saya x pnh guna plak.. x tau

PinKy MoMMa said...

murahnyerrrr..kalau iols murah sgt camni duduk 5 malam hahaha..sama lah dak kembar pun tak jalan lg..badan berat sgt kot uhuhu..jnji depa sihat dah alhamdulillah kan kak wa...

adik adik mmg manja lebih skit uhuks

Kira Sakura said...

wahhhhh rezeki sgt tu kak. padan la akak check in yang ada 3 bilik. pelik jugak awalnya hihihihi

Aziela said...

Patutla senyap jer.... Seronoknya apartment besau, cantik...tapi murah tersedak2 macam tu. Ishhh..akak jeles.

Akak teringin nak holiday macam ni. Lepak jer, mandi2 dan makan2 simple. Tak yah susah payah ke sana ke sini. Barulah betul rehat namanya.

ayu yahya said...

santeknyeeeee... :)

faraherda.razalan said...

Izwa, sy mmg marah dan sakit hati ni sbb awk dpt rate murah gila smpi mcm tu skali. Hahahahah! Gurau je ya. Sonok tgk pic awak sefamily. Ni yg lagi smgt nak bwk anak cuti-cuti ni. Janji kat anak lom tertunai lg.

::EIDA:: said...

boleh tahan murah kak.......... amboi adikkk , pipi kembang setaman.. mohon cubit sikit kak pipi die! heheheh~

ayu Ismail said...

murah ya...kena cuba gak ni..

aizamia3 said...

rasa lega bila dapat tunaikan permintaan anak2 kan.. ;)

Zaza Abdul Latif said...

itu namanya rejeki orang gomen..
psssttt kalau aku nk gi PD pakai nama gomen ko bleh? hahahaha

Mas Zull said...

assalamualaikum izwa...seronoknya bercuti ditepian kolam...:)

hainom OKje said...

Untung Idzwa...hotel mahal tuuuu
Apa pun jadi anak anak seronok, mak paknya pun tumpang seronokkan hehe

LYAfrina said...

bestnyer..walaupon sekejap..y penting dpt spend masa dgn family..

- dieyana - said...

anak-anak comel! hepi sokmo! ;-))

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

percutian singkat tp tetap boley enjoy...comel je syakirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang