thumbnail

Friday, September 05, 2014

Surat Untuk Kamu, Kawanku


Dari kejauhan aku sekadar mengikutinya..
Dalam diam segala keperitan, segala kesedihan tersemat sama didada..

Kehilangan permata yang tersayang adalah dugaan yang maha besar buat sesiapa..
Sakitnya, pilunya, sendunya tak terkata..
Bagaikan ingin tidur berjam-jam lamanya supaya sakit rindu itu berlalu pergi..

Luahan setiap kali bicara kamu sangat terasa keperitan yang menusuk dijiwa..
Sakit yang tiada ubat didunia..

Siang hari yang sangat seksa untuk dihabiskan..segala bayangan segala kenangan bermain disetiap sudut mata, Malam hari bermula derita untuk memejamkan mata dengan harapan mimpi ngeri siang hari tidak berulang lagi...tetapi...h.a.m.p.a.

Esok, bermula sekali lagi seksaan jiwa yang belum nampak penghujung..
Minit ke minit, hari ke hari, minggu ke minggu masih kabur noktahnya..

Kamu,
Berdirilah ketika kuat..
Jatuhlah ketika sakit..
Ketawalah ketika tabah..
Menangislah semahu kamu jika perlu..

Jangan diminta bersabar dan redha kerana itu adalah benda pertama yang dia lakukan.

Aku cuma takut..bergetar dijiwa..
Bulan kelahiran permata kamu bakal menjelma..
Bagaimanakah kamu nanti?
Bakal berdirikah kamu?
Akan terdudukkah kamu?

Allah..

Ingin sekali aku bertanyakan khabar tapi aku percaya kamu tidak perlukan segala pertanyaan, segala persoalan..cukup sekadar doa dari kejauhan..

Kamu..

Kita,
Tidak pernah berjumpa..
Kita,
Bagai pondok dan istana..
Kita,
Berlainan tarafnya..
Kita,
Berkawan atas tuntutan agama..

Dan

Aku sentiasa berdoa ketika membaca setiap titipan luahan keperitan lubuk jiwa kamu..
Aku sentiasa berdoa semoga setiap makhluk ciptaan Allah SWT juga mendoakan kamu..

Supaya kamu diberi lebih kekuatan, lebih ketabahan juga banyak ketenangan dalam dugaan besar ini..
Kerana aku tahu, RINDU pada yang tiada adalah sakit yang paling perit..

Bertahanlah kamu.


Salam kasih sayang dan doa dari kejauhan,
Izwa.

11 comments:

Pha Is said...

semoga beliau tabah..

Fiza Rahman said...

AKu tahu surat untuk siapa. Memang terasa peritnya bila kehilangan orang yg tersayang. The one and only plak tu.

Tak tau perkataan apa yang aku boleh katakan...sabar? tabah? kuatkan semangat? Sebab semua perkataan tu memang ada pada dia. Doa aku semoga allah berikan kebahagiaan dan ganjaran buat dia.

Aziela said...

Sedihnya. Izwa, baiknya kamu.

nooraini zubir said...

sebagai sahabat jauh dan tak pernah jumpe, hanya doa yang dapat membantu supaya beliau terus tabah dan kuat hadapi ujian dariNya..

ikhlas dari,

kawan sekolah izwa :D

aizamia3 said...

Moga dia terus tabah dan kuat di sana.

Mrs Little Voice said...

Sangat puitis.Doakan yg baik2 utk sahabat awak

::EIDA:: said...

sabar ye kak. moga yang baik baik saja utk kawan akak ituu ;))

www.idabaharum.com

Kira Sakura said...

moga beliau terus tabah dan kuat. amin amin

Zaza Abdul Latif said...

syahdu plakk aku baca sajak kau ni Wa.. apa2 pun yang berlaku kita atau siapa2 je mesti resho dgn ketentuan NYa..

Bitt (double IS) said...

sadness...semoga dipermudahkan semuanya

Sal Bee Yah said...

sedihnya baca...semoga sahabat kak izwa tabah ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang