thumbnail

Tuesday, September 02, 2014

Zoo Negara 2014


Belum terlambat kot nak citer pasal Zoo Negara yang kami jejak bulan lepas setelah dekat 3 tahun tak pegi. Pegi kali ni pun sebab bawak adik ipar sekeluarga. Bulan lepas punyer cerita..hehehee...nasib la kan..

Eh..nak bagitau, aku cuti lagi hari ni & esok..uhukkssss..bila cuti mood nak update pun tak mari..tapi kita citer pelan-pelan la eh..nak BW pun amik mood jugak nie. Duduk rumah nak mengadap pc pun malas dengan budak Syakirah sibuk tepuk-tepuk laptop lagi la takde mood..T______T

Panjang plak mukhadimah.


Model zoo negara

Ungka


Badak air

Budak tu mcm paham je

Syahmi is giler membaca.

Setiap stesen setiap binatang dia akan stop baca, so bygkn berapa jam kami kat dalam Zoo Negara.

Dah separuh jalan penat dah kaki, so kami duduk dulu hilangkan lenguh kaki dekat dewan animal show tu. Ada kelainan sedikit acara ni dari 3 tahun yg lepas tapi acara nyer macam makin kurang anggaran waktu nyer.

Sekejap sangat berbanding dulu.
Antara nyer, kalau ikutkan tak boleh amik gambar tau..huhuhu..





Selfie dgn ikan..hahaha..

Nampak?

Nampak tak kat sana?

Aku main letak je la gambar ye, malas nak ikut turutan. Mane yang ade je la dalam hp nie.
Last station kami ke tenpat Panda yang maha jauh!phiewww..

Nampak muka masing-masing dah penat.

zzzzzzzz...

Muka penat..


Penatt..tempat panda ni paling jauhhhhh tau, bila sampai panda tido pulak! Dah la masuk dalam tu tak boleh bising bak library kene pulak yang lagi sekor tu tak ada kat luar sebab tido kat dalam..pfttt..jadi la dari takde kan ;)

Ape pun sekali seeeeekala datang sini seronok dan pecah peluh jugak!
Besar, luas.

Yang tak best banyak binatang macam kureng jek..dah la tu makanan minuman kat dalam Zoo Negara ni memang tak masuk dek akal!Mahal nak mati.
Aku tak boleh bayang macam mana kalau suami isteri ade anak 5 orang masuk Zoo Negara ni, air mineral sebotol kecik je tapi harga macam airgas botol besar tu! Belum kira nugget fries yang sekotak kertas kecik tapi harga sebeg besar yang belum masak.
Boleh mati tengok harga.

Memang boleh bawak bekal tapi bayangkan kalau anak tu nak jugak ais krim atau fries, takkan tak belikan ye tak? Kene anak 5? Fuhh..giler!

Kepenatan.

Zirafah binatang yang terakhir sekali sebelum ke pintu keluar.
Nak sampaikan ke kereta rase macam nak merangkak..hahaha..

Oh..tram kene bayar ye sekarang ni dan tram hanya untuk ke pintu keluar sahaja, takde dah stop kat tempat mane-mane kiter nak.
Harga tiket Zoo Negara esok aku upload gambar nyer..ade dalam kamera, tak transfer lagi.


nota kaki : lagi 3 tahun la kot kami datang ke Zoo Negara lagi.

23 comments:

Nieyl said...

Kira lama gak ar x jejakkan kaki kat zoo negara yea...akk 3 tahun..nieyl dah dekat 10 tahun da kak..hihi~

mama tisya said...

zoo negara skarang dh mhl tiketnye...pernh bw tisya time die 4thn kot tk silap

nur anis said...

lama saya tak jejak sini..berapa harga tiket sekarang kak? mesti mahal..

el said...

xigt pulok bila weols pergi zoo negara ni..xsilap ms weols ada anak sorg kut hahaha..mmg pun mn2 lau nak masuk ke tempat2 mcm ni..mknan & minuman mmg mahal 2x ganda..sbb tu iols anak ramai ni dah siap2 bw bekal ekekeke

Sal Bee Yah said...

dah tengok panda depan mata ye..comelnya!

Falsya said...

pandaaa..comelnye panda...dh lama sesgt dh xjejak zoo negara..

::EIDA:: said...

mari kenal dengan binatang.. hehe ida suka. xde la budak2 zaman skrg ni kejam dengan binatang kannnn

IDAZS said...

pernah pergi zoo masa sekolah rendah dulu. lama giler x jejak.. next time nak pergi jugaklah. mcm best ja

Mimi Azirah said...

x berkesempatan nk bwk ank ank gi sana

Kakzakie said...

Mana ada muka penat lagi-lagi si montel shakirah tu. Senyum memanjang...

ayu Ismail said...

Akak lagilah masa kecik2 je pergi zoo negara..berkurun lama gak hehhe

Zaza Abdul Latif said...

aku suka gambar korang sefamily yang kat sign Zoo negara tu..
Aku teringin jg nak bawak anak2 aku ke Zoo last bawak dorang time tu umur dorang 4 & 5 tahun.. skrg ni aku rasa kalau ajak mesti dorang tak nak pergi.. berlagak betul budak2 tu.. huh!

Fiza Rahman said...

Tak up lagi entry zoo negara. Perginya tahun lepas. Tapi tiket mahal. Apatah lagi makanan dalam tu. Kitorang pergi bawak 2 stroller sebab dah tau mesti ada budak tak larat nak jalan...hehehe...

Yg frust nya. Masa show amphitheatre tu boleh plak hujan. Dah lah berjaring. Dorang kena tukar kepada atap lah.

Kira Sakura said...

orang kata Zoo Negara Melaka lagi best dari yang kat KL ni. tatau la kesahihan dia sebab kira xpernah jejak yg dekat KL hihihi

Daddy Ziyyad said...

Memang keadaan Zoo Negara kita teruk..menyedihkan...binatang tak betul2 sihat...bayar tiket mahal...saya last gi 2 tahun lepas...merajok tak mau tgk lagi...hahaha...ada panda pun saya tetap tak mau gi....hahahha...

ps: kalau ada kesempatan, gi la Taronga Zoo...saya ralit duduk dalam tu dari kul 10 pagi sampai 5 petang! Mmg best betul zoo ni..

dalila said...

banyak kali jgak plan nam masuk zoo tpi x sampai2 lagi.. :(

Khir Khalid said...

Lama dah saya tak ke zoo negara ni.. pasti dah bnyk berubah. Panda tu pemalu eh hehee.. Thanks sharing.. :)

Dee said...

lama giler tak gi zoo negara..entah bila nak pi pun..panda dah tgk kat beijing..binatang lain dah tgk kat zoo taiping or melaka yg lagi bersih tu..huhu..ada bajet lebih insyaallah bolehlah pi..huhu..

Bin Muhammad said...

Kalau tak ade perubahan dan penambahan binatang2 lain, zoo negara akan semakin suram walaupun ada panda. Harga tiket mahal pulak tu... Lagi best masuk zoo melaka.

Bitt (double IS) said...

semua sign adalah baru! thumbs up..lagi apa erk

LYAfrina said...

anak2 la..mmg eksited tgk animals

hainom OKje said...

okje entah berapa belas tahun lepas agaknya kali terakhir sampai sini Idzwa

Asmin Fahmi said...

Salam perkenalan. lama gile tak pergi zoo huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang