thumbnail

Thursday, October 02, 2014

Buah Pinggang Kanan & Buah Pinggang Kiri


Lambat pulak bersiaran, sebab takde idea nak menaip walaupun banyak cerita yang ade.
Semalam kan aku cakap aku ade meeting sampai malam, yup lepas maghrib aku balik tapi dalam busy tak busy tu aku sempat dating dengan buah pinggang kanan kiri ku.

Ha..ha..ha..sokahatiakupanggilorangbuahpinggang!

Nak tau kenapa buah pinggang? Ala..macam mana nak cakap eh..kiter sedar kiter ade buah pinggang tapi kiter sering kali tak bersama buah pinggang berbanding dengan jantung.
Kiter tahu penting nyer buah pinggang sama macam jantung tapi dia ade macam takde tapi sentiasa ada.Gitu.Paham?Ha..ha..ha..kemain metafora aku!

Ala..semalam aku dating dengan gurlfriend aku la. Ade 2 orang tu, nama je keje 1 bangunan tapi nak jumpe 80 tahun sekali baru dapat dating.Busy je masing-masing.

Puas dapat gelak-gelak, dapat sembang-sembang sampai terlupa pegi susu kan adik. Sampai ibu adik sms cakap adik dah tido!Sori adik.Bukan senang mama nak dapat dating dengan buah pinggang mama nie.

#buahpinggangkanan & #buahpinggangkiri

Sungguh, aku sayang diaorang nie. Apa saja masalah akan rasa terurai bila dapat bercerita dengan diaorang. Nak kata bestie sangat pun tak sebab takde la sentiasa bersama, like aku tulis kat atas tu 80 tahun sekali baru dapat jumpe tapi diaorang sentiasa ada bila aku perlu.

Rase nyer lepas ni nak plan outing plak la macam tahun 2012 dulu (nampak lama giler tak??) dulu tengok wayang, makan-makan kat klcc tu.

Haish..rindu balik dengan diaorg nie. Walaupun bleh je call ext atau wasap tapi tak sama bila dapat gelak bersama-sama kat luar!

18 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

dulu ms bujang ada juga BFF...sekarang susah nak ada BFF...sebab susah nak jumpa kawan...harap ada kawan ofis tu la BFF :')

lieyalatif said...

seronok dpt outing makan2 ngan bff kan.... mcm lieya ni kat opis time lunch jumaat le dpt merayap jauh2 sikit...rehat lame kan....

Nurzakiah Hanum said...

betul2 dapat keluar gelak2 kan hilangkan stress

Sal Bee Yah said...

tetiba rindu 'buah pinggang' saya gak..memang tak sedar masa berlalu kalau spend time dengan best friend ni

Zaza Abdul Latif said...

ohh buah buah pinggang kau terkeluar rupanya wa.. hahaha
bila nak dating dengan jantung hati kau pulak?? (aku lah tu) ;P

Kakzakie said...

Alahai... kakak ingatkan apa tadi hihi..
Ini buah pinggang kanan kiri yang buat sampai lupa nak susukan jantung hati ye..

NM03 said...

ada kawan satu kepala mmg syok... moga hubungan korang berpanjangan. amin

Kira Sakura said...

betul kak lain kan gelak dalam wassap dengan gelak depan2

Nuriesya Nadia said...

Alahai comel je nama buah pinggang , kalau kite nak letak taik mata kiri taik mata kanan ok tak ? Kahkahkah. :P

nooraini zubir said...

memang heaven giler klo dapat lepak ngn geng gelak..heheee..

Fiza Rahman said...

Baru aku tau ko ada buah pinggan lebih,,,hahaha...Smoga berkekalan hubungan korang.

Bila nak dating ngan aku plak ☺

Tihara said...

bestnyer :)

LYAfrina said...

alahmdulillah..dpt sahabat y susah senang bersama.. y penting ada saat kt sedih n susah

el said...

untunglah uols ada bff
iols ni bff xde..cukuplah bff waktu sekolah dulu
dah x percaya kat sape2 pun huhu

Daddy Ziyyad said...

dah hampir 2 tahun tak outing! soheh lama tu.,..:P

Julia Johari said...

Syok yer...dh lama saya takde bff cm ni....poor julia...only blog

Falsya said...

Seronoknyeee..dh lama dh xlepaksss ngan gurlfriendsss kite..;(

CT Humairah said...

huuurm nak lepak ngan my girls jugak..
lama tak jumpa diorang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang