thumbnail

Thursday, October 16, 2014

Spontan Khamis - Positifkan Diri



Pejam mata, tarik nafas...lepas..

Tanamkan hati, nekadkan diri semua yang terjadi kerana ALLAH Taala, lupakan semua dan mulakan semula dari mula 


لاَ إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Tidak ada Ilah yang berhak diibadahi dengan benar selain Engkau. Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” (QS. Al-Anbiya’[21]: 87)

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
“Wahai Rabb kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi Kami petunjuk yang lurus dalam urusan Kami (ini).” (QS. Al-Kahfi[18]: 10)
Doa dan terus berdoa semoga akan ada satu hari yang bahagia nanti..   

 feeling in love with Suhaidi Bin Azami.



Alhamdulillah.Selepas beberapa sesi muhasabah diri aku kembali seperti biase.
Biaselah dugaan hidup takkan habis selagi kita bernafas cuma cara kita control benda tu je berbeza. 
Aku bukanlah orang yang alim malah jauh sekali nak mengaku solehah.

Masih merangkak lagi sedangkan umur dah lebih kepada kubur dah nie..huhuhu.. >_<

Sekarang tengah mulakan dengan mohon kursus yang office sediakan.
Terapi Solat, Oh Indahnya Tajwid & Terapi Al-Quran cuma buat masa ni tempat yang sedang dijalankan pulak tak sesuai..huhuu..jauh nun disana di JAWI Penang, jauh sangat nak berjauhan dengan koala bear nie kebetulan dengan Eady sekarang ni tengah musim closing akaun tak boleh cuti sesuka hati.
 Mohon kursus di area Kuala Lumpur atau sekitar nyer kalau ada. Harap sangat dapat kursus ni sebab bagi aku kene mula semula dari mula. Sekali lagi.

Back to Allah SWT semula, mungkin banyak sangat kot benda lagha yang aku dah buat sampai tak berenti pulak dugaan kebelakangan nie. Terlupa diri seketika.

Harap suatu hari nanti semua akan indah-indah semula walaupun aku perlu berjengkit-jenkit dari A balik. Yang penting Allah SWT sentiasa ada. Itu aku yakin.
Dan terpenting juga orang disekeliling aku sentiasa ada dengan aku dan positif aura nyer.

Thanx korang! 

17 comments:

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

Falsya said...

insyaAllah..keadaan akan baik2 semula..

stay strong okayh!..

el said...

Insyallah Allah adalah kekuatan
nak cari kekuatan carilah Allah
subhanAllah
kdg2 el pun mcm uols gak..terlupa kadang2
Ya Allah sggh kerdil hati ini
semoga kita sama2 muhasabah diri

Kakzakie said...

Semakin kita dekatkan diri padaNya semakin kuat syaitan dtg menggoda
So... lawan dgn kekuatan iman. Bagi syaitan menangis meronta dgn iman kita
Akhirnya akan ada keindahan dan bahagia dihujungnya Idzwa
Percayalah hidup memang akan diuji.. kita kena kuat dan lawan.

Fiza Rahman said...

La tahzan.

Hidup tanpa UJIAN kita tak akan kenal erti KETABAHAN
Hidup tanpa DUGAAN kita tak akan kenal erti KESABARAN

DIA uji kita sebab DIA sayangkan kita. Mungkin peringatan buat kita yg kadang kala leka. Apa pon masalah, smoga dapat di hadapi dengan tenang. Bertabahlan buat mereka yang di uji.

Zaza Abdul Latif said...

InshaAllah.. sesama lah kita +ve kan diri untuk kebaikan..

hainom OKje said...

Awatnya ni Idzwa.....
Tapi yelah sebagai hamba tiap tiap hari pun kena sentiasa bertaubat dan mengingatinya....

LYAfrina said...

amin..amin..
semoga awak mperolehi ketenangan diri hendaknya..
insyallah..

psl hotel n3 sblm ni.. lya bru tahu..cantik jugak.. nanti leh try..
nanti klo nk dtg ktn try duk hoteh de rhu beach resort..murah n cantik.. y penting kolam dia cantik sgt.. ade kolam utk bdk2..
atau try g kat gambang resort ke... eyhh.. tp bln 12 nibiasa2 kat sini hujan+banjir...

Kira Sakura said...

sentiasa mendoakan yang bebaik untuk akak sekeluarga.

kak pernah dengan kata-kata ni

bila kita diuji itu bermaksud Allah sangat dekattttttt dengan kita :)

Innanie Ariffin said...

Insya Allah kalau kita positifkan diri, semua benda positif juga akan datang :)

Hana Syed said...

yup back to basic sangat mendamaikan

SalbiahM said...

stay strong n positive kak...semoga setiap langkah kita diredhai Allah.

by the way saya dah tukar url blog sebab ada masalah sikit..jemput singgah ye blognisalpunya.blogspot.com

Sima said...

insyaAllah... Allah S.W.T jentik sket kita supaya ingat kat Dia. Melalui izwa, dpt juga sedarkan rakan-rakan yg lain. Mari kita sama-sama mencari keredaan Allah S.W.T.

Puan Wawa said...

Alhamdulillah, InsyaALLAH.. semoga Allah permudahkan..")

Bitt (double IS) said...

alhamdulillah

Kesuma Angsana said...

in shaa allah, always doakan yg terbaik for u n family yer dear !

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Eh ada ek kursus tue kt Penang...farah pn tak perasan..tajuk mmg bagus tue.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang