thumbnail

Wednesday, October 15, 2014

Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan


Ini post smlm tapi terpaksa didrafkan semula utk bagi laluan pasal abah mertua.









Ni la hotel bajet yang kami menginap di Kuantan minggu lepas. Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan.

Memang kami amik bilik yang paling simple, Superior Room dengan harga RM118 (harga org gomen..hehehe..) sebab nyer hanya 1 malam je kami menginap, itu pun sampai Kuantan pun dah malam. Esok check-out pun awal, jadi kami decide amik bilik yang basic je tapi alhamdulillah muat utk kami berlima. Walaupun kecik masih ade ruang untuk kami solat ;)

Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan ni berhampiran dengan Kolej Profesional Mara Bandar Indera Mahkota, sebelum sampai ke bandar Kuantan. 

Bilik tanpa breakfast sebab dapur belum beroperasi lagi, tapi makan tak risau pun bersepah kedai makan kat sekeliling tu. Pool pun ala-ala je takde la meriah macam 5 star hotel tapi cukup besar la untuk budak 2 orang tu mandi! Syakirah tak mandi sebab mood asyik tak kene je..lagipun tak nak dia berpanas almaklum kan baru baik demam.

Overall kalau nak menginap lama mungkin kami amik Family Room atau cari hotel lain kat bandar. Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan ni not bad la untuk orang yang datang sebab kerja untuk semalam dua. Kebetulan Eady ade keja yang betul-betul dekat hotel ni so sini je la kita orang check-in minggu lepas.


Cantik kan?

Datang Kuantan pun last minit plan, khamis confirm malam terus pack baju esok jumaat aku halfday terus ke Kuantan. Nak ke Teluk Cempedak pun tak sempat sebab memang tak bertujuan untuk ke sana, cuma sempat ronda Tanjung Lumpur dan bandar Kuantan je.

Bulan 12 kene pegi Kuantan lagi nie.


Address: B2-B34, Jalan IM7/1, 
Bandar Indera Mahkota, 
25200 Kuantan, Pahang


16 comments:

Nuriesya Nadia said...

Kita kampung dekat Kuantan pun tak tau hotel ni ada. hahahaha. :P

Hanim Hashim said...

Ok sangatla RM118/per night tu. Bilik pun not bad :)

Tihara said...

cantik hotel ni idzwa, thanks sharing :)

Bunda a.k.a KN said...

Assalam...salam ukhuwah dari bunda...

Julia Johari said...

kak izwa...julia kenai sgt ngan hotel ni...cantik betul dlm dia...kuantan adalah kampung suami...mmg syok balik je sana selalu pi pantai balok mandi pantai...bersih sgt2...pantai cherating pun syok...bagus la hotel ni

Kira Sakura said...

walaupun dia hotel bajet tapi siap ada swimming pool kira ok sangat la tu kan

Fiza Rahman said...

Nampak kemas & selesa. SUka last pic tu. Cantik sangat.

Ibu Lala said...

Cantik dan nampak selesa.

Bro Framestone said...

Dah lama x ke kuantan...

www.broframestone.com

Sal Bee Yah said...

salam sis... saya dah tukar alamat blog. ada problem sikit. nanti singgah ye

iniblogsal.blogspot.com

Ainim Suju said...

okay la harga dia, x mahal pun

faraherda.razalan said...

Last minit cuti ke sbb keje Izwa?

hainom OKje said...

Nampak class jugak tu hotelnya Idzwa....cantik sgt dah tu....untunglah dapat rate gomen ek

Bitt (double IS) said...

hati2 tau akhir tahun ni start bulan 10 ni la musim tengkujuh...
cantik hotel tu..yg kat tepi swimmming pool tu apa yer?

Kesuma Angsana said...

walla hiasan dlmn dier cantik & menarik sgt. leh cuba2 nnti !

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Hotel bajet???x nmpk mcm hotel bajet pun..cantik.. harga pun murah ja..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang