thumbnail

Friday, October 17, 2014

Syahmi | Sufiya | Syakirah


Triple SI

Rasa nyer mcm dah lama tak cerita pasal budak bertiga ni.

Syahmi Irsyad baru habis KSSR, sekarang tengah gila nak mengaji dan solat sampai orang baru baca doa kat Indahnya Iman dia dah angkat takbir..sabar je la aku.

Dah pandai komplen pasal kakak Sufiya Irdina tak tutup aurat..huhuhu..seram mama nak bawak pegi jalan sekarang ni sebab dia asyik pertikaikan kenapa orang lain tak pakai tudug tak tutup aurat. 😬

Oh..sapa tau mana nak cari Al-Quran warna warni untuk budak-budak? Syahmi dah half way al-quran dari tengah tahun haritu, ingat nak bagi dia hadiah al-quran warna warni.

Syakirah Irneena si manja keledek tu? Ermm..dah nak masuk 1 tahun 3 bulan okey jangan kata berjalan berdiri pun dia tak nak!Ha..ha..ha..dia lagi sanggup menangis suruh orang angkat dia dukung atau merangkak lagi cepat. 

Dia macam tau je dia last so manja nyer extra veganza sangat ni. Dah pandai merajuk, makan pun nak suap sendiri. Paham dah arahan orang cakap, gigi dah ada 8 dan alhamdulillah masih lagi full breastfeed.

Belanja 1 gambar merajuk πŸ˜„

Sufiya Irdina pun baru habis periksa 5 tahun. Dah start baca muqadam kot tapi kat sekolah masih lagi Iqra. Agak malas banyak berbanding Syahmi..hahaha.. Keras sikit orang nyer sejak-sejak dah besar nie. Dengan dia kene banyak-banyak bersabar dan stail nak uruskan dia ialah berlemah lembut gemalai macam Eady selalu layan dia. Dengan mama memang tak gemalai la, gulai ade la! Hahaha..

Harap anak-anak membesar sihat, bijak & ceria aje la. Soleh solehah tu kita bentuk pelan-pelan dengan cara Eady.

20 comments:

Nurzakiah Hanum said...

TOMEINYA

Nuriesya Nadia said...

Kemain tau muncung , nak pergi mana muncung tu dik oii.

Nuriesya Nadia said...
This comment has been removed by the author.
Mila Ahmad said...

macam2 ragam kan tp bestnye ada anak, doakan kita jgk kak.

Nieyl said...

hihi~nieyl ada tgk dlm fb akak..olololo...muncung dier...

Tihara said...

comel2 budak bertiga ni :)

Fiza Rahman said...

Triple SI yang handsome dan comel.

Alhamdulillah,,,bagusnya abam syahmi.

Babe, cer search IG @alquranpelangimadina , @alquranpelangumurah, @promote_barang_dagangan

Kakzakie said...

Pelengkap sebuah kebahagiaan idaman
Cuit sana-sini tetap ada
Tanpa mereka makan pun tak selera kan..
Sesekali kena menjerit tu biasalah..
Doa dari mereka kita perlukan bila kita dah tak ada kelak
So... didik semampu boleh.

ps: Cuba ke blog Noe suhaimi tak silap kakak dia ada jual al-quran yg warna-warni tu.

Lynda Che Lah said...

anak-anak..wlu mcm mana pun..itulah segalanya..
hehe..nice sharing kak

faraherda.razalan said...

Kawan suami saya, ada je jual al quran rainbow tu. RM70 tak silap. Heheheh!

Alhamdulillah Abang Syahmi mcm tu. Harapnya Aydin pun macam tu. Anak yg soleh. Aydin pun mcm Sufiya Irdina, kena psiko lebih. Tak ley terjah sbb sng spoil mood. Huhuhu!

SYANI said...

Hai Izwa.. lama tak singgah blog ni
Dah setahun dah si kecik tu ye.. kejap je masa berjalan.
Seronok tengok anak2 yang sihat ceria..

Tina Othman said...

Comel2 semua

Mas Zull said...

assalamualaikum izwa....cute nyer die...:)

Kesuma Angsana said...

suka baca cerita anak2 kecil macam ni, rindu zaman bila anak2 sendiri kecik2 dulu !

el said...

comey je 3 bradik tu
tp xleh blah tgk irdina merajuk lagi comey hehe

::EIDA:: said...

comey semuanya! yg tengah tuu bikin org gerammmm ajeeeee

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Pernah tgk Al quran warna warni tue.. tp tak igt la kat mana.. ezwa try Google tgk..bagus jugak kalau beli Al quran mcm tue..lagi menambahkan minat anak2 nk membaca Al quran kan..=D

nurfadilah suardi said...

Semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah

Zaza Abdul Latif said...

InshaAllah berkat doa ibu.. semoga jadi anak2 yg solehah & soleh..

LYAfrina said...

setiap anak semestinya dilahirkan dgn karekter y berlainan..
walau apapon karekter dia org... itulah kelebihan masing2..semoga ketiganya berjaya dlm khudpan dunia n akhirat. y pasti 3 beradik ni sgt sweet..miliki senyuman y sgt manis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang