thumbnail

Wednesday, November 19, 2014

Lelaki vs Perempuan | Suami vs Isteri


Sana sini asyik terbaca kes viral suami curang tu, tergelak-gelak pun ade baca setiap komen-komen tu. Yang emo, yang marah, yang kelakar semua ade la. Aku pun nak cakap marah sangat pun takde la jugak sebab aku biase berpijak pada realiti. Cuma yang aku tak suka dan tak berkenan adalah bab zina tu la. Sape yang nak setuju ye dak?

Okey, aku tak nak bagi pendapat pasal cerita itu sebab kiter bukan ade kat situ ye dak?

Yang aku nak cerita kat sini ialah benda tu sebenar nyer ade je jadi yang macam tu kat depan mata. Ade je lelaki/suami tu depan orang bukan main ber"sayang" ber"honey" ber"darling"segala ber ade tapi kat belakang main wayang dengan perempuan lain. Ade weh tak tipu! Depan orang dia lah lelaki/suami yang paling caring, loving, romantika de amor tapi belakang, orang gelakkan je isteri dia sebab terpedaya.

Bukan tak pernah orang bagitau atau kias-kias tapi mane nak percaya sebab dah depan mata tunjuk kat dunia dia lelaki/suami yang terbaik jadi mana ada isteri/perempuan akan percaya. Hah..nak salahkan siapa? Kalau dulu saiz XS sekarang saiz XXL, diri tak berjaga selekeh macam mana orang nak kesian? Huahuahua...jangan kata suami tu cari lain tapi aku pun lari kot. Bukan hina okey, pernah dinasihatkan tapi jenis bangsa ego ni langsung tak boleh ditegur ye. 

Maka, disini nak salahkan siapa? Kalau aku jadi lelaki pun boleh jadi hilang selera. Tak salah badan tu besar sebab berbadan besar pun masih boleh mencantikkan diri tau! Jangan la merendahkan maruah diri tu sendiri. Weh aku tak hina orang berbadan besar ye, langsung tak! Sebab kalau dah memang baka besar takpe la ini aku cakap KALAU DULU saiz XS kenapa biar sampai jadi XXL.

Ye aku tahu, kiter mak-mak bekerja ni adalah sangat busy dan takde masa untuk diri sendiri. Lagi-lagi yang ade anak kecik, menyusu jenis mengempeng 24 jam sampai rase nak ikat je dia kat badan ni. Ikut je mane nak pegi sampai 1 tahap nak mandi nak solat pun melalak macam kene bantai! Grr..bercakap dari pengalaman okey.

Benda ni berbalik pada diri sendiri dan kerjasama dengan suami. Serius weh, kalau kiter bekerjasama, bertolak ansur dalam rumahtangga confirm korang ade sedikit mase untuk bersiap cantikkan diri tu sikit. Sape tak suka makan? Aku pun suka, suka giler kot makan tapi jangan ar sampai tahap memboyakkan diri dan cakap "takpe laki aku terima aku seadanyer.." Phuiii..jangan la terikut sangat drama melayu weh, tolong la pijak didunia realiti.

Orang perempuan ni serba serbi kene jaga. Jaga suami, jaga anak dan semesti nyer kene la jaga diri. Jangan la jaga orang lain sampai terabai diri lepas tu bila dah jadi macam ni terus nak terduduk langsung tak boleh berdiri. Jaga diri tu cantikkan diri tu sampai suami pun bangga ada isteri yang cantik dan pandai jaga diri.

Zaman sekarang dah moden kan, main FB boleh takkan nak cantikkan diri tak boleh? Jangan la salahkan satu pihak tanpa nampak salah sendiri.

Yang lelaki/suami pun jangan la ambil kesempatan keatas isteri/perempuan yang baik. Tak baik okey, isteri ni biase kalau dah sayang sangat sampai tahap mampu menghambakan diri dekat suami! Tak caya korang tengok bini-bini yang biase kene bantai kene sepak terajang dengan suami kenapa diaorang tak report polis? Tak report kat Talian Nur? Sebab sayang weh! Sayang tak bertempat..grrr...

Dah ade isteri yang baik yang cantik, yang mampu buat semua benda dalam rumah jaga la perempuan/isteri tu sebaik nyer, belai la dia tak payah la susah-susah pegi cari lain. Sediakan keperluan dia, sediakan kewajipan dia jangan la tak layan skit batin tu terus cari kebatinan kat tempat lain..tak patut okey! Layak masuk neraka je lelaki/suami macam nie. Patut direjam dengan batu lelaki/suami macam nie.Suami macam ni la yang layak disepak terajang sepatut nyer. Ha..ha..ha..sibuk je dengan nafsu yang satu tuh!

Korang lelaki/suami check pulak diri tu. Solat cukup ke? Jemaah ke kat surau masjid setiap hari? Perut tu kempis ke macam zaman kawin dulu? Duduk rumah korang lelaki/suami tu pakai smart giler atau berkain pelekat berseluar pendek je ke? Kuku kaki tu bercagu ke tak? Misai janggut tu senonoh ke tak? Ade ke ringan tulang badan tu tolong isteri kat umah? Kalau takde jangan la berani komplen. Aduh..pandai komplen bini dah tak bergetah tak seramping dulu sedangkan diri sendiri pun dah membesar bagai juara.

Eh..emo pulak..ha..ha..ha...ini bukan entry salah perempuan atau lelaki tapi ini entry untuk check diri. Jangan marah aku pulak sebab ini cuma pendapat aku je. Lagi pun aku tak pernah alamai nyer jadi ini cuma sekadar ape yang aku rase dan fikir. Tu je.

Iman didada perlu ada, pokok pangkal semua berbalik pada ALLAH SWT. Penuhkan iman didada insya Allah tak jadi porak peranda.

Dah kenapa aku merepek sangat nie. Penat weh baca sana sini nak tegakkan sape salah dan benda tu sampai dibuat main-main. Sampai yang jual produk pun buat main-main benda tu untuk promote barang sendiri. Last-last orang yang jual produk jugak untung.

Dah, dah..jom check diri sendiri. Aku pun bukan lah isteri/perempuan yang tiptop banyak je lagi yang kurang tapi sekurang-kurang nyer pandai la jugak jaga diri. Jom, mane yang tak elok kiter kasi elok. Mane yang kurang kiter perbaiki. Jom kiter jadi isteri atau suami yang baik pada suami atau isteri sendiri bukan isteri atau suami orang lain! Ini tidak, dengan isteri suami orang lain kemain lentok manje bercuit-cuit tapi dengan isteri suami sendiri macam terrorist jek. Ermm..dunia dunia!

Eh..rabu terbebel pulak, patut Rabu is WW tau. Keh..keh..keh..

28 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ye la kan check diri sendiri

Mrs Puex said...

hohohoooo..terkesima menengok pn iwa kite ni bercelotek panjang..heheee..

ape ape pon, semua tu btol belaka..

NM03 said...

takut aku ngan citer tgh viral skang ni. aku no komen, takut nak komen... hehehe

Falsya said...

ade jugak baca psl suami curang segala bagai tuh...ishhh bile baca tuh takut gegurl tau..ya Allah, moga dijauhkan dr kite semua..amin2..

skang nie tgh berusaha nak turunkan berat..nak masuk 3 minggu xmakan nasik turun 3kg..mari kite mencantikkan diri kite..;))))

Hana Syed said...

hohoho hana pun baca juga cerita yg viral tu. hana pun tak berani nak komen cuma erkk telan air liur sndiri. speechless. Setuju dengan kenyataan izwa. Mcm tak setuju sebab tu buat alasan ko nak curang macam dah tak de pegangan agama plak. Hihi tapi smlm juga viral surat jawapan si mah tu..

Fiza Rahman said...
This comment has been removed by the author.
faraherda.razalan said...

Ok. Setuju komen Fiza. Mcm dlm entry sy jugak. Selalunya lelaki ni bg alasan je. Diorang kan ada 9 akal. Mcm2 alasan semata nak lepaskan diri sendiri. Lelaki pun dlm umah, hensem mcm Beckham 24 jam ke? Tak, kan? Hahahahah!

Kakzakie said...

Pada kakaklah Idzwa pucuk-pangkal masing-masing kena ada iman dlm dada. Kerana dgn imanlah semua akan berjalan lancar. Iman mengajar kita jadi cantik, jadi pandai, jadi yg baik-baik demi kebahagiaan mahligai yg dibina. Tanpa iman akan ada robak-rabik tak di sana, di sini - renungkan...

Lynn Hamzah said...

dalam situasi nie kena ada give and take...kena saling faham memahami dan bantu membantu...

❤Kamsiah❤ said...

setuju dgn kak Zakie tu...sbb tu islam menyuruh pilih pasangan kerana agamanya dulu..baru diikuti dgn lain2 perkara..

:: Cik Viva :: said...

taktau nak komen ape..tapi suka baca entri ni...penuh makna..

Ena said...

heheh..

ye la.. Pucuk Pangkalnya adalah Iman..
InsyaAllah yang mana kurang kita tambahkan
Yang terlebih kita sama ratakan..
Sikit2 terlebih or terkurang tu
Biasa.. sbb kita hanya manusia biasa
(^__^)

FatinArina Abdullah said...

Betul! Tapi bab zina tu yang xleh terima. So jom kita jaga diri dan kesihatan! Hehe

Hakim Zaini said...

saya setuju semua bergantung pada iman kita. :)

Fiza Rahman said...

True indeed. Tapi tu lah, dah orang lelaki ni ada 9 akal 1 nafsu. Kalau kurangnya iman di dada dan kurangmya pengetahuan agama, syaiton pon sesang nak masuk jarum.

Miz Eija said...

mak aiii... panjang lebor nya mak jemah hihi... sebenarnya niat dan hati tu penting... ape2 pun kena juga jaga kekemasan diri ye kaum adam & hawa :)

CintaHati Lina said...

kesetian akan teruji saat kebahagian itu sedang berkembang... tak kisah la suami atau isteri..saling berbincang.. dan bila isteri tak sempurna..bermakna suami juga tak sempurna... bukankan suami isteri saling memerlukan.. sebab berkongsi tulang rusuk bersama kan...

apa pun, kita sebagai isteri kemakini diri kita... dan suami pula kemaskin juga diri suami.bukan asyik pandang dahi licin je ...pengorbanan seorang isteri tu tak ternilai... apatah lagi dah ada anak..kan2 semua....

Bitt (double IS) said...

betul2...i pon ada komen pasal ni..tapi still post schedule...jumaat baru keluar aekkeke kes sekali tulis seminggu terus...adoiii tu la tanda buzy mengiler...ha mcm mana la tu kan semua nak di kejar...anak, suami, kerja rumah...diri sendiri lagi...blog lagi..adoiii hehehhe

kadang2 tak boleh nak komen sangat sebabnya dugaan Allah nak kasi tu lain2 setiap manusia...yang boleh ikat je laki dok kat pinggang kite...akekekekke

el said...

asik2 npk salah bini aduyai
bw2lah berbincang..x suka ckp direct
bini tu byk keje..kdg2 xsempat nak siapkan diri..
bglah dia rehat jugak..ni x mu g berzina lak ngan janda..bertahun lak tu huhu

uols dah bc http://www.sweetlikekisses.com/2014/11/aku-tak-nampak-pun-dekat-mana.html?spref=fb
lawak der tp ada betullnya

Tihara said...

moga kita semua dirahmati dan dilindungi Allah S.W.T

Daddy Ziyyad said...

Nah..saya kopipes balik status saya kat FB tadi...hahahahhaa..


Trivia:

Tahukah anda, hari ini, 19 Nov ialah Hari Lelaki Sedunia?
( dirasmikan pada 19 Nov 1999 di Trinidad & Tobago)

dan tahukah anda, hari ini, 19 Nov pun ialah Hari Tandas Sedunia?
( dirasmikan pada 19 Nov 2001)..

Lelaki, yang dah berkahwin, dan tiada six pack, dan terasa dirinya hebat dan layak berdampingan dengan wanita lain ( baca: extra marital affair), atas alasan isterinya sudah boroi / tua / kulit menggelembir...Makanya lelaki jenis ini, ialah jenis Lelaki Yang Lebih Hina Dari Tandas..

Mas Zull said...

assalamualaikum izwa...mmg kena pandai perbaiki diri kita sendiri...kalau x mmg susah jadinya semoga kita akan jadi yg lebih baik buat suami/isteri masing2 kn...:)

adianiez AIDA said...

pokok pangkal nyer ati.
ati kena tetap.
baik lelaki atau perempuan.
kedua, yes aida setuju ~ jaga diri fizikal dan mental.
biar the other party tu senang dgn kita :)

::EIDA:: said...

kahkahakhkahhh terbebel pulak yek.... bila pikir2 balik viral tu ade hikmahnya pada kita yang membaca. at least kita tahu, jangan perlakukan isteri or suami kita macam tuuuuu kannnnn.. amik iktibar kata koooo ~

Julia Johari said...

Hehehhe mmg viral dah kes surat laki kak mah hehehhe...tp betul ckp akak...muhasabah diri...saya pun sama...tu sebab suka sgt pakai warna2 ceria...bg suami tgk dulu...baru kita keluar rumah...hehhehehe akak saya mmg baka XXL tau...darah keturunan afgan jenis rangka besar...mmg tak leh nak jd XS huwaaaaaaa apala nasib huhuhu tp nsb dpt suami lebih kurang gitu hahahha so sama adil hahahha

Zaza Abdul Latif said...

mintak dijauhkan lah.. tapi lelaki/perempuan skrg terlalu berani
lagi2 tgk viral yang tersebar..

Kira Sakura said...

betoi kak setuju 120 peratus ape yang akak cakap tu. pernah jugak la jadi kat diri sendiri tapi idaklah suami kita curang. cuma ini nasihat sayang dari kawan yang rapat pangkat kakak. kira kan dulu suka pakai tudung senang sarung tu aje kan. pastu dia tegur kata jgn la selalu pakai tudung tu nampak tua dari usia sebenar, rajinkan diri pakai tdung bawal ke ape ke. since sekarang pun ada dah inner tdung bawal tu, tu yang terpk. ermm betoi jugak ape yang dia cakap. kadang suami kita ni nak tegur takut kita kecik hati, yela dah duduk jauh mcm kira kan. kang kalau tegur kang mau merajuk 3 hari mihmihmih. tapi alhamdulilah takat sekarang dia takde la komplen pape nya. janji menutup aurat katanya.

ehhh sory terluah perasaan dekat sini :p

aizamia3 said...

Kenalah rajin2 bertanya pada en. suami.. mana yang tak ok tentang diri kita.. pastu janganlah sentap bila suami bagitahu hal yang sebenar.. kenalah berusaha bagi lagi menarik tertarik daboom kat mata suami.. jangan main redah je.. sebab kita nak bersama sepanjang hayat ye dak.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang