thumbnail

Friday, November 14, 2014

Tips Jaga Hati Perempuan, Wahai Lelaki


Kemain kan tetibe aku nak jadi pakar motivasi. Ha..ha..ha..

Takde lah, ini lah masalah sejagat sesetengah lelaki yang susah sangat nak paham orang perempuan nie. Kalau korang yang lelaki-lelaki nak tahu 80% perempuan ialah berperangai ribut tau. Ehh korang tak eh? Aku je la? Ok la, okey.

Actually la kan, kebanyakkan perempuan ni macam kucing je sebenar nyer. Nampak garang giler macam harimau tapi manja pun macam nak giler jugak. Orang perempuan ni suka sangat dimanjakan atau diberi perhatian tau tak wahai orang lelaki.

Cuba la korang sms/wasap "sayang, abg lupa nak cakap tadi..hari ni  sayang nampak cantik la pakai baju tu" ok letak skit icon kenyit mata. Cukup. Confirm sengih je tau gegurl tu!
Sayang disini bukanlah saya..ha..ha..ha...itu contoh okey! Ini jangan la dah la ko tak kiss kiss muaahh muaah pagi tadi pastu tetibe ko sms "Yang, nanti pegi Sogo tu jangan lupa belikan abg minyak rambut abang!" amik ko dgn tanda seruan, memang membara je hati kawan ok.

Cukup sekadar sekali-sekala sepintas lalu sms/wasap loving-loving dah cukup membahagiakan hari dia. Menceriakan hati dia jadi bila hari dia sangat ceria dan bahagia sekaligus orang disekeliling dia pun termasuk ko lah orang lelaki akan dibahagiakan jugak. Paham?

Ingat jadi perempuan ni senang? Susah okey! Mane dengan hormon PMS nyer, mane dengan perangai nak merajuk nyer, mane dengan nak perhatian macam budak kecik nyer. Tu belum kire sakit mengandung nyer, sakit beranak yang sampai sumpah tak nak beranak lagi tapi tup tup dah jadi 3 orang..ha..ha..ha..

Cuba sekali sekala, balik dari solat Jumaat tu ade orang jual tudung beli sehelai yang RM10 pun dah cukup, lepas tu korang bagi mase dalam kereta. "Nah sayang, tadi balik solat Jumaat abg nampak tudung ni teringat pulak kat sayang, nampak cantik tudung ni" Ha...confirm wehhh korang akan disayang-sayang dihari berkenaan! Serius, orang perempuan ni bukan nak sangat hadiah mahal-mahal..ehh..dapat yang mahal sayang dia lebih lagi laaaa..ha..ha..ha..orang perempuan ni cuma nak perhatian dan dimanjakan je. Again, perhatian dan dimanjakan je.

Kadang, dapat tudung 10 hengget pun boleh buat dia senyum sehari dua ok. Tak caya? Cuba balik solat ni singgah beli kan. Bayangkan yang 10 hengget pun dah bahagia sekarang bayangkan yang ratus ringgit?Kekekekekek...

Tapi jadi lelaki pun susah jugak kan? Mane nyer nak pikir poket lagi, keje lagi, pikir GST lagi, minyak kete lagi ni tambah pulak dengan perangai perempuan yang macam ni? 

Ha..ha..ha.. nak buat macam mana! Korang lelaki terpaksa jugak la layan kalau tak hari korang akan haru biru. Kalau tak nak hari korang jadi biru atau hijau korang layan je isteri tu manje-manje elok-elok confirm dia akan layan korang balik lebih manje dari yang korang buat. Tak caya lagi? Sila cuba dulu.
Kalau tak jadi jugak korang kene check ko kawin dengan tomboi kot..bha..ha..ha..

Kenapa aku jadi pakar motivasi hari ni? Sebab aku perempuan sejati la aku buat entry nie.
Ha..ha..ha..

Sebenar nyer aku kesian kat Eady tu, dapat aku yang macam nie. Kelakar okey sebab dia selalu confius ape aku nak sebenar nyer. Kejap macam merajuk biler tanye cakap tak!
Eh..ni tips lagi ye wahai orang lelaki. Kalau perempuan tu cakap dia tak merajuk makne nyer CONFIRM DIA MERAJUK! ha..ha..ha...trick je sebenar nyer tuh.

Cara dia jangan pujuk sebab kalau tak nanti akan menjadi-jadi tapi korang buat biase-biase je tapi concern. Paham? Cuba pegang tangan dia. Kalau dia tepis-tepis pegang je jugak! Lama-lama dia akan diam, ala tepis-tepis tu memang confirm merajuk la tu.
Pegang je tangan tu, kalau kat luar ajak dia lepak minum atau makan dulu ke beli ais krim ke coklat ke. Ha..gitu. Sambil duduk tu cuba la peluk belakang dia usap-usap skit confirm sejuk la. 

Orang perempuan ni manje aku kate walaupun aku ni hari-hari nampak serupa askar komando nak pegi berperang je tapi aku ni manja lembut kalah kapas kate ko. Bhahaha...
Yang tau aku ni macam mana abah aku je. Dia je tau macam mana nak handle aku ni, cara mana nak cakap dengan aku nie. Eady pun tak abis menuntut lagi.

Aku jenis kalau kau lembut dengan aku aku lembut dengan ko tapi kalau ko kerek dengan aku 10 kali aku kerek dengan ko. Okey 2 tips je aku boleh bagi, kalau bagi banyak kang susah pulak orang perempuan nak cari pasal nak merajuk. Ha..ha..ha..


Sekian ntah ape aku merepek kat sini!

15 comments:

Kakzakie said...

Senyum lebar kakak baca N3 Idzwa hari ini
Motivasi terbaik buat pasangan suami-isteri
Pengalaman mengajar diri utk memotivasikan dan dimotivasikan..

InaAchik said...

perempuan is complicated!
nak-nak dekat nak bulan mengambang. kekekkee...

Nurzakiah Hanum said...

senyum sampai telinga nie

Fiza Rahman said...

Hehehe...tak susah sebenarnya nak amik hati pompuan ni kalau si lelaki tu tau macam mana nak handle. Org pompuan ni hatinya lembut dan cepat terguris. Macam aku. Dan cepat juga hilang rajuknya kalau di pujuk dgn cara yg betul.

Tapi nasib lah aku ni bukan jenis pompuan yg kaki sentap yg kuat merajuk tak tentu pasal ☺

faraherda.razalan said...

Lelaki ni harapan je lebih. Hahahahah! Dah penat nak merajuk sbb bukan nak pujuk pun. Tapi kite pun tak pandai pujuk diorang. Mcm mana ni? Hahahahah!

el said...

kita ni penat merajuk..penat membebel..tapi cam tu gak..ok fine redha setiap pasangan ada kekurangan dan kelebihan
xpelah gaduh..hari2 gaduh..baik balik..gaduh balik..baik balik..xpe as long perhubungan tu masih kekal
then org laki2 ni mn nak kisah semua tu..penat kut melayan bini merajuk je..nak amek hati bini konon..hati suami same nak jaga (kata suami) hahaha adoiiii

ntahlah berdoa agar r/tangga aman damai bahagia hingga ke jannah
gaduh2..salah faham...merajuk..marah2..tu semua asam garam r/tangga

tp kdg2 mmg xthn...keriau satu umah hahaha
el pun mcm mandor/singa/hantu mcm2 lagi lah haha



beba ifa said...

wah..semua kaum hawa yang komen ni..sy pun ikut komen la juga..hahaha
bahagianya dah kahwin ni..hahahah tapi sy kena study la dulu...baru habis diploma ni, hehehe belum boleh kawin lagi....

Zaza Abdul Latif said...

Amboi pakai motipbasi sangat kann.

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Salam Perkenalan.
Follower #1375.
drshikinzainal.blogspot.com

Mas Zull said...

assalamualaikum izwa...betul tu keras2 permpuan ni kalau dipujuk mesti okay nyer...mcm kerak nasi rendam dlm air mmg cepat je lembutnya...:)

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Btl tue izwa..kita nie org pompuan kdg2 drama jer lebih kan..hehehe

uncle gedek said...

lepas ni up satu entri tips jaga hati lelaki?

hehe

Kira Sakura said...

okey senyum sensorg baca hahahahahahaha

kannnn jangan pujuk kalau dah merajuk makin merajuk la jawabnya tapi tetap nak kena pujuk jugak ehhhh :p

hainom OKje said...

betul...betulllll...... okje ni walau dah kilauan nak gak merajuk weyh hihi

Norliza Osman said...

betul tu..kih3x senyum tak habis sy bc entry ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang