thumbnail

Monday, December 29, 2014

Banjir Di Pantai Timur & Kapal Terbang Yang Hilang


Lama tak berblogging, macam tak rindu pulak..huhuhu..almaklum bukan blogger tegar.

Banyak cerita nak dikongsi tapi kita simpan dulu untuk menghormati mangsa & keluarga yang terlibat dengan banjir dan keluarga penumpang kapal terbang yang hilang dari radar. Walaupun aku tahu diaorang tak baca blog ni tapi aku membayangkan macam mana kalau aku berada ditempat mereka..

Sedih, sebab semua gambaran secara langsung aku dapat di wasap dari orang office yang pegi menghulurkan bantuan. Apa yang boleh aku cakapkan di pantai timur sangat kritikal. Bayangkan mereka yang ada anak kecil macam aku? Lapar, sejuk, basah, penat, sakit..semua bersatu menjadikan aku hilang punca untuk bercerita tentang aku bercuti dengan keluarga mertua.

Dimana seronok nyer kalau dapat gambaran seorang bapa yang merayu untuk membeli pampers & sedikit makanan dengan mendayung rakit pintu dari kejauhan? Allahuakbar..redakanlah banjir ini..

Hentikanlah segala sengketa di medan sosial, hentikanlah sindiran-sindiran kasar yang menyebabkan kita berpecah belah. Kita menyindir pun tak buat kita kurang atau lebih dari orang yang disindir.

Hari sabtu aku balik ke KL dengan flight pagi..alhamdulillah penerbangan pergi dan balik berjalan lancar tanpa ada gangguan. Alhamdulillah juga doa aku Allah SWT perkenankan. Almaklum la kan orang penakut dan trauma ni, sejuk perut kaki tangan sebelum naik flight. Doa tak putus-putus.

Buat keluarga penumpang kapal terbang itu..semoga tabah & kuat hadapi dugaan ini.
Buat mangsa dan keluarga mangsa banjir..bersabar ya hadapi dugaan besar ini. 
Hanya doa dan sedikit bantuan sahaja yang mampu aku hulurkan.

16 comments:

Kakzakie said...

Moga dgn apa yg terjadi di sekeliling kita dapat mendekatkan diri kita semua kepada Allah..

Nurzakiah Hanum said...

assalamualaikum
singgah pagi
hari ini x berapa ada mood nak update
mengenangkan rumah anum kena banjir

Mia Kassim said...

Byk dugaan tahun 2014 ni Izwa ... berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya ...

Fiza Rahman said...

Sangat² sedih. Cikgu² kat taska/tadika anak² aku pon tak terkecuali bila family dorang antara mangsa² banjir kat kelantan. Membaca status² & gambar² banjir adalah sangat memilukan.

Kayu Manis said...

rasa mcm nak terbang jer selamatkan diorg.
kapasiti terhad
jadinya derma apa yg ada dan doa berpanjangan..makan minum hati tetap ingat diorg..sikit2 suruh anak2 ingat mangsa banjir..sampaikan anakanda muhammad.."muhammad makan ingat kat mangsa banjir..'insafff kami semua..

Nieyl said...

Salam singgah...
nieyl pun dah lama x update blog kak..
cuti panjang..hihi..
walaupun kita tidak mampu membantu dr segi tenaga...
sumbangan dr segi kewangan,barangan dan mendoakan kesejahteraan mangsa2 banjir itu dah memadaikan..:)
semoga dipermudahkan segala urusan mereka..

HeNRieTTa JoSe said...

kata orang..andai kita xmampu membantu apa apa...kita masih boleh mendoakan mereka...itu juga satu bentuk bantuan....moga segalanya akan pulih seperti sediakala....

Cho Zila said...

memang tak mmp nak membayangkan.. kitani diduga sedikitpun kadang dah rasa down sangatkan..
tapi percayalah cubaan dan dugaan dariNya pasti ada hikmah dan yang penting kena lah kita ambil iktibar..
kalau bumi Acheh yang ditelan suatu masa dulu rasanya lebih dasyat dari ini boleh bangkit pasti di sini juga boleh...

Aziela said...

Akak rasa nak lempang jer org2 yang takder perasaan tu...

Falsya said...

sedih bile memikirkan nasib baby2, anak2 warga tua kat sana..Allah!..

Kira Sakura said...

kan kak. jadi hilang punca tak bersemangat nak update blog. takde rasa nak hadap blog. hati risau, resah

Daddy Ziyyad said...

saya bayangkan org yg ada sakit kritikal, perlu jalani dialysis / perlu cuci luka( dressing setiap hari)

Mas Zull said...

assalamualaikum izwa...byk betuk dugaan yg Malaysia perlu hadapi pd tahun 2014 ini kn...lepas satu persatu trajedi berlaku...moga ada hikmah disebalik semuanya ini...:)

Pha Is said...

smoga segalanya selamat...

dah lama x singgah sini.. :)

Julia Johari said...

Sudah selamat pulang ye sis izwa...alhamdulilah...julia pun xd mood nak cerita entry pasal holiday...biarlah peram dulu...hati tak tenteram tgk satu demi satu negara kita diuji banjir dan kapal terbang AA hilang dari radar...ya allah

el said...

lau x mampu membantu mangsa2 banjir tu
doakan mereka supaya dipermudahkan dan bencana ni reda amin yra

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang