thumbnail

Tuesday, December 02, 2014

Hari Anugerah dan Konvo Taska 2014


Hari Anugerah Syahmi Irsyad Suhaidi.

Mane nak mula? Majlis pun dah berminggu-minggu berlalu..ha..ha..ha..mak peram sebab mak takde idea nak mengarang kat sini.

Kehilangan idea dek kerana ter"sentak" seketika dengan orang negatif yang berkata "alaa..anak baru darjah 1 kot nak kecoh-kecoh padahal mase akan datang tak tau berjaya ke tidak!" er...err..kalau dulu mak hati kental, tapi sejak dah "remaja" ni asyik nak sentap jek..keh..keh..keh..faktor usia kah?

Tapi..ehh tapi lagi, disebabkan kak Hanis Azla la mata aku terbuka besar. Bila mana dia menyatakan setiap kejayaan harus dihargai. Setiap rezeki mesti disyukuri. Bagiku, kejayaan adalah untuk dirai. Bukan dikeji. Tak caya korang boleh baca entry kak Hanis Azla ni.

Gagahkan diri, gigihkan jari jugak la share kat sini sebab mane tau Syahmi tersesat baca blog mama dia. Almaklum la kan, anak dah besar dah pandai membaca dah paham semua benda dah pun. Jadi, lets kiter mengarang sikit-sikit.

Hari Anugerah di sekolah kebangsaan Syahmi

Periksa no.3 & bahasa arab terbaik

Hari Anugerah sekolah agama

Periksa no.3, matapelajaran akhlak & bahasa arab terbaik jugak disekolah agama.

Kebetulan dua-dua sekolah dia periksa dapat no.3, dapat markah terbaik untuk mata pelajaran bahasa arab dan akhlak. Suka sangat dia dengan bahasa arab. Mengaji al-quran pun dah lancar dah. Setakat ni perkembangan Syahmi biase-biase je.

Konvo Taska Sufiya Irdina pulak.

Hari Konvokesyen Taska Mara

Anak kembar versi lain tahun dan lain jantina..hahahaha..

flower girl

lagi

dan lagi

antara anak-anak taska semua 5 tahun

yang konvo anak-anak 6 tahun

Sebenar nyer, Sufiya Irdina sekadar menjadi flower girl mengiringi anak-anak 6 tahun naik ke pentas tapi sambutan mama abah dia kemain meriah dek kerana anak cantik sangat jadi flower girl. Ha..ha..ha..

Dan tercapai sudah impian Sufiya Irdina untuk jadi flower girl sebab kebetulan cikgu taska pilih dia jadi flower girl dalam ramai-ramai anak kat taska. Lama dah dia cakap nak jadi flower girl tapi kat mane pulak aku nak bawak dia jadi flower girl..he..he..he..

Gigih la mama, mak tok dia pegi cari gaun, stokin, kasut & cekak semata nak bagi dijadi flower girl tercantik di majlis konvo taska ;) seharian dia pakai gaun tu.

makan dan makan

Budak ni senang je, dari awal majlis bagi je dia makan kenyang-kenyang. Baru start majlis dia bantai tido, separuh mase majlis berjalan dia bangun bagi je dia makanan, confirm sampai kesudah majlis abis langsung tak meragam, tak menangis. He..he..he.. dah cakap dah Syakirah ni bagi je dia makanan confirm diam jek.

Sufiya Irdina - Bacaan Cahayaku Bahasa Malaysia terbaik 5 tahun

Periksa tak tau no berapa sebab cikgu tak cakap pun. Yang tahu semua anak dapat hadiah saguhati, semua anak naik ke pentas walaupun hadiah tertinggal kat taska kiter pusing je pakai kawan punye.Hehehehe..hari ni la kot baru dapat hadiah dia yang betul ;)

cikgu-cikgu taska.

ibu-ibu taska

Banyak gambar yang ade tapi malas nak letak semua. Kang berat pulak blog nie.

Tapi yang ni nak letak jugak! Hihihi..dah jadi wallpaper aku hari ni gambar nie.

Overall, anak-anak semua biase-biase je perkembangan tapi tetap nak kene bagi reward. So nak tunggu tengah bulan ni la 15hb dan 20hb nak naik kapal terbang (yang mana aku benci sangat naik kapal terbang..pffttt..), nak balik Labuan. 

Bising sangat tanye biler nak naik kapal terbang padahal itu la benda yang paling aku elakkan. Ha..ha..ha..

Bulan 12 is bulan aku busy.
Oh, sebelum tu doakan aku untuk interview kenaikkan pangkat pada 03hb December ni ye. Haritu aku amik exam, lulus exam baru org HR panggil untuk interview pulak. Berdebar weh sebab dah lama kot tak interview nie.

27 comments:

Jueliza Jamani said...

wahh.. qebal belum lagi 14 dec ni.. lambat betul SRK ni tau.. kesian budak ni dah tak nak g skool..

Bitt (double IS) said...

congratulations...cantiknya flower girl tuh...

psst, dulu i kat MARA gak...hahahhaa akademi infotech mara, satu badge dengan husband nooraini tuh :)

mama tisya said...

tahniah utk syahmi...gmbr sefamily last tu cun..good luck utk interview naik pangkat

Kira Sakura said...

hishhh benci betoi la orang yang sukaaaa nak negatif setiap kegembiraan orang lain. doakan aje la yang leklok. hishhhh

ehhh tahniah abang syahmi moga terussssss success lepas ni

kakak sufiya cantikkkkkkk sangat

ain.ya.nun. said...

Ignore je -ve people dan sentiasa bersama dgn org2 yang positif ;)

Mrs Puex said...

alaaa..cite graduation day aireen pon dok terperam lgik..tambun pon peram jugak..adehh...

btw, all the best utk interbiu tuh tau..be cool, be urselfh.. in sya allah semoga dipermudahkan segala urusan..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Memang cantik manis flower girl tu.. auntie pun suka :)

Bin Muhammad said...

Pasti bangga melihat anak naik pentas menerima anugerah! Tumbang bangga buleh... :)
Tahniah Syahmi... Semoga terus cemerlang menggapai cita2

Nieyl said...

Alhamdulillah..anak berjaya dlm pelajaran...
ibunyer pulak di beri rezeki untuk exam kenaikan pangkat...
InsyaƁllah nieyl doakan semoga segalanya berjalan ngan lancarnyer...Amin...:)

el said...

ada je mulut xpuas hati hahaha
anak2 kenalah reward even x capai yg terbaik
diorg dah do the best kan
itu adalah satu semangat tuk diorg

mmg cantek sufiya jd flower girl
adik dia pun comel je siap bantai tido dah kenyang heheh cute

gud luck interview..jgn lupa parti buih kbai

SalbiahM said...

tahniah Syahmi! comelnya Sufiya Irdina! nanti Auntie Sal kahwin bolehla jadi flower girl ye. ;) ala, kak..kita tau niat kita, nak share story je kan..mestilah bangga dengan anak sendiri

Lynda Che Lah said...

all da best akak..
kejayaan anak wlupun hanya dari meniarap ke merangkak pun dah anggap pencapaian paling membanggakan buat kita..
semoga anak-anak akak terus berjaya dunia akhirat..
cantiknya flower girl..

Kakzakie said...

Menghargai kejayaan anak dan tunjukkan rasa kita gembira pada kakak tak salah
Boleh dijadikan pemangkin semangat anak yg lain.
Biasa budak lelaki kalau dari kecik cemerlang insya-allah sampai besar cemerlang (akak lihat pada anak-anak buah kakak yg ada). Budak perempuan tak sama kadang kecik pandai tapi besar kurang sikit melainkan dilipat-gandakan usaha berbanding budak lelaki. Itu anugerah Allah yg tak boleh kita pertikai

Tahniah utk seisi keluarga

Yg pasti kakak geram tengok budak Syakirah tu:)

Fiza Rahman said...

Babe...abaikan lah orang macam tu. Bak kata ustazah norhafizah musa, kita kena hargai keputusan anak² kita even dia dapat berapa markah sekali pon. Dia dah bertungkus lumus belajar kat sekolah. Apa salahnya kita rewards atas usaha dorang kan.

Toncet tu. Dah lama tak nampak...hehehe...Sufiya mcm biasalah, bukan main silang lagi kaki tu yerp. Cantik sgt flower girl.

Fiza Rahman said...

Lupa plak. Good luck utk interview esok. Smoga di permudahan olehNYA ☺

Julia Johari said...

alhamdulilah....tahniah konvo sgt meriah...suka la tgk meriah...sis wa biarkan mereka yg negatif tu...kak wa all thr best ye interview kenaikan pangkat....semoga dipermudahkan...amin

Lynn Hamzah said...

tahniah...tahniah...lantak la apa org nak cakap...insyaallah anak anak kita berjaya dunia dan akhirat...

- dieyana - said...

tahniah..moga anak2 kita Berjaya dunia akhirat...amin

haisy, mak selalu gak kena dgn org yang ckp gitu..sentap mmng sentap..tapi mak buat bodo je..mak masih bodo buat entri anak2...tak kisah naka drjh satu ke..darjah tujuh ke...haisy..moga Allah terus beri kekuatan utk kita semua...

aizamia3 said...

Jangan fikir orang nak kata apa.. anak kita.. blog kita.. terpulang kita nak corakkan macam mana intipati dalam blog kita.. ;)
Moga selamat perjalanan pergi balik ke Labuan.. wah balik kampung ye anak2 semua.. ;)

Moga temuduga itu dipermudahkanNYA..
Part temuduga yang den paling tak suka.. huhuhu.. lomah sendi den..

Shark Kay said...

comeynyer flower girl tue.
kiut miut..
tahniah buat syahmi..
hebat tu kalau dh dapat hadiah

Etuza Etuza said...

Asalam adik dapat hadia ya..tahnia..dari uncle Etuza

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

good luck o.k ....semoga bertambah rezeki :)

Mas Zull said...

assalamualaikum izwa...tahniah2 buat abg long n adik...sweet sangat...;)

Ha Md said...

Wah.. Tahniah syahmi. Impian sufiya jadi kenyataan. Best tu.. Good luck ya izwa. Semoga awk berjaya..

Hanis Azla said...

As-salam Izwa..

Alhamdulillah.. Tahniah Syahmi.. Tahniah.. Sufiya Irdina.. Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat.. insyaALLAH.. Tahniah untuk izwa dan suami juga.. Kejayaan yang kecil juga perlu dirai.. mana tahu ianya akan membuka rezeki kejayaan yang lebih besar suatu hari nanti.. insyaALLAH..

LYAfrina said...

princess comel sgt..
tcapai jgk impian nk jd flower girl..

setuju kata kak hanis azla...
lya lantak la org nak kata apa..
berbalik pd niat... motip utama buka blog sebab apa?/
sbb kita nak abadikan kenangan ank2 kita mmbesar kan...
bkn kita bblog utk tulis gosip... dll...
klo perkongsian tmpat mkn..niat just nak share bisnes kedai tu...
y penting HATI.. kita tahu niat kita..jauh sekali nak riak n mnunjuk..
teruskan izdwa... jd diri kita sndiri..
blog kita..diari kehidupan kita

hainom OKje said...

Cantik gambar bawah sekali tu Idzwa.....
Tahniah buat abang dan kakak ..... Kakak mmg mcm pengantin tau....comel sangat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang