thumbnail

Friday, December 12, 2014

Jilinieja Homestay Mesilou, Kundasang Sabah


Cuti sekolah menggamit lagi!
Giler ape..cuti sekolah dah nak habis dah pun..ha..ha..ha..

Takde lah weh, aku ni nak share homestay yang terletak di tempat yang paling menarik bagi aku. Kat mane lagi kat Kundasang tu la! Serius weh, aku ni memang TER jatuh cinta la dengan Sabah especially Kundasang nie. Seronok okey! Kalau boleh tetiap tahun nak repeat.

Cuma tahun ni sedih sikit tak dapat pegi sebab nak balik Labuan bertujuan nak bercuti berehat dengan abah mak mertua je. Abah mertua pun tak berapa sihat kan, so nak berjalan tu rase macam tak sesuai pulak time-time nie.

Wahhh..kemain panjang mukhadimah aku.

Okey, serius sikit.

Aku ni nak share dengan korang, homestay dengan harga mampu bayar buat sape-sape yang berkeluarga besar macam aku nie. Nak fefeling hotel silakan tapi kalau berfamily macam aku ni memang homestay lah pilihan hati. Boleh masak, jimat duit lagi.


Jilinieja Homestay Mesilou, Kundasang


Mane nak cari homestay betul-betul hadap puncak gunung Kinabalu?

Jilinieja Homestay Mesilou, Kundasang boleh berikan pemandangan indah dipagi hari uolls! 
Giler seronok! Serius, tahun depan kalau aku jadi pegi Kundasang memang Jilinieja Homestay Mesilou, Kundasang menjadi pilihan aku!

Dah la dekat dengan Dairy Farm ala-ala New Zealand Malaysia tu. Aduh rindu ok dengan Kundasang ni. Rindu dengan sejuk-sejuk dia..perghh...seronok layan kabus pagi hari tau. Malam-malam lawan keluarkan asap dari mulut macam kat oversea tu. Kundasang ni tak sama feling dia macam Cameron korang! Tak caya pegi la sekali kat Kundasang ni confirm korang akan terkagum-kagum.

Eh..terlebih excited pulak aku. Ha..ha..ha..

Okey, okey..nak bagitau lagi yang homestay ni adalah bersih, halal diyakini muslim. Heh..sebab owner dia islam la aku cakap macam tu. Orang kiter jugak. Kat sana korang kene betul-betul cari homestay muslim only ye sebab kat sana bersepah babi panggang ditepi-tepi jalan.
Korang sanggup duduk kat homestay yang periuk kuali dia dikongsi bersama babi? Ha..ha..ha..memang tak la! Tapi di Jilinieja Homestay Mesilou, Kundasang ni tak payah nak risau-risau bab itu.

Jom kiter tengok kat dalam homestay ni.
 
 
 
Sekali lagi nak bagitau, Jilinieja Homestay Mesilou, Kundasang ni adalah homestay yang biase-biase je.
Jangan la korang nak harga murah tapi nak homestay taraf hotel, memang tak dapat la.
Untuk tido semalam dua dah cukup selesa dah bagi aku homestay macam ni.

Lagi pulak, kat sana susah nak cari makan ye malam-malam buta tu. Takde nyer nak cari restoran tomyam kat atas puncak gunung Kinabalu tu. Maka masak sendiri adalah alternatif yang paling bagus. Yang syok nyer boleh BBQ kat situ. Syok nyer...dah la malam-malam kat sana sejuk mencengkam pastu korang layan ayam BBQ plak..memang terbaekkk argghh...

Jadi homestay la pilihan yang paling tepat untuk yang bekeluarga. Kalau yang hanimunan korang pegi je la duduk kat hotel/resort tu.
 


Peta

Nampak antara pekan dan homestay jauh mane?
Takkan malam-malam nak naik turun pegi cari makan ye tak?

So korang, ape lagi!
Book tiket ke Sabah yang best tu lepas tu book Jilinieja Homestay Mesilou, Kundasang ni.


Kg. Mesilou, Kundasang
Ranau, Malaysia
012-230 6160

25 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnya
view yang sangat indah

Maria Firdz said...

Bestnya cuti..

Ann said...

same la kak..teirngin nak repeat kundasang lagi ni...best udara sane..nyaman n fresh kan..

menarik jugak homestay ni klu g reramai xsunyi sgt dok sini kan..

Jueliza Jamani said...

wehh aku ingat hang dah sampai sana.. hehehe.. bestnya...

Nuriesya Nadia said...

Bilalah nak sampai Kundasang ni haih.

el said...

ntah bila nak smpai sn
lau smpai insyallah nak book homestay ni

Falsya said...

nie yg wat lagi nak bercuti ke arah sabah nieee..huwaaaaaaaa.

SalbiahM said...

semoga tercapai hasrat akak ke sana..saya pernah sampai kundasang, tapi day trip je..best betul kalaudapat dok homestay camni!huhu

HeNRieTTa JoSe said...

rindu nak ke sana lagi....
hirup udara segar sambil mnum susu segar feeling feeling new zealand...
hehhee

Aziela said...

Banyaknya katil. Untuk ramai orang, memang berbaloi sangat lah ni kan.

Kayu Manis said...

info menarik.. suka homestay ala kmpung gitu..
nti boleh tinjau2 dr sini.. tqvm

Ujie said...

pernah sekali je ke Kundasang, mmg sgt2 dirindui! dia punya sejuk nyaman mmg tak sama mcm Cameron kan.
thanks share homestay ni, saya dah siap simpan contact no tu pun. hehee

Julia Johari said...

kami dpt tgk gunung kinabalu tu pun rasa mcm xnak balik kak...kalo dok homestay ni gamaknya ju x mo balik kl dah hahahhahahha best

wahida said...

aku pernah pi kundasang, tapi x bermalam la...sbb kami tido kat KK.
tapi kundasang mmg best la..mmg feel dia lain dgn cameron...

Mrs Little Voice said...

teringin sangat nak ke kundasang...insyaAllah..satu hr nnt

Ha Md said...

pergi sabah dah berkali tapi tak pernah g cattle farm tu.. T_T
teringin gak nak gi rumah terbalik juga. tapi selalunya mesti tak sempat..
masa naik kinabalu haritu, rasa mcm tak melalui mesilau. terus ke kinabalu park. tapi pinggiran gunung tu mmg serius sejuk. nak basuh tangan pun sejuk..

Lulu Caldina said...

Suka singgah castle farm minum susu :)

Etuza Etuza said...

as'salam osonong nokuruba ti blog nu tuan..maan ku polink kio bloglist meruruba tokou bo gia hiti blog kio gaman

Latifah said...

Salam ziarah...

Best nyer.. teringit nak pegi n panjat gunung.. tp boleh sy smpi ke puncak (^_^)

LatifahFazri

LYAfrina said...

mmg cantik kat kundasang..
ntah bila la boleh fly kesana jugak

eMMe said...

cantik la view di kundasang... idzwa, syok la... mmg idzwa rekemended la yea... tq idzwa.. tgk bajet tawon depan camner.. lagi pun ade anak kecik ni.. susah skit la.. jalan2 dkt2 dah la.. heee ...

Fiza Rahman said...

Cantik view. Mampu tengok gambar jer lah. Nak ke sana ntah bila.

Kesuma Angsana said...

wah cantik ni, tq berkongsi yer

aRz MoHa said...

wah menarik berekatan tempat peranginan dan perlancongan

Kira Sakura said...

kundasang memang best kak. betoi sejuk dia tak sama dengan cameron. langsung tak sama. tapi yang tak bestnya hari kejadian ktorg di kundasang kira kena demam urat. adoiiii terus spoil mood yang ada. paling kesian dekat suami huuuu. tapi insyaAllah lain kali nak repeat lagi pergi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang