thumbnail

Wednesday, December 31, 2014

Selamat Tinggal 2014 Yang Mencabar


Entry akhir di 2014, banyak kisah suka duka sepanjang 2014 nie.
Kisah gembira dipenutup 2014 terpaksa aku simpan dulu untuk selesaikan isu banjir di Pantai Timur dan mangsa nahas kapal terbang Air Asia Indonesia QZ8501 itu. Takziah & al-fatihah.

Banyak masa lagi untuk aku throwback kisah 2014 tu nanti :) apa yang pasti mingu-minggu ni aku busy sebab terlibat dengan misi pengasingan barangan untuk dihantar ke mangsa banjir di Pantai Timur under pengurusan office aku nie. Alhamdulillah ramai yang menghulurkan barangan, makanan segala nya untuk mangsa disana. Kontena pun dah beberapa kali jalan ke sana.

Takde ape nak update sangat pun kat sini sebab tak duduk depan pc pun, jadi harap korang paham kenapa aku tak BW balik ye. Insya Allah aku akan jejak semula selepas semua nyer selesai.

Ape pun harapan aku, biarlah 2015 ini lebih indah dari tahun 2014 yang sangat mencabar buat semua terutama aku dan keluarga kecil aku pun terasa sangat impak ke"cabar"an tahun 2014. Fuhh..sesak nafas dengan tahun 2014 okey. Banyak kisah sedih duka yang tak pernah aku cerita disini kerana itu kisah kami, bukan kisah aku jadi biarlah ia nya menjadi rahsia. Harapan aku biarlah 2015 kami lebih cantik buat kami.

Alhamdulillah setakat ni anak-anak pun sihat-sihat aje, persiapan sekolah pun dah hampir selesai. Harap dengan permulaan cantik ni akan berpanjangan sehingga penutup 2015.
Aku bukan manusia yang berazam disetiap malam tahun baru, tak. Aku adalah orang yang nekad, yang niat setiap hari. Aku tak paham dengan konsep berazam setiap malam tahun baru tapi keesokkan nyer menjadi manusia yang sama, tak berubah pun. Hmm...

Penguat jiwa aku nie.

Selamat tinggal 2014 yang mencabar, selamat datang 2015 yang diharap lebih indah! ;)

15 comments:

Falsya said...

tahun 2014 nie mmg tahun yg mencabar bg negara kite especially kan kak..kite xde azam..nak buat main redah je..hehe..

apepun simpan kenangan 2014 sebagai kenangan..semoga tahun 2015 kite semua lebih baik dr sebelum2 nye..amin..

❤Kamsiah❤ said...

selamat menyambut th 2015..semoga ianya menjanjikan yg lbh baik utk kita semua..

Bin Muhammad said...

Semoga tahun 2015 membawa sinar kebahagiaan dan kejayaan yang lebih gemilang... walaupun tahu, 2015 adalah tahun yg amat memcabar buat kita semua.

Kakzakie said...

Teruskan berdoa moga 2015 memberi segala kebaikan buat kita semua.

aizamia3 said...

Moga bantuan untuk mangsa banjir dipermudahkanlah hendakNYA.

safurara said...

happy new year kak.semoga kehidupan kita baik baik je lepas ni ye kak.

Fiza Rahman said...

Selamat tahun baru 2015 beb. Semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun yg sebelumnya.

el said...

oi gambar cantek sgt ni..suka suka suka nak gambar lagi
ok ok happy new year..semoga di tahun baru ini memberi yg terbaik tuk idzwa sekeluarga dan kehidupan diberkati olehNYA amin yra

Kira Sakura said...

keluarga kecik kami terasa jugak cabarannya tu kak. tapi mungkin la cabaran kita tu lain dan berbeza kan hihihi tapi ape pun moga hari esok dan mendatang akan lebih baik buat family akak, family kira dan kita semua amin

Jueliza Jamani said...

Selamat tahun baru izwa.. semoga tahun 2015 lebih bermakna.. beb aku nak kidnap hat ketot tu.. comei sgt aihhh.. heheheh

Nur Masliza Muda said...

Happy new year. Semoga kedatangan tahun 2015 memberikan kebaikan dan kejayaan untuk kita semua. Jemput singgah ke blog saya yang baru berjinak-jinak ni http://mummyfiras.blogspot.com

Puan Wawa said...

Salam izwar.. happy new year..

Smg mangsa2 banjir terus tabah..

SalbiahM said...

selamat tahun baru sis...

mamawana said...

Assalamualaikum

Hi idzwa. Bin kita sama...heeee

el said...

arrghhh lawa giler gambar tu..xcukup 1 nak semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang