thumbnail

Monday, March 31, 2014

Happy Monday!


Tapi monday aku tak happy!

Cuci mata dulu :)

Fenattt ke sana ke mari!Ni hadpet ikut hp je, almaklum internet di hujung jari kannn :)
Will bw later ya!Wait for me babeh!

nota kaki : pagi pun panas..fuhhh..peluh mak!



Friday, March 28, 2014

Semua Datang Dari Allah SWT



Amanah kami

Salam jumaat...



nota kaki : selamat berhujung minggu semua..

Thursday, March 27, 2014

Terbaru..Terima Kasih..Terharu..


Sila pandang anak panah

Akhir nyer..1 tempat dikumpulkan semua tempat yang pernah kami menginap/bercuti..
Takde la gempak macam orang lain yang dah pusing 1 dunia, cuma ia untuk memudahkan aku sendiri nak selak balik gambar-gambar kami yang dulu..

Amik masa jugak la nak pikir macam mana nak buat, almaklum la aku bukan pakar bab-bab menggodek templete ni so TERPAKSA minta tolong dengan adik saya yang sorang nie, Adik Kumbang Comel terima kasih sebab sudi tolong akak walaupun akak dah BANYAK GILER KOT susahkan ko.. ;) btw..templete blog aku ni memang tempah dengan dia ye..
*tetiba-tiba rase nak tukar templete plak..he..he..he..*

About Me (Tentang Aku) yang kat atas tu pun dia yang letak kan.
Seriusss..aku buat entry je pastu nak letak macam mana aku memang tak tau...huahuahua...
TERPAKSA jugak minta tolong adik comel saya tu.TQ adik Fatin Comel, so korang kalau nak kenal aku sila klik kat About Me tu ye.

Dan nak say TQ jugak kat Nuffnang yang baik hati sebab bagi CPUV baru.CPUV KFCMalaysia yang terbaru, kat bawah sekali ye iklan video KFCMalaysia tu.


nota kaki : takde entry #prayforMH370 tak bermakna aku tak peduli ye..aku pun sedih juga tapi aku pendam je, aku ikuti semua..

Wednesday, March 26, 2014

About Me - Tentang Aku

Its me!Yeee...aku suka selfie!

Tentang aku?Ohhh...aku ni orang yang simple je (kottt), leceh giler nak cerewet nie..belasah aje janji jalan sudah..senang la nak bawak ke kiri ke tengah ke belakang :)

Aku kaki jalan (ehemm...calling for mane-mane hotel..ai is boleh buatkan review free...ha..ha..ha..!), kaki makan tapi tak kaki shopping..so korang jangan ar ajak aku shopping, aku jenis buat list capai bayar then balik takde nyer nak kelebek itu ini, sebelum pegi aku dah target nak beli barang tu, sampai amik bayar je..

Aku suka berkawan dengan semua jenis orang, tak kisah tua ke muda ke separa ke..aku okey jek!Hidup berkawan best tau tapi aku paling tak suka orang yang kasar & suka mencarut..oh noooo...ai dun like!Ohhoiii...giler nak mencarut, dulu cakap/sebut babi pun arwah opah tenyeh dengan cili kering..ko berani nak sebut lagi??Memang tak laaaaa....

Aku takde kawan rapat sebab aku jenis suka sendiri aje tapi aku boleh je berkawan rapat dengan orang lain..paham?Tak paham?Takpe...no prob..

Life aku takde la like rollercoaster, just biase-biase je..sederhana orang kata..
Aku ade..seorang suami yang penyabar giler dan kontra sangat dengan aku yang macam ribut taufan je sentiasa tapi aku ribut  dengan dia je la, dengan orang lain aku cool jek..ha..ha..ha..
Dah nak buat macam mane dengan dia je kawan gaduh aku siang malam dan yang untung nyer kalo gaduh selalu dengan dia, dia tetap depan mata aku :) wehhh...syok ape gaduh ni!

Ni la kawan gaduh yang paling aku sayang..

Hensem kan..?Weyyy...aku puji laki sendiri ar takkan nak nyampah kot!
Kalo tak aku yang puji takkan korang plak nak puji kan.. :)

Suhaidi Azami nama dia..seorang penyabar tahap dewa dan seorang super abah yang terbaik di dunia untuk anak-anak kami..aku pun pelik macam mana aku boleh terkawin dengan dia..

Ehemmmmm...

Ehhh terkawin kate ko?Ye la..orang pun pelik tengok kitaorg sebab bagaikan langit dan bumi...jauh beza...ketara giler kelainan perangai dan kesukaan kitaorang..sampai ade yang cakap "korang ni mungkin kawin tak lama.." tapi...eh takmo la citer hal orang!
Mungkin itulah dinamakan ketidaksempurnaan dalam sempurna..got it?
Menyempurnakan antara satu sama lain yang tak sempurna..Allah kan Maha Adil dan Maha Mengetahui kan :)

Ohhh...kami ada 3 orang anak-anak yang sihat, ceria & bijak..melangit puji anak sendiri..ha..ha..ha....ape pun alhamdulillah syukur semua tu datang dariNYA juga ye, gelak-gelak jugak tapi realiti kene ingat juga..

Cahaya cinta kami

No. 1 : Syahmi Suhaidi yang lahir 2007
No. 2 : Sufiya Suhaidi yang lahir 2009
No. 3 : Syakirah Suhaidi yang lahir pada 2013

Cukup la 3 orang ni dan kami decide nak besarkan mereka secara berkualiti..insya Allah..

Aku..kerja biase-biase je..
Aku..simple je..

Aku...ntah aku pun tak tahu sebenar nyer aku ni macam mane..ha..ha..ha...aku boleh je jadi yang macam mana pun, ikut keadaan la senang citer!

Tuesday, March 25, 2014

MH370 - Kronologi Penuh MH370 (08.03.2014 - 24.03.2014)


Kronologi kehilangan pesawat MAS MH370

Berikut ialah fakta dan kronologi kehilangan pesawat MH370 berdasarkan kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa melalui sidang media yang diadakan dari semasa ke semasa.

Info ini diperolehi dari web Malaysia Tercinta

Fakta mengenai penerbangan MH370 yang hilang

Laluan Kuala Lumpur KLIA - Beijing. 
Menggunakan pesawat Boeing_777-200ER yang berusia 11 tahun 11 bulan dengan 53,465.21 jam penerbangan. 
Pesawat ini berkongsi kod dengan China Southern Airlines (CZ748). 
Kali terakhir ia diselenggara ialah pada 23 February 2014 dan dijadualkan untuk pemeriksaan seterusnya pada 19 Jun 2014. 
Berlepas pada pukul 12.41 pagi hari Sabtu 8 Mac 2014 dan dijadualkan mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi waktu Malaysia pada hari yang sama. 
Pesawat ini membawa 239 orang, yang terdiri daripada 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal.
Para penumpang dalam pesawat ini terdiri daripada rakyat 14 buah negara. Berikut adalah  senarai penuh bilangan penumpang mengikut warganegara: China 152 orang termasuk seorang bayi, Malaysia 38 orang, Indonesia 12 orang, Australia 7 orang, Perancis 3 orang, Amerika Syarikat 3 orang termasuk seorang bayi, New Zealand 2 orang, Ukraine 2 orang, Kanada 2 orang, Rusia 1 orang, Itali 1 orang, Taiwan 1 orang, Belanda 1 orang dan Austria 1 orang. 
Semua anak kapal adalah warganegara Malaysia.

Kronologi peristiwa kehilangan MH370

[Hari 1 - Sabtu 8/3/2014]


Nota: Teks italik merujuk kepada maklumat dari hasil siasatan pihak berkuasa.

[12:41 am] MH370 berlepas dari KLIA. 
[1:07 am] Transmisi data terakhir ACARS.
[1:19 am] Mesej verbal terakhir "All right, good night" dari co-pilot. 
[1:21 am] Transponder dimatikan. 
[Diantara 1:07 am dan 1:37 am] ACARS dimatikan. 
[1:30 am] Terputus hubungan radar, pada lokasi 120 batu nautika dari Kota Bharu, pada kedudukan longitud 06 darjah 55 minit 15 saat Utara (065515N) dan dan latitud 103 darjah 34 minit 43 saat Timur (1033443E). 
[7:24 am] MAS keluarkan kenyataan kehilangan pesawat. 
[11.00 am] Sidang media pertama Penerbangan Malaysia di KLIA. 
[2:40 pm] Sidang media Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. 
[7:05 pm] Operasi diperluaskan babitkan kerjasama Vietnam, China, Singapura dan Amerika Syarikat. 

[Hari 2 - Ahad 9/3/2014] 

Kawasan pencarian diperluas. 
Tumpuan utama ialah mengesan pesawat. 
Radar tentera menunjukkan kemungkinan pesawat berpatah balik. 
Pegawai FBI tiba di Kuala Lumpur. 
Misi diperhebat dengan penambahan 40 kapal dan 22 pesawat. 
Tompokan minyak ditemui di kawasan kira-kira 100 batu nautika dari Kota Bharu. 
2 penumpang disahkan guna passport palsu. 

[Hari 3 - Isnin 10/3/2014]

Kawasan pencarian diperluas kepada lingkungan 100 batu nautika dari titik akhir pesawat dikesan. 
DCA tidak tolak kemungkinan MH370 dirampas atau meletup di udara. 
Keluarga dan waris penumpang warga China akan diterbangkan ke Kuala Lumpur. 
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sahkan tompokan minyak bukan milik pesawat MH370. 

[Hari 4 - Selasa 11/3/2014]

MH370: Identiti lelaki kedua guna pasport curi didedahkan Interpol. Lelaki yang menggunakan paspot curi Itali ((milik Luigi Maraldi) ialah Delavar Seyed Mohammad Reza, berusia 30 tahun. Manakala lelaki yang menggunakan pasport curi Austria (milik Christian Kozel) adalah Pouria Nour Mohammad Mehrdad,19 tahun. Kedua-duanya adalah warganegara Iran. 
Siasatan polis fokus 4 kemungkinan: Dirampas, Sabotaj, Masalah psikologi dan Masalah peribadi antara penumpang. 

[Hari 5 - Rabu 12/3/2014]

Fokus operasi ialah di Laut China Selatan dan Selat Melaka. 
12 negara (39 pesawat, 42 kapal) menyertai misi SAR (search and rescue), dengan negara terbaru India, Jepun dan Brunei. 
Operasi SAR kini diperluas ke Laut Andaman. 
Ahli keluarga penumpang pesawat akan menerima bantuan kewangan sebanyak USD5000 daripada MAS. 
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberitahu, pesawat yang berpatah balik yang dikesan radar tentera Malaysia awal pagi Sabtu tidak dapat disahkan sebagai MH370. 
Panglima Tentera Udara (PTU), Tan Sri Rodzali Daud dedah satu pesawat tidak dikenali dikesan pada kedudukan barat laut Pulau Pinang, awal pagi Sabtu. 

[Hari 6 - Khamis 13/3/2014]

MAS menghentikan penggunaan nombor kod penerbangan MH370 dan MH371 sebagai penghormatan kepada penumpang dan kru yang masih hilang. Laluan KL-Beijing ditukar kepada kod MH318 dan Beijing-KL kepada MH319 bermula 14/3/2014. 
20, 000 nelayan bantu cari MH370 
CNN melaporkan satelit negara China menemui tiga objek terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan MH370. APMM menghantar pesawat pelbagai guna Bombardier untuk membuat pengesahan, tetapi tiada objek ditemui. 
Hishammuddin menafikan laporan media yang mengatakan pesawat MH370 berkemungkinan terbang selama empat jam daripada lokasi dan waktu terakhir ia dikesan. 
Latar belakang lelaki etnik Uyghur yang menaiki penerbangan MH370 menjadi tumpuan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan INTERPOL berbanding penumpang lain. 

[Hari 7 - Jumaat 14/3/2014]

Sehingga kini, gerakan mencari dan menyelamat telah melibatkan penggunaan 57 kapal dan 48 kapal terbang dan helikopter dari tentera dan agensi penguatkuasaan maritim dari 13 buah negara. 
(SAR) kini diperluas ke bahagian timur Laut China Selatan serta di Lautan Hindi. 
Fokus utama MAS pada masa ini adalah untuk menjaga kebajikan keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 termasuk menyediakan maklumat yang tepat, keperluan penerbangan, penginapan, makanan, perubatan dan sokongan moral. 

[Hari 8 - Sabtu 15/3/2014]

Pesawat yang di kesan berpatah balik oleh radar Tentera Udara Diraja Malaysia sebelum ini disahkan MH370. 
Berdasarkan maklumat terbaru, Sistem Komunikasi dan Laporan Kedudukan (ACARS) telah dimatikan sebelum MH370 sampai di ruang udara Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan sejurus selepas itu, transponder pula dimatikan berhampiran sempadan kawalan trafik udara antara Malaysia dan Vietnam. 
Pergerakan pesawat menunjukkan ia adalah hasil tindakan secara sengaja (deliberate) oleh seseorang yang berada di dalam pesawat berkenaan. 
Berdasarkan penelitian raw data satelit (Inmarsat), pihak FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia mengesahkan komunikasi terakhir antara pesawat MH370 dengan satelit adalah pada jam 8.11 pagi (waktu Malaysia) pada Sabtu lalu. Pada ketika itu, MH370 berkemungkinan berada di salah satu dari dua koridor penerbangan: 
Koridor utara yang menjangkau sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand. 
Koridor selatan yang merangkumi Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi


 Dengan itu, gerakan mencari dan menyelamat di Laut China Selatan telah dihentikan. 
Pihak berkuasa telah mengalih fokus penyiasatan kepada anak kapal (termasuk ground crew) dan penumpang MH370. 
Polis mengambil flight simulator milik kapten Zaharie untuk tujuan siasatan. 
Setakat hari ini 14 negara, 43 buah kapal dan 58 pesawat terlibat dalam pencarian itu. 

[Hari 9 - Ahad 16/3/2014] 

Selain daripada lautan, SAR sekarang turut tertumpu kepada daratan yang merentasi 11 buah negara. 
Bilangan negara yang terlibat operasi SAR meningkat dari 14 kepada 25 negara. 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pesawat MH370 disiasat di bawah Seksyen 130 (C) Kanun Keseksaan kerana rampasan, keganasan, kesalahan sabotaj dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003. 

[Hari 10 - Isnin 17/3/2014] 

Operasi mencari dan menyelamat di koridor utara dan selatan sudah bermula, melibatkan inisiatif awal Malaysia, Australia, China, Indonesia dan Kazakhstan. 
Aset-aset TUDM dan TLDM dikerah ke koridor selatan. Diantara aset-aset tersebut ialah kapal peronda luar pesisir KD Kelantan, KD Selangor, dan helikopter Super Lynx. 
Pakar-pakar dari Jabatan Penerbangan Awam China menyertai pasukan penyiasat. 
3 pegawai dari Pejabat Siasatan dan Analisis untuk Keselamatan Penerbangan Awam Perancis yang mempunyai pengalaman menyiasat kehilangan Air France Flight 447 tiba hari ini untuk membantu siasatan. 
Vietnam menamatkan operasi mencari pesawat MH370 di Laut China Selatan. 
Jumlah negara yang terlibat dalam operasi SAR meningkat kepada 26: Malaysia, Australia, Bangladesh, Brunei, China, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Laos, Myanmar, New Zealand, Pakistan, Filipina, Rusia, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Turkmenistan, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat, Uzbekistan and Vietnam. 

[Hari 11 - Selasa 18/3/2014] 

Dua lagi kapal laut TLDM dihantar untuk operasi mencari MH370 di koridor Selatan. 
Operasi mencari pesawat MH370 kini menumpukan kepada empat perkara iaitu mengumpul maklumat pemantauan satelit, analisis data radar, penambahan aset udara dan darat, dan penambahan pakar teknikal. 
Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di koridor Utara dan Selatan meliputi kawasan seluas 2.24 juta batu nautika persegi (4.15 juta km persegi. 

[Hari 12 - Rabu 19/3/2014] 

Pasukan utama teknikal SAR dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu diplomatik (diketuai Kementerian Luar), aset & logistik (diketuai Angkatan Tentera Malaysia), dan teknikal (diketuai DCA). 

[Hari 13 - Khamis 20/3/2014] 

Dua objek dipercayai milik pesawat dikesan satelit berada di Lautan Hindi kira-kira 2,500 kilometer ke barat daya Perth. Objek yang besar berukuran 24 meter. 
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono memberi jaminan 7 warganegara Indonesia yang juga penumpang pesawat MH370 tidak mempunyai kaitan dengan jaringan pengganas. 
Wakil tertinggi Malaysia diketuai oleh Komander Operasi Udara TUDM, Leftenan-Jeneral Datuk Seri Ackbal Haji Abdul Samad berlepas ke Beijing. 

[Hari 14 - Jumaat 21/3/2014] 

Kapal pengangkut kereta Höegh Autoliners dari Norway dan kapal peninjau pelbagai fungsi HMS Echo milik United Kingdom (UK) menyertai MH370 di Lautan Hindi. 
Polis Ukraine sahkan penumpang etnik Uyghur berusia 35 tiada kaitan dengan sebarang kegiatan jenayah mahupun keganasan. 

[Hari 15 - Sabtu 22/3/2014] 

Akhbar The Telegraph mendedahkan transkrip 54 minit terakhir komunikasi juruterbang dengan menara kawalan. 
Malaysia mohon bantuan Amerika usaha mencari di dasar laut. 
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman turut menegaskan laporan transkrip komunikasi oleh The Telegraph tidak tepat. 
China kesan imej 22 meter panjang, 13 meter lebar di koridor selatan. 

[Hari 16 - Ahad 23/3/2014] 


Sidang media MH370 berpindah dari Hotel Sama Sama, Sepang ke PWTC Kuala Lumpur. 
Operasi Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) gagal temui 'objek terapung' satelit China. 
Imej satelit baru Perancis menunjukkan objek yang berkemungkinan ada kaitan dengan MH370. 

[Hari 17 - Isnin 24/3/2014]


AMSA memaklumkan P8 Poseidon gagal temui 'objek mencurigakan' yang dikesan pesawat China. 
Perdana Menteri mengesahkan pesawat MH370 hilang di kawasan selatan Lautan Hindi, di barat Perth. Ini berdasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB). 

Bayangkan..

Al-fatihah & Takziah pada mangsa dan keluarga yang terlibat..

nota kaki : hanya mampu berdoa sahaja..


MH370 : Good Bye MH370







There on NO words to describe our sadness..Truly deeply Al-Fatihah for all of u (muslim person)..Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui...

Byebye MH370..Stay strong to the family.. 


foot note : CNN please stop...

Monday, March 24, 2014

MH370 : Pesawat MH370 Disahkan Terhempas


Pesawat MH370 disahkan terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi


KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia dan semua penumpang dan anak kapalnya tidak selamat.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.


Berakhirnya penantian dalam keadaan sedih dan pilu di seluruh Malaysia dan juga dunia..
Maka bermulalah persoalan..mengapakah...kenapakah...

Sedih bila tiada jasad untuk disemadi..tiada perkuburan untuk dilawati..
 Semoga seluruh keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini.. :(


nota kaki : terpaku..memikirkan apakah sebenarnya terjadi..

Isnin..huarghh..




Saya tak berapa sihat lagi..batuk-batuk pastu muntah sekali sekala..
Hari ni mama nak bwk saya pegi klinik lain pulak..uhukss..kesian saya..

Auntie-auntie, uncle-uncle doakan saya cepat sihat ye.. :)


nota kaki : dah 4 mlm mama abah saya tido tak lena..

Friday, March 21, 2014

Berkejaran ke Emergency Hospital!


Ohhh sebelum tu, aku EL hari ni sebab dah dekat 10 jam tak tido dari pkl 2 pagi..
Sebab nyer kami memantau Syakirah Irneena yang tak sihat buat pertama kali!

Dari taska

Bergegas ke klinik kat lobby office

Dalam pada doktor check dia berkeras suruh kami ke Emergency hospital sebab keadaan Syakirah yang bernafas secara laju!Sedangkan bila dpktor check paru-paru takde bunyi ape..

Berdebar jantung aku bila doktor paksa juga pegi sekarang ke hospital untuk kejar doktor Pead hospital sebelum habis office hour (waktu ni pukul 4 ptg) mane sempat dgn nak kejar ke Sufiya bergegas ke Kg.Baru amik Syahmi..

Doktor tulis surat pun secara laju-laju!

Dalam pada bergegas kami lambat jugak sampai ke Hospital Ampang!Pukul 5 lebih jugak sampai..dan terus kami di bawa ke Zon Separa Kritikal..


Alhamdulillah selepas 2 kali saringan (pembantu doktor & doktor pelatih) mereka katakan tidak ada ape-ape..tetapi kami tetap juga dirujuk pada doktor untuk mengesahkan semuanye adalah biase..



Sakit ape ni doktor? :)

Doktor ckp cuma demam, selsema & batuk biase..cuma keadaan pernafasan yang laju tu disebabkan ketidakselesaan hidung & laluan udara..tapi kenapa nafas mcm laju lain mcm je...ermmm...

Cuma kami diminta untuk memantau keadaan Syakirah supaya tidak berlaku apa-apa secara tiba-tiba dan kerapkan menyusu dia..

Maka kami berdua mengambil giliran..Eady mcm biase la abah penyayang, kejap-kejap check pernafasan anak, kejap-kejap dukung bila anak tak selesa..last-last dia duduk peluk je  Syakirah yang nak tido berpeluk..

Ohhh...9 kg tepat ye budak demok tu..bayangkan betapa penat nyer Eady dukung lama-lama..betapa lenguh nyer bahu dia duduk utk memeluk anak supaya dpt tido dgn selesa..

Syukur alhamdulillah..

Cuma aku menyambung dari pukul 2 lebih pagi tadi sampai skrg ni dekat pukul 1 tengahari dah ni dan Syakirah tetap tak berapa nak lena tido..
Ohhhh..doktor cuma bagi ubat batuk bagi laluan udara (dada) tu lapang je..dan ubat demam dari klinik..


nota kaki : 1st time Syakirah demam (sakit) dalam tempoh 8 bln ni.. demam nak besar!

Thursday, March 20, 2014

Aku kan...


Ini gambar Januari lepas..

Sejak-sejak kebelakangan ni aku kan..asyik macam sedih je..

Aku tengok ibu terbaring tak larat tak sihat pun boleh buat aku menangis dalam diam sebab selama ni aku bukan anak yang baik..aku jarang sangat (mungkin tak pernah) tunjuk yang aku sayang dia..yang aku kasihkan dia..

Kami "panas"..mungkin sebab aku adalah jelmaan dia masa muda (arwah opah selalu ckp aku serupa ibu masa muda)..rupa, wajah, kulit kami adalah "sama"..

Dulu..aku selalu melawan dia, dulu aku juga selalu bergaduh dengan dia, menjawab-jawab dia..kini aku lebih banyak diam & simpan dalam hati sebab mungkin aku juga dah ber"usia"..tapi sekarang aku tetap rindu nak "gaduh"dengan ibu tapi kami tak sama macam orang lain yang boleh sembang sesama sendiri..kenape ye..

Dan mungkin kerana "panas" ini aku lebih rapat dengan abah...cuma lately ni aku selalu kalah dengan perasaan..aku tak mampu tengok ibu macam tu. Sejak dua menjak ni aku jadi paling down bila lihat ibu letih, kurus, kurang bermaya, tak mkn, tak minum hanya kerana tidak sihat..

Aku tak reti menzahirkan perasaan aku yang aku risaukan ibu, aku tak pandai menzahirkan perkataan aku sayang ibu, aku tak pandai menunjukkan aku sayang ibu..aku kan..anak yang teruk..mungkin aku sorang je anak ibu yang teruk..

Belek-belek kamera, belek-belek hp aku tak jumpa lagi gambar aku dengan ibu..yang ada cuma ketika aku kawin 7 tahun lebih dulu..itu pun mase aku nak kawin dulu..
Betapa teruk nyer aku..semata sebab aku malu untuk ajak dia bergambar dgn aku..aku malu nak buka mulut utk bercakap sebab aku takut ibu tak mahu..

Aku malu nak zahirkan aku sayang ibu..aku malu nak luahkan aku risaukan ibu..aku anak yang teruk sebab malu?Teruk nyer aku...

Mungkin ibu membesar dengan zaman dan keadaan yang tidak menzahirkan perbuatan seperti memeluk anak, cium anak maka dgn aku ibu tak pernah buat begitu & aku cukup malu untuk memulakan dulu! 
Aku kan..sangat teruk jadi seorang anak..*sobss..*

Semoga ibu sihat macam dulu, boleh berjalan sakan kemana saja..adik risaukan ibu tapi adik tak tau nak ckp mcm mane biler kat umah dgn ibu..adik cuma lalu-lalu sambil jeling tengok keadaan ibu..tengok betapa kurus nyer tangan ibu..betapa berkedut nyer kulit ibu..

Biler mengenangkan sekarang ni hujan, kilat..ibu sorang kat rumah..aku risau..aku takut..
Aku kan...tak pandai nak buat entry sedih nie..tapi..kenapa aku menangis nie?


nota kaki : ... sedih nyer hati ...

TQ Nuffnang!


Tak hagak-hagak tak cover jumlah yang BANYAK sgt tu..ha..ha..ha..

TQ Nuffnang sebab sudi bagi CPUV yang bersusun :) insya Allah aku akan usaha lagi bagi rajin!
P/S : wahai Nuffnang ku sayang..takde ke nak ajak ku pegi event for free review ke, test food ke..ai is okey jek..lama tak hang out ni!

Ohhh..aku tgh tunggu cek dari Nuffnang yang tak kunjung tiba dari 6hn Feb lepas aku cash out..takde la bnyk sgt tapi lepas la nak bwk budak-budak tu jalan sehari.
Itu pun dekat 5 tahun okey kumpul.....pfffttt....5 tahun!Serius 5 tahun baru dpt 3++ je..huk..huk..huk..(ye la...3 thn pertama aku mengarut je ntah ape-ape..dgn malas nak update lagi..tolak bahagi campur darab itu jumlah sebenar utk 2 thn..2 thn okeyyyy) 

Ehh...mcm tak bersyukur pulak..ngeee...takpe la rezeki anak-anak juga tu...*alhamdulillah*
So....again Nuffnang TQ so much!

nota kaki : 5 thn blogging pun aku tak kenal "sape" diri aku..so mcm mane?

MH370 : Pendedahan Mengejut Dari Bekas Ketua Juruterbang MAS, Kapten Nik Ahmad Huzlan




Inilah dia figura yang cukup penting mendidik rakyat Malaysia serba sedikit disebalik tragedi dan insiden MH370 melalui termuramah di Berita Astro Awani Berita Buletin Tv3, NTV7. Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, bekas ketua juruterbang Serantau MAS (Malaysia Airlines)

Biodata Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain :


  • Bekas ketua juruterbang Serantau MAS Malaysia Airlines
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berpengalamaman lebih 30 tahun
  • Isteri Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah Ketua Pramugari MAS Malaysia Airlines
  • Bapa Mertua Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah bekas Ketua Jurutera Malaysia Airlines MAS
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah bawa pasukan gergasi seperti Manchester United, Real Madrid serta tokoh politik dunia iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton




Antara Intipati Pendedahan Datuk Kapten Nik Huzlan Mengenai Tragedi MH370?

  • Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.
  • Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.
  • MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.
  • Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.
  • Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.
  • Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.
  • Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan
  • Radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.
  • Jangan tidak tahu, negara seperti di Singapura radar sangat hebat mereka mampu mengesan sehingga ke Kota Kinabalu.
  • Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.
  • Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susuralur setiap jalan di udara.
  • Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan plane stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang

MH370 Dirampas Pengganas?

  • Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia?
  • MH370 hijacked (MH370 dirampas) boleh berlaku dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” di mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando
  • Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh org yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan dari dikesan radar
  • Andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) sekalipun tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV unttk pilot/co pilot melihat disebalik pintu tersebut.
  • Tetapi Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah org yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konpirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 hijacked (MH370 dirampas)
  • Sekiranya berlaku rampasan Mh370 sekalipun, mereka masih ada masa untuk bersedia menghantar isyarat kecemasan.
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 dirampas oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apa motif mereka
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhtan, memang boleh mendarat di sana,tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi kesana perlu melalui banyak negara
  • Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu sana.
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang boleh detach MH370. Jika MH370 turn over ke arah barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘ iaitu Lautan Hindi, baru kata kapal terbang MH370 hilang. Kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 ini.
  • Akhir sekali, Datuk Kapten Nik Huzlan menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.
  • Insiden MH370, mengingatkan dunia tragedi pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian.

Sumber: My Media Hub 

nota kaki : kita teruskan doa yang terbaik utk penumpang & krew MH370 juga utk keluarga mereka ye...ini dugaan mereka..nasib kita sendiri masih lagi ketidaktahuan di masa akan dtg..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang