thumbnail

Wednesday, April 30, 2014

Mood Dah Mari!

Lambattttt giler kot bersiaran sebab mood kelaut..

semalam punyer cerita

ni kire dah sihat la kot si abam ni!

Haaaaaaa....ni la dia sebab nyer mood tu datang balik!!


*




*




*




*




*




*




*




*




Haaaa.....

whatsapp dari ibu Syakirah!

comel anak mama..ahaksss!~

Haaa...giler mood tak datang biler tengok gambar anak sendiri macam ni punyer ceria?
Ibu dia rajin whatsapp gambar anak dia..he..he..he...
terima kasih ibu atin!

Adik..jangan nak gedix sangat dengan ibu sampai ibu nak pegi bilik air pun nangis nak ikut macam kene bantai!Iskk..iskk..iskk..terok!


nota kaki : terima kasih korang...

Tuesday, April 29, 2014

Spread Love - Pray For Aman Dani : Update - Need Single Donor Platelet and Blood


UPDATE ARMAN DANI

Terkini : 29/04/2014

penerangan berkenaan derma darah & platelet


Salam to all, ramai yg bertanya pasal blood donation and single donour platelet. For now, Aman needs two single donor platelet(SDP) per day, penderma yg seterusnya akan masuk dlm standby list, bila nak pakai SDP the blood bank akan call the donor to come, sbb platelet tak tahan lama hanya beberapa hari, kena pakai yg baru diambik. Untuk single donour platelet, penderma lelaki berdarah O+ diperlukan. Kalau blood donour, any types of blood, Aman's blood type is O+, tapi kalau penderma selain this type, ia akan digunakan untuk topup balik blood bank sebab aman dah pakai terlalu banyak darah dari blood bank. Kepada yg bermurah hati untuk menderma platelet dan darah, boleeh datang ke SDMC(Subang Jaya) Blood Bank, North Tower, Level 5 during office hour. Jasa baik dan pertolongan semua kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah saja yg mampu membalasnya. #armandani #prayforaman #leukemia #childhoodleukemia #acutelymphoblasticleukemia


Mohon bantuan segera..

Sekali lagi dengan rendah diri saya mohon sangat jasa baik semua untuk menderma darah pada adik Arman Dani yang memerlukan single donor platelet dan darah..

Kriteria yang diperlukan :

1. lelaki (utk platelet sebab pesakit adalah lelaki)
2. umur 18-55
3. sihat
4. cukup makan
5. cukup tido
6. jenis darah O+ 

Untuk derma darah biase tak kisah lelaki/perempuan : ia untuk topup blood bank yang telah bnyk Arman Dani guna.

Boleh baca dibawah ye..


Tak tahu ape nak kata..tak tahu ape nak ucapkan pada Molie Arie..speechless..tak terluah dek kata-kata..hanya mampu doakan dalam hati je..

Duk berPM dgn dia pun tak tertaip dijari nie perkataan nyer..sebab rasa nyer takde 1 perkataan pun yang mampu dapat tenangkan kegusaran hati dia, takde satu perkataan pun yang mampu meringankan bebanan atas kepala dia, takde satu perkataan yang sesuai yang aku rasa dapat menghilangkan resah didada dia..

Dan bagi aku..cuma ini sahaja yang mampu aku lakukan dalam sebak di dada..
Aku seorang emak..dia seorang ibu..mana mungkin rasa kami berlainan cuma keperitan penderitaan dia lebih kerana Arman Dani adalah anak dia, anak yang dilahirkan dari rahim sendiri, anak yang dia jaga dari dalam perut..

Maka..dengan ini aku merayu sekali lagi..sudi-sudilah sekiranya berita ini disebarkan, sudi-sudikanlah mewar-warkan keperluan menderma darah & platelet ini..

Sebelum itu..

Luahan hati yang mampu buat tekak ini perit ketika menelan air liur sendiri..

*sebak*


Untuk menderma darah & platelet boleh pergi ke : SJMC, BLOOD BANK, NORTH TOWER, LEVEL 5 dan mention nama Arman Dani.

Tolong war-warkan ye..terima kasih...


nota kaki : doakan anak ini diringankan bebanan kesakitan ye..doakan anak ini diberi kesembuhan dengan segera ye..doakan mereka suami isteri diberikan ketabahan yg tiada timbang tara ye..

Monday, April 28, 2014

Ala ala alaaaa..


Alalalaaaa...

Koranggg..layan je la posing gedix manja Syakirah Irneena mok ni ye!

Aku is super busy sebab dah 2 hari cuti hari tu maka nyer hari ni nak kene setelkan yang tertangguh tu!Banyak giler kot bos tinggalkan..uhuks... ;0

Tunggu ye aku balas kunjungan nanti..
Btw..thank's sebab sudi singgah sini!

nota kaki : cuti duduk rumah super penat okey..

Bird Buta - Final Part (versi panjang giler)

Haaa ko mampu belum ape-ape tajuk pun dah panjang..ha..ha..ha..korang layan kan aje la ye, kalo takmo klik pangkah aku tak marah punyer :)

So kat mane smlm?Ohhh check in pusrawi pkl 9.00 pagi smlm (khamis)

Ipad utk hilangkan nerbes mama..eh?

Mcm biase kan kene amik tekanan darah, suhu..ditanye mcm-mcm soalan bila last mkn, bila start puasa sebab nak masuk OT full bius pulak tu dah tentu semua tu perlu ditanya..

Nampak?

Keterangan apa boleh berlaku semasa dalam keadaan full bius, apa boleh berlaku dalam OT (bilik bedah)

Baca ni je mama dah nerbes lebih padahal mama ko ni dah 3 kali masuk OT!2 fullbius, 1 halfbius..tetap lah nerbes kemain!Huhuhu..

Nampak sangat pemalu nyer!

Tapi nakal!hahahaa..

Mase ni okey lagi..

Masih mampu senyum lagi..

With aweks..nampak tak malu nyer?

Kalo ikut mama sure tak malu ni bang!ehemmm..

Ohhh gambar atas tu tengah tggu turn masuk bilik OT, bilik tak clear lagi..mase nak babai tu dia dah sebek-sebek nak nangis, aku pun sedih!Huwaaa..lepaskan anak..tak sanggup u!

Doktor kata 15 minit je semua akan selesai, tapi bila tengak jam dah lebih setengah jam mula la berdebar-debar..padahaallll...izwa ko kan dah 3 kali operate, for sure doktor nak ready pakai glove, nak ckp-ckp dulu, nak selimutkan la nak buka penutup kain dulang la..takkan la tak tau!?

Huhuhuu..mak over tau!!

Dah 40 minit nurse datang panggil kami, tapi yang boleh masuk kat wad pemulihan tu sorg je..so aku la masuk.

Sedih pulak tengok..

Mase ni bius tak hilang lagi, so dia tak rase sangat..

Time ni dah start menitik..

Mama..sakit..sakit..
Huhuhuu..sedih hati mama..

Ehhh tapi sempat selfie!hahahaa..

Sebenar nyer nak tunjuk kat dia, muka dia yang tak hero biler nangis! ;)
Sekejap je pun ckp sakit, sakit tu datang sekali sekala..

Pada yang tanye laser atau clamp?
Dedua tak!
Syahmi punyer versi tradisional sebab doktor kene treatmentkan dulu bird tu sebab lubang tu dah hampir tertutup semua!
So..jahit pun tradisional okey,ade benang lagi..

Buka puasa!

Dari 9.00 mlm last minum susu then tido sampai pukul 1 tengahari baru dapat mkn..sian anak asyik ckp lapar je!

Ohhh..lepas makan tu nurse datang utk buka balutan & cuci jahitan, mase ni la drama bermula!kehkehkeh...

Tutup muka dgn bantal lagi!

Sebab malu & sebab jerit!!huahuahua..

Muka peliks dengan bebird sendiri..hahaha..

Tengah cuci ni..pedih gila!

Sampai eady kene pegang tangan dia sebab dia tolak tangan nurse tuh!

Aku??Dah lari pegi muntah!!
Hahaaha..aku ialah orang yang mabuk darah walaupun aku hantu cerita CSI, NCIS, Criminal Minds, Bones!Tak lupa juga aku ialah orang yang gayat dengan tempat tinggi termasuk naik kapal terbang..

Ohh bukan sekali aku muntah..dua kali pegi lari muntah kat toilet!Hahaha..haru mak ko ni Syahmi! :D

Titik ubat

Mase ni dia merayu..

Sakit..pedihhh..sakittt..nurse tu ckp ape ntah..malas aku nak dgr sebab aku pening lagi..

Lepas setel semua bil & makan..kitaorg check-out.

Total semua ialah RM690 ye pada yang tanye..

Pakai stroller adik

Malas nak pakai kerusi roda hospital.

Dah boleh senyum dah!

Ohhh malam tengok dia tido lasak je, bangun pagi baru mengadu sakit.

Tak boleh mandi 3 hari, pantang mkn dulu seminggu nie. Doktor ckp dlm tempoh 5 hari baru baik. Sabtu 3hb Mei ni kene pegi check-up pulak..nak tengok bebird dah okey ke belum..harap-harap okey je semua nanti..Insha Allah 

nota kaki : habiss citer pasal bebird anak!nanti aku BW ye!hutang dulu..

Thursday, April 24, 2014

Bird Buta - Part 4 : Check-in Pusrawi



Doakan semua nyer selesai dengan cepat & dipermudahkan semua urusan kami..


nota kaki : mama lapar nie..hehehe..


Wednesday, April 23, 2014

Aku Pun Ada Laaaa..


Nak jugak sama macam akak diva tuh!

Tapi tak mampu la lawan dia tuh..dia golongan atasan, aku golongan marhean jek..keh..keh..keh..

Selipar murah :)

Akak diva ade selipar sama macam anak dia so aku pun nak jugekk..

Ohh aku beli kat kedai kanak-kanak ye!
Almaklum kaki saiz 4 kasut budak pun aku boleh belasah :)

Murah..murah..bape belas hengget je pun!
Alkisah kasut anak tercabut mase pegi taska maka mak dia pun rembat 1 buat ganti selipar office yang tinggal tunggu masa nak tercabut je tu..


nota kaki : akak diva..aku x lawan ko ye, tak taraf aku nak lawan ko!hahahaa... ;)

WW : This is My Family


Tangan macam kaki pun boleh!

by - Syahmi Irsyad

*



*



*



*



*



*



*



this is teddy bear..keh..keh..keh..


nota kaki : yayy...berjaya WW! *sangatttttttt*

Tuesday, April 22, 2014

Kami Berambut Perang


Terpanggil buat entry yang sama dengan Kak Aizamia pasal rambut dak kakak yang perang tu..he..he..he...tersenyum aku baca! Sebab aku teringat kes kat sekolah mase cikgu sport check rambut sorang-sorang (kene buka tudung okeh!!) sape yg rambut perang kene potong atau kene panggil parent datang sekolah!

Hoiii...bape kali cakap tak nak percaya...rambut saya memang perang cikgu..saya tak warnakan rambut sebab nanti abah saya marah cikgu..tak jugak dia percaya..adehhh laaa...
Sudah nyer ntah bape kali abah kdg-kdg makcik aku dtg sekolah untuk istiharkan aku memang rambut perang....pffftt...nasib baik makcik aku tu memang rambut perang jugak!
Rambut makcik aku tu nampak mcm diwarnakan tapi ia nya adalah original sama macam aku jugak..

Ohhh..dalam family abah aku keturunan arwah atuk aku memang ramai yang berambut perang dan bermata coklat dan salah sorang nyer adalah aku la..sebab tu aku cantik skit..

Okey..sila pitam beramai-ramai..hahahahaahahahahahahahaa...

Ehh....main-main je la :) cantik pun kat mate eady je...(kotttttt.....he..he..he..)

Sekarang ni anak-anak aku semua berambut perang jugak la, tapi tak la secerah makcik aku tuh..

Gambar ulang tayang..

Nampak tak?Ni dalam umah..kalau kene matahari memang terserlah rambut masing-masing kaler coklat!Cuma mata je tak berapa nak ikut aku..ikut abah diaorg..coklat gelap!

Ehhh rindu pulak mase Syahmi kecik dulu!

Nampak rambut diaorg kalau kene matahari?

Kat sungai mekong uuu...

Hah...ade edisi last perang!

*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


Tadaaaaaaaaaaaaa....


Budak takde rambut!


Macam la nampak rambut dia!Yang nampak lemak je..
Iskk....iskk....iskkk..

Ohhh..kami adik beradik ye berambut perang! ;)

nota kaki : yang pasti arwah atuk keturunan jawa johor okeh..aku keturunan ape pun aku tak sure!

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Bird Buta - Part 3 : Jumpa Pakar & Appointment


Okey..semalam dah cakap kan nak bwk Syahmi ke Pusrawi utk dapatkan rawatan susulan & appointment treatment ( pendek kata : sunat ler..)
Dari pendaftaran kami di minta menunggu di klinik pakar sebelum dapat berjumpa doktor lah..ala mcm biase la..semua org tau kot part nie..


Budak yang tak reti duduk diam!!Penat bebel kat dia T____T

Malu!

See...muka malu teramat sangat!

Doktor Zain - Pakar Bedah

Mase ni Doktor Zain isi form mintak Syahmi pegi buat urine test untuk tengok ade infection atau takk, alhamdulillah dah takde infection..tapi lubang bird tu dah hampir tertutup!
Hurmmm...takde pulak dia kata sakit mase buang air kecil..doktor kate biase budak akan kata sakit mase buang air kecil dan paling teruk akan demam lah...


Bla...bla...bla...

Mase ni doktor Zain cakap macam-macam kat dia..nanti abang akan kene sunat ye hari khamis, rabu malam abg kene puasa ye..yang Syahmi duk menggelinjat je dalam tuh..gerammmmm je...rase nak cubit je dia time tuh..ha..ha..ha...

Dah la mak ko ni lapar tahap dewa..balik dari menyusu Syakirah terus bawak dia ke Pusrawi, mane dan nak makan..dengan tunggu setel semua dekat 2 jam lebih la tahan lapar boleh pulak dia tak diam kat dalam tu....grrrr....

Bawak ni hari khamis nanti

Khamis jumaat ni kene amik cuti la kot..sebab kene warded pukul 9 pagi, doktor cakap kiter akan full bius. Mungkin warded sehari je kot..
Ohhhh yang tanye pasal insurance tu tak boleh claim ye..sedih hati mak!
Tapi harga tak sampai 3k la, doktor cakap around RM800-RM900 je sebab dia charge harga budak sekolah rendah. Semalam punyer bil pun dah RM111 tau...takde ubat tu..

Doktor cakap seperti benda yang sama Dr. Daddy Ziyyad cakap kat entry ni.. memang normal utk boys umur 5-7 tahun, kadang boleh sampai 10 tahun.Doktor cakap kalau tak nak sunat lagi skrg boleh je, mkn ubat tapi benda ni akan jadi balik..means KERAP TERKENCING (ala-ala kencing tak lawas tu) dan pundi kencing terpaksa berusaha lebih sikit dan senang kene infection kalau jadi balik. Jadi kami decide sunat je la secepat yang mungkin..doktor ckp dalam tempoh 3-5 hari akan baik..

Ehh..sabtu ni Sufiya ade sukan taska pulak...ermm...

Ohhhh...lupa!Dulu ade yang tanye macam mane amik gambar doktor mase kat dalam bilik rawatan kan?Ha...ni petua dia...silence kan hp, pegang je hp tu, then snap je mcm biase..doktor mungkin terkejut dan nurse mungkin dah biase.. :)


nota kaki : haaa....pasal bird anak pun boleh berpart-part..ko hado??ha...ha...ha...

Monday, April 21, 2014

Monday Uolls!


Wake up!

Wake up!!

It's monday!




Zzzz.....Zzzz...

Krohhh krohhhh...

Bangun...takyah nak monday blues sgt ;)


nota kaki : ptg nanti jumpe doktor pakar utk setelkan hal bird buta tu..

Friday, April 18, 2014

Bird Buta - Part 2 : Penerangan Doktor


Ikhlas dari Doktor Khairul Faizie yang juga dikenali sebagai Daddy Ziyyad

_____________________________________________________________

Ape itu PHIMOSIS?

“Phimosis ” – hujung zakar macam belon bila kencing

Ini adalah manifestasi suatu keadaan yang dikenali sebagai ‘phimosis’ yang bermaksud tidak dapat menarik balik (retract) kulit pada bahagian kepala zakar.  Bahagian kulit ini (kulup)  yang menyelaput kepala zakar (glans penis) adalah kulit lebihan dan ia adalah normal untuk bayi lelaki mempunyai kulit yang masih terlekat kepada zakar semasa lahir.

Kulit yang terlekat ini akan secara semulajadi tercerai daripada zakar secara perlahan-lahan. Dengan terbentuknya keratin dan penghasilan enzim yang menjadi pemangkin kepada penceraian ini, kulit akan dapat ditarik balik untuk mendedahkan kepala zakar. Apabila ini tercapai, tidak akan jadi phimosis lagi. Biasanya ini akan dicapai pada lingkungan umur 2 hingga 5 tahun. Ada juga segelintir lelaki yang akan terus mempunyai phimosis sehingga remaja dan dewasa.  Kajian menunjukkan ada 2% daripada populasi yang terus mempunyai phimosis sehingga dewasa dan ini adalah normal.


Elakkan daripada menarik balik kulit secara kasar untuk menceraikan kulit tersebut daripada zakar kerana manipulasi ini akan menyebabkan kecederaan kepada tisu kulit. Ia akan menghasilkan  parut yang akan menyebabkan kulit melekat secara kekal pada kepala zakar. Masalah phimosis ini tidak normal (patological)

Mengapa jadi macam belon  ? 

Kerana kulit melekat pada zakar dan tidak dapat ditarik balik. Ini menyebabkan air kencing terpaksa keluar melalui satu lubang yang sangat kecil pada hujung kulit ini. Dengan aliran kencing yang laju, ini menyebabkan air kencing bertakung dalam ruang antara kepala zakar dan kulit. Takungan ini menyebabkan kepala zakar seolah-olah kembang macam belon untuk seketika. 

Ibubapa mungkin mendapati ini suatu kejadian yang sangat aneh dan juga menakutkan. Mereka sebenarnya tidak perlu risau kerana ia adalah suatu fenomena yang biasa. Apabila kanak-kanak lelaki itu membesar,  kulit ini akan mula tercerai dari zakar dan kejadian belon ini tidak akan berlaku lagi. Walaupun begitu, terdapat juga kes di mana kanak-kanak terpaksa meneran kerana kesukaran untuk membuang air kencing. Ini adalah tanda bahawa terdapat salur kencing yang tersumbat. Rawatan doktor diperlukan sekiranya ini berlaku.

Benarkah ini normal ? 

Sememangnya kebanyakan kes phimosis adalah normal, dan ia dikenali sebagai ‘physiological phimosis’. Namun, phimosis bukan selalunya normal. Apabila ia dikaitkan dengan masalah kencing sakit, kencing berdarah, jangkitan air kencing dan jangkitan pada zakar, ini adalah keadaan phimosis yang bermasalah ( pathological phimosis) dan memerlukan rawatan. Punca kejadian ini adalah kerana kecederaan dan jangkitan kuman yang menyebabkan parut terbentuk antara kulit dengan kepala zakar yang menyebabkan ia kekal melekat.


Rawatan yang diperlukan termasuk prosedur sunat (circumcision), prepuceplasty, ataupun kaedah konservatif seperti urutan dan krim steroid. Kaedah yang dipilih harus dibincangkan dengan pakar bedah/urologi.

sumber dari : http://doktorbudak.com/2014/01/30/phimosis-hujung-zakar-macam-belon-bila-kencing/
_________________________________________________________________________________

Serius cakap aku sebenar nyer segan giler dan malu sangat nak tanye Daddy Ziyyad sebab sebelum ni dah banyak benda aku tanya pada dia..

Kalau kat luar (swasta) consult je dah RM100-180 okey..ini tanye bermodalkan perkataan dan di FB je..lagi la segan giler..kene faham kan, dia kerja cari nafkah untuk keluarga, nak bayar lagi Passat dia...ehh?He..he..he...ye kan doktor? Kalau tak betul kiter amin kan aje! ;)

Ehh....korang baca la komen dia pasal bird buta nie.
Ramai rupe nyer tak tahu pasal nie, so korang-korang yang ade anak lelaki yang bakal beranak lelaki sila take note ya! Penting juga benda nie..

Tapi sekarang ni yang saya mampu buat adalah mendoakan yang terbaik buat doktor sekeluarga, semoga terus dimurahkan rezeki..diberikan kesihatan yang baik sentiasa & semoga doktor sekeluarga sentiasa dibawah lindunganNYA..

nota kaki : but...doktor if u want me to pay, let me know ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang