thumbnail

Thursday, July 24, 2014

Selamat Hari Raya Semua!


Esok keje lagi tapi nak wish awal sebab esok takut takde mood mengadap pc.. ;)

Dgn ini saya ucapkan selamat hari raya!*dengantakmandilagi* ha..ha..ha..

Selamat Hari Raya semua :)
Mohon ampun dan maaf jika ada tersalah perkataan, tersinggungkan hati semasa mengomen.
Pada yang balik ke kg, sila berhati-hati ye..Semoga selamat pergi & selamat kembali semula :)
*dariorangyangtakdekampung..uhuksss*


nota kaki : mkn pun kene hati-hati ok!takut kolestrol,tekanan darah dan berat pun naik nanti..

Wednesday, July 23, 2014

Kad Raya!!


Ehhh hari ni hari rabu ehhh?takpa laa..
Nak bagitau semalam agak terkejut jugak la sebab tetibe dapat kad raya!

Hahahaha..nampak sangattt kan aku ni bukan ada peminat!Almaklum la aku bukan nyer blogger retis jauh sekali kejar rangking nih..blog utk kepuasan diri je..pfttt..dah jauh tersasar nih..kehkehkeh..apa pun blog ini untuk suka suki ja ;)

Nak bagitau terkejut sebab dah lama tak terima kad raya je sebenar nyer..tahun lepas dapat dari Henreitta Jose tapi aku tak sempat balas!Soriiii..so soriiii..tapi akak simpan elok-elok kad tu ;)

Tahun dapat dari Kesuma Angsana! Lagi la terkejut!
Takde angin takde ribut tetibe dapat kad raya..suka :)

Terima kasih Kesuma Angsana!

Err..saya penah bagi alamat ye kak?

Selamat Hari Raya Kesuma Angsana

Sweetkan?
Tersentuh hati ni sebab orang bagi kad raya..terasa dihargai gitu..

BTW..semua kad aku simpan baik baik..kalau tak caya nanti aku selongkar kotak kad aku..kad raya cintan cintun dari darjah 5 pun ade lagi aku simpan elok-elok :)


nota kaki : ayang aini tau la sape yg bagi mase darjah 5 tu..hahahaha..

Monday, July 21, 2014

Syakirah Irneena Turn 1!


Happy Birthday To U!

Happy Birthday To U!

Happy Birthday To Syakirah Irneena mok mok manja mama abah manja semua..!

Happy Birthday To U!

Yeayy..alhamdulillah..setahun dah masa berlalu.
Semalam 20.07.2014 Syakirah Irneena genap setahun, tapi kalau ikut bulan islam 11 Ramadhan haritu dah setahun dah :)

Takde apa sambutan pun, takat belikan kek makan la 3 beradik tu semalam.
Oh ye..abang Syahmi tak puasa smlm.

ais krim cake

posing je sebab 3 orang puasa 3 lagi tak puasa.

tak sabar ke dik?

nyums!~

budak manja nie!

Apa pun mama abah semua doakan yang terbaik untuk adik dunia akhirat.
Sihat-sihat sentiasa, ceria selalu, manja macam biase cuma kurangkan menangis bila orang takde depan mata..he..he..he..manja keledek sangat..nak orang hadap dia jek.

keluarga kecil kami..alhamdulillah..

Doa aku buat eady & anak-anak juga untuk semua..semoga sentiasa dibawah lindunganNYA, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik..


nota kaki : mood raya tak berapa nak ada.

Mom’s Care Snap A Selfie Contest


Hai..hai..hai..ada berita baik nak share ni!

Korang tau kedai Mom's Care tu kan?

Aku suka sangat ke situ!Suka gila laaaa...Kat sana semua benda ade dari sekecik sarung tangan anak sampai sebesar stroller ade!Korang cakap je barang baby ape yang korang nak mesti ade kat situ. Lagi syok  jadi ahli Mom's Care kiter boleh dapat diskaun lagi tau.

Alaaa..korang tak tau ke ape itu Mom's Care ni?
Meh nak story skit.



“Established in 1995, Mom’s Care opened its first outlet in Ampang Point,
Shopping Centre. Mom’s Care has always been looking at catering to the larger
consumer group. Therefore, with that in mind, a mere 5 years later, Mom’s Care
opened its doors at Mid Valley Megamall and 1Utama Phase 2.

Mom’s Care mission statement is “To provide the best needs and care for your
child”, hence the tag line used since its conceptualisation “the right choice for
your child”. This is achieved via our experienced personnel at our retail stores.
They are the place where parents can seek advice on pregnancy, parenting tips.
We strive to provide the best of advice.

Mom’s Care carries more than 20 international brands with more than 10,000 skus.
This covers everything from infants to toddlers, newborn up to 3 years of age.
Mom’s Care offers the latest designs and most innovative products by international
brands; from apparels, nursing products, feeding accessories, car seats and
traveling systems, bedding as well as educational toys, to name a few. “


Aku kenal Mom's Care ni sejak mengandungkan Syahmi lagi hujung tahun 2006, dan memang menjadi kebiasaan kat Mom's Care Ampang Point je tempat aku cari barang anak. 
Bagi aku senang sangat untuk ibu-ibu mengandung sebab korang tak perlu pergi ke banyak tempat untuk mencari barang baby sebab kat outlet-outlet Mom's Care nie terdapat semua barang termasuklah breastpump yang diperlukan ibu selepas bersalin. #akuibumenyusutegar ;)

Sesuai sangat dengan misi mereka iaitu :  “To provide the best needs and care for your
child” , “the right choice for your child”

Aku, sampai sekarang ni masih setia dengan Mom's Care bila perlukan something, dah la dekat dengan umah aku pastu barang-barang kat outlet Mom's Care ni semua nyer barangan yang terkini dan moden. Kira tempat wajib pegi kalo tengah menggila cari barang anak..ha.ha.ha..kalo Mom's Care buat sale lagi boleh gila ok :)
Selain kat Ampang Point, outlet Mom's Care ni ade di Mid Valley & 1 Utama ye.

Dan sekarang aku nak tanye nie..Sape gila selfie?Angkat tangannnnnn!! 
(Akuuuu!!hahaha..aku mengaku!)
Nak bagitau yang Mom's Care ade buat Mom’s Care Selfie Contest!

Hadiah dia super devas dan sangat awesome..!Gila..boleh dapat Urban Click Connect Stroller worth RM2,000 sape tak nak?


Urban Click Connect Stroller For Best photo category

Senang je Mom’s Care Selfie Contest nie, korang just amik gambar selfie yang paling kreatif dan unik dengan anak-anak then upload kat Page Mom's Care Malaysia FB dan share untuk dapatkan LIKE terbanyak. 
Theme dia senang jek “fun time with kids & family”
Share dan war-warkan gambar korang tu untuk menang!Simple je kan? ;)
Jangan lupa..LIKE terbanyak pun dapat hadiah tau!Dapat Contour Prestige Primo worth RM1,800.
Huh..tak nak lagi?Rugi la...

Mom’s Care Selfie Contest ni bermula pada 16 July sampai 10 Ogos 2014 ni, banyak mase lagi korang nak berselfie dengan anak-anak dan pikir-pikirkan gambar yang paling unik tau!
Pemenang akan di umumkan seminggu selepas tarikh tutup contest tu ye.

Untuk lebih lanjut korang boleh terjah ke FB Mom's Care Malaysia atau ke Web Mom's Care Malaysia, kat sini ade detail ya! #MomsCareMalaysia #BabyProduct


nota kaki : apa lagi..cepat la selfie!he..he..he..aku pun nak jugak ni!

Friday, July 18, 2014

Tragedi MH17



Tak tau nak kata apa.
Speechless.

Al-fatihah.


nota kaki : dunia makin tenat.

Wednesday, July 16, 2014

Resepi Ayam Buttermilk


Ayam buttermilk aku ni versi derhaka resepi yang wina bagi..
(wina, ai tak letak link u tau ;)

Seriusss..kalau dari dulu aku tau resepi ni sap sap soiii dah siap memang ini je makanan anak aku kot!Baik aku ulang-ulang dengan semua haiwan yang ade..hahaha..senang gila kot!
Sedap plak tu..ehh..ini bukan puji diri sendiri tapi ini Syahmi dengan Eady yang cakap sedap.
Kalau tak sedap takkan Syahmi makan bertambah ye dak..

live dari dalam kuali mase buttermilk tengah menggelegak.

Lemak-lemak berkrim disukai ramai..nyumss!
Bahan pun sikit je guna.

Tepung goreng ayam, ayam, butter (aku guna salted butter), susu cair, setengah kuib ayam, cili masak sebatang dan daun kari je.
 *orang lain mungkin goreng ayam pakai serbuk kunyit & serbuk kari tapi aku pakai ape yang ade je kat umah*

Cara-cara : 

1. goreng ayam sampai garing & ketepikan
2. cairkan butter sampai menggelegak berbuih
3. masukkan kuib ayam
4. masukkan susu cair (nak pekat, nak banyak kuah letak banyak ye)
5. masukkan cili masak dan daun kari

biar menggelagak kejap..

6. masukkan ayam tu dan gaul bagi sebati.

dah siap!

saya suka guna 2 benda ni

So korang..boleh la cuba ye!
Aku ni gigih la seluk IG wina & whatsapp dia nak tanye cara nak buat.Ohhh..lupa..aku tak pakai garam sebab butter aku dah bergaram lagipun dah ade kuib ayam tu dah cukup dah.
Semalam aku masak sorang je sebab eady busy setelkan anak-anak ;)


nota kaki : lepas ni nak buat ikan stim halia pulak la.

Wednesday, July 09, 2014

Diam..Hari Ni Hari Rabu!


Rabu?Kene diam kan...?

Nak diam la nie, lagipun bulan puasa ni memang kene banyak diam kan?

Banyak benda nak cerita..yang best..yang tak best..tapi macam malas pulak nak cerita.

Ringkas : hamper perfume SilkyGirl dari EH! dah diterima, kereta kene langgar dari belakang yang agak teruk, dapat cincin banyak love dari ehem ehem..hehehe..eady la sape lagi!
Cantik :) harga tak semahal mana..kami kan orang miskin bandar mane mampu ribu-ribu.
Harga tak penting tapi sentimental value tu bakal diingat sampai mati.

Pasal bola?Ikut jugak tapi tak minat nak ulas sejak Beckham dah tak main nie.
Lebih banyak scroll pasal Gaza..ermm..kenapakah ini terjadi?
Dimanakah doa-doa kita seislam dengan mereka?
Tak kuatkah doa kiter untuk mereka? Tak berkatkah doa kita untuk mereka?

Setiap hari duk baca makan itu ini tak sedap, nak makan itu ini yang sedap tapi di sana (GAZA) mewah dengan hujan letupan dan tembakan..kenapakah?
Ermm....sebak sampai tak mampu melihat gambar yang terhidang.

Apa nak cerita?
Raya?Persiapan raya?
Tiada..baju raya pakai baju apa yang ada..kuih raya?Takde dalam list lagi.
Serius cakap..takde ape persiapan pun untuk raya.
Mungkin kerana hanya raya dibandar menyebabkan hati ni tak berkobar.
Ntah.

Puasa?
Alhamdulilah macam biasa walaupun selepas waktu zohor dah rasa macam nak terbalik.
Mana nyer dengan menyusu adik, lari ke taska transit tengok si abang, hantar ke bas sekolah ditengahari buta, datang dugaan abg DBKL paksa mereka naik jejantas setiap hari sebab tak dibenarkan bas berenti kat tempat biasa.Semput sebab bertambah kerja berjalan lebih jauh dari biase ke tempat bas dibenarkan berenti.

Korang, sure semua dah siap kan?
Hati mesti dah ade kat kampung halaman kan? :)
Seronok.


nota kaki : penat ni buat otak pun penat sekaligus membuatkan badan pun penat.

Monday, July 07, 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak


Fuh..kenyang perut senang hati kate ku!
Sabtu lepas aku join kawan-kawan blogger berbuka puasa di Casa Ombak Jalan Damai.
Kat mana?Belakang jalan Tun Razak dekat je dengan Double Tree Hotel (ohhhh teringat kenangan lepak kat Double Tree tu..syok gila!)

Ehh..ini bukan cerita hotel tapi nak cerita pasal Casa Ombak ni, walaupun ia berada dikawasan yang agak terpencil tapi bagi aku ia agak unik, bayangkan ia berhampiran Jalan Tun Razak tapi bagai berada "jauh" dari kesibukkan bandaraya.Serius,unik!

Casa Ombak

Casa Ombak ni, adalah sebuah banglo yang dijadikan tempat beriftar berkonsepkan Garden, bagi aku ala-ala Garden Wedding gitu.Santai.Simple.

Nampak dekorasi nyer?Sweet.I like.

Oleh kerana aku antara orang terawal yang sampai maka sesi menjelajah aku mulakan dulu :)
Tema makan berkonsepkan Tradisional jadi agak bertepatan dengan tekak aku ala-ala orang kampung ni..hehehe..


Asam pun ade.

Roti Jala dengan kuah kari yang tersodappp!!

Main

Wajib kot.Ehemm..tekak kampung kan ;)

Ikan Bakar yang tak sempat rasa sebab dah licin

goreng pun sodap

bihun sup, laksam

ditemani lilin..ala-ala candle light dinner gitu.

Muka orang berpuasa menunggu buka..hehehe..

Diaorang dah berbuka dulu sebelum azan. ;)

nice kan?

Nak bagitau, paling WIN malam tu ialah Roti Jala dan Teh Tarik dia.Perghh kuah kari Roti Jala dia sangat pekat dan sedapppp!Roti Bom pun sedap.
Boleh dikatakan hampir separuh aku makan. Kuew tiaw basah, ayamg goreng rempah, bihun sup, roti jala (repeat banyak kali!), kuih, bubur, keropok..air jangan cakap la..bergelas-gelas!

Aku kan suka makan ;) dan suka jalan!
Cuma nasi je aku tak sempat makan tapi Eady dah makan kan bagi pihak.Hehehe..lauk sambal ikan keli, daging kurma, nasi kerabu..ehh macam-macam la ada!

Ehhh..lupa plak..

Antara kawan blogger yang baru aku kenal.1st time jumpe kecuali yang sibuk peace tu..kehkehkeh..sis Akma Omar yang peramah bersebelahan dengan ku itu.

Yang ni antara aku menyampah.Tangkap gambar group masa aku dah balik..grr..diaorang la kata nak gerak nak gerak, aku gerak la dulu rupa nyer ade sesi berposing..huahuahua..ai is takde..so ai is menyampah sayang, gitu!Next time ye kawan ;)

Sedikit latar belakang Ombak Creative

Ombak Creative adalah sebuah syarikat event dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd.

Telah menjalankan pengurusan event lebih dari sepuluh (10) tahun. Team Ombak Creative berpengalaman menguruskan catering, majlis perkahwinan, majlis koperat dan persendirian.
Lokasi event kami terletak di Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang. Merupakan lokasi event yang berkonsepkan ala garden.
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Ombak Creative menyediakan promosi Buffet Ramadan. Ia terbuka untuk sesiapa yang ingin membuat tempahan.


So sapa-sapa nak berbuka secara unik di Casa Ombak boleh la hubungi atau terjah ke FB Casa Ombak ye.

Harga Buffet Ramadhan

Dewasa : RM 55.00nett
Kanak-kanak : RM 27.00nett ( 5-12 tahun )

Kami mengambil tempahan individu, group, family dan syarikat. Terlebih dahulu hubungi kami untuk reservation. 

Casa Ombak @OmbakCreative

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative

Kepada anda yang ingin membuat tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak boleh hubungi kami segera untuk booking.


nota kaki : tempat solat juga disediakan. 

Friday, July 04, 2014

Puding Roti Menggunakan Pemanggang Ajaib


Sori entry makan!

Nak bagitau puding roti ni dah dekat setahun Eady minta. Dulu dibulan puasa gak dah siapkan bahan semua tinggal tunggu nak buat je sekali air ketuban TERpecah plak..kehkehkeh..

Lain yang nak lain plak dapat!Dapat dak Syakirah plak petang tu.. :)
Last-last lupa dah pasal puding roti tu, duk tibai makan yang kat hotel je bila bercuti. 
Kata nak buat sendiri asyik la lupa..isk..

So semalam semangat gila nak buat..tetiba plak semangat!Ehh..tersemangat sebab baca entry kat Asyifa Mustaffa semalam.Lunch time lepas susukan Syakirah, lepas babai abang Syahmi pegi sekolah agama terus ke Gaint Maju Junction beli barang.

Bahan-bahan 

Sos Kastard

Oh...sos kastard puding roti ni Eady buat dulu sebab nak sejukkan dia kat dalam peti ais.
Ha..nak bagitau lagi nie, dari aku yang nak buatkan puding roti dah bertukar tangan ke tangan Eady yang buat puding roti nie sendiri sebab aku busy buat spagetti untuk berbuka.
Lagi pun tetibe dia pulak yang bersemangat nak buat.he..he..he..sorg dapur kanan sorg dapur kiri ;)

Cara nak buat sos kastard ni senang je..cuma follow sebijik macam Asyifa Mustaffa buat.

Untuk Sos Kastard

1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula

Cara-cara

Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat (kepekatan ikut selera masing2)Tuang ke atas puding roti tadi. 
Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastard.

Lepas dah setel buat sos kastard tadi, Eady start buat puding roti nyer.

Bahan-bahan

7-8 keping roti *
500 ml susu segar @ 2 cawan *
4 sudu besar gula halus *
2 biji telur *
1 sudu teh esen vanilla *
2 sudu besar butter - cairkan
3 sudu besar kismis/choc chips

Cara-cara

Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *.
Koyak-koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.
Biarkan terendam dan meresap seketika.
Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati.
Kemudian tuang ke dalam bekas yang telah digris dengan sedikit butter.
Taburkan baki kismis diatas adunan.

Masuk je dalam mangkuk besar

Cairkan butter

Biar meresap

Tuang je dalam pemanggang ajaib

Nah..hasil!

Tuang skit Coklat Strawberry Hersey!

Kami takde oven jadi kami guna pemanggang ajaib yang ade.Bakar dalam 20-25 minit. 
Susu tu aku terpaksa guna susu coklat sebab susu segar putih dah habis. Lagi pun susu tu sebenar nyer tak kisah nak guna susu ape pun, strawberry pun sedap sebab aku penah rasa ade hotel guna susu strawberry. Roti pun sama nak pakai roti butterstoch pun boleh.

Dalam pada balik keje macam marathon sebab biase la bulan puasa KL confirm jem giler, dapat jugak la aku masak spagetti goreng untuk berbuka, di-gu-kan dengan kuih & air adik aku beli dan penutup makan puding roti. Setakat ni sahur dan buka kami simple je.Tak mewah mane.Ape lauk berbuka itulah makan sahur.Gitu.


nota kaki : hari ni tak tau lagi nak masak ape.

Thursday, July 03, 2014

Nanti Sejadah Tu Kotor!


nampak?

Kejadian : semalam di Taska semasa transit menunggu bas sekolah agama.
Dia solat diluar sejadah..grrr...
Bila ditanya kenapa, dia jawab "nanti sejadah kotor sebab tapak kaki kotor.."
Huhuhuuu...

Nak say BIG TQ to cikgu, ustazah, ustaz, ibu taska, cikgu taska sebab kerana mereka Syahmi buat ni tanpa paksaan sesiapa sebab bagi dia CIKGU & USTAZAH adalah orang yang paling benar sekali bila bercakap..mama abah pun dia tak percaya sangat, tak berapa nak dengar sangat so ape-ape mama minta cikgu/ibu taska yang cakap kan kat dia..senang kan?
He..he..he..boleh pulak dengar cakap orang lain dari abah mama sendiri ye bang?


nota kaki : harap sangat berterusan mcm ni, jangan separuh jalan je doa mama..

Wednesday, July 02, 2014

Aku Benci Kuala Lumpur!


Selamat Menyambut Puasa semua walaupun dah puasa dah hari ke-4, masih belum terlambat nak ucapkan kan?Mood nan hado nak update cerita..

Cerita pun biase-biase..sahur, masak, berbuka, solat, sahur balik gitu la..

Oh..cuma nak mention kuat-kuat ni AKU SANGAT BENCI KUALA LUMPUR SEMASA BULAN PUASA sebab jem di bulan puasa memang luar biase..penat okey..stress lagi..sabar dah tentu la kene sabar, kalau aku tak sabar pun tetap kene hadap jem jugak kan, so aku sabar je..jangan nak suruh aku sabar lagi eh..
Biase sampai rumah pukul 6.10 paling lambat, sempat masak tapi di bulan puasa aku sampai umah pukul 6.50 tambah hujan aku sampai rumah pukul 7 mlm..boleh?

Nak BENCI KUALA LUMPUR SEMASA BULAN PUASA lagi sebab barang basah barang kering semua jadi mahal berganda-ganda..stress mak encik bila belanja barang dapur naik sekali ganda...gila apa?Alasan nelayan tak turun laut mase puasa..kejadah?Kalau dah nelayan tak turun laut apesal daging & ayam pun mahal?Kenapa sayur pun mahal?Peladang pekebun semua tak turun laut gak ke?Ke nak bagi alasan musim panas ni diaorang tak turun ladang dan kebun?Pfttt...bulan puasa ni korang semua cuti dari kerja ke canne ni?

Apesal mahal gila ni?Apesal jem macam nak gila ni?Uhhh...tak mo la cerita tu..stress haku..
Aku benci KUALA LUMPUR waktu bulan puasa...grrr....

Next..

Alhamdulillah, hari ahad dapat masak untuk semua, macam biase menu Ayam Kicap Lemon menjadi pilihan mereka..di gu kan dengan ape eh?lupa dah aku..sambal ikan bilis dgn tauhu kot...alhamdulilah jugak Syahmi berpuasa tanpa paksaan dan yang lebih alhamdulillah nyer solat dia pun tanpa dipaksa oleh sesiapa..kuasa cikgu & ustazah memang power la bagi aku..ustazah dia duk bla bla bla dalam kelas je, balik terus dia buat tanpa sesiapa suruh...

Life macam biase je, shopping raya kat Sogo haritu..aku termasuk dalam kategori orang giler bershopping dihari kejadian..1st time aku buat keje macam tu disebabkan ibu..he..he..he..

Baju raya tahun ni takde..guna je tahun lepas punyer, kuih raya ke kerepek raya ke pun tak pikir lagi sebab aku raya sini je..ye aku raya kat KUALA LUMPUR ni je..aku kan anak jati KUALA LUMPUR.

Tapi aku cadang nak bercuti mase raya ke-6 sampai raya ke-8 kot..takat lepak PD pun lepas kot..almaklum la..orang KL mane nak pegi lagi time raya..shopping kompleks?lepak tengok tv je?Tengok wayang?Gitu la...so korang kalau ade kampung rajin-rajin la balik kampung ye.

Oklah...kering tekak bebel kat sini...hahaha...
Takde mood la nak update blog..kbai!


nota kaki : kalau jadi pegi PD duduk apartment masak sendiri, kedai sure tutup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang