thumbnail

Thursday, August 28, 2014

Random

Dari spain

Sedap, masam-masam manis. Kalau sejukkan lagi sedap. Aku suka sangat teh ni!

Berat masa puasa

Sekarang mungkin dah naik berkilo-kilo lagi dek kerana raya!

Raya ke-3

Beraya bersama abangLA di perantauan, (KLCC)

Tipah tertipu bang!

Yang selama ini ku ingat dia Tiger rupe nyer Rozi Tiger..huhuhu..dah beranak dah pun.

Dengan tingkap yg berusia lebih 30 thn.

Khamis random kan?
Ke aku dah lupa khamis sepatut nyer spontan?

Ha..ha..ha..duduk rumah lupa hari lupa waktu!


nota kaki : tak sabar nal tunggu Sept!

Wednesday, August 27, 2014

Breaky Wrap Diy


Oleh kerana aku kene cuti duduk rumah dengan Syakirah maka entry yang ade semua ceduk gambar yang ade dalam hp ni je :)
Nak BW memang tak sempat la ye..maklum la anak dara kecik tu baru berdiri meniti..

Ohh..bukan nak cerita pasal dia tapi nak cerita pasal makan lagi.He..he..he..nak cerita pasal jalan tak kemana buat mase ni. Ehh..cerita zoo pun tak start lagi..pftt..tunggu ye!

Kali ni nak bagitau, aku buat breaky wrap sendiri sabtu lepas. Patut pakai Tortilla tapi yang ade Paratha je so belasah aje lah.



Senang gila kot nak buat dia! Yang tak pandai masak pun boleh buat, yang tak boleh tu cuma malas jek.

Just goreng burger ayam, goreng tanpa minyak roti pratha tu..tuang cili sos, mayonis kat pratha tu letak burger pastu balut jek! Siappppp dimakan.

Ha..tambah cheese slice!

Sedap & kenyang jugak la makan ni!
Gara-gara Kak Jah diva buat aritu terus aku terliur nak buat sama. Oh..jah, sori tak dapat backlink sebab aku pakai hp jek ni, later aku letak je Zaza!

Bahan pun murah je nak beli, masak pun 5 minit je pun. 


nota kaki : sori bnyk ye tak dpt BW.Sori sgt~

Tuesday, August 26, 2014

Laman Aiman Kg Baru


Kali ni aku nak share salah satu tempat makan yang ade SUP TULANG antara yang TERSEDAP pernah kami cuba.
Dekat Kg Baru jugak Laman Aiman ni. Kalau dari depan bangunan DBKL tu terus je ade la kat sebelah kiri jalan je tempat makan ni.

Amik kat google gambar ni

Asam Boi Limau & Milo Tabur

Nasi Arab Ayam 

eady kate biase-biase je la rase dia.

Ayam masak pedas - telur dadar - nasi putih

Ayam masak pedas tu masin skit..mungkin waktu aku makan tu dia masak TERmasin, tapi licin jugak aku makan..he..he..he..

Sup Tulang awesome!

Pedas cili padi + panas + masin + masam semua bersatu menjadi SEDAP!
Sampai aku berebut dengan Eady! Ntah sebab berebut tu ke jadi sedap, ntah sebab ade 1 je ke yang jadi sedap tapi memang sedap la!
Mungkin jadi lagi sedap sebab waktu ni adik ipar yang belanje..hihihii...
Semoga dimurahkan lagi rezeki beliau sekeluarga, Amin~

Next time, agak-agak termengidam sup sedap sila la ke Laman Aiman di Kg Baru ni.
Oh..aku cuti till 3hb Sept sebab taska tutup so that aku tak dapat BW la ye..sori~

nota kaki : ni pun update pakai blogger app di hp.nak edit pun susah!

Monday, August 25, 2014

Havoc Bistro Kg Baru


Punya la lama nak update pasal ni..asyik la terlupa! Almaklum la banyak hal la sejak-sejak raya ni. Pegi Havoc Bistro Kg Baru mase bulan puasa, lepas tu repeat lagi tapi lupa pulak bila pegi makan nyer...huhuhuu...*faktorusiakot*

Nak share dengan korang, tempat ni makan sempoi je tapi sedap! Pada tekak aku dengan eady la :) dan kalau tak sedap takkan pegi dua kali ye dak?

Nak tau ape yang sedap?Ha..meh nak cerita! 

Roti John tersedap setakat ini!

Maveles giler! Adunan rase kuah, daging dia macam mane nak cakap eh? Sambil mkn cakap sedapppp nyer...makan lagi cakap sedappp nyerrr..so kire confirm sedap la kan!

Close-up skittttt...yummehh~

Ohhh..ade lagi! Air kat Havoc Bistro Kg Baru ni lagi awesome okeh! Dari nama yang diberi dah menampakkan sedapppp..serius sedapppppppppppppp sgt air dia!

I love U, I miss U & Dont Worry

Macam mane nak terangkan ehh pasal air ni? Tak tau nak cakap kecuali SEDAP sangatttt..hehehe..korang kene try dulu baru tau ok.

Seafood Spagetthi

Spagetthi mase 1st aku pegi berbuka puasa tu, untuk anak-anak dan diaorang makan licin.

Rib Eye - sedap

Yang ni pun sedap jugak ni!

Gambar atas tu aku pegi 1st time, ade la kejadian yang tak best mase tu..tapi tak nak cerita kat sini..lagipun hal kecik je ;) 2nd time kami pegi, order air yang sama jugak! Hah..nampak kan kesedapan nyer?

I love U, I miss U, Dont Worry i akan dtg lagi..

Ha...sampai dua kali aku letak gambar air untuk melambangkan kesedapan nyer!
Kali ni kami order lain pulak, ye la nak rase semua kan so kene datang bnyk kali la.

Seafood Buttet with rice utk kiddos.

Eady cakap kuah dia sedap.

Beef Rib

Yang ni so-so je bagi aku, daging liat skit.
Pilihan tekak aku more to Rib Eye lagi dari Beef Rib ni.

Layanan kat Havoc Bistro Kg Baru ni pun tip top, staff kedai ni semua lelaki. 
Yang best ade surau ;) senang tak payah pikir nak lari ke sana ke mari cari surau.

Ohh harga!

Masih lagi mampu poket


Yang sedap je aku share kat blog ni.
Sedap kat tekak kami anak beranak yang suka makan & jalan-jalan.
Lain orang lain cita rasa, apa kata korang pegi pulak cuba :)


Alamat : Kg Baru Lorong Raja Uda (belakang Petronas Kg Baru)
Waktu beroperasi : 11 pagi - 1.00 pagi
Tel : 0166560565 / 013201280


nota kaki : ni gara-gara tgk JJCM la ni~

Friday, August 22, 2014

MHI7 - Senarai Penuh


Senarai penuh 20 mangsa

Setakat hari ini 22.08.2014
Baca nama sorang-sorang pun sedih inikan pulak keluarga yang hadapi..
Allah...tak terkata sebak nyer.
Terbayang-bayang wajah diantara mereka yang kerap diputarkan di kaca tv dan juga di dada akhbar..


nota kaki : sejarah yang kita harap tak berulang lagi..

#MH17


#prayformh17


Tak tau nak kata apa..
Sebak..
Pilu..
Walau tiada hubungan dengan sesiapa..

Takziah..Al-Fatihah..


nota kaki : mati itu pasti.

Wednesday, August 20, 2014

WW : Raya Lagi!


Ehemm.. :)

Naik kerja ade jamuan raya, apa nak kata?Rezeki.
Hutang dulu BW dan cerita zoo.


nota kaki : misi makan sebulan macam hantu raya..ha..ha..ha..

Monday, August 18, 2014

Semalam


Semalam punyer cerita.

Kelmarin di Air Hitam, Johor.
Penat toksah kata yang penting kami happy saje :)
Hari ni mungkin dalam KL saje, esok juga!

Ohh..kami tengok panda tido aje!Pfftt..

nota kaki : zoo negara dah lain!


Friday, August 15, 2014

Kisah Kakak Sufiya Irdina


Ramai jugak tegur aku pasal aku tak banyak cerita pasal kakak Sufiya Irdina.
Ye la kan..tapi bukan maksud aku pilih kasih cuma terlepas pandang pulak.

Almaklum la waktu aku dengan dia pagi & malam je, dengan Syahmi Syakirah pagi tengahari & malam..

Ok la, meh nak story..semalam aku dengan Eady pegi amik report kad dia kat taska. Terkejut la kami sebab dia periksa no.1! Tergelak-gelak kami dibuat nyer..

Mane tak nyer, asal Eady suruh buka buku je mula la datang alasan sakit perut la, pening kepala la, mengantuk la..ade je 1001 alasan dia. Tu belum lagi belajar sambil menangis..ha..ha..ha..nangis la sebab kene paksa jugak baca & ulangkaji. Kebiasaan nyer kami tak memaksa pun, cuma bila dah terlampau agak lama tak belajar memang keterpaksaan jugak memaksa. Lagi pun dia baru nak masuk 5 tahun kan, istilah nyer belajar sambil bermain bukan belajar gila-gila.

Jom tengok sikit hasil kerja sekolah dia.

Yup, everything nak rainbow colour..pening kami.

Nampak?

Amik kooo!

Rainbow lagi!

Ulasan cikgu

Ulasan cikgu : kadang-kadang banyak bercakap dan kurang bagi perhatian.

Ehemm..cikgu, bukan kadang-kadang ye tapi selalu dan sentiasa bercakap!
Tido je tak bercakap ok. Kurang beri perhatian tu pun memang ye..

Tapi takpe lah, kecik lagi kot kalau nak stress bagai pasal ni. Banyak masa lagi nak guide dia :)

Ye kakak dah rebonding rambut!

Mak tok yang nak sangat tengok cucu dia berambut lurus, kesian dia cakap sebab Syahmi Syakirah berambut lurus, Sufiya je berambut berombak macam aku :) mini mama kan..

Overall, Sufiya Irdina ni nampak jugak la jarang diberi perhatian. Mungkin sebab anak no.2 kah? Atau sebab kami terlalu busy dengan persekolah Syahmi dan tumbesaran Syakirah? Ermm..

Cuma, walaupun dia kakak tapi memang tak boleh diharap tengok adik!
Hahahaha..kalau kita cakap "kakak, tolong tengok adik kejap mama nak pegi dapur." Dia akan jerit "abg Syahmi tengok adik!kakak nak tgk tv!" Pfttttt...


nota kaki : bukan bermakna dia kurang kasih sayang ye..semua anak diberi kasih sayang yang tiada bertepi..

Thursday, August 14, 2014

Amboi Korang!


Laju je kan tanye aku nak pegi bercuti ke mane?
Mane ade berjalan la. Abah mak mertua dan adik-adik ipar aku turun KL dari Labuan.
Giler tak teruja?Kalau ikutkan hari ni dan esok aku start cuti sampai selasa nanti, tapi apakan daya Abang Syahmi ade peperiksaan di sekolah agama minggu nie..

Uhuks..

Abah mak mertua aku dan adik ipar perempuan aku akan terus ke Muar, Segamat dari KLIA tu. Sepupu Eady amik diaorang then terus ke sana. Dan kalau ikut perancangan awal kami tunggu di KLIA dan terus ke Muar jugak. Sabtu ni ade kenduri kawin belah abah mertua jadi abah turun sini la. Ha..kan aku dah cakap kitaorang ni orang JOHOR la..tak caya..

He..he..he..abah Eady memang berdarah Johor, adik beradik sepupu sepupu Eady ramai lagi ade kat Johor tu. Abah mertua sorang je tercampak kat Labuan sebab terjatuh cinta dengan orang Labuan kan.. ;) kalau ikutkan pencen askar dulu baru abah start duduk Labuan, sebelum-sebelum tu duduk Semenanjung. Eady tu bersekolah hampir dekat 11 buah sekolah dari kecik sampai la besar, anak askar kan..paham-paham je la..adik-adik Eady je la memang orang Labuan, Eady & abang dia orang KL. Paham?Tak paham..takpe la ;)

Sebab tu kalau orang tanye Eady tu orang Labuan ke, aku cakap tak! Sebab seumur hidup dia, dia tak pernah duduk sana. Membesar kat kampung Johor cuma lahir je kat Labuan, dalam pantang mak dah duduk semenanjung. Dah besar, membujang duduk KL dengan kawan-kawan je Eady tu..merempat dari satu rumah sewa ke satu rumah sewa lain.Gitu la salasilah nyer sikit-sikit..

Ehhh...lagi sekali aku tercerita pasal Eady kat sini!
Sindrom rindu la ;) ...kehkehkeh...biler jumpe bercakaran jek!huh...

Kat mane tadi?
Ha..hari sabtu pagi-pagi la kami gerak ke Muar nanti untuk menghadiri kenduri juga beraya bersama abah mak mertua sekaligus dengan keluarga belah Eady.
Tak sabar nak jumpe abah mertua, nak tengok sesihat mane beliau sejak sakit haritu.

Dan..ha ade lagi best!

Sabtu jugak la flight adik Eady yang lelaki akan sampai anak beranak, dia orang ade jamuan raya office kat De Palma Shah Alam. Jadi lepas kenduri kami balik semula ke KL.
Ahad baru jalan KL la kami semua so isnin selasa aku cuti la bawak dia orang berjalan dan flight dia orang balik hari Selasa petang. Kat KL ni diaorang semua akan duduk di Akar Homestay di Kampung Baru. Ha...yang ni nanti aku review eh..aku dah pegi tengok dan book tempat tu..so nice sebab tempat baru.

Now...sewa kereta dah setel, homestay dah setel..semua dah book, tinggal bayar balance mase hari berkenaan je. :) tak sabar nak jumpe dia orang semua.

So..dah terjawab la kan aku nak pegi bercuti kat mane?
Kat KEYELL aje ler...kehkehkeh...


nota kaki : tak sabar nak tunggu sabtu weh! :)

Tuesday, August 12, 2014

Mari Berceritalah!


Pelik la..

Asal masuk office je rindu 3 budak tu tapi bila dapat jumpe asyik la pening dengan diaorg.

Lagi-lagi dengan abah diaorg..asal jauh je kejap-kejap nak sms la nak whatsapp la tapi lagi pelik dalam sms dalam whatsapp pun bleh bawak bergaduh..kahkahkah..pening giler weh dapat bini mcm ni..nak betul je sentiasa lepas tu nak dia yang minta maaf..acanne tuh?? Feling-feling dia akan pujuk la konon tapi seperti yang maklum dia takkan pujuk punyer lah sebab dia bukan orang yang macam tu..hahaha..makan hati mak encik weyyy!

Lagi pelik dah 8 tahun kawin campur 2 tahun kenal (tunang 1 tahun) tolak tambah bahagi darab dah 10 tahun kitaorg bersama pun tetap lah besar harapan aku dia memujuk hati ini..
Giler hape 10 tahun pun tak pasrah lagi izwa oi!?

Tapi

Sesekali dia buat suprise tak kiralah bagi hadiah ke atau setakat sms jiwang ke berbulan aku boleh tersenyum tau...ape?ko ingat senang ke orang pendiam ni nak luahkan perasaan?Takde der..telan air liur je la ko tunggu sampai ke sudah memang takde..ha..ha..ha..

Jangan harap la ko tunggu sms "b..abang cinta kan b, abang rindu la kat b..." takde okeh..takde..yang ade "cuti dah apply?" ha tu contoh atau contoh lain "air kopiko abg dah abis la nanti b tolong belikan eh.." haaa..gitu! atau lebih tragis 1 hari pun dia tak sms ko..wakakaka..itu memang kes dia busy giler argh..jgn la harap ko jadi pungguk rindukan bulan la..baik ko tengok je gambar dia kat atas meja keje tuh..bersepah gambar gedix tu.
atau lebih kejam ko sms dia ajak gaduh sebab dia tak sms ko sehari..gitu konsep aku!
Ha..ha..ha..ha...

Eh...aku sebenar nyer nak cerita pasal anak..dah kenapa aku cerita pasal Eady plak..
Opss sebelum tu...ini bukan entry kutuk Eady eh..dia manusia yang paling baik tau. Abah terbaik, lelaki baik dan suami yang rajin..takat romantik giler bagi bunga bagai tapi pinggan sebijik pun malas nak basuh nak buat ape ye dak?tak tolong kiter sikit pun buat keje umah nak buat ape?? Penat la ko sensorang kat situ buat keje umah sambil layan sms jiwang..gitu eh?Mane ade manusia sempurna der..

Aduhh..lari tajuk ar nie...

3 buah labu

Ha..aku nak cerita pasal 3 budak nie..

Sekarang ni tengah pening dengan konsep pertanyaan Syahmi sejak-sejak dia die hard fun dgn ustaz ustazah kat sekolah.Asyik tanye "kenapa dia islam tapi tak pakai tudung?" "dia tak islam ke sebab tak pakai tudung??" "mama..abah kakak tu tak marah ke sebab dia pakai skirt??" " ehhh mama..kenapa kakak pegi jalan tak pakai tudung!" Dia tengah pening dgn konsep kenapa orang islam tak tutup aurat kat luar..pfttt..matik aku! Tengok tv pun dia komplen dah canne?Nasib baik aku tak suka tengok citer melayu weh..kalau tak setiap hari aku kene jawab pertanyaan dia kenapa org tu tak pakai tudung, tak tutup aurat..pfftt...

Solat masih lagi tak tinggal kecuali subuh tapi yang pening nyer baru abis zohor dah tanye biler nak solat asar..grrr..baru je abis solat asar dah tanye maghrib biler..ye la wehh..kalau sekali boleh la kalau dah setiap hari setiap kali giler tak stress..hahaha..konsep jam pun tak pandai lagi si abang Syahmi nie!

Ohhh..paling boleh diharap jaga adik bulat tuh..kalau harapkan Sufiya memang adik dah keluar pegi gigit kucing ar..Dia peduli ape asalkan mata dia kat tv.

Sufiya sekarang ni dah berambut lurus..hahaha..gigih mak ko ni bawak pegi rebonding sebab mak tok suruh..mak tok kate nak cucu dia berambut raya. Tak kisah la kakak sebab end up pegi taska pakai tudung jugak!Sufiya ni banyak M tau..asal suruh dia buat satu benda mesti ade je alasan dan sama macam semua perangai anak no.2 tu ade la kat dia..hahaha..kakak geng mama la sebab mama no.2 gak!
Keras kepala tapi lembut hati..ehemmmm... ;)

Adik bulat takyah citer la..banyak sgt kot pasal dia kat blog nie.
Dah nak masuk setahun sebulan dah tapi kata nak jalan memang tak la..hahaha..pemalas weh!Asal nampak muka orang je hulur tangan suruh dukung!Grrr..ingat dia ringan kot..
Berdiri meniti kat meja-meja dah boleh la tapi tak berapa nak rajin.Makan no.1, merajuk pun kuat nie..kalau orang tak amik dia tak dukung dia siap la dia nangis nangis mcm kene dera.

Arghh..lagi cerita lagi rindu wehhh kat 3 budak labu nie..
Harap yang terbaik untuk anak-anak, semoga sihat-sihat sentiasa, semoga sentiasa dibawah lindunganNYA bila jauh dari mata mama abah la ye..

belanje 1 gambar gedix giler.

Oh mai...rindu plak la dengan kesayangan-kesayangan hamba ini!
Cepat la sabtu ahad isnin selasa..Nak cuti berjimba.



nota kaki : aku rase aku ni homesick tapi tak aku tak sesuai jadi surirumah la!

Monday, August 11, 2014

Sakit Mental Sama Macam KJ Juga Obama


Amik ko tajuk!
Ha..ha..ha..ISNIN punyer hal..huarghh...

Hari ni kiter cuci mata je lah ye..
Mengikut kajian kat surat kabar la kan orang suka selfie ni orang sakit mental..
Tapi takpe aku sama-sama sakit mental dengan KJ yang hensem tu la kot..juga sakit mental serupa Obama..ha..ha..ha..


tudung orang hadiah kan ;)

demam

dengan ibu Fatin yg adik syg sgt tu

tunggu basuh kereta pun sempat!

tunggu abang Syahmi

complete

ehemm!

#lakisendiripunmalasnaklayan hahaha..

ahh..ni biase nie!

dengan spek adik aku bagi

dengan kezen

senyummm!!


tengah menggila kat office

Yang ni paling awesome!Dengan adik beradik ibu juga kezens aku #semalampunyercerita

Antara koleksi sakit mental aku, kalau ikutkan ade bnyk lagi dalam hp aku ni.
Beratus kot tapi takkan nak letak semua.

Ha..ha..ha..

nota kaki : confirm ni geng KJ..gila selfie! *hai..KJ...*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang