thumbnail

Monday, September 29, 2014

High Fever


Dari selasa Syakirah demam tapi hari jumaat mlm & sabtu pagi tiba-tiba suhu terus naik cecah 41.
Di Pusrawi, doktor terus masukkan ubat ikut punggung dan lembabkan dia. Selepas selesai dilembabkan kami disuruh terus ke Hospital Ampang.


Tapi, kami tak pergi sebab suhu Syakirah telah turun terus ke 36.

Cuma sekarang, siang dia sihat (alhamdulillah..) demam sikit pun tiada. Yang masalah bila waktu dia tido malam, demam akan datang semula cuma suhu tidak tinggi..sekadar 37-37.7 sahaja. 3 orang anak tapi ini pertama kali bagi kami. Tak tahu dan takde pengalaman begini.

Kami akan ke Hospital Ampang untuk check lebih lanjut sebab risau benda ni berulang dah 2 mlm. Siang sihat aktif tapi malam demam datang semula walaupun suhu tak tinggi risau tetap ada.

Harap takde sakit yang pelik-pelik (nak imagine sakit lain pun tak berani), cukuplah anggapan kami demam nak ringankan badan sebab nak berjalan..
Susah hati sebab tido kami ntah kemana. Tak mampu nak lelapkan mata bila anak tidak sihat, dan memang kami berjaga memantau suhu dia supaya tidak naik tinggi.

Ting tong kepala tak mengapa asalkan semuanya kembali seperti sediakala..(amin~)

New update..atas tu draf mlm tadi sebab tak boleh tido.

aktif macam biase

lepas amik darah..hehehe..

see dah okey!

ubat dari Hospital Ampang

Rupa nyer tonsil dia bengkak sebab tu demam dia on off.
Cuma bacaan darah merah tak cun sangat, doktor cakap mungkin sebab demam dah lama almost 7 hari. Amik darah untuk check denggi tapi bukan denggi.

Next week if dah baik demam kene check darah balik sebab doktor nak clear out pasal darah merah tu. Harap jangan la bukan-bukan, cukup la sekadar infection sebab demam nie je.

Korang doakan ye..Syakirah cepat la baik. Mama is so sedih okey..

Friday, September 26, 2014

TGIF


Kemain tajuk TIF. Paham ke tak TGIF tu ape? Harap paham la ye..
Dah la hari ni baru keje balik setelah 2 hari mencutikan diri duduk rumah tetibe nak Thanks God It Friday bagai..ha..ha..ha...ingat duduk rumah tak penat?Penattt ok. 

Penat sebab teady bear 10 kilo tu nak peluk-peluk nak dukung je..tido pun nak sendal tepi paha mama dah canne? Nak pegi makan pun susah nak pegi toilet pun payah, nak solat pun tak kusyuk..uhh..budak demam macam tu la, bila sihat mama pun dia tak peduli.
Asyik abah!abah!abah..padahal mama yang susukan.huhuu..geram.

Hari ni keje sehari nak pulun semua kerja yang tertangguh.
Buka blog sendiri melalui pc baru nampak kecantikkan blog sendiri..ha..ha..ha..gila puji blog sendiri! Dah 2 hari buka pakai hp kecik je mane nak nampak, hari ni baru "wahhhhh...!" tenganga tengok hasil kerja Adik Kumbang ni.
Cantik nyerrr...(sambil nganga mulut..hihihii..) *gilasyoksendiridenganblogsendiri* sampai tahap blur nak update ape pun tak tau sebab teruja sangat tengok blog sendiri.haha..teruk giler!

Kalau ikutkan nak cerita pasal Instant Shawl yang kawan aku jual tapi dah jadi blur pulak.
Tunggu isnin la, nak share Instant Shawl semudah ABC dan yang penting mengikut spec islamik Shawl ni. Labuh, tak jarang dan sejuk dipakai sesuai dengan cuaca Malaysia nie.

Oh..esok kalo takde halangan ade sesi photoshoot 1 family..
Ntah ape tema pun tak tau, nak pakai baju ape pun tak tau..takde idea.
Takut budak-budak meragam je, dengan Syakirah tak baik lagi demam tu.
Harap-harap semua berjalan lancar..(amin~) Korang doakan ye.


Thursday, September 25, 2014

Wajah Baru, Lebih Matang


Terang-terang tajuk kemain terus terang!
Nah, tukar lagi. Kali ni takde dah kerawang ke kerongsang ke, amik yang paling simple & jelas je.

Ala apa lagi, wajah blog ni yang baru la. Err..duit tak bayar lagi ni..¥____¥

Almaklum tetibe rasa macam dah matang plak! Tua tu tetap tak nak mengaku..ha..ha..ha..
Jadi, macam biase guna perkhidmatan Cik Kumbang manis kita tu ;)
Rase nyer ni kali ke-4 kot. *mungkinkalinilasttukar* harap nyer la.

Harap-harap lepas ni mood berblogging tak ke laut lagi.

Actually hijau is not my colour, tak pernah berkenan pun hijau tapi ntah kali ni rase mcm hijau itu sangat menarik dan mungkin sebab faktor usia pun memain peranan juga.
Biase la aku mane penah stick pada satu warna, ape saja warna aku boleh suka kecuali kaler coklat gelap macam x sut dgn aku. Makan coklat ye aku suka.

Hijau ni ala-ala macam frozen plak aku tengok.
Frozen pun frozen la. Yang penting aku suka hasil kerja Cik Kumbang ni dari dulu sampai sekarang. Senang nak berurusan sampai aku naik segan sebab dia baik sangat.


nota kaki : aku cuti lagi, adik mok demam nak jalan.

Wednesday, September 24, 2014

WW : Love Hate Love



Up & Down
Tall & Short
To Moon and back
I'm always love hate love u

foot note : till jannahNYA (insya Allah~)

Tuesday, September 23, 2014

Short Vacay | Regency Hotel Port Dickson


Cuti yang tak di plan! 
Ha..awal-awal bagitau sebab semua last minit tetibe je boleh ke Port Dickson waktu cuti sekolah tu..sebelum tu nak bagitau awal-awal gambar banyak ye sebab malas nak pecah entry.

Regency Hotel Port Dickson





Apartment 3 bilik sebenar nyer tapi takde usaha plak aku nak amik gambar bilik lain, 2 bilik lagi berkatil single-single. Bertambah masalah sebab semua nyer tido dalam bilik utama.
Ha..ha..ha...takde guna nyer ade 3 bilik kalo semua bergumpal dalam 1 bilik jugak.Isk isk..
Nasib baik tepi katil king tu ade satu katil single yang boleh ditarik keluar.

Ade dapur kecik tapi takde dapur masak. Takat rice cooker, peti ais, microwave tu ade la.
Gigih jugak la aku masak dalam rice cooker tu, almaklum la dah jadi mak-mak ni asyik pikir perut anak dan laki lapar je. Dapat jugak la buat nasi goreng sardin, telur dadar cheese, goreng nugget, burger ntah ape-ape lagi la aku masak dalam rice cooker tu..

View dari beranda kami

Aktiviti kami tak banyak pun sebab semua unplan kan, dan mungkin jugak rezeki Syahmi sebenar nyer. Dari start sabtu cuti sekolah tu dia asyik la cakap nak pegi pantai la mama, abang nak mandi pantai la mama...huhuu..sedih jugak sebab takde plan nak kemana-mana waktu tu. Sekali hari ahad malam ade kawan sms tanye nak tak check-in Umah Rehat Mara Port Dickson sebab dia ade sukan kat Melaka. Dia tak dapat pegi PD.

Dengan laju la aku tanye Eady dan esok isnin nyer terus datang keje setelkan urusan cuti Rabu-Jumaat. Giler tak nak..bayar semalam RM30 je untuk apartment 3 bilik ni!2 malam baru RM60 dari RM600 harga sebenar.
Ha..ha..ha..ni salah satu keuntungan orang gomen ye..jangan ar marah ;)

So hari rabu terus ke PD la lepak-lepak mandi-mandi bagi anak-anak happy.
Takde kemana pun, even ke bandar pun tak keluar makan kat luar pun tak.
Semata duduk hotel mandi pantai dan pool aje.

3 budak bahagia

masing-masing muka tak mandi pagi..hahaha..




Gambar-gambar ni pun aku tak tahu dah hari ape.
Sebab sama je pool pantai pantai pool tu je.

Tercapai hasrat Syahmi nak main pasir pantai sebab memang dah janji dengan dia sebenar nyer if dia baca quran sampai takat mana mama bawak ke pantai.
Setakat ni lancar dah bacaan Quran dia, kat sekolah baca dengan ustazah kat rumah mengaji dengan Eady. 
Sufiya pun dah Iqra berapa dah aku pun tak perasan tapi semua tu dipantau oleh Eady.
Cuma Syakirah je walaupun dah 1 tahun 2 bulan berjalan pun tak lagi, baru belajar nak berdiri je. He..he..he..adik ni malas sangat, manja lebih pu nye jugak. Nak orang dukung ke hulu ke hilir je. Melekat bak teady bear.


nota kaki : rase ralat pulak sebab tak sempat nak BW lagi nie..keje banyak sangat sebab dah cuti seminggu. 
Sabar ye korang..

Monday, September 22, 2014

Majlis Penyampaian Hadiah Minum & Menang bersama Jus Mangga Pran


Wahhh..lama nyer rase tak ber-blog! Almaklum bercuti kan terus bercuti buat semua benda..hehehe..sori korang..mood nak berblogging terhenti seketika ketika bermandi manda pantai..gitu! Padahal mandi pantai PD je pun...pffttt...

Eh..sekarang ni bukan aku nak cerita pasal PD tu, itu kemudian ye.

Yang aku nak cerita pasal Jus Mangga Pran nie..Semalam, ahad aku sempat meramaikan dan meraikan pemenang-pemenang Peraduan Minum dan Menang bersama Jus Mangga Pran di Majlis Penyampaian Hadiah di Sri Damansara Club.

Oh sebelum tu, korang penah tengok atau minum Jus Mangga Pran ni tak?
Try la..sedap tau! Rase macam mangga sebenar sebab pekat giler kot air dia..

Jus Mangga Pran

Kat mane dah tadi?Haa...nak cerita pasal Majlis Penyampaian Hadiah Minum & Menang Jus Mangga Pran ni, lupa plak dah..


Sri Damansara Club

Nampak tak LED tv tu?Ha tu grand prize ye.

antara barang yang terpamer.

Jangan tak percaya biskut & rempah kari pun ade dari #Pran ni ye.

Ada 200 produk #Pran ni

Semua pemenang diatas pentas, yg lady dukung anak tu menang Grand Prize.

Ada pemenang dapat smartphone, ada yang menang wang tunai dan dah tentu la semua menanti Grand Prize itu cuma yang bertuah seorang je yang dpt..hihihii..
Ade jugak blogger yang menang semalam dan kalau korang tengok gambar korang boleh tau sape yang menang sebab dia glemer dalam line blogger nie..say hi to Ujang!

Majlis yang agak meriah dan santai semalam, suka aku attend sebab orang-orang #Pran termasuk la big-big bos #Pran ni sangat humble dan mesra orang nyer.


Bersama bos-bos besar #Pran yang tinggi lampai!


Bersama semua blogger yang hadir

Buah tangan yang kami dapat sebelum balik.

Jus Mangga Pran dan semua produk Pran boleh dibeli kat TESCO, AEON Big, Sogo, Presto, SegiFresh, Jaya Grocer dan Pasar Raya HERO...yang penting dijamin Halal.

Kalau nak semak ape barang keluaran #Pran ni boleh check di web Pran.
Korang akan ternganga tengok betapa sebenar nyer banyak produk keluaran #pran nie.
Serius, aku pun baru tau rupe nyer banyak gila produk keluaran Pran nie. Next time boleh cuba.

Again, kalau nak semak produk boleh check di sini ye :
FB Jus Mangga Pran atau di web Pran Foods 

BTW..thanks a lot pada Ujang dan wakil Jus Mangga Pran diatas jemputan ke Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Minum & Menang bersama Jus Mangga Pran.

Thursday, September 18, 2014

Berehat



Tarik nafas dalam dalam dan lepaskan perlahan-lahan..
Menenangkan diri seketika disini.

Semoga lebih indah selepas ini :)

nota kaki : habis retak seribu..

Monday, September 15, 2014

Viral Blogger


Ni semua keje mula dari Uncle Gedek ni..
Ntah ape pun aku x tau tapi kalo korang LIKE gambar yang dipostkan kat FB tu korang pun kene buat..gitu..aku plak like gambar mama Maszull so aku kene buat jugak la..thihihii...

Padahal aku pun x paham ape..hahaha..
Yang aku tau korang kene post gambar lama korang, gambar lesen ke ic ke tak kisah la..aku terpaksa letak lesen nikah ha..ha..ha..sebab tu je yang ade dalam wallet!
Lesen kete hilang pun tak berbuat lagik!

Ha..sesama sweet 20 lebih gitu..

Sekarang masih lagi sweet tapi dah sweet 3 series..huahuahua...terpaksa mensweetkan diri sendiri...he..he..he..
Ha dah dah..hari kerja..nak apply cuti rabu-jumaat ni. Nak bawak anak jalan ;)
Nak setelkan keje skit lepas tu nak BW umah korang..tunggu tau!


nota kaki : tak sabar nak "rehat"kan otak nie..

Thursday, September 11, 2014

Review Akar Homestay Kg Baru

Akar Homestay, Kg. Baru

Lama dah tertangguh nak cerita pasal Akar Homestay Kg Baru ni.
Masa mak abah mertua aku dan adik-adik ipar aku datang hari tu, dia orang menginap kat sini la. Selesa sangat kat sini. Yang penting ade lif walaupun ke tingkat 1. Lif penting ye bagi orang-orang tua yang tak daya nak naik tangga.

Mak abah dan adik ipar perempuan duduk menginap kat bilik Family, ade 2 Queen Beds.

Amik dari web Akar Homestay Kg Baru

Dari web nampak cantik kan? Kat luar, depan mata memang cantik pun. Sebijik macam dalam gambar ni. 

Bersih, bilik air pun bersih dan luas sangat. Mak abah puas hati la. Adik ipar lelaki sekeluarga duduk bilik Single Sharing. Ade 2 katil single.

Juga copy dari web Akar Homestay Kg Baru

Gambar dia tak menipu ye..macam mana dalam gambar macam tu jugak kat luar.
Mungkin sebab baru lagi beroperasi jadi keadaan sangat bersih. Lantai pun berkilat.

Korang, kalau agak-agak nak datang KL takat nak tido semalam dua kat KL ni baik menginap kat Akar Homestay Kg Baru ni sebab bagi aku la harga dia masih lagi mampu poket bagi keluarga sederhana macam aku. Dah la betul-betul dalam bandar. Nak ke KLCC ke, nak ke Chow Kit ke memang dekat sangat. Nak jalan kaki pun boleh, nak naik public transport pun senang. Nak makan lagi la takyah cakap..Kg Baru kan memang syurga makan, bersepah kedai makan disepanjang jalan. Tinggal pilih mane berkenan kat hati je.

Oh, yang aku terpaling suka staff Akar Homestay Kg Baru ni baik giler dan sangat membantu. Kebetulan mase mak abah nak balik, kunci kete abah aku terpatah dan kete abah aku tak boleh start..jadi staff lobby dan staff technician Akar Homestay Kg Baru ni beria dan bersungguh bantu abah aku sampai kete abah aku boleh start..Terima kasih bnyk!

Ini contact Akar Homestay Kg Baru ye..

Phone:
Main: 603-2691 1511/1518
Fax: 603-2691 1137

Email:
Support: info@akarhomestay.com
Marketing: info@akarhomestay.com
General: info@akarhomestay.com

Address:
31 Jalan Raja Uda 
50300 / Kuala Lumpur

URL


nota kaki : landmark dia senang je, pasar malam Kg Baru setiap hari selasa/rabu tu.

Wednesday, September 10, 2014

32 Tahun


Alhamdulillah..semalam genap aku 32 tahun.
Eh...23 tahun..ha..ha..ha.. ;)

Nak ucapkan jutaan TERIMA KASIH diatas semua ucapan dan juga doa dari anda tak kira dimana FB/PmFB/IG/Whatsapp/WeChat/SMS juga yang kiss pipi kiri kanan semalam..hehehe.. ;)

Alhamdulillah..semoga doa-doa kalian dimakbulkan Allah SWT (amin~) dan semoga segala kebaikkan doa-doa anda dikembalikan juga kepada anda semula.. <3 font="">

(copy dari FB je la)

Ape nak minta lagi? Berharap dapat bernafas lagi berserta kesihatan yang baik selalu, dapat melihat anak-anak membesar berjaya sehingga beranak cucu. Dah tua-tua ni takde ape dah nak minta kecuali yang baik-baik saje. Dapat 1st wish dah tentu dari Eady, pukul 2 pagi aku menyusukan Syakirah tetiba dia kiss pipi sambil cakap "dah tua dah" pfttt....sabar je la aku!
Ermm..ermm..terpisat-pisat sambung tido..ha..ha..ha...

cinta hati ku sampai ke mati

Takde ape dah kot, kecuali rasa bersyukur yang teramat diberi nyawa sehingga kini.
Terima kasih ALLAH SWT. Terima kasih Ibu Abah, terima kasih kakak, naim. terima kasih semua keluarga, terima kasih semua rakan, sahabat. Terima kasih semua.

hadiah dari bos buat aku lebih terharu. #butikhajra

Semalam Syahmi Sufiya cuma wish je ;) Sufiya siap cakap "kakak tak bagi mama hadiah sebab kakak takde duit.." uhuks..dah besar dah.
Tahun ni tak pergi bercuti di harijadi sebab masa dan cuti tak mengizinkan diri ini. Takpe, tak penting pun asalkan semua yang tersayang dan tercinta ade disisi. *pujukdiri*

Yeay...selamat harijadi buatku semalam 09.09.2014!! Bye bye 09.09.2014~


nota kaki : usia sekadar angka..kan?kan?kan? keh..keh..keh..


Monday, September 08, 2014

Resepi Sambal Kicap Sotong


Bila musim rajin masak kita akan masak bagaikan MasterChef ye..
So hari ni cik puan sekalian, kita akan masak Sambal Kicap Sotong belasah aje..ha..ha..ha..

Bahan-hahan nyer ye puan-puan

Sangat sikit ye.

1. Bawang putih, bawang merah, bawang besar
2. Daun Kari
3. Cili boh (blend cili kering sendiri ye kalo nak sedap) kalo malas yang beli pun boleh aje.
4. Kicap masin

Sotong digoreng dalam kuali hitam ku berdengut..hahaha..

Oh ye, saya gaul kunyit, garam & sedikit tepung gandum dan goreng aje. Udang boleh ye kalau takde sotong. Ayam boleh jugak la..ikut suka hati.

Cara-cara nyer ye cik puan-puan..

Dah goreng sotong letak tepi dulu.
Dengan minyak goreng sotong tu terus je masukkan bawang yang da di tumbuk lumat..dengan daun kari sekali ye.
Tumis sampai naik bau, masukkan cili blend tadi 2 sudu.
Masukkan sedikit gula & garam, dan tumis lagi sampai pecah minyak.
Tuang kicap tu sesudu atau dua sudu (ikut suka jugak lah)
Dan terus masukkan sotong tu.

Gaul..gaul..gaul bagi sebati..tadaa dah siap!!
Senang giler kot.

Hasil ulang tayang.

Arghh..lapar balik la pulak!!
Waduh mak..makan dengan nasi panas..sedappppp gilaaa kotttt...
Oh..ini jugak masak untuk mak-mak yang ade anak ramai atau anak yang dah semakin macam ninja..sekali pandang kat sana lagi sekali pandang tengah panjat rak tv plak..pfftt..


nota kaki : ni juga nama dia masak org malas pikir..hahahaa..

Friday, September 05, 2014

Surat Untuk Kamu, Kawanku


Dari kejauhan aku sekadar mengikutinya..
Dalam diam segala keperitan, segala kesedihan tersemat sama didada..

Kehilangan permata yang tersayang adalah dugaan yang maha besar buat sesiapa..
Sakitnya, pilunya, sendunya tak terkata..
Bagaikan ingin tidur berjam-jam lamanya supaya sakit rindu itu berlalu pergi..

Luahan setiap kali bicara kamu sangat terasa keperitan yang menusuk dijiwa..
Sakit yang tiada ubat didunia..

Siang hari yang sangat seksa untuk dihabiskan..segala bayangan segala kenangan bermain disetiap sudut mata, Malam hari bermula derita untuk memejamkan mata dengan harapan mimpi ngeri siang hari tidak berulang lagi...tetapi...h.a.m.p.a.

Esok, bermula sekali lagi seksaan jiwa yang belum nampak penghujung..
Minit ke minit, hari ke hari, minggu ke minggu masih kabur noktahnya..

Kamu,
Berdirilah ketika kuat..
Jatuhlah ketika sakit..
Ketawalah ketika tabah..
Menangislah semahu kamu jika perlu..

Jangan diminta bersabar dan redha kerana itu adalah benda pertama yang dia lakukan.

Aku cuma takut..bergetar dijiwa..
Bulan kelahiran permata kamu bakal menjelma..
Bagaimanakah kamu nanti?
Bakal berdirikah kamu?
Akan terdudukkah kamu?

Allah..

Ingin sekali aku bertanyakan khabar tapi aku percaya kamu tidak perlukan segala pertanyaan, segala persoalan..cukup sekadar doa dari kejauhan..

Kamu..

Kita,
Tidak pernah berjumpa..
Kita,
Bagai pondok dan istana..
Kita,
Berlainan tarafnya..
Kita,
Berkawan atas tuntutan agama..

Dan

Aku sentiasa berdoa ketika membaca setiap titipan luahan keperitan lubuk jiwa kamu..
Aku sentiasa berdoa semoga setiap makhluk ciptaan Allah SWT juga mendoakan kamu..

Supaya kamu diberi lebih kekuatan, lebih ketabahan juga banyak ketenangan dalam dugaan besar ini..
Kerana aku tahu, RINDU pada yang tiada adalah sakit yang paling perit..

Bertahanlah kamu.


Salam kasih sayang dan doa dari kejauhan,
Izwa.

20 Tentang Aku?Ala sikit sangat tu!


Oleh kerana aku di tag oleh adik cantik kiter @mrsjuliajohari (www.juliajohari.com) tu meh la kiter sahut #cabaran20factaboutme ye~

Bagus jugak ko tag dik sebab boleh akak membahankan menjadi 1 entry kat sini.. ;) senang keje akak.
Tapi...20 je? Kat IG & FB bleh la 20 kat blog kita tambah lagi eh sebab mengarut kat sini lagi syok dari kat sana..he..he..he...

So, ini 20 tentang aku yang dicopy dari IG aku.

1. Aku ni garang pada tempat nyer ye tapi baik hati mcm pincess sofea..hahahaha..*gelakgulingguling* 
2. Aku suka berkawan tapi nak mula tu memang malu lepas tu macam orang gila. 
3. Ramai kawan tapi takde bestfriend. Tak suka..
4. Kaki makan! So jemput la aku ke #foodtasting sure aku pegi..bhahahaa.. - tapi pantang orang cakap aku gemuk! Mula la rase nak tumbuk orang je sehari tu..bhahahaha..
5. Peramah dgn org yg aku kenal, tak kenal sure org ckp aku sombong..*takpedulipun*
6. Kaki Jalan so sape nak panggil untuk #hotelreview please e-mail at idzwa@yahoo.com hahaha..ai kaki jalan! 
7. Tak suka orang tak tepati masa! Pantang aku nie.. - rasa mcm aku ni askar pulak tapi ntah bagi aku orang yang tak reti tepati masa ni adalah org yg tak komit.
8. Gila bergambar. Dulu siap pakse-pakse laki & anak-anak tapi skrg diaorg semua sporting! Senang keje aku.
9. Benci naik kapal terbang & kabel car!! Sangat benci.. - tapi selalu berangan nak pegi NZ or Greece dengan mkn ubat tido sepanjang perjalanan flight tu..kakakaka..tak ke giler?
10. Tak makan sayur..*taksedap!*
11. Suka lebihkan make up tang mata - perasan mata tu cantik sangat.
13. Selalu berangan mcm mana muka kalau berhidung mancung..hahaha..hidung ai penyek! - tak adil sebab dalam semua adik beradik aku sorg je berhidung penyek..ohh kejam nyer donia~ hahahaha..hidung cari makan weh!
14. 9 September ni harijadi saya!yeayy yang ke-23~ lalalalalalaa...
15. Orang yang simple dan mudah ke kiri atau ke kanan kalau kene gaya. - tak kena gaya lantak ko la situ aku sikit pun buat tak peduli.
16. Tak suka budak tapi tetibe dah terberanak 3 org..kenapa ntah! - dulu laaa..mase zaman kegemilangan tapi skrg zaman mak-mak asyik la ala comey comey ala bucuk bucuk..
17. Tak tengok drama melayu bukan sebab belagak tapi lebih suka cerita like NCIS, Bones, Criminal Minds bla bla etc..
18. Anak ke-2 dari 3 beradik & anak-3 dari 4 beradik..hahaha..nasib la korang~
19. Sayang laki tapi suka gaduh dengan dia..*hobi*
20. Arghh..pening la nak ingat tentang diri sendiri..jom kwn dulu baru tau aku ni mcm mane..

Haaaa....sekarang masa untuk mengarut tentang diri ini..

21. Aku teringin sangat nak jumpe David Beckham sejak dari dia kene red card mase world cup tahun bila tu ntah..1994 ke 1996?Lupa dah.
22. Gila air kopi tapi tak ngaku kopi ialah air kegemaran.
23. Takde warna kegemaran secara spesifik kejap aku gila pink kejap aku gila kuning kejap aku gila biru..kenapa ntah aku ni..
24. Jarang amik serius sesetengah benda but once aku dah serius itu bermakna aku dah menyampah/bengang/marah. - mlm tadi kat FB aku TERserius..huhuhu..
25. Aku suka ucap terima kasih & maaf - jadi aku pantang gila dengan orang yang tak reti say sori or thanx..simple words boleh merubah keadaan ok!
26. Suka monolog dalam kepala tapi bila menulis jadi lain pulak..hahahaha..
27. Suka gila memerhati orang sampai orang naik pelik - padahal aku tengok orang sebab "wahh kenapa ko ni cantik sgt??wahhh putih nyer!! wahh lawa nyer mata" gitu.
28. Tak suka berangan jadi kaya raya duduk umah agam bawak kereta bagai bertukar baju..sebab aku sentiasa berpijak pada realiti.
29. Suka gelak - biase gelak sorang-sorang bila berborak dgn Eady pastu marah Eady sebab dia tak gelak...kakakakka..
30. Suka gila sembang dengan Eady but end up akan gaduh lagi sebab dia tak amik peduli pun ape aku cakap..bhahahahaha..lelaki kan bukan dilahirkan untuk mendengar tapi yang perempuan pun degil jugak nak bercakappp je..kakakaka..so inilah ulangan drama setiap hari kami..

Ehhh terbanyak pulak!
Gila syok sendiri entry ni, yang korang pun layan je pulak baca eh..
Dah dah kang lagi lama aku kat sini lagi banyak benda mengarut keluar.


nota kaki : dah la aku hutang BW dengan korang.Huh..tunggu ye korang..

Tuesday, September 02, 2014

Zoo Negara 2014


Belum terlambat kot nak citer pasal Zoo Negara yang kami jejak bulan lepas setelah dekat 3 tahun tak pegi. Pegi kali ni pun sebab bawak adik ipar sekeluarga. Bulan lepas punyer cerita..hehehee...nasib la kan..

Eh..nak bagitau, aku cuti lagi hari ni & esok..uhukkssss..bila cuti mood nak update pun tak mari..tapi kita citer pelan-pelan la eh..nak BW pun amik mood jugak nie. Duduk rumah nak mengadap pc pun malas dengan budak Syakirah sibuk tepuk-tepuk laptop lagi la takde mood..T______T

Panjang plak mukhadimah.


Model zoo negara

Ungka


Badak air

Budak tu mcm paham je

Syahmi is giler membaca.

Setiap stesen setiap binatang dia akan stop baca, so bygkn berapa jam kami kat dalam Zoo Negara.

Dah separuh jalan penat dah kaki, so kami duduk dulu hilangkan lenguh kaki dekat dewan animal show tu. Ada kelainan sedikit acara ni dari 3 tahun yg lepas tapi acara nyer macam makin kurang anggaran waktu nyer.

Sekejap sangat berbanding dulu.
Antara nyer, kalau ikutkan tak boleh amik gambar tau..huhuhu..





Selfie dgn ikan..hahaha..

Nampak?

Nampak tak kat sana?

Aku main letak je la gambar ye, malas nak ikut turutan. Mane yang ade je la dalam hp nie.
Last station kami ke tenpat Panda yang maha jauh!phiewww..

Nampak muka masing-masing dah penat.

zzzzzzzz...

Muka penat..


Penatt..tempat panda ni paling jauhhhhh tau, bila sampai panda tido pulak! Dah la masuk dalam tu tak boleh bising bak library kene pulak yang lagi sekor tu tak ada kat luar sebab tido kat dalam..pfttt..jadi la dari takde kan ;)

Ape pun sekali seeeeekala datang sini seronok dan pecah peluh jugak!
Besar, luas.

Yang tak best banyak binatang macam kureng jek..dah la tu makanan minuman kat dalam Zoo Negara ni memang tak masuk dek akal!Mahal nak mati.
Aku tak boleh bayang macam mana kalau suami isteri ade anak 5 orang masuk Zoo Negara ni, air mineral sebotol kecik je tapi harga macam airgas botol besar tu! Belum kira nugget fries yang sekotak kertas kecik tapi harga sebeg besar yang belum masak.
Boleh mati tengok harga.

Memang boleh bawak bekal tapi bayangkan kalau anak tu nak jugak ais krim atau fries, takkan tak belikan ye tak? Kene anak 5? Fuhh..giler!

Kepenatan.

Zirafah binatang yang terakhir sekali sebelum ke pintu keluar.
Nak sampaikan ke kereta rase macam nak merangkak..hahaha..

Oh..tram kene bayar ye sekarang ni dan tram hanya untuk ke pintu keluar sahaja, takde dah stop kat tempat mane-mane kiter nak.
Harga tiket Zoo Negara esok aku upload gambar nyer..ade dalam kamera, tak transfer lagi.


nota kaki : lagi 3 tahun la kot kami datang ke Zoo Negara lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang