thumbnail

Thursday, October 30, 2014

Sahabat Dunia



Aku nak share 1 video yang diberikan oleh sahabat dunia aku.
Dia ni antara sahabat dunia ni mampu bawak kawan-kawan ke syurga.

Very the touching okey video ni sampai buat aku nangis..huhuuu..hati tisu betul ar skrg ni.
Padahal dulu habis rock kapak..kental..

Korang pun sahabat aku dunia akhirat. Terima kasih sebab sudi berkawan dgn aku yang kadang-kadang betul kadang-kadang banyak tak betul.. :)
Tengah betulkan diri la nie bukan muda lagi, dah masuk zaman remaja dah (eh?!) hehehe...

Thank's again buat dia sebab buat aku rasa dihargai. I lebiu babeh~

Wednesday, October 29, 2014

Gajet


Amboii ramai nyer bagi idea :) thanx korang. Sayang korang ketat-ketat *hugs* 

Bukan tak nak cerita pasal anak, takut update selalu pasal anak kang korang boring pulak. Macam aku sorang je ade anak. Ye dak?

Lagi pun perkembangan diaorang macam budak-budak biase jugak. Yang bergaduh tu bergaduh macam biase la, kejap baik kejap gaduh paling tak tahan gaduh dalam kereta waktu balik kerja t____t stress sangat sampai rase nak letak luar kereta..ha..ha..ha..

Takat gaduh salah cakap gaduh lagu siapa, aku biarkan je tapi kalau teruk sangat sampai bersepak-sepak memang kene denda la 2 orang tu. No tv, no ipad, no hp kecuali tido awal je. Memang setakat ni denda yang paling merunsingkan dia orang la..he..he..he..anak zaman sekarang! Ermm...

Cuma gajet ni bukan seharian dapat (waktu cuti la). Aku tak nak biasekan dia orang hidup bergantung dengan gajet. Kalau keluar pegi jalan, pegi makan memang tak bawak Ipad. Waktu makan kita makan macam manusia biasa. Aku tak suka sambil menunggu tangan masing-masing pegang gajet. Waktu berjalan jauh dalam kereta tu aku bagi la. 

Kalau tak bagi kang aku yang pening dengar diaorang bergaduh. Ohh..pegi kenduri pun aku tak bagi bawak Ipad tau! So ortodok aku ni. Aku mengaku.

Nak asuh, kene asuh dari kecik kan? 
Syakirah pun aku tak ajar sangat dengan gajet ni. Kat umah penuh buku dan flash kad je. Suka hati, nak baca ke nak gigit ke :)

Aku, asuh ikut asuhan kami sendiri. Hari biase isnin hingga jumaat memang busylah. Balik dah pukul 6, mandi masak makan sama-sama dah maghrib then Syahmi Sufiya solat mengaji buat kerja sekolah dah pukul 8 lebih. Setel isyak baru diaorg dpt tgk tv atau main ipad sampai 9.30 mlm. Then kene tido dah. Biase pukul 10 masing-masing dah lena.

Tu je rutin, cuma jumaat dan sabtu dapatlah diaorg tido lambat sikit. Kadang-kadang ni je waktu kitaorg tgk movie sama-sama. Setakat ni kalau takde gajet masing-masing okey je. Pegi jalan pun aman tanpa ape-ape drama. Boleh je bertahan takde gajet.

Aku nama je budak bandar tapi ade benda aku ni kampungdotcom sikit ye.
 Nak didik anak bukan senang oi..

Jadi orang aku boleh jadi gila-gila, poyo and whatsoever tapi jadi mama aku jadi seorang yang garang, tegas tapi penyayang (?) eh..ye ke penyayang? Macam tak je..hahaha... Bertanggungjawab, perkataan yang tepat.


So, aku bertanggungjawab selfie dengan anak-anak selalu..

Ha..ha..ha...ha.. pun boleh!



Tuesday, October 28, 2014

Doa Nabi Yunus a.s


Bacalah selalu "La ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minadzzalimin 
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ - "

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan.

Doa yang di amalkan oleh Nabi Yunus a.s saat dirinya ditelan ikan paus, pendekatan doa yg amat lembut, beradab lagi merendah diri, iaitu dgn mengakui kesalahan diri sendiri...doa yg baik, amalkanlah slalu, insyaAllah MUJARAB.

Rase dah hampir kepupusan idea dah nak bercerita kat sini.
Mungkin perlukan masa nak cari balik mood atau pun idea..huhuhuu..

Tunggu bulan 12 la kot lepas balik cuti nanti mungkin baru ade mood..ha..ha..ha..
Ntah la korang..tepu otak! Punyer tepu sampai pelik macam mana orang lain boleh update selalu sampai sehari 80 kali update..copy paste kah?

Tengok la..kalau-kalau mood tu tetiba datang berupdate la blog nie..tapi serius hari ni mood kelaut sampai ke Labuan dah kot.

Monday, October 27, 2014

Taiko!

Bersiaran pun lambat sebab internet down..pftt..

3 budak ceria ;)

Cuba teka yang mana taiko antara 3 org ni?
Aku is busy hari nie. Later aku BW ok.

Ohye..gambar ni jadi wallpaper pc aku skrg..penguat semangat aku diaorang ni.
Kang letak gambar gedix dengan laki kang menyampah pulak orang lain tengok..hehehe..

Saturday, October 25, 2014

Poyo Sangat!


Paham maksud poyo? Ala-ala feeling perasan cantik tapi tak cantik pun boleh jugak di definasikan poyo.

Lebih kurang gini la poyo.

Sori eh terpaksa jual gambar sendiri. Nak tayang spek tu sebenar nyer. Adik aku bagi spek tu dan aku suka spek ni sebab bila pakai feling dia lain macam sangat. 

Feling cun habis ar diri tu walaupun ....... walaupun biase-biase je. Bak kata Eady kalo tak make up orang pun taknak kot. Jujur sangat laki aku ni. Ha..ha..ha..

Ok tu je nak cerita :)

Friday, October 24, 2014

Rama-Rama Dalam Hati


suweet sangat tau ko ni dik!!

Rama-rama berterbangan sangat dalam hati bila pagi-pagi buka blog baca komen blogger glemer ni tau..Malu ahkak dik..hahaha...rase dekat sangat dengan dia ni. Rase rapat sangat walaupun tak pernah jumpe. Eh adik diva pinky momma yang glemer bila nak berjumpa?
U...sign kat dada sikit!Bhahaha..korang jangan tak tau ni blogger keluar UTUSAN MALAYSIA lagi tau. Tak caya boleh la ketik kat sini.

Tu belum kira ade sorang kawan yang sudi wasap semata nak say dia ingat aku dari jauh, dia doakan aku dari jauh. Jadi nikmat ape yang aku dustakan? Aku ade kawan-kawan, sahabat-sahabat yang baik yang sudi sentiasa doakan yang baik-baik untuk aku..

Alhamdulillah perkhabaran baik semalam aku dapat tau.
Insya allah bulan 12 aku dapat duduk di kuarters tempat aku kerja, mungkin untuk beberapa tahun tapi ini adalah permulaan. Aku kene mula semula dari mula.
Sekarang yang ade cuma kain baju sahaja..barang elektrik barang remeh-remeh semua kene berdekit-dekit semula :) Start from zero again. 

Yang penting lepaskan anak-anak nak sekolah tahun depan, baju kasut sekolah yuran. Fuhh..jenuh kira tapi takpelah. Kene usaha pelan-pelan, doa kuat-kuat dan tawakal to ALLAH SWT.
Semua yang terjadi ada hikmah nyer, izwa. Sabar.

Kene kuat, kene sabar..ni semua ujian duniawi. Mungkin ini teguran untuk aku. 
Alhamdulillah syukur.

Thursday, October 23, 2014

Khamis Bisu


Makin lama makin hilang pulak idea nak bercerita. Mungkin sebab aku busuy dengan masalah sendiri lately ni ke ntah macam mane. Nak setelkan benda yang tak setel-setel lagi ni buat aku hilang idea pulak. Masuk blog korang pun sekadar baca je, nak komen pun macam tergamam punyer teruk..

Seronok tengok entry korang jalan sana sini, makan sana sini, raya sana sini. Aku belum lagi kot, mungkin bulan 12 nanti. Eady out station sebab closing akaun, aku mungkin ikut dengan anak-anak. Almaklum la kan orang tak biase berjauhan tak tido malam kalau takde Eady..ha..ha..ha..teruk weh... 

Lepas tu nak balik Labuan hujung bulan 12 tu.
Harap bila tiba waktu balik tu tak hujan la..aku ni paling PENAKUT NAIK FLIGHT dan PALING TAK SUKA NAIK FLIGHT maka bila mengalami gegaran tu aku akan panik sampai rase nak muntah, pitam or pengsan okey..Fobia kat tempat tinggi teruk sangat nie..
Biase aku akan mintak Eady book flight pagi mase cuaca cantik balik KL pun sama pagi tapi kat Labuan sekarang ni tak tentu, pagi pun hujan lebat..huwaa..takut nyer >_<
Sebab tu aku tak berangan nak pegi London ke England ke, kalau berangan pun nak pegi NZ tapi nak makan ubat tido sepanjang flight..bhahahaha...sampai tahap macam tu.

Eh..start merepek dah.

Aku sekarang ni tengah apply duduk luar cuma jalan nyer agak "kurang lancar" sedikit.
Hal ni la yang tak setel-setel lagi nie. Agak payah buat mase ni, mungkin sebab hati tu tak tenang kan so Allah SWT pun tak permudahkan lagi. Untuk kebaikkan anak-anak aku jugak.  Masing-masing dah besar.

Impian aku bukan rumah banglo besar, cukup la sekadar dapat tido dengan selesa sikit.
Cukuplah dengan kami je dalam tu. Impian aku nak solat jemaah bersama-sama, nak mengaji bersama-sama setiap hari. Sedih jugak sebab buat mase ni Eady dengan anak-anak je berjemaah dan mengaji sama sebab aku busy dengan Syakirah yang tengah buat perangai tak nak dengan orang lain..tak nak berenggang pun. Jangan kata nak makan nak mandi pun susah dengan dia. Nak lepaskan fasa ni lagi setahun..phieww..

Ermmm...korang doakan aku ye. Harap Allah SWT permudahkan urusan aku.
Ye khamis aku bisu sebab jari dan otak aku je jalan nie, mulut tak jalan pun ;)

Tuesday, October 21, 2014

6 Jamadil Awal 1247 Hijrah


Yassin

Kenangan dulu dan bakal dikenang sampai bila-bila.
Terkenangkan yang salah itu..he..he..he..perasan tak 6 Jamadil Awal 1247 H.
Tahun 1247 hijrah? Phieww...zaman bila tu..dan yang seronok nyer tarikh pun salah.
Gift ni diberi mase nikah 02.06.2006 tapi tertera disitu 03.06.2006 hari bersanding.

Sebenar nyer terperasan 1247 H tu minggu lepas semasa join solat dhuha, solat taubat kat office nie. 
8 tahun lebih baru perasan ok. Kagum dgn diri sendiri.

Part paling seronok, buah pinggan kanan aku masih menggunakan nyer sehingga kini.
Terima kasih Rozaida ;)

Tak Ada Modal


Buntu nak mengarang kat sini.
Bagaikan tiada modal untuk diceritakan.

Dua tiga hari ni cuma memerhati je ape yang jadi viral disana sini.
Nak gelak ade nak senyum ade nak menangis pun ade.

Bising pasal yang haram sedangkan yang haram lain masih lagi berleluasa dan berjalan seperti biase. Tepuk dada tanya kepala. Malas nak komen sebab isu sentisif orang laju je melompat lebih tinggi dari biase.

Sedih membaca yang terbakar ketika bergembira.
Sungguh pantas perjalanan beliau pergi. (Al-Fatihah)

Jerebu tak hilang lagi walaupun hujan setiap hari.
Banjir makin berleluasa kerana tanah makin nipis? Mungkin.

Mood makin tiada bila kerenah birokrasi bertuhankan duit untuk mendapatkan sesuatu.
Sedangkan yang memohon itu adalah orang yang kurang berwang.
Jadi bagaimana yang miskin mahu kaya dan bagaimana yang kaya boleh merasa keadaan miskin? bila ini semua terjadi. Ermmmm...

Sebelum terlupa,

Selamat Hari Lahir buat Bidadara Syurga #ArmanDani , Semoga gembira di alam sana bersama Yg Ilahi.
Buat mummy #ArmanDani , Selamat Ulang Tahun yang ke-3 bergelar mummy.
Semoga terus tabah dan kuat disetiap hari yang mendatang.

Friday, October 17, 2014

Syahmi | Sufiya | Syakirah


Triple SI

Rasa nyer mcm dah lama tak cerita pasal budak bertiga ni.

Syahmi Irsyad baru habis KSSR, sekarang tengah gila nak mengaji dan solat sampai orang baru baca doa kat Indahnya Iman dia dah angkat takbir..sabar je la aku.

Dah pandai komplen pasal kakak Sufiya Irdina tak tutup aurat..huhuhu..seram mama nak bawak pegi jalan sekarang ni sebab dia asyik pertikaikan kenapa orang lain tak pakai tudug tak tutup aurat. 😬

Oh..sapa tau mana nak cari Al-Quran warna warni untuk budak-budak? Syahmi dah half way al-quran dari tengah tahun haritu, ingat nak bagi dia hadiah al-quran warna warni.

Syakirah Irneena si manja keledek tu? Ermm..dah nak masuk 1 tahun 3 bulan okey jangan kata berjalan berdiri pun dia tak nak!Ha..ha..ha..dia lagi sanggup menangis suruh orang angkat dia dukung atau merangkak lagi cepat. 

Dia macam tau je dia last so manja nyer extra veganza sangat ni. Dah pandai merajuk, makan pun nak suap sendiri. Paham dah arahan orang cakap, gigi dah ada 8 dan alhamdulillah masih lagi full breastfeed.

Belanja 1 gambar merajuk 😄

Sufiya Irdina pun baru habis periksa 5 tahun. Dah start baca muqadam kot tapi kat sekolah masih lagi Iqra. Agak malas banyak berbanding Syahmi..hahaha.. Keras sikit orang nyer sejak-sejak dah besar nie. Dengan dia kene banyak-banyak bersabar dan stail nak uruskan dia ialah berlemah lembut gemalai macam Eady selalu layan dia. Dengan mama memang tak gemalai la, gulai ade la! Hahaha..

Harap anak-anak membesar sihat, bijak & ceria aje la. Soleh solehah tu kita bentuk pelan-pelan dengan cara Eady.

Thursday, October 16, 2014

Spontan Khamis - Positifkan Diri



Pejam mata, tarik nafas...lepas..

Tanamkan hati, nekadkan diri semua yang terjadi kerana ALLAH Taala, lupakan semua dan mulakan semula dari mula 


لاَ إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Tidak ada Ilah yang berhak diibadahi dengan benar selain Engkau. Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” (QS. Al-Anbiya’[21]: 87)

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
“Wahai Rabb kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi Kami petunjuk yang lurus dalam urusan Kami (ini).” (QS. Al-Kahfi[18]: 10)
Doa dan terus berdoa semoga akan ada satu hari yang bahagia nanti..   

 feeling in love with Suhaidi Bin Azami.



Alhamdulillah.Selepas beberapa sesi muhasabah diri aku kembali seperti biase.
Biaselah dugaan hidup takkan habis selagi kita bernafas cuma cara kita control benda tu je berbeza. 
Aku bukanlah orang yang alim malah jauh sekali nak mengaku solehah.

Masih merangkak lagi sedangkan umur dah lebih kepada kubur dah nie..huhuhu.. >_<

Sekarang tengah mulakan dengan mohon kursus yang office sediakan.
Terapi Solat, Oh Indahnya Tajwid & Terapi Al-Quran cuma buat masa ni tempat yang sedang dijalankan pulak tak sesuai..huhuu..jauh nun disana di JAWI Penang, jauh sangat nak berjauhan dengan koala bear nie kebetulan dengan Eady sekarang ni tengah musim closing akaun tak boleh cuti sesuka hati.
 Mohon kursus di area Kuala Lumpur atau sekitar nyer kalau ada. Harap sangat dapat kursus ni sebab bagi aku kene mula semula dari mula. Sekali lagi.

Back to Allah SWT semula, mungkin banyak sangat kot benda lagha yang aku dah buat sampai tak berenti pulak dugaan kebelakangan nie. Terlupa diri seketika.

Harap suatu hari nanti semua akan indah-indah semula walaupun aku perlu berjengkit-jenkit dari A balik. Yang penting Allah SWT sentiasa ada. Itu aku yakin.
Dan terpenting juga orang disekeliling aku sentiasa ada dengan aku dan positif aura nyer.

Thanx korang! 

Wednesday, October 15, 2014

Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan


Ini post smlm tapi terpaksa didrafkan semula utk bagi laluan pasal abah mertua.









Ni la hotel bajet yang kami menginap di Kuantan minggu lepas. Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan.

Memang kami amik bilik yang paling simple, Superior Room dengan harga RM118 (harga org gomen..hehehe..) sebab nyer hanya 1 malam je kami menginap, itu pun sampai Kuantan pun dah malam. Esok check-out pun awal, jadi kami decide amik bilik yang basic je tapi alhamdulillah muat utk kami berlima. Walaupun kecik masih ade ruang untuk kami solat ;)

Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan ni berhampiran dengan Kolej Profesional Mara Bandar Indera Mahkota, sebelum sampai ke bandar Kuantan. 

Bilik tanpa breakfast sebab dapur belum beroperasi lagi, tapi makan tak risau pun bersepah kedai makan kat sekeliling tu. Pool pun ala-ala je takde la meriah macam 5 star hotel tapi cukup besar la untuk budak 2 orang tu mandi! Syakirah tak mandi sebab mood asyik tak kene je..lagipun tak nak dia berpanas almaklum kan baru baik demam.

Overall kalau nak menginap lama mungkin kami amik Family Room atau cari hotel lain kat bandar. Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan ni not bad la untuk orang yang datang sebab kerja untuk semalam dua. Kebetulan Eady ade keja yang betul-betul dekat hotel ni so sini je la kita orang check-in minggu lepas.


Cantik kan?

Datang Kuantan pun last minit plan, khamis confirm malam terus pack baju esok jumaat aku halfday terus ke Kuantan. Nak ke Teluk Cempedak pun tak sempat sebab memang tak bertujuan untuk ke sana, cuma sempat ronda Tanjung Lumpur dan bandar Kuantan je.

Bulan 12 kene pegi Kuantan lagi nie.


Address: B2-B34, Jalan IM7/1, 
Bandar Indera Mahkota, 
25200 Kuantan, Pahang


Tuesday, October 14, 2014

Doakan Abah Mertuaku!


Gambar yang diwasap adik ipar

Pagi tadi (5 pagi) abah mertuaku diserang kembali sesak nafas dan suspek jantung sekali lagi.
Kali ni terus ke ICU Hosp Labuan.
Tu gambar mase tengah tunggu turn nak di scan - kata adik ipar aku. Sedih pulak tengok abah mengerang kesakitan macam tu. Kami pun sesak nafas tengok keadaan abah macam nie...ermm...

Harap-harap abah mertuaku diringankan beban kesakitan beliau.

Monday, October 13, 2014

Happy Birthday Sufiya Irdina!

Kakak Sufiya Irdina Suhaidi

Alhamdulillah, 11.10.2014 kakak Sufiya Irdina genap 5 tahun!
Sensitif orang nyer walaupun perangai rock kapak, perangai suka hati dia nak buat ape lepas tu jarang sangat nak dengar cakap orang..bhahaha..anak no.2 memang macam ni ke?Pftt..

Dengan dia kene cakap lemah lembut belai-belai dayu-dayu puji-puji baru la jalan ape yang kiter suruh, kalau ko cakap berkeras dengan dia memang keras la dia kat situ.Ha..ha..ha..
Tu la masalah nyer, mama ko ni cakap lembut sekali je bukan macam abah boleh cakap lemah lembut dayu-dayu seratus kali dengan anak-anak. Dengan mama, abah ko cakap pakai hati je..bhahaha...telepati sangat nie abah mama ko ni kakak..!

Ohh..mungkin rezeki kakak Sufiya sebab harijadi dia kami lepak kat hotel bajet..hehee..hotel bajet sudah sebab 1 malam je Eady ade keje kat Kuantan. Last minit plan, khamis baru confirm, malam pack baju esok petang terus ke Kuantan.

Harijadi kakak, mandi pool kecik lunch potong kek kat kedai mamak.
Hehehe..bajet sangat ni kakak! Tapi alhamdulillah kami semua gembira dengan perjalanan singkat kami. Yang penting kami bahagia dengan cara ni. Anak-anak pun tak banyak ragam.

BTW, selamat harijadi kakak Sufiya Irdina Suhaidi, semoga membesar sihat ceria dan semoga dapat kurangkan penyakit suka menangis tak tentu hala tu dan semoga akan mendengar cakap mama abah lebih banyak lagi selepas nie..hehehe..

Thursday, October 09, 2014

Turn To Allah


Insha Allah. Insha Allah (God Willing) 
Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go
Don’t despair
And never lose hope
‘Cause Allah is always by your side

Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You’ll find your way

Every time
You commit one more mistake
You feel you can’t repent and that it’s way too late
You’re so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don’t despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side

Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way

InshaAllah
InshaAllah
InshaAllah
We’ll find the way


One fine day..i will wait for that with u, suamiku.

Rindu


Rindu.

Korang mesti selalu jugak rindu kan..kadang-kadang orang yang ade depan mata kita pun kita boleh rindu inikan pulak orang yang jauh dari kita.

Tadi, layan HotFM dengar pulak panggilan seorang perempuan pasal pengorbanan ayah dia.Nangis aku terus tapi terpakse cover sebab aku kat office.Hu..hu..hu..
Sedih pulak sebab terasa kaitan nyer, pasal pengorbanan ayah dia yang serupa abah aku.
Ye la..mana-mana mak ayah sanggup bekorban untuk anak-anak tak kira siang malam.

Sejak macam-macam hal berlaku kebelakangan ni aku rasa rindu sangat dengan abah. Rindu sangat. Kadang-kadang bila terasa beban, cukuplah nampak muka abah rasa terbang semua berat tu tapi apakan daya masih belum ade peluang nak berjumpa abah lagi buat mase nie.

Membesar jadi anak ni aku banyak menyusahkan abah. Cuma sejak-sejak ada anak ni aku sedaya upaya berubah menjadi anak yang menyenangkan abah. Sedaya upaya aku menghabiskan masa dengan abah jika berpeluang. Even ade teknologi secanggih whatsapp/sms/call tak sama dengan dapat berjumpa.

Takut aku membayangkan kalau abah takde kat dunia ni lagi..sedih.
Takut aku membayangkan tak dapat tatap muka abah lagi..sebak.
Takut aku membayangkan tak dapat salam peluk abah lagi..nangis.

Huwa...sedih nyer..

Abah, adik rindu abah.
Abah, adik sayang abah sangat.


Wednesday, October 08, 2014

Betul ke Bohong ni Nuffy?


Tanjat gegurl!

Biar betul Nuffnang ni??
Takkan ade yang jadi 3 kali??

Ehh..baik nyer hati..ehh terima kasih banyak lah sebab semalam xde pun tapi tengok tarikh 6hb..Jangan nak pelik-pelik sangat Nuffy oi..
Jangan nak main-main sangat Nuffy ni, kang aku merajuk kang.

Tapi yang aku perasan sejak blog berbaju baru ni traffic aku macam lagi senang je naik.
Mungkin lebih ringan kot blog ni atau mungkin sebab blog ni dah tak mengantuk.
Ha..ha..ha..cerah mata kate orang!

Tuesday, October 07, 2014

Ku Tahu Ku AdaMU


Lately ni aku asyik blues, banyak termenung, banyak diam sampai tahap malas nak bercakap pun ade kadang-kadang.. Ermm...susah nak cakap tapi sekarang ni nak kene doa lebih kuat doa lebih nekad setiap hari setiap masa. Supaya 1 day everything berjalan seperti yang mana kami nak. Merancang tu tidak tapi lebih kepada keinginan untuk bertenang.

Ape aku cakap? Hah..takpe lah itu bukan masalah korang, masalah dunia kami yang tunggang terbalik sejak 2 menjak nie but don't wory my cinta hati always with me and my kiddos huru hara macam biase ;) 

teman gaduh yang paling cool didunia ;)

Kalau korang nak tahu, sebenar nyer photoshoot ni untuk suka-suka je.
Niat aku nak tolong kawan jual shawl dia haritu (Aizara Couture Design) tapi dia offer pulak kami shoot gambar family untuk suka-suka..so gila tak suka??Ha..ha..ha..orang paling suka shoot gambar dioffer tangkap gambar dah tentu la suka!




Ade banyak gambar lagi tapi malas pulak nak upload banyak-banyak. Sikit-sikit dah la.
Sekarang ni anak-anak je penguat semangat. Harap-harap ade rezeki anak-anak dalam masa terdekat nie..korang doa-doa kan ye untuk kami.

Bercakap pasal penguat semangat, aku bersyukur sebab aku masih ade lagi orang-orang disekeliling yang sayang dan kasih kan aku.
Aku ade uncle acik yang sentiasa ada bila aku perlukan telinga untuk aku luahkan rasa, bila-bila masa dia orang sudi tumpangkan bahu untuk aku letakkan beban seketika.
Aku ade kakak dan adik lelaki yang sentiasa sudi susah senang dengan aku. Adik-beradik yang aku sayang dunia akhirat.
Aku ade kawan buah pinggang kanan buah pinggang kiri yang sentiasa ade dengan aku dari kejauhan dan paling penting aku ade Eady yang sentiasa menjadi tiang untuk aku berdiri tegak, tiang yang menjadi sandaran aku bila aku terjatuh.

Jadi untuk apa aku bersedih sekarang nie?Uhh...tersedih pulak cerita. Ha..ha..ha..
Sori la korang sekali sekali rasa sendu macam ni la, padahal banyak lagi masalah dunia yang lebih besar orang lain hadapi..kan?

Ok ini bukan entry sedih! Ini entry bersyukur. ;) Biase la orang suka monolog dalam diri macam nie la, ade je benda nak difikirkan ade je benda nak dituliskan.
Yang penting kiter layan lagu Najwa Latiff , confirm akan rase bersyukur sentiasa.

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan


See..untuk apa bersedih bila Ku Tahu Ku AdaMu Tuhan..

Friday, October 03, 2014

Terkorban Sangat Ni.


Sebagai rakyat M'sia dan setelah membaca sana sini nak jugak bersuara..
Memang naik sekadar 20 sen aje tapi impak nyer sebulan perbelanjaan kami terpaksa naik beratus ringgit Pak Jib.
Kerana 20 sen itu, kami terpaksa byr lebih utk ayam ikan sayur daging malahan roti canai pun kami terpaksa bayar lebih dek kerana 20 sen itu..
Uhh..itu belum dikira susu pampers anak Pak Jib..
Kami takde elaun minyak, kami takde elaun tol, kami takde elaun makan minum, kami takde polis eskot, kami terpaksa tempuh jem pagi dan ptg.
Pelik dikatakan negara maju sebab yang maju hanyalah golongan atasan sedangkan golongan marhaen masih lagi terkial-kial mencari sesuap nasi setiap hari..
Tragedi Oktober sangat ni oii, bertambah tragedi dengan statistik kiraan minyak sebulan yang mungkin dikira masa zaman firaun kot!
— feeling meh.



Jangan kata lembu yang dikorbankan tapi kiter pun terkorban sekali nie.
Ape nak kata?Inilah Malaysiaku Yang Tercinta!
Kang cakap banyak ade yang suruh pindah negara pulak.Ermm...kalau ade pilihan memang nak pindah negara..ha..ha..ha..nak gak rase fefeling hidup kat over the sea tu. *beranganitufree*

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua.


Thursday, October 02, 2014

Buah Pinggang Kanan & Buah Pinggang Kiri


Lambat pulak bersiaran, sebab takde idea nak menaip walaupun banyak cerita yang ade.
Semalam kan aku cakap aku ade meeting sampai malam, yup lepas maghrib aku balik tapi dalam busy tak busy tu aku sempat dating dengan buah pinggang kanan kiri ku.

Ha..ha..ha..sokahatiakupanggilorangbuahpinggang!

Nak tau kenapa buah pinggang? Ala..macam mana nak cakap eh..kiter sedar kiter ade buah pinggang tapi kiter sering kali tak bersama buah pinggang berbanding dengan jantung.
Kiter tahu penting nyer buah pinggang sama macam jantung tapi dia ade macam takde tapi sentiasa ada.Gitu.Paham?Ha..ha..ha..kemain metafora aku!

Ala..semalam aku dating dengan gurlfriend aku la. Ade 2 orang tu, nama je keje 1 bangunan tapi nak jumpe 80 tahun sekali baru dapat dating.Busy je masing-masing.

Puas dapat gelak-gelak, dapat sembang-sembang sampai terlupa pegi susu kan adik. Sampai ibu adik sms cakap adik dah tido!Sori adik.Bukan senang mama nak dapat dating dengan buah pinggang mama nie.

#buahpinggangkanan & #buahpinggangkiri

Sungguh, aku sayang diaorang nie. Apa saja masalah akan rasa terurai bila dapat bercerita dengan diaorang. Nak kata bestie sangat pun tak sebab takde la sentiasa bersama, like aku tulis kat atas tu 80 tahun sekali baru dapat jumpe tapi diaorang sentiasa ada bila aku perlu.

Rase nyer lepas ni nak plan outing plak la macam tahun 2012 dulu (nampak lama giler tak??) dulu tengok wayang, makan-makan kat klcc tu.

Haish..rindu balik dengan diaorg nie. Walaupun bleh je call ext atau wasap tapi tak sama bila dapat gelak bersama-sama kat luar!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang