thumbnail

Wednesday, November 26, 2014

No Idea


Lama-lama makin kering idea. 

Cuti sekolah dah lama bermula tapi masih tak dapat lagi bawak anak-anak kemana-mana. Memikirkan cuti yang tiada, kos yang berganda, sesak sana sini maka penat pun bakal berganda-ganda. Anak-anak duduk di taska lagi sementara kami bekerja. Kesian tapi itulah nasib rakyat miskin papa kedana bandar. Kerja lah kau bersungguh-sungguh bermati-matian, dikerah-kerah demi sebutir nasi. Phieww..

Lagi menunggu hari lagi lambat dan lama rasa nyer waktu tu berlalu. Arghh...nak habiskan sehari pun rasa perit. Punyer teruk penangan menunggu 14hb & 20hb.

Kekeringan idea sebab sejak-sejak dah "dewasa" ni rasa tak perlu share semua benda dalam nie. Dulu zaman bodoh-bodoh beli baju kat Sogo pun nak share kat sini, nak tayang kat sini. Sekarang zaman pandai dah sampai so kiter simpan semua dalam hati dan share secubit je kat sini. Ohh..sejak saya ada kawan yang mengingatkan diri dia tapi secara tak langsung saya pun tersedar sekali. 
Terima kasih kawan, besar pahala awak.

Lagipun rasa macam blog ni dah tak valid kot nak cerita. Ha..ha..ha..

Eh..nanti la cari idea. Makin lama makin merepek pulak. Bulan 11 sampai tengah bulan 12 ni aku busy nak setelkan keje sebelum cuti lama sampai hujung tahun. Kalau rajin aku update kalau tak rajin aku tunggu je la cek Nuffnang yang tak sampai-sampai kat tangan aku ni. Duit poket nak bawak anak jalan bulan depan.




Tuesday, November 25, 2014

Giveaway Ephyra Bar Skin Di Mialiana.com



Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? SAYA!

Umur pengguna? 32 tahun

Jantina pengguna? Perempuan

Jenis kulit? Kering & Kombinasi Jeragat

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.

Saya mengalami masalah jeragat, blackhead & whitehead yang sangat teruk bertahun lamanya. Walaupun muka saya nampak bersih dan licin ini adalah kerana saya menutupi semua jeragat, blackhead & whitehead dengan foundation dan bedak. Maka besar harapan saya dapat diberi Ephyra Skin Bar ini untuk melihat keberkesanannya seperti yang sentiasa diwar-warkan sekaligus menghilangkan masalah jeragat, blackhead & whitehead ini.

Pengguna Ephyra? Tidak

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Monday, November 24, 2014

Isnin Oi Isnin!


Oh isnin! Nak cari mood nak habiskan minggu ni!
Tak sabar nak tunggu tengah bulan 12 sebab tu semangat lain macam nak habiskan bulan 11 ni ;) 

Meh nak sembang santai, korang mak-mak yang menyusu anak confirm ade situasi mcm aku nie. Ade anak koala yang tak boleh ditinggalkan walaupun seminit. Menangsi macam kene bantai walaupun masuk toilet tu 2 minit jek...pftt..mandi pun macam Charlie Chaplin okey kalau ade anak macam nie. Makan pun tak sempat nak kunyah 44 kali! Kunyah 2 kali pastu telan je terus. Kalau tak siren akan bunyi..ha..ha..ha..

Koala aku

Ni la budak yang melalak subuh adam! Aku ingat dia tido, bangun je nak pegi solat sekali dia terus melalak-lalak. Abah dia pujuk pun tak jalan. Grr...geram jek! Sudah nyer subuh la dengan dia! Nasib baik dia tak kacau, cuma baring je kat sebelah kaki main kain telekung. 

Sabtu ahad aktiviti kitaorang ialah misi mencari kasut putih Sufiya untuk persembahan.
 Korang perasan tak? Kalau waktu tu korang cari sesuatu benda mesti tak jumpe tapi cuba kalau tak cari confirm berspeah-sepah. Ha, macam tu la misi mencari kasut Sufiya nie.

 Sampai 2 hari baru dapat. Ade berkenan takde saiz la, ade yang mahal giler tapi tak la aku beli sebab nyer nak pakai sehari jek! Kalau boleh nak beli yang 10 hengget jek! Cakap la aku kedekut ke berkire ke tapi aku pikir sebab tak pakai lepas tu sebab tu aku tak beli yang mahal. Membazir.

Pengubat jiwa

Budak koala ni memang paling suka dengan stering kete. Suka dia lain macam.
Besar nak jadi rider ke dik? Syahmi Sufiya macam biase la baik gaduh baik gaduh.
Aku tak sabar nak tunggu bulan 12 ni sebab nak bawak diaorang bercuti. Tetap takde la istilah aku berehat ye kalau bercuti ni. Hehehe..

Dan, paling aku tak sabar ialah sebab nak balik Labuan. 

Friday, November 21, 2014

Kau Gemukkanlah Adik!


ceduk je dari FB sendiri

Semalam sembang-sembang dengan Syahmi doa ape dia baca lepas solat sebab lepas solat dia akan baca doa yang sangat lama sambil pejam mata. Lama sangat okey!

Masih lagi dengan doa nak pegi Legoland dia..uhuks..mama belum ade rezeki lebih la abang untuk bawak abang pegi sana. Rezeki sekarang ade tapi masih tak mencukupi kalau nak pegi jauh macam tu. Tunggu ye abang atau kita doa sama-sama Legoland sponsor tiket & hotel kiter kesana la abang..hehehe..

Tapi part tak boleh tahan bila setiap hari doa minta adik gemuk! Ha..ha..ha...
Aduh abang, adik kalau gemuk memang comel abang tapi takyah la doa. Ha..ha..ha..
Dia cakap geram sangat tengok adik gemuk sebab comel jadi dia doa setiap hari biar adik gemuk lagi maka bertambah comel lagi. Aduh..kelakar ok bang! Kelakar sangat..ha..ha..ha..

Sekarang ni adik pun asyik makan je sejak gigi dah banyak nie. Asyik "nyumm nyumm" setiap kali nampak makanan. Dah pandai pegi dapur tunjuk tempat simpan biskut.
Tido je kot tak makan sebab waktu mandi pun kadang-kadang bawak makan.
Ha..ha..ha..

Thursday, November 20, 2014

Anugerah Cemerlang



Aku di Hari Anugerah Cemerlang sekolah Syahmi Irsyad.

Cerita selebih nyer mungkin petang nanti selepas aku habis exam kenaikkan pangkat. Doakan aku lulus exam online tu ye.

Wednesday, November 19, 2014

Lelaki vs Perempuan | Suami vs Isteri


Sana sini asyik terbaca kes viral suami curang tu, tergelak-gelak pun ade baca setiap komen-komen tu. Yang emo, yang marah, yang kelakar semua ade la. Aku pun nak cakap marah sangat pun takde la jugak sebab aku biase berpijak pada realiti. Cuma yang aku tak suka dan tak berkenan adalah bab zina tu la. Sape yang nak setuju ye dak?

Okey, aku tak nak bagi pendapat pasal cerita itu sebab kiter bukan ade kat situ ye dak?

Yang aku nak cerita kat sini ialah benda tu sebenar nyer ade je jadi yang macam tu kat depan mata. Ade je lelaki/suami tu depan orang bukan main ber"sayang" ber"honey" ber"darling"segala ber ade tapi kat belakang main wayang dengan perempuan lain. Ade weh tak tipu! Depan orang dia lah lelaki/suami yang paling caring, loving, romantika de amor tapi belakang, orang gelakkan je isteri dia sebab terpedaya.

Bukan tak pernah orang bagitau atau kias-kias tapi mane nak percaya sebab dah depan mata tunjuk kat dunia dia lelaki/suami yang terbaik jadi mana ada isteri/perempuan akan percaya. Hah..nak salahkan siapa? Kalau dulu saiz XS sekarang saiz XXL, diri tak berjaga selekeh macam mana orang nak kesian? Huahuahua...jangan kata suami tu cari lain tapi aku pun lari kot. Bukan hina okey, pernah dinasihatkan tapi jenis bangsa ego ni langsung tak boleh ditegur ye. 

Maka, disini nak salahkan siapa? Kalau aku jadi lelaki pun boleh jadi hilang selera. Tak salah badan tu besar sebab berbadan besar pun masih boleh mencantikkan diri tau! Jangan la merendahkan maruah diri tu sendiri. Weh aku tak hina orang berbadan besar ye, langsung tak! Sebab kalau dah memang baka besar takpe la ini aku cakap KALAU DULU saiz XS kenapa biar sampai jadi XXL.

Ye aku tahu, kiter mak-mak bekerja ni adalah sangat busy dan takde masa untuk diri sendiri. Lagi-lagi yang ade anak kecik, menyusu jenis mengempeng 24 jam sampai rase nak ikat je dia kat badan ni. Ikut je mane nak pegi sampai 1 tahap nak mandi nak solat pun melalak macam kene bantai! Grr..bercakap dari pengalaman okey.

Benda ni berbalik pada diri sendiri dan kerjasama dengan suami. Serius weh, kalau kiter bekerjasama, bertolak ansur dalam rumahtangga confirm korang ade sedikit mase untuk bersiap cantikkan diri tu sikit. Sape tak suka makan? Aku pun suka, suka giler kot makan tapi jangan ar sampai tahap memboyakkan diri dan cakap "takpe laki aku terima aku seadanyer.." Phuiii..jangan la terikut sangat drama melayu weh, tolong la pijak didunia realiti.

Orang perempuan ni serba serbi kene jaga. Jaga suami, jaga anak dan semesti nyer kene la jaga diri. Jangan la jaga orang lain sampai terabai diri lepas tu bila dah jadi macam ni terus nak terduduk langsung tak boleh berdiri. Jaga diri tu cantikkan diri tu sampai suami pun bangga ada isteri yang cantik dan pandai jaga diri.

Zaman sekarang dah moden kan, main FB boleh takkan nak cantikkan diri tak boleh? Jangan la salahkan satu pihak tanpa nampak salah sendiri.

Yang lelaki/suami pun jangan la ambil kesempatan keatas isteri/perempuan yang baik. Tak baik okey, isteri ni biase kalau dah sayang sangat sampai tahap mampu menghambakan diri dekat suami! Tak caya korang tengok bini-bini yang biase kene bantai kene sepak terajang dengan suami kenapa diaorang tak report polis? Tak report kat Talian Nur? Sebab sayang weh! Sayang tak bertempat..grrr...

Dah ade isteri yang baik yang cantik, yang mampu buat semua benda dalam rumah jaga la perempuan/isteri tu sebaik nyer, belai la dia tak payah la susah-susah pegi cari lain. Sediakan keperluan dia, sediakan kewajipan dia jangan la tak layan skit batin tu terus cari kebatinan kat tempat lain..tak patut okey! Layak masuk neraka je lelaki/suami macam nie. Patut direjam dengan batu lelaki/suami macam nie.Suami macam ni la yang layak disepak terajang sepatut nyer. Ha..ha..ha..sibuk je dengan nafsu yang satu tuh!

Korang lelaki/suami check pulak diri tu. Solat cukup ke? Jemaah ke kat surau masjid setiap hari? Perut tu kempis ke macam zaman kawin dulu? Duduk rumah korang lelaki/suami tu pakai smart giler atau berkain pelekat berseluar pendek je ke? Kuku kaki tu bercagu ke tak? Misai janggut tu senonoh ke tak? Ade ke ringan tulang badan tu tolong isteri kat umah? Kalau takde jangan la berani komplen. Aduh..pandai komplen bini dah tak bergetah tak seramping dulu sedangkan diri sendiri pun dah membesar bagai juara.

Eh..emo pulak..ha..ha..ha...ini bukan entry salah perempuan atau lelaki tapi ini entry untuk check diri. Jangan marah aku pulak sebab ini cuma pendapat aku je. Lagi pun aku tak pernah alamai nyer jadi ini cuma sekadar ape yang aku rase dan fikir. Tu je.

Iman didada perlu ada, pokok pangkal semua berbalik pada ALLAH SWT. Penuhkan iman didada insya Allah tak jadi porak peranda.

Dah kenapa aku merepek sangat nie. Penat weh baca sana sini nak tegakkan sape salah dan benda tu sampai dibuat main-main. Sampai yang jual produk pun buat main-main benda tu untuk promote barang sendiri. Last-last orang yang jual produk jugak untung.

Dah, dah..jom check diri sendiri. Aku pun bukan lah isteri/perempuan yang tiptop banyak je lagi yang kurang tapi sekurang-kurang nyer pandai la jugak jaga diri. Jom, mane yang tak elok kiter kasi elok. Mane yang kurang kiter perbaiki. Jom kiter jadi isteri atau suami yang baik pada suami atau isteri sendiri bukan isteri atau suami orang lain! Ini tidak, dengan isteri suami orang lain kemain lentok manje bercuit-cuit tapi dengan isteri suami sendiri macam terrorist jek. Ermm..dunia dunia!

Eh..rabu terbebel pulak, patut Rabu is WW tau. Keh..keh..keh..

Tuesday, November 18, 2014

Lebih Jimat Dengan iPrice Coupons Malaysia!


Korang suka shopping kan?? Aku suka! Tapi aku takde mase okey nak pegi waktu lunch almaklum la busy dengan anak-anak, jadi shoping online je la pilihan aku. Aku paling suka dengan Lazada sebab semua ade kat situ. Boleh shopping, order dan tunggu je barang sampai. Semua dihujung jari.

Cuma, sekarang ni aku nak share dengan korang shopping online yang murah & mudah dengan tambahan diskaun bagi lagi murah barang yang korang beli. Ha..syok tak? Dah la ade diskaun lepas tu tambah lagi diskaun! Super jimat! Semua pun jimat!

Nak dapatkan diskaun tu korang boleh gunakan kod diskaun dari iPrice ni!
Tak faham?Okey aku tunjuk dari iPrice Lazada ni ye.


2. Dapatkan kod diskaun di iPrice.my
  
3. masukkan kod yang telah dicopy dari iPrice Lazada dan klik pesan.

Siap!
Senang, mudah, jimat dan cepat!

Oh..sebelum tu korang mesti tertanye kan ape itu iPrice.my ni? - iPrice.my ialah satu syarikat yang menyediakan kupon kod online untuk kedai-kedai online seperti LazadaZaloraGroupon dan banyak lagi. Kod kupon ini membantu pembeli online mendapatkan diskaun tambahan. 

iPrice.my boleh didapati di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Hong Kong dan Filipina.​ Tujuan iPrice.my ini ditubuhkan adalah untuk membantu rakyat Malaysia menjimatkan wang ke atas pembelian mereka. Jimat lebih jimat okey dengan iPrice.my.

Antara tempat yang boleh korang shopping menggunakan kod iPrice.my ye.

Ha, korang! Tak ke best dah la shopping online kat LazadaZalora dan lain-lain tu murah giler lepas tu dapat lagi diskaun dengan kod iPrice.my ni? Jimat duit poket okey! Jimat mase lagi sebab tak payah dah keluar berpanas-panas, cuma pilih, masukkan kan code untuk tambahan diskaun, bayar dan tunggu je barang sampai kat tangan! Zas zas je mudah nyer.

Selain shopping, kod diskaun dari iPrice.my ni boleh digunakan pada booking hotel okey!
Apa lagi jom kiter terjah!

Monday, November 17, 2014

Cerita Pukal


Jarang aku buat cerita pukal ni tapi disebabkan aku takde idea meh la aku cerita secara pukal. 
Saje buat hilang boring pagi-pagi isnin nie.

Fokus kat tudung Adijuma tu ye

Tudung ni salah satu dari 6 helai sahabat aku bagi ;) warna dia cantik-cantik okey.
Nak lebih menarik aku kene letak manik-manik kot, nanti la ade mase aku hantar kedai suh tampal manik. Semua warna striking kegemaran aku. Lagi cerah lagi terang warna tu lagi aku suka pakai. Macam traffic light terang nyer. He..he..he..

Terima kasih banyak sahabat, semoga murah rezeki kau sekeluarga lagi.

Produk muka terbaru Pure Beauty 

Oh ye..yang ni aku ade up kat IG & FB, kat sana aku dah mention bahawa aku bukan bangsa manusia yang rajin cuci-cuci muka nie. Bukan jenis yang jaga muka. Ape sabun badan aku itu la sabun muka aku biase nyer..hahahah.. Kat dalam bilik air ade banyak jenis sabun badan so setiap hari aku belasah je mane-mane pakai cuci muka.

Dari dulu lagi kot, aku memang bukan jenis 1 cuci, lepas tu sapu toner, lepas tu krim siang tu belum lagi krim malam..aaa..malas gilerr..tak suka..gegurl sangat tau.

Tapi, disebabkan ade yang bagi aku produk dari Korea ni untuk aku cuba sebab kate dia sesuai untuk kulit orang asia dan mampu mengurangkan / menghilangkan jeragat, blackhead & whitehead. Oh ye, muka aku memang banyak whitehead & blackhead tapi takde la teruk giler. Percaya tak kalau aku cakap seumur hidup aku selama 32 tahun ni aku tak pernah pegi facial muka? Ha..betul weh..tak pernah. Dulu kawin pun aku takde buat-buat semua benda yang pengantin sekarang buat. Pegi mandi lulur la mandi susu la..bla bla bla..memang takde okeh. Aku rock & simple jek. Tapi kalau ade orang nak bagi aku peluang berfacial bermandi lulur aku terima jek..eh? Ke..ke..ke...

Sekarang ni dah hampir seminggu aku pakai produk Pure Beauty ni, nampak macam kurang jugak la whitehead & blackhead aku nie. Yang paling best BB Cream Pure Beauty ni rase macam melekap je kat muka tak payah dah pakai bedak kompak tu.

Budak banyak akal

Budak banyak akal ni sekarang susah dah nak bertoncet bersepit bagai. Laju je tangan dia cabut getah rambut/sepit tu. Grrr...pandai sangat dah merajuk. Lambat je dukung dia nanti terus dia meniarap merajuk. Nak mandi susah, nak keluar dari bilik air lagi susah, nak pakai baju susah dah sekarang nie. Waduh...manja nyer toksah cakap. Dalam rumah pun suruh kelek dia ke hulu ke hilir macam dia ringan padahal berat sekampit beras 10 kg okey.

Oh ye, sekarang hobi dia makan. Asal nampak makanan je "nyumm..nyumm" tak bagi je merajuk lagi..grr..gigi pun dah banyak dekat 10 batang dah kot. Jalan boleh dah tapi ala-ala tak yakin punyer jalan. Lebih rajin merangkak dan minta dukung dari jalan. T_____T

Waktu baik boleh la selfie berdua pakai hp mama. Y__Y

Syahmi periksa no.3 di sekolah kebangsaan & juga sekolah agama.
Mata pelajaran terbaik adalah Bahasa Arab & Akhlak. Yup, Syahmi ni memang penggemar bahasa arab sangat. Bagi dia bahasa tu macam unik giler dan lain dari yang lain. Nanti nak ajar dia belajar cakap tamil pakai Utube confirm dia rase lagi unik.He..he..he..Esok dia naik pentas amik hadiah kat sekolah agama.

Sufiya tak tahu lagi periksa nombor berapa tapi sekarang dia tengah sibuk dengan lagu persembahan dia 30hb November ni. Ade 3 lagu nak kene hafal. Oh Ibu - Exist tu, Salam Perpisahan & Doa anak Soleh. Dengar dia nanyi kat umah santai-santai pun aku dah  touching, tak dapat bayang mase dia buat persembahan nanti..Uhuks..mak-mak sangat aku sekarang nie.

Okey la dah habis cerita, sekarang nak call hotel tukar tarikh check-in. Next month ikut Eady ke Kuantan, dia out station so aku mengekor je bawak anak-anak. Bukan ape aku takut tak boleh tido malam kalau Eady takde. Kih..kih..kih..

Friday, November 14, 2014

Tips Jaga Hati Perempuan, Wahai Lelaki


Kemain kan tetibe aku nak jadi pakar motivasi. Ha..ha..ha..

Takde lah, ini lah masalah sejagat sesetengah lelaki yang susah sangat nak paham orang perempuan nie. Kalau korang yang lelaki-lelaki nak tahu 80% perempuan ialah berperangai ribut tau. Ehh korang tak eh? Aku je la? Ok la, okey.

Actually la kan, kebanyakkan perempuan ni macam kucing je sebenar nyer. Nampak garang giler macam harimau tapi manja pun macam nak giler jugak. Orang perempuan ni suka sangat dimanjakan atau diberi perhatian tau tak wahai orang lelaki.

Cuba la korang sms/wasap "sayang, abg lupa nak cakap tadi..hari ni  sayang nampak cantik la pakai baju tu" ok letak skit icon kenyit mata. Cukup. Confirm sengih je tau gegurl tu!
Sayang disini bukanlah saya..ha..ha..ha...itu contoh okey! Ini jangan la dah la ko tak kiss kiss muaahh muaah pagi tadi pastu tetibe ko sms "Yang, nanti pegi Sogo tu jangan lupa belikan abg minyak rambut abang!" amik ko dgn tanda seruan, memang membara je hati kawan ok.

Cukup sekadar sekali-sekala sepintas lalu sms/wasap loving-loving dah cukup membahagiakan hari dia. Menceriakan hati dia jadi bila hari dia sangat ceria dan bahagia sekaligus orang disekeliling dia pun termasuk ko lah orang lelaki akan dibahagiakan jugak. Paham?

Ingat jadi perempuan ni senang? Susah okey! Mane dengan hormon PMS nyer, mane dengan perangai nak merajuk nyer, mane dengan nak perhatian macam budak kecik nyer. Tu belum kire sakit mengandung nyer, sakit beranak yang sampai sumpah tak nak beranak lagi tapi tup tup dah jadi 3 orang..ha..ha..ha..

Cuba sekali sekala, balik dari solat Jumaat tu ade orang jual tudung beli sehelai yang RM10 pun dah cukup, lepas tu korang bagi mase dalam kereta. "Nah sayang, tadi balik solat Jumaat abg nampak tudung ni teringat pulak kat sayang, nampak cantik tudung ni" Ha...confirm wehhh korang akan disayang-sayang dihari berkenaan! Serius, orang perempuan ni bukan nak sangat hadiah mahal-mahal..ehh..dapat yang mahal sayang dia lebih lagi laaaa..ha..ha..ha..orang perempuan ni cuma nak perhatian dan dimanjakan je. Again, perhatian dan dimanjakan je.

Kadang, dapat tudung 10 hengget pun boleh buat dia senyum sehari dua ok. Tak caya? Cuba balik solat ni singgah beli kan. Bayangkan yang 10 hengget pun dah bahagia sekarang bayangkan yang ratus ringgit?Kekekekekek...

Tapi jadi lelaki pun susah jugak kan? Mane nyer nak pikir poket lagi, keje lagi, pikir GST lagi, minyak kete lagi ni tambah pulak dengan perangai perempuan yang macam ni? 

Ha..ha..ha.. nak buat macam mana! Korang lelaki terpaksa jugak la layan kalau tak hari korang akan haru biru. Kalau tak nak hari korang jadi biru atau hijau korang layan je isteri tu manje-manje elok-elok confirm dia akan layan korang balik lebih manje dari yang korang buat. Tak caya lagi? Sila cuba dulu.
Kalau tak jadi jugak korang kene check ko kawin dengan tomboi kot..bha..ha..ha..

Kenapa aku jadi pakar motivasi hari ni? Sebab aku perempuan sejati la aku buat entry nie.
Ha..ha..ha..

Sebenar nyer aku kesian kat Eady tu, dapat aku yang macam nie. Kelakar okey sebab dia selalu confius ape aku nak sebenar nyer. Kejap macam merajuk biler tanye cakap tak!
Eh..ni tips lagi ye wahai orang lelaki. Kalau perempuan tu cakap dia tak merajuk makne nyer CONFIRM DIA MERAJUK! ha..ha..ha...trick je sebenar nyer tuh.

Cara dia jangan pujuk sebab kalau tak nanti akan menjadi-jadi tapi korang buat biase-biase je tapi concern. Paham? Cuba pegang tangan dia. Kalau dia tepis-tepis pegang je jugak! Lama-lama dia akan diam, ala tepis-tepis tu memang confirm merajuk la tu.
Pegang je tangan tu, kalau kat luar ajak dia lepak minum atau makan dulu ke beli ais krim ke coklat ke. Ha..gitu. Sambil duduk tu cuba la peluk belakang dia usap-usap skit confirm sejuk la. 

Orang perempuan ni manje aku kate walaupun aku ni hari-hari nampak serupa askar komando nak pegi berperang je tapi aku ni manja lembut kalah kapas kate ko. Bhahaha...
Yang tau aku ni macam mana abah aku je. Dia je tau macam mana nak handle aku ni, cara mana nak cakap dengan aku nie. Eady pun tak abis menuntut lagi.

Aku jenis kalau kau lembut dengan aku aku lembut dengan ko tapi kalau ko kerek dengan aku 10 kali aku kerek dengan ko. Okey 2 tips je aku boleh bagi, kalau bagi banyak kang susah pulak orang perempuan nak cari pasal nak merajuk. Ha..ha..ha..


Sekian ntah ape aku merepek kat sini!

Wednesday, November 12, 2014

Persediaan Anak Darjah Satu


Sebenar nyer kan, aku tak berani sangat nak cerita pasal benda ni sebab aku rase macam kelakar plus over sebab anak baru nak masuk darjah satu kot. Dulu la, tahun depan si abang tu dah masuk darjah 2. Tapi disebabkan dah banyak kali kawan tadika aku tu asyik minta tips what to do persediaan untuk anak masuk darjah satu terpakse jugak la aku buat entry nie. Ketar ni nak taip..keh..keh..keh..

Ayang, sikit-sikit je ni almaklum la kan kiter sebagai mak-mak ni memang selalu OVER dari laki kan..hahahaha..tak caya sila tanye diri sendiri!Hahaha...aku ngaku!

Okey ye mak-mak..1st sekali kiter buat list ape yang perlu dibeli & yang penting ajak anak sekali pilih. Jangan kiter syok sendiri ye mak-mak.

Contoh : nak beli kasut sekolah kan, anak suka yang bertali la kate kan tapi kiter ni sebagai mak-mak pagi-pagi adalah sangat kritikal (like tarzan..hahaha..) maka pilihan kiter kasut sarung atau yang berpelekat satu tu je kan? Alaa ngaku je la..sebab aku macam tu jugak. Maka..kat sinilah kuasa kiter bermula. Kiter pujuk-pujuk anak tu cakap kasut ni lagi cantik, lagi senang nak pakai.. Itu contoh..dan, kalau anak dah setuju kita puji dia melangit kekonon pilihan dia tu (padahal pilihan kiter ye..hahaha..) cantik sangat, puji dia pandai dia pilih kasut sekolah tu. Gitu ye mak.

Oh sebelum tu ini list ye mak : 

1. Baju sekolah kebangsaan / sekolah agama- sekurang-kurang nyer 2 pasang untuk setiap sekolah, lepas tu tengah tahun tambah lagi sepasang. Jangan beli 3 pasang sekaligus sebab nanti rase terbeban. Ini kene lengkap dengan tudung 3 pasang jugak la kalau anak perempuan. Nak tudung murah sarung je tak komot sila beli kat Jalan TAR. Senang keje.
Jumlah perlu dibeli RM 120 (untuk 2 pasang sek keb, 2 sek agama)

2. Kasut sekolah : pun sama..sekurang-kurang nyer 2 pasang sebab kasut sekarang mahal je lebih tapi ketahanan nyer tahap zero ok! Ini serius, lebih baik ko beli kasut murah sikit tapi berganti setiap 3 bulan lagi tak sakit hati. Beli kasut RM29.90 pun tak sampai bulan 3 dah koyak ape kes?? Baik ko beli kasut belas ringgit bulan 3 tetap berganti lain. Kurang sikit sakit hati mak nie. Hahaha..
Jumlah perlu dibeli RM 59.00 (2 pasang)

3. Stokin - 3 pasang (RM19.90)

4. Baju singlet - 3 pasang (rm29.70 - sehelai RM9.90)

5. Beg sekolah - 2 beg (RM79.90 1 beg ye - total RM159.80)

Yang lain tu pandai-pandai la..like anak tudung, seluar kecik (dalam), lencana..etc. tapi ni semua duit jugak nie. Aku masukkan jugak dalam list untuk dibeli ye. Kat sini around RM 40. 

Jumlah besar secara kasar kat sini ialah : RM428.40.

Yang paling penting yuran ye..kalau dapat list dari sekolah tu sila nangis-nangis dulu pastu baru tepuk-tepuk atm kat bank tu. Sekali setahun je pun nak nangis nyer, tahun depan nangis sekali lagi. Bhahaha...

Yuran untuk sekolah kebangsaan & sekolah agama ialah RM 333.30.
Aku tak ingat berapa pecahan dia tapi secara total untuk dedua sekolah ni lah jumlah nyer. Yang ni yuran buku, yuran sekolah ntah ape-ape la lagi.

So total besar untuk sorang anak sekolah rendah nak masuk darjah satu untuk sekolah kebangsaan biase yang dapat bantuan buku teks dari kerajaan tau, ialah : RM761.70

*peralatan tulis, pensil box dah jimat sebab mase tadika/taska bnyk dpt gift*

Ini belum lagi cerita masuk sekolah ye mak-mak.

Zaman sekarang pesyen mak bapak tak boleh tunggu ye kat sekolah. Takde macam zaman kiter dulu ayang, abah bertenggek kat tepi tingkap. Hahaha..aku la tu ko tak! Sampai kesudah hari-hari abah jugak kene hantar kalo tak tak pegi sekolah. Teruk punyer anak.

1st day tu masih lagi boleh ronda-ronda kat sekolah, cikgu tak kejam sangat la sebab waktu tu buku pun nak kene beli. Sementara nak tunggu turn kiter beli buku tu, kiter boleh la tinjau sana sini, kat mane toilet kat mane kantin kat mane library kat mane bilik guru.

Ni nak cerita, dulu mase Syahmi masuk sekolah minggu pertama ok, minggu ke-2 ok tetibe masuk minggu ke-3 K.O! Asal masuk je pagar sekolah mula la nangis, asal hantar masuk kelas je nangis. Ko dah kenapa anak?? 1 st day tinggalkan jek, 2nd day nangis sekali, 3rd day aku dah menyinga..bhahaha.. 

Selidik punyer selidik rupe nyer dia takut ade sorang cikgu lelaki ni, garang & selalu bawak rotan. Kadang-kadang cikgu tu jerit kat orang lain pun dia terasa cikgu tu marah dia. Ape penyelesaian nyer? Aku pegi jumpe sendiri cikgu tu, cerita, bawak Syahmi jumpe cikgu tu dan tunjuk bahawa cikgu tu hanya garang pada budak yang tak dengar cakap je. 

Serius weh..emosi anak mental anak kene jaga untuk tahun pertama sekolah ni. Dulu kat taska/tadika boleh la cikgu-cikgu/ibu-ibu sayang sayang manje-manje bila dah kat sekolah keadaan dia lain sangat. Anak-anak akan terkejut sendiri dgn keadaan tu. So amik mase nak serap semua tu. Kat sini la kiter kene main peranan besar, kene ajar dia kire duit belanje cara spend duit belanje.

Kebiasaan kiter mak-mak ni paling risau kalau anak tak dapat beli waktu rehat.
Ke aku sorg ni? Hahaha..tapi jangan risau! Sebab sekolah sekarang ni, di minggu pertama cikgu yang akan ajar macam mana budak-budak nak berbelanja kat kantin. Eh..kene check dengan sekolah anak ye yang ni, sebab sekolah abang Syahmi memang cikgu yang ajar beli dan bayar waktu rehat selama 2 minggu.

2 minggu je la Syahmi belajar selepas tu memang dia bawak bekal setiap hari sampai sekarang nie. Ape lagi ye nak cerita? Later aku tambah kalau aku ingat ye.

Ini jumlah besar untuk abang Syahmi sekolah rendah, dan nak bagitau yuran taska/tadika Sufiya yang sebenar nyer lagi mahal dari Syahmi. Tahun lepas mase Sufiya nak masuk tadika 5 tahun jumlah untuk dia sorang ialah RM486.60 ye! Ini jumlah yuran, buku, buku latihan, 3 pasang baju tadika & 3 tudung.

Total awal tahun aku kene spend untuk anak-anak ialah : RM1248.30.
Okey dah boleh pegi nangis sekarang. Hahahaa..

Tuesday, November 11, 2014

Fokus


Sekarang ni macam takde banyak masa nak buat banyak benda.

Kerja banyak dengan mood tak banyak. Mood tak sabar nak tunggu bulan 12 la kot.
Nak cuti nak rehat kan otak dan badan. Tak sabar jugak nak tunggu January 2015 okey sebab tak sabar nak tunggu ME time & OUR time..lama gila kot tak dating dengan Eady.

Walaupun kerja 1 bangunan tapi waktu jumpa cuma selepas waktu bekerja ye. Takde nyer nak lunch date ke ape ke, memang tak sempat sebab tengahari aku busy dengan anak-anak.
Seingat aku la, betul-betul dating berdua dengan dia Februari 2014 haritu mase harijadi dia.
Lama kan? Ke aku je yang poyo-poyo sangat ni? Ahakss..sori la weh, aku memang macam ni. 
Aku rase kadang-kadang aku perlukan masa berdua dengan dia walaupun setahun sekali.
Nak pinjam dia dari anak-anak memang sangat payah. Kat umah lain feling dia dengan dating jalan-jalan makan-makan nie..hahahaha..nampak sangat gedik weh!

Okey next.

Mood takde bukan sebab nak tunggu cuti sekolah tapi mood pening nak tunggu buka sekolah! Percaya tak kalau aku cakap sekarang ni list ape nak beli ape nak bayar untuk buka sekolah nanti aku dah listkan, aku dah kira. Tu termasuk dengan barang keperluan aku kene beli untuk masuk ke kuarters nanti. 

Phieww..petak otak okey. Yang penting lepaskan anak-anak dulu. Baju sekolah, kasut sekolah, yuran sekolah. Barang-barang tu slow-slow pun takpe kot. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian, ye dak? Kebanyakkan barang aku dulu semua ade kat umah sekarang ni takkan aku nak amik balik kan. Lagi pun rumah sekarang ade ibu dan adik lelaki aku.

Oh pasal ade yang tanye kenapa aku pindah, abis rumah yang lama tu macam mane?
BTW..rumah sekarang ni is rumah abah aku yang mana ibu aku dan adik lelaki aku duduk. Rumah dah 34 tahun, rumah aku membesar. Sekarang anak-anak aku pun dah besar, jadi kami perlukan ruang kami sendiri walaupun dulu kami datang dari rumah kami sendiri.
Insya Allah ade rezeki lagi setahun atau 2 tahun (paling lama 3 tahun ye target) kami nak masuk rumah sendiri. Doakan aku ye untuk 2-3 tahun ni. 

Jadi sementara waktu ni kami stay kat kuarters office, dekat je pun kat Keramat tu je. Tak jauh pun dari rumah ibu tu. So clear kat sini? Takyah dah tanye kat orang lain pasal aku. Hehehe...

Oh ape lagi..dalam pada takde mood aku nak cerita kemain panjang dah aku merepek.
Menaip ni pun ntah berapa puluh kali berenti sambil buat kerja lain.
Serius takde mood sekarang ni kat blog. Huhuhu..

Busy dengan fokus benda yang lebih penting sekarang nie. Suami dan anak-anak.
Kalau ade pun takat pegi baca je kat blog korang, nak komen tu pun tengok mood jugak nak komen..hua..hua..hua..punyer teruk weh! Yang penting aku tetap baca ye.

nah belanje gambar budak selfie, pepandai main hp aku ni!

Friday, November 07, 2014

Anak Aku Ikut Cara Aku


Jumaat dah kan? Maafkan aku dengan entry semalam tu. Sekadar bergurau. Hehehe..

Oh ye..aku ni walaupun anak dah 3 orang (dan mungkin 3 orang aje lah kan) maka aku tak berani nak mengaku blog aku ni blog parenting, sebab rase macam tak layak la pulak nak ajar orang begitu begini. Pendapat aku anak sendiri maka ajaran dan didikan sendiri lah. Gitu. Tak pernah pulak aku ikut-ikut orang ooooo buat mcm ni..oooo buat mcm tu..tak. Go with the flow. Lain anak lain keistimewaan nyer. Setuju?

Uii..ini bukan bermakna aku kondem korang yang berparenting blog ye, aku baca juga sebagai tambahan ilmu. Ilmu kan perlu dicari sampai ke hujung nyawa. Cuma aku je yang tak berani mengaku. 
Jangan salah paham ok.

Wahh..kemain intro aku melalut merata. Ha..ha..ha..

Aku ni sebenar nyer tak suka dengar orang bercakap pelat dengan baby atau budak kecik..Oh noo..bunyi memang sweet ok tapi impak nyer arghh..aku tak kisah la kalau korang nak cakap dengan anak korang macam tu, itu hak korang tapi dengan anak aku please la jangan cakap pelat ye. Memang aku cakap direct je aku tak suka. Aku dan Eady memang tak cakap pelat dengan anak dari diaorang baby. Cakap mesti perkataan penuh. Takde nak "alaaa nak chuchu ke?alaaa nak nenen ke?" erkss..memang tak laaaaa.....

Setakat ni Syahmi Sufiya memang di train dari kecik cakap perkataan full maka dia orang membesar tak pernah pelat. Selagi aku atau Eady tak paham selagi tu aku suruh ulang ape dia nak. Sekarang dengan Syakirah pun kita orang buat benda yang sama.

Macam tu jugak dengan nama diaorang. Aku dan Eady tak pernah panggil pakai nama glem!
Sayang tau, penat perah otak 9 bulan cari nama anak sekali panggil Amie (Syahmi) je?
Memang tak laaaa...lagipun abah aku, arwah opah aku dah pesan panggil nama penuh kat anak. Oh ye, aku memang ortodoks sikit bab anak nie. Hahaha..almaklum la kan membesar dengan opah dan makcik-makcik kan. Yang mana elok aku ikut la takde la membabi buta ikut orang dulu-dulu punyer pesyen.

Ingat lagi dulu mase Syahmi umur 2-3 tahun macam tu, ibu yang jaga dia panggil Amie, Amie..grr..mengelegak je telinga aku. Hahaha..punyer la teruk aku jadi mak weh!
Tapi aku cakap elok-elok la dengan ibu tu, bagitau kita orang tak panggil anak dengan nama macam tu ;) kalau boleh panggil nama penuh atau panggil Syahmi je.

Penat je beli buku nama-nama anak, tu belum kira lagi google sana sini kemain cari makna nama anak tapi panggil setakat nama glem je? Nama yang baik membawa maksud yang baik kan? Jadi ape salah nyer kita panggil anak dengan nama penuh dia yang makna dia sangat baik.

Again, ini aku ye bukan korang. Anak kita, kita didik ikut cara kita sendiri okey. 
Takde nak banding-banding. Jangan banding-banding kan.

Selingan budak dedik.

1. Syahmi : mulia, bijak, berani | Irsyad : panduan
2. Sufiya : Sufi - ahli tasawuf (tapi saya tambah ya untuk anak perempuan) | 
Irdina : kehormatan kami.
3. Syakirah : yang mensyukuri, syukur | Irneena : pemimpin

Semua nama aku dan Eady rujuk pada ustaz & ustazah dulu sebelum daftar surat beranak.
Pilih dalam buku dan tanya pada ustaz & ustazah.

Walaupun aku mak bandar tapi otak tak berapa nak kenan dengan nama glemer bandar. Tak sanggup pulak nak letak anak sama macam retis! Tak sanggup nak bayangkan anak dah tua tapi orang panggil pakai nama glemer! Ha..ha..ha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang