thumbnail

Monday, January 19, 2015

Cara Masak Hati Unta Untuk Ubati Lelah/Asma


1st time tengok & pegang hati unta.

Actually aku post kat FB tanye, sape ade buat umrah dalam masa terdekat ni atau ade tak sape-sape yang masih berada disana sebab aku nak kirim hati unta #hatiunta untuk makcik aku yang lelah teruk sampai masuk wad. Tak sangka, kakak office aku ade #hatiunta ni, mak beliau sedekahkan hati unta nie. Dia terus komen akan bagi aku hari ni. Alhamdulillah..Makcik aku tu kakak sulung abah..dah 60 lebih dah kot umur nyer..tengok teruk sangat sampai nak bercakap pun lelah..hmmm..

Semoga pemberian dari seorang kakak di office ni dapat membantu makcik aku dengan diberi kembali kesembuhannya. (amin~) Dalam pada tu terpaksa aku google cara macam mana nak makan atau nak masak hati unta ni. #hatiunta

Okey, meh aku paste kan dari web Hati Unta Dot Com.

Cara-cara pengunaan ( 1 ):-
Hati Unta ini diambil sekeping dan direbuskan bersama 3 cawan air sehingga ia menjadi satu cawan. Kemudian air itu diminum samada sekali gus ataupun jika tidak boleh, minumlah sedikit sedikit sehingga habis, air rebusan ini boleh disimpan didalam peti sejuk. Baki hati unta yang direbus tadi hendaklah disimpan didalam peti sejuk juga untuk mengulangi proses rebusan tadi sehingga 3X dan kemudian baki hati unta tadi bolehlah dimasak bersama sama makanan untuk dimakan, jangan dibuang hati unta yang baki itu.

Cara-cara pengunaan ( 2 ):-
Hati Unta ini diambil sekeping dan digoreng tanpa minyak sehingga ianya betul betul garing dan kemudian ditumbuk halus lalu ditaburkan dalam nasi/bubur yang hendak dimakan.

*note : Hati Unta bukan sahaja penyembuh penyakit Asma tetapi boleh juga memberi tenaga setelah penat bekerja dan melancarkan peredaran darah.* 
*note lagi : hati unta tak boleh dibuang..tak habis atau rosak kene tanam*

Senang je, cuma antara boleh telan dengan tak boleh telan je la kot..hehehe..kalau tengok feedback ramai yang cakap okey sikit lelah/asma lepas minum/makan hati unta nie. #hatiunta . 
Harap-harap kesakitan makcik aku pun reda sikit lepas iktiar ni.

20 comments:

Julia Johari said...

Ya Allah baik hati dan murni sungguh hati akak...sanggup cari hati unta untuk mengubati sakit lelah makcik akak tu...nak cakap pun tersekat2 kan..,pernah dlu tgk nenek yg ajar mengaji saya dulu masa kecik2 lelah teruk sampai batuk2 kuat2...semoga usaha akak dirahmati Allah, untuk makcik saya doakan semoga kesihatan makcik segera sembuh, bagus kak bg resepi ni, baru julia teringat 4 thn lepas pi umrah mama julia ada beli hati unta kering ni, tapi dia makan cm tu je...rupanya kena rebus...nice resepi.

Fiza Rahman said...

Kau umah tu ada lagi hati unta kering. Tak tau elok lagi ker tak. Tapi memang bagus hati unta ni.

Kakcik Nur said...

Semoga makcik Izwa itu segera sembuh sepenuhnya...

Puan Wawa said...

Camne rse dia?

Syafakillah.. smg cpt mak sedara sembuh..

QasehnyaRania said...

serius bru pertmakali tgk
semoga usaha akak dipermudakn
aamiin

Nur Inani said...

nani tak pernah tengok daging unta. apetah lagi makan. hehe

LYAfrina said...

tq for sharing..
byk khasiat rupanya..

Nuriesya Nadia said...

Baiknya hati orang bagi hati unta kat makcik akak ni. Moga moga cepat sembuh. :)

mun said...

insyaAllah, mudah-mudahan cepat sembuh..

mun 1st time tgk hati unta gak nie..

lieyalatif said...

izwa, lieya penah buat bende nie...bagi kat mija...die kan semput...alhamdulillah nampak hasilnyer ...tapi mase yg sama kene sentiasa amalkan gas dan pantang mkn gak....

wahida said...

aku pernah buat kat abang hati unta ni...dulu lah...lama dah...

tapi tak tahu pulak kalau tak habis, tak boleh dibuang...huhu...kenapa ek?

Ujie said...

thanks info, baru tau pasal hati unta dan cara guna/masak.

Baik sungguh ada yg memberi.

moga makcik cepat sembuh..insya Allah!

::EIDA:: said...

tgn yg memberi lebih baik dari tgn yang menerima .. heeee ~

Diana Rashid said...

mahal tak harganya..kenapa tak boleh dibuang??

Mrs Little Voice said...

rezeki awak tu izwa..smg makcik awak sihat hendaknya

hainom OKje said...

Okje pun pernah dengar pasal hati unta utk ubat lelah. Sampailah kirim orang jugak benda ni sebab si kecik dulukan lelah. Tp sampai sudah tak masak Izwa...

Kira Sakura said...

moga makcik akak sembuh lah hendakNya amin amin

lepas ni boleh la share petua ni dengan sedara mara yang mana ada lelah. ikhtiar kan

hainom OKje said...

Okje pun pernah dengar pasal hati unta utk ubat lelah. Sampailah kirim orang jugak benda ni sebab si kecik dulukan lelah. Tp sampai sudah tak masak Izwa...

Aziela said...

Kalau akak, akak try yang goreng garing tu. Gaul dengan lada hitam, garam dan tumbuk ketumbar yang disangai pun sodap agaknya kan...hehehehe.

Kesuma Angsana said...

menarik ni, tq kongsi info sama yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang