thumbnail

Friday, January 09, 2015

Review : Sempurna Resort Kuantan


Hah..meh sambung #throwback bulan Dec 2014 punyer citer.
Oh..lambat bersiaran sebab aku ade perjumpaan tadi. Now back to bisnes #throwback kiter.

Kami ke Sempurna Resort Kuantan pada 15-17hb Dec 2014. Actually ke sana sebab Eady outstation pada 17hb tu, tapi kami check-in awal untuk budak-budak tu bersuka ria.
Kat Sempurna Resort Kuantan ni, pool dia yang paling best! Best la kot bagi budak-budak.
Tapi yang sedih nyer ke sana pada musim hujan. So korang take note kalo nak kesana elakkan pegi hujung-hujung tahun kecuali terpaksa eh..kesian kat anak-anak okey.

Nampak rumah-rumah kat sana tu?

Ha..pemandangan dari lobby hotel. Sempurna Resort Hotel Kuantan ni betul-betul duduk dalam kawasan perumahan tau. Kenapa duduk dalam kawasan perumahan aku tak pasti, pada pandangan aku hotel ni duduk kat situ sebab berdekatan dengan pusat belajar kot. Macam kami check-in kat Sempurna Resort Kuantan ni sebab dekat sangat dengan KKTM Kuantan.

Superior, bilik basic habis ar. Familyroom tak berfungsi mase tu.

Harga pun RM118 je untuk 1 malam, siap breakfast untuk 2 orang.
Murah kan? Kami bayar sendiri tau..kang ade yang cakap pakai duit gomen plak.


Tepi pintu masuk terus jumpe bilik air. Sinki ni kat luar bilik air.

Cuma sedih nyer shower dia slow, kalau buka heater pump mampos bunyi dia bising giler sampai Syakirah pun takut. Grrrr...mengganggu gugat orang nak tido ok dia punyer kebisingan. Tapi dah ready dengan semua ni sebab baca review pun ramai cakap hotel ni so-so je. So aku terima dengan ready nyer kecuali budak-budak la gelak-gelak dengar motor bot tu. Ha..ha..ha..

Nampak periuk doreamon aku?

Pasal masak-masak ni boleh baca kat entry ni ye. Jimat duit makan dengan ade nyer Multicooker kecik comel tu tau. Thank's again adik Julia Johari yang pakar bab periuk doreamon ni ;) korang boleh terjah tengok kat blog adik Ju ni bab masak pakai periuk ni tau.

View dari bilik. Aku tak dapat bilik mengadap pool sebab hotel penuh.

Sempurna Resort Kuantan ni tak tinggi pun, setingkat je. Kita orang dapat bilik di tingkat 1 tu je. Mengadap belakang umah orang. Mihmihmih..
Nampak tingkap tu? Ha boleh buka okey! Sangat bahaya pada kanak-kanak. Aku puluh kali pesan dgn Syahmi Sufiya JANGAN BUKA TINGKAP / JANGAN SENTUH TINGKAP tau!
Nasib baik diaorg jenis takut dengan mama dia orang. He..he..he..tingkap jenis selak biase tu je. Tolak kebawah pemegang tu terus terbuka tingkap tu seluas nyer. Giler seram.

Lepas check-in merayap kejap nak tengok pool la konon nyer walaupun hujan time tu.

Best?

Budak-budak syok la..hujung sana nun pool biase untuk orang dewasa.

Yang tak berapa best nyer pool ni lantai dia berbatu tajam. Syahmi la cakap, aku baca review pun ade jugak 2-3 orang cakap pasal lantai berbatu tajam. Aku syak batu tu untuk elakkan licin jangan bagi budak jatuh tapi kalau dah tajam sangat dah canne pulak..

Tajam tak tajam tengok budak-budak tu mandi macam biase jek. Huhuhu..Syahmi Sufiya pun macam lupa diri je mandi kat situ walaupun hujan kejap lebat kejap berenti kejap renyai. Aku bagi je dia orang mandi hujan. Sebab kat KL tak berpeluang pun nak mandi hujan, lagipun kat Kuantan hujan tak berkilat. Kalau kat KL mau mati kene sambar petir.

Alhamdulillah sorang pun tak demam, Syakirah je la tak dapat mandi pool tu sebab almaklum la kan anak manja abah..mane boleh kene setitik hujan pun. Awal-awal lagi Eady dah cakap "adik duduk dalam bilik dengan mama je.." so tersadai la 3 hari dlm bilik. Y_Y

Tak reti pakai monopod free. Tak suka monopod.

Overall, Sempurna Resort Hotel Kuantan nie sehabis basic hotel la bagi aku.
Nak kata teruk sangat tu tak la. Mase check-in pun sekejap je, harga pun jauh lebih murah.

Banyak aku baca komplen pasal lantai bilik sejuk, yup betul. Sejuk giles lagi pulak musim hujan kan. Aircond pun ko tak boleh nak control sebab takde remote dia. Hotel control 1 bangunan kalau tak silap aku sebab dah pagi dalam pukul 3 pagi tu aircond tutup sendiri sampai pukul 7 pagi dia akan on sendiri. Memang bapak sejuk la malam-malam kat sana dengan hujan nyer bertambah bapak sejuk nyer.

Sudah nyer budak-budak tu tido pakai double baju dan selimut. Safety 1st kan.

Solat pun muat kire masih okey la bilik ni bagi aku.

Sarapan pagi kat hotel pun sehabis basic, nasi goreng macam kat umah je..bihun sup, kopi, roti bakar. Tu je. Nak harap lebih memang tak la sebab bukan hotel 5 star pun.

Aku ni tak reti nak komplen lebih bab-bab tak puas hati ni sebab berbalik dengan ape yang ko bayar la. Nak yang tiptop ko duduk kat bandar Kuantan sana. Kalau nak murah ko pejam mata je kalau sana sini terkurang. Bagi aku yang penting bilik bersih dan bilik air bersih.
Aku baca orang kate ade semut la lipas la takde pulak aku jumpe sepanjang aku masak-masak kat dalam bilik tu, semut pun aku tak jumpe.


Map

Mana tau kalo korang tersesat ke sana ke, memang nak ke sana ke boleh la buat tido semalam dua. Kene bersyukur dengan ape yang ade..Ewahh..

Terjah : Sempurna Resort, Kuantan untuk selanjutnyer ye.

Note : Masuk exit Gambang, jumpe simpang 4..amik kiri hala ke kuantan pastu terus jek sampai lalu dekat TUDM Kuantan..terus lagi..lepas TUDM tu Taman Tas..ade Pasaraya Tunas Manja ngan Shell sebelah kiri..lepas trafik light tu dlm 1km..sampai la simpang tu.

Kat simpang tu ade flyover..jangan naik.flyover tu..teruss susur bwh..trafik light amik kanan, pastu terus jek..tapi nanti kene u-turn nak ke resort tu..lebih kurang dalam 3km dr simpang tu..Landmark die..ade Pusat Latihan Pertanian sebelah kiri, lepas simpang tu akan lalu kat KIPSAS..kalau x silap..simpang nak u-turn tu lepas jejambat pejalan kaki yg ke2..

18 comments:

Nuriesya Nadia said...

Okaylah dengan harga yang dibayar kan kak. Janji budak budak tu puas mandi manda. Hehehe.

Kakzakie said...

Apa yg penting anak-anak happy. Kakak tengok semuanya OK tu:)

el said...

aah
pool budak2 tu best lah
ni lau budak2 iols npk sure suh ajok ke sana hehe

Aziela said...

Akak baru jer lepas balik dari Kuantan. Hotel ni dalam kawasan Indera Sempurna yer...sebab tu nama dia Sempurna kot kan...

Falsya said...

yg penting anak2 happy, pool pun best..hehehe..

psstt pstt, kite pun terjebak dh beli periuk tuh...sbb pikir bulan 2 nnt nak berjalan..abis tuh makanan mek macam mana..terus zaaasss kite order kak..tp belum smp lagik..hehe..

Nad MamaZN said...

pool dia best!!! kalerful! tu yg buat tarikan org nak g tmpt ni tu :)

aizamia3 said...

anak-anak kalau dah jumpa apa dorang kisah.. tapi tetap bersyukur dapat tidur selesa walau sejuk ya amat.. ;)

safurara said...

okaylah dgn harga kan.janji happy =)

Ann said...

kolam die ala2 waterpark cmtu kan..tp klu batu tajam,bhy la plakkan..

okla tu dgn harga kan..jnji happy xde kaco mood..

Hanis Azla said...

As-salam izwa..

pool dia nampak best.. klu tersesat kat kuantan boleh cari hotel ni.. tentu anak2 suka.. tq izwa utk review ni..

Julia Johari said...

Best review sis, yeyyy akak izwa pandai jimat cermat bawa periuk doraemon tu kt hotel sempurna, julia tgk wpun basic tp selesa kan janji murah haaaaa tu best, siap ada pool lg kt luar syoknya...wewittttttttt pandai akak bermonopod sekarang heheheh julia pun dah lama x monopod kak sebab rosak Qi kerjakan kikiki

p/s terima kasih akak, julia sangat2 hargai sebab akak turut suka guna periuk doraemon semasa pi hotel...saya tepuk tangan sambil berdiri tanda saya saya terharu dgn akak...the best mommy yg ingat anak2 dia dikala pagi2 adik mok minta makan hehehhehe comellll

Daddy Ziyyad said...

Utk harga yg dibayar tu, bagi saya OK la tu...dan tgk pool nya, OK sangat sangat tu! Hotel Seri malaysia yg lagi mahal dari tu ( tapi lagi teruk biliknya) pun takde pool.( kalau ada pun, pool nya kecik sangat)

::EIDA:: said...

sokay lah dari takde kan kak.. hehehhee.. janji duduk hotel ;p

Cik Puan Rann said...

Okey la dengan harga....janji bersih dan takde bau...bg saya bilik kecik pun takpa. Jangan ada lipas sudah la...kang tak tido malam. ekekeke

Nur Inani said...

nani tak pernah bermalam lagi dekat sempurna resort ni. :D

Fiza Rahman said...

Ok jugak lah. Asal anak² happy. Suka tengok pool tu. Kalerful ☺

Kira Sakura said...

kalau murah ok la kan kak. betoi la kata akak. asal bilik dan bilik air bersih itu paling penting. dan pool yang menarik tertarik ehehehehehe

hainom OKje said...

Betul tu Idzwa..... setuju...service dah tentunya berpatutan dengan apa yg kita bayar ye dak...Oklah tuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang